BERJIMBA-JIMBA DI SUNWAY LAGOON

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
ASSALAMUALAIKUM...
teka yang mana tangan saya?
SEPATUTNYA dah lama saya masukkan entri ke Sunway Lagoon ni tapi disebabkan beberapa hal yang bersangkutan dengan foto yang dirakamkan di sini maka entry perjimbaran kami ni asyik tertangguh. Kalau ada sesiapa yang masih ingat entri 'Bila Mata Bertentang' tu iaitu pertemuan antara saya dan dua blogger popular Kak Ida 1001 Resepi dan Kak Jun Cupcakekasih, haaa.. aktiviti ke Sunway Lagoon ni berlaku sehari sebelum pertemuan tersebut. Saya dan rombongan Cik Kiah   menyewa homestay milik Kak Ida di Sungai Penchala, jadi bagi sesiapa yang nak datang cuti ramai-ramai sefamily yang besar ke Kuala Lumpur ni apa kata anda menyewa di Villa Ma'arof milik Kak Ida yang begitu selesa dan luas. Kalau nak main futsal kat dalam tu memang lepas punyalah, hehe. Tapi entah kenapa saya lupa betul nak ambil gambar di homestay ni. Mungkin sebab masa yang begitu suntuk, kami cuma berada di homestay ini untuk berehat sekejap dan bermalam selebihnya lebih banyak dihabiskan di luar sehingga terlupa nak ambil gambar. Siapa yang nak tengok bagaimana rupanya homestay tu bolehlah tengok di SINI ya.

Disebabkan beberapa perjanjian telah tertulis secara lisan antara Angah dan anak-anaknya maka itulah terjadinya percutian di Sunway Lagoon ini. Kebetulan Yaya pun selalu sangat sebut nak pergi Sunway Lagoon, jadi kali ini saya dan ER layankan sajalah permintaan anak yang seorang nikan. Kalau diikutkan saya memang kurang berminat dengan taman yang berkonsep begini sebab saya agak sikit gelilah dan kurang suka bergelut dalam air ramai-ramai ni.. hehe. Tapi sebaliknya bila sampai di sini pandangan saya terbalik 270 darjah. Lagi 90 darjah masih was-was lagilah.. hehe. Walaupun pengunjung yang datang agak ramai tapi keadaan air tetap jernih dan terpelihara. Saya pernah pergi satu taman tema air yang airnya keruh dah macam apa tapi di sini airnya tetap jernih dan dipam sempurna. Tandas dan bilik mandi yang disediakan juga bersih dan selesa dan tidaklah mustahil kalau saya akan kembali lagi ke sini, ngeh.. ngeh.. ngeh.. Berpatutanlah dengan harganyakan, iaitu RM60 untuk seorang dewasa dan RM48 untuk kanak-kanak bagi pemilik myKad. Meh.. meh.. tengok gambar.. Kali ini saya masukkan gambar yang comel-comel jerlah ya.. Lagipun faham-faham sajalah kalau dah berkecebur dalam air tu... huhuhu.

me and mum
me and daughter
gayat sikit.. control.. control...



anak bapak!
me and son

buat-buat takut.. hehe..

 


 

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. bestnya dah lama tak pergi SL.
    last pergi 2010
    masa besday saya ..;D

    ReplyDelete
  2. alohalohhh jeleznye kite tgk gambo wlupun hanya beberapa keping je tu...kite yg dekat ni pun dah lame tak g...kali terakhir g mase anak dares lg (klu x syilap)...auuuuu mmg lame sgt dah tu hihihiiii

    ReplyDelete
  3. gumbiranya wajah di SL.
    Terasa mahu pergi juga bermain air:)

    ReplyDelete
  4. Amboiii....berjimba kat Sunway lagoon plak. Akk pun kurang suka kt sini, lebih selesa di Melaka. Umor kertu mcm akk ni, manalah nak kecebor dlm air lama2:-)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!