MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam asam pedas award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin minuman mistik monopod muffin Munduk myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sayur sejarah selfie semur SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Tuesday, August 7, 2012

NASI GORENG NENAS BERAS PERANG & BEEF STROGANOFF WITH PINEAPPLE

ASSALAMUALAIKUM...

ADA yang tergeliat-geliat lidah tak baca tajuk kat atas tu, bukan main panjang lagi ek.. lepas tu sekejap orang putih sekejap melayu, huhuhu... ;p


Nilah, malam-malam nikan sekali lagi saya nak ajak kengkawan blogger untuk sama-sama menyertai  myChef's - Gourmet Blog Challenge yang pernah saya war-warkan di sini sebelum ini. Pinjam kata Kak Shahriah Abdullah Novelist tu... lebih ramai lebih meriah gitewwwwww.. ya.. gitewww. Ialah, kalau buka di fb page myChef setakat ini cuma ada tiga penyertaan sahaja walaupun sudah lebih 6 hari berlangsung di mana dua darinya adalah dari peserta yang sama, dan kedua-dua peserta pula merupakan finalist WOWWW GA 1001 RESEPI, jadi saya tetiba rasa macam ada perasaan yang kurang best di situ sedangkan kalau saya lihat link blogger masakan di bawah blog yang sekeping ini, bersusun pakar dapur, jadi apa kata untuk sama-sama menyokong pertandingan ini bagi memeriahkan dunia blogger kita. Yang tiada blog masakan pun bolehlah, macam saya ni blogger ABC.. hehe.


Nanti ada pulak yang kata, korang bolehlah.. dapat produk myChef free. Bukan macam tu, ni macam kata pepatah, 'Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa'. Begitulah juga dengan kami. Dan saya sendiri bertekad akan membeli produk myChefs untuk masuk myChef's - GBC tersebut untuk memberi keadilan kepada blogger-blogger yang lain dan juga sebagai tanda sokongan kepada produk myChef maknanya entry saya kali ini bukan bertujuan untuk dipertandingkan (kerana saya menggunakan produk pemberian myChef semasa GA 1001 Resepi  tetapi kalau ada sesiapa yang sudi nak 'like' tu kecil tapak tangan, JPO saya tadahkan ;-)))) . Tapi saya tetap takpertandingkan untuk GBC tu tau.. like suka-suka jer.. Nanti yang saya masuk betul-betul tu, tolooooooooonggggggglah RAMAI-RAMAI LIKE ya.. ajaklah kawan-kawan sekampung, satu sekolah, sedara mara semua okeyyyy!! ;-))))


Tapi kepada kawan-kawan GA 1001 Resepi tu, janganlah pula terasa yang kawan-kawan pun terpaksa membeli produk myChef tu kerana kata-kata saya tu. Gunalah sahaja produk yang diberi tu, inikan pendapat masing-masing, orang kata sekarang rambut pun dah tak sama hitamkan.


Mehlah saya cerita pulak tentang produk myChef yang jadi pilihan saya untuk berbuka siang tadi. Kebetulan ER hari ini ada majlis berbuka di luar, jadi saya tak perlu nak fikir masak apa yang sedap untuk menjamu beliau. Yaya tu pulak memang jenis yang tadah mulut jer apa saya masak mesti dia makan. Senang! dan bersempena juga dengan myChef's - GBC ni saya sumbang-sumbanglah idea untuk membega (baru belajar perkataan ni dengan KKida) produk myChef ni dan produk pilihan saya seperti tajuk di atas itu adalah Signature Series dari Chef Zam yang handsome tu.. alahaiiii.. ^_^.

Beef Stroganoff with Brown Rice Pilaf ini adalah hidangan klasik Rusia yang merupakan hirisan daging lembu tanpa lemak yang ditumis dan dihidangkan bersama kuah krim dengan sos biji sawi, bawang dan hirisan cendawan serta diiringi dengan beras perang... tu diaaaa.. baca kat kotak.. hehe.. Hmmm.. sedap. Tambah sedap bila saya dah bega dia (betul ke perkataan nih??) menjadi Nasi Goreng Nenas Beras Perang & Beef Stroganoff terjemahlah sendiri dengan Nenas ;-))))). Bega tak bega, dua-dua pun sedappp!

Errr.. saya tiada microwave.. semua masak dalam kuali okeyyyy

Bahan-bahan Nasi Goreng Nenas Beras Perang : :
1 kotak produk myChef - Beef Stroganoff with Brown Rice Pilaf dinyah beku terlebih dahulu.
2 ulas bawang putih
1/2 sb minyak zaitun
1/4 sk serbuk pati ayam
nenas dipotong dadu secukupnya

Cara-cara :
1. Tumis bawang putih dengan minyak zaitun dengan api sederhana kecil.
2. Masukkan nasi beras perang, gaul rata. Taburkan serbuk pati ayam.
3. Masukkan kiub nenas. Gaul lagi rata-rata sehingga cukup panas... matikan api. Taburkan hirisan daun bawang ketika menghidang. Kalau suka pedas tambahkan hirisan cili padi.

produk yang disahkan halal
Beef Stroganoff :
1. Masukkan Beef Stroganoff ke dalam kuali, buka api kecil sekali.
2. Tambahkan 1/4 cawan air. Biarkan mendidih dahulu air itu baru dikacau sebati dengan lauk.
3. Masukkan hirisan nenas secukupnya... ikut suka tapi jangan banyak sangat.
4. Sedia dihidang bersama nasi goreng nenas beras perang.

P/S Yaya kata sedapppppppp bonda, macam makan dekat restoran... ekekeke

handsome kan Chef Zam.. manisnya senyumanmu.. ;-)))
Untuk keterangan lanjut boleh lihat di SINI dan di SINI.



22 comments:

  1. Kak Sari,wah Er berbuka kat luar leh ler msk menu yg cpt n ringkas gini eks..Wah hiasan komain,sbb tu yaya kta cam kat restoran,hihi..sy g giant baru nih xpasan lak produk nih,insyaAllah klo da nmpk nti nak juga bli yg mna2 utk merasa..Btw nnti sy like akak eks,hihi..

    ReplyDelete
  2. salam sari,
    hidangan menarik ni....sari kena letakkan link entri ni ke facebook mychef ye....pastu baru orang boleh like...

    ReplyDelete
  3. Wahhhhhh.. X tahan tgk nenas tu. Ini bukan restoran lg dah yaya, ini mcm kat hotel dah ni. Pandai bonda yaya deko hidangan :-)

    Ps: insaf bc ayat k sari. Betullah, kena beli. Baru adil.. Mychef kena mintak resit sbg bukti pembelian patutnya...

    ReplyDelete
  4. Rajinnya mendekorasi hidangan. Boleh masuk majalah ni. :)

    ReplyDelete
  5. ermmm...cantik dan super yummy ni...;)

    ReplyDelete
  6. Salam sari.Nampak sedap nasi goreng tu ngan dekonya sekali :D

    Good luck ya.Nanti k.atie dtg lagi nk LIKE

    ReplyDelete
  7. Good luck Yus. Kalau raya buat rumah terbuka buatlah nasi ini. Kakak nak yg dalam nenas tau. Kalau family kakak Yus kena sediakan 3 biji nenas sebab kakak ada 3 anak.:)

    ReplyDelete
  8. Waahh...rasa gembira tidak terhingga hari nie sebab dapat baca entry Sari yang super yummy nie. Kita selalu tak berjaya masuk blog Sari. Tak taulah apasal. Dia stop loading kat kotak followers tu jer. Jenuh menfreshkan, tak mau juga. Harap2 lepas nie bolehlah selalu masuk sini lagi.

    ReplyDelete
  9. Salam sari. . Memang mcm kat hotel pun. . Presentation mmg cantik

    ReplyDelete
  10. Salam sari. . Memang mcm kat hotel pun. . Presentation mmg cantik

    ReplyDelete
  11. dh lama t'ingin nak makan nasi grg dalam 'nenas' :) tp x t'buat plak...aritu masa pi Giant lia ada nampak byk sgt2 produk myChef ni...x tahu nak pilih yg mana satu.. tp dah yaya kata yg ni sedap nnti lia try beli ye kak... :)

    ReplyDelete
  12. fuiyooo, mmg ada gaya chef kak...

    nampak sgt sedap

    ReplyDelete
  13. Salam kak yus! waaaaa...tgk nenas tu yg geram betul rasa nak gigit2 jerrrr :D nasik tu pun sedap nmpk, bestnya, kalau ada dah lama jugak kita beli ehehe..

    ReplyDelete
  14. yummmmm..ok ok sekarang gak kita g like like..hehe

    ReplyDelete
  15. Kuruslah yaya kalau hari2 mkn beras perang...kena pulak bonda rajin masak.
    Akak tak sempat nak tengok apa2 GA la Sari, sibuk dan menyibukkan diri setiap hari, nak tdo pun curi2 masa, cmne tu?

    ReplyDelete
  16. Salam 18 Ramadhan kak sari,
    Saya dah lama nampak promotion mychef, tapi belum jumpa kat pasaraya kat sini.
    Bunyi resipi tu, nampak sedap jugak :D Benda2 mudah ni terus nak masuk list. yalah, kalau tahu rasa sebenar dia, kalau jumpa resipi, boleh tiru, hehe.

    Oh, ada GA..Moga ada rezeki kat sari. Rezeki raya :)

    ReplyDelete
  17. Kak... Joinlah ptandingan tu.....
    Pasti menang.. Kak btambah rajin. Ayu tumpang bangga gitu..

    Kak..... Mmg bestlah produf mychef tu. Mmc2 ada. Kerja jd mudah

    ReplyDelete
  18. menyelerakan .....
    ringkas dan sedapppp...
    likeee banyak kali...he3

    ReplyDelete
  19. akak dah hantar link entry akak pada fb mychef belum?

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi mengomen... jangan mengomel sudahlah ya.. hihihi

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?