MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Friday, August 3, 2012

myChef's - GOURMET BLOG CHALLENGE


ASSALAMUALAIKUM...

SALAM pagi Jumaat. Ramai yang ceria pagi ini almaklumlah esok dah Sabtu, ramai yang cuti esok dan apalagi, bulan masih bulat ni mesti ada macam-macam agenda esok dan Ahad, kan.

Mehlah sini saya nak khabarkan, cuba tengok gambar-gambar yang saya post dalam entry hari ini. Haaa, jadi sesiapa yang nak pergi membeli barang-barang dapur tu jangan lupa tau, pergi ke bahagian sejuk beku Giant ke.. Tesco ke... Carrefour ke... Jaya Grocer ke... atau Cold Storage, cuba dapatkan produk-produk dari myChef. Pilihlah produk apa yang anda suka. Ada pelbagai variasi masakan nasi, spaghetti, ayam dan daging. Lepas tu bila sampai rumah, jadikannya satu hidangan yang terbaik. Tambahlah apa-apa yang patut ke dalam tu menggunakan segala kreativiti yang ada. Taruklah apa-apa hiasan yang patut dan ambillah gambar. Kalau nak ambil gambar tu maknanya masaklah siang sikit, jangan matahari nak dekat tenggelam baru ambil gambar, okey. Nanti gambar tak cantik macam gambar saya tu.. huhuhu.

Gambar yang anda ambil itu pula hendaklah dikongsikan ceritanya di blog anda sama ada dalam bentuk gambar atau pun video. Maknanya anda kena ada bloglah. Kalau sesiapa tak ada blog tu bolehlah tumpang di blog saya. Tak mahal pun saya caj, tapi hadiah saya punya.. ekekeke. Kemudian link blog anda tu hendaklah di sharekan pula di myChef facebook page. Lepas tu panggillah kawan ramai-ramai untuk like post anda tu. Senangkan.. Pengadilan juga dikira melalui
1. Keaslian masakan
 2. Kreativiti
 3. Khasiat
4. Persembahan hidangan anda nanti.



Tiada bukti pembelian diperlukan. Kalau dah ada gambar tu buktinya dah belilah kan.. hehe. Untuk maklumat lanjut boleh tengok di SINI dan di SINI.

SAYA DAH VERANGAN DAH NI... hehehe ;p

wink!***wink!

11 comments:

  1. dah ader idea ker kak..mesti terbaik resepi dari akak kan..

    ReplyDelete
  2. Berangan dulu lepas tu sengseng lengan masuk dapur silat-silat gayung ke zapin ke dah tu zappp ambil gambar publish

    Bagi kakak tengok sebelum juri nampak :)

    ReplyDelete
  3. tak sabar nak tgk olahan masakan sari ni...cepat2...;)

    ReplyDelete
  4. Good luck sari..mana tau ada rezeki!

    ReplyDelete
  5. Goo luck.. Nurul pun nak join.. Hehehe

    ReplyDelete
  6. Good Luck semua. Juri peringkat pertama ialah semua orang yang menyokong blog yang dihantar. Lepas kami akan shortlist lebih kurang 12-15 peserta untuk present pada Chef Tok, Chef Florence, Chef Liza, Chef Zam dan Ezani. Diaorang yang akan decide pemenang kategori masing2. Adilkan?

    ReplyDelete
  7. Salam kak yus!! alahaiiiii, kalau kita tak berani nak masuk2 pertandingan2 gini, tp kalau tengok kita suke :D masak apa tuk berbuka ari ni kak? ke tgh mengujur jalan2 kat bazar ramadhan ni? ehehe... ayat jeles huhu.. selamat berbuka ya!

    ReplyDelete
  8. wahhhh....
    ada contest besttt...
    mas jadi penyokong yerk kak...
    nak join..
    insyaAllah...he3

    ReplyDelete
  9. wah menarik nie..sy tak pandai sgt msk ni.msk utk famili sendiri bolehlah.hiks..

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

SALAM RAMADHAN & SELAMAT BERPUASA

Assalamualaikum... ALHAMDULILLAH... Dapat lagi bertemu Ramadhan kali ini. Ramadhan yang penuh keberkatan dan kemuliaan. Ramadhan ...