MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan hendaklah diajukan melalui panggilan, sms dan whatsapp sahaja. Saya tidak lagi akan menjawab pertanyaan melalui email. Sebarang soalan boleh dibuat melalui panggilan/sms : 0127844524 atau Whatsapp Sahaja : 0127799705. Terima kasih.

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam arab art street asam pedas asyura award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah bubur burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri chocolate lava Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk murtabak muzium myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sardin sate sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tmj tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Monday, October 1, 2012

SEMALAM DI PULAU SIBU

ASSALAMUALAIKUM...

TUAH datang bergolek, dah lama saya berangan hendak pergi ke Sibu Island Resort yang merupakan satu-satunya resort yang terletak di Pulau Sibu menjadikan ianya begitu ekslusif di antara Pulau Sibu yang lain selepas berbulan madu di Pulau Sibu Besar 12 tahun lalu. Untuk pengetahuan gugusan pulau Sibu terdiri di antara beberapa pulau antaranya Sibu Besar, Sibu Tengah, Sibu Hujung dan Sibu Kukus. Sayangnya ER ni memang kurang berminat hendak bercuti di pulau. Kalau datang saja duduk-duduk berehat terkongkong dalam pulau tu tak dapat bergerak ke mana memang mati kutulah dia dibuatnya. ER tak minat memancing, snorkelling, ronda-ronda tengok pulau, menyelam ke dasar lautan, jungle trekking.. itu semua bukan minat dia. Yang ER minat.. jalan, makan, shopping.. yey!


Dan sempena Kejohanan Perahu Layar KFC-Felda Terbuka Johor 2012 ER telah mengajak saya menemankan perjalanannya ke Tanjung Leman ni. Saya pun angkutlah Yaya sekali almaklumlah, kami nikan tak boleh dipisahkan.. agaga. Kami rombongan dari media ini kemudiannya ditempatkan untuk bermalam di Sibu Island Resort di mana perlumbaan akan berlangsung di antara Tanjung Leman - Pulau Sibu- Tanjung Leman. Jadi tak bolehlah nak bersantai-santaian kerana kami terikat dengan program yang telah diatur. Tapi seronok juga sebab saya dapatlah berendam dalam kejernihan air Pulau Sibu, siap ada ikan berenang-renang di kaki. Ajaibnya pantai Pulau Sibu sebab ada daratan di tengah-tengahnya jadi macam boleh buat adegan berdiri atas air sayangnya tak bawa kamera pulak masa tu, urmmm.

Yang paling seronok di sini kami boleh main kejar-kejar dengan rusa tau. Rusa-rusa yang makan di tangan ni agak sombong, geram jugaklah sebab bila kita ada makanan barulah ia nak datang dekat kita kalau tak ada memang jangan haraplah. Rusa-rusa ini pula dibiarkan bebas berkeliaran di kawasan chalet, kami ni memang ala-ala 'perak' jugaklah bila rusa-rusa ni berlari-lari di bawah rumah. Terjerit-jerit.. rusa.. rusa... tapi.. bila hari kedua tu dah agak kuranglah perasaan jakun tu, hehehe. Selain rusa terdapat juga pelbagai jenis burung yang dilepaskan di sini, syok betul main kejar-kejar dengan makhluk-makhluk ni tau.. hihi.. Layan gambar jerlah ya..
rusa berkeliaran di kawasan chalet

sang merak mendabik dada
bebas lepas... eh, gambar ni pelik.. gasaklah.. hehe..
sampai ke sudah Yaya dok ngejar bunny ni tak dapat-dapat.. kesiannnn..
 
gemuk tak kuat lari.. akhirnya dapat ditangkap dan akan dipanggang malam nanti.. jemput ya datang kendurinya.. hehe
dapat panggang rusa lagi syok nih! hehe
makan kenyang-kenyang sebelum dipanggang ya.. eh! Tak sampai hatilah nak sembelih, hihi.
SEKIAN..... daaaaaaaaaaa...

Eh! Lupa.. setakat inilah pengalaman saya kalau pergi ke pulau-pulau macam ni, biasanya staf-staf resort ini akan menghantar kami ke jeti termasuklah chef. Memang rasa agak sedihlah masa tukan tapi apa nak buat, hidup harus diteruskan.. Kita jumpa lagi ya.. insyaAllah.
Terima kasih SIBU ISLAND RESORT.

P/S : Susah betul nak masukkan gambar ramai-ramai kat jeti tu.. urmm.. kena KIV dulu nampaknya.. 

akhirnya! dapat juga masukkan gambar ni


 


 


20 comments:

  1. Salam kak yusssss!!! uuuwaaaaaaa.... kita terlepas n3 kat bwh ni huhu.. minta maaf ya kak, aduhhhh tensiiiii betul tak leh edit gmbr pastu blogger kita buat hal tak leh nak post n3 asyik error n tak leh save ler pulak tuuu huh! pssst>> burung merak tuuu dia punyer kipasnya mmg mcm tu eak? mcm togel pulak hihihi... ke akak yg cabut? :D Pulau sibuuuu tak pernah pergi, eksyen jer dulu2 nak pergi sampai dah tua pun tak pergi2 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ijayuji, alah, akak tak kisah punlah.. hihi. Ijah, agaknya merak tu sedang melakukan transformasi, kembang kuncup kembang kuncup, hehe

      Delete
    2. JIKA ANDA BUTUH ANGKA GHOIB/JITU 2D.3D.4D YG DI JAMIN TEMBUS 100% DI PUTARANG SGP/HKG SILAHKAN SAJA ANDA TLP KY JAYA DI NOMOR 085-342-064-735 TRIMAH KASIH

      Delete
    3. BAGI KALIAN YANG INGIN GABUNG DALAM PAKET BARU SILAHKAN DAFTAR CARA DAFTARNYA SILAHKAN KLIK BLOG ASLI PARANORMAL TOGEL http://ramalanjituakysultan.blogspot.com ATAU HUB LANGSUNG DI NMOR (_0_8_5_2_3_3_7_3_9_2_5_7_) DI JAMIN TIDAK MENGECEWAKAN trimakasih

      salam kenal sobat,,,



      BAGI KALIAN YANG INGIN GABUNG DALAM PAKET BARU SILAHKAN DAFTAR CARA DAFTARNYA SILAHKAN KLIK BLOG ASLI PARANORMAL TOGEL http://ramalanjituakysultan.blogspot.com ATAU HUB LANGSUNG DI NMOR (_0_8_5_2_3_3_7_3_9_2_5_7_) DI JAMIN TIDAK MENGECEWAKAN trimakasih

      salam kenal sobat,,,

      Delete
  2. salam,
    cantik tempat ni sari, siap ada rusa dalam kawasan laman resort tu...kat mana lokasi pulau sibu ni? kkida teringin juga nak pergi...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Kkida.. lokasi Pulau Sibu ni di Tanjung Leman, Mersing. Kalau dari KL kena masuk Johor & pergi ke arah Kota Tinggi/ Mersing, cari Jeti tanjung Leman...

      Delete
  3. Cantiknya tempat tu. Nampak bersih dan tenang je. :)

    ReplyDelete
  4. Kalau kakak pergi dah tahu ada rusa kakak sediakan parang tajam dan rempah BBQ boleh tak Yus? hihi...

    Seronok kakak nampak nyaman betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Kak Zakie, len kali datang siap2 bawa parang tajam ya, kita leh BBQ kat tepi pantai.. peh! terbaekkk dari ladang, kih kih

      Delete
  5. kita pun hanya mampu simpan niat jew nk g pulau sibu..aritu ke tioman ..solo2 jew..mr hubby rasanya x suka nk ke pulau..best pulak main kejor2 rusa tu kan..:)

    ReplyDelete
  6. kak, gambar yang pelik tu, macam termasuk ke alam Bunian pulak..nasib baik tak nampak doraemon ke situ..haha...

    ReplyDelete
  7. wahhh....seronoknya tengok akak sekeluarga jejalan...
    Fatiha pun dah nmpk besar dah....dah mcm anak dara....

    ReplyDelete
  8. cantiknya pulau ni...mahal tak chalet kat sini?

    ReplyDelete
  9. salam yus..bestnya dapat ke sana tetapi orang tua cam cm ni tak larat nak main kejar kejar dengan rusa tu hehe.

    .seronok sekali sekala melancung ketempat tempat yang dekat dengan alam semula jadi..cantik dan bersih nampak kawasannya.

    ReplyDelete
  10. berjalan sakan akak ni..suka tengok pemandangan nan hijau dibelakang semua tu..

    ReplyDelete
  11. serononyer.. bila la dpt pluang nk travel2 camni jgk... teringin sgt2...

    ReplyDelete
  12. ku org situ pun xpernah pi. jom kak.. kita berdua jer ke pulau. tinggal suami2.
    hahahaa. sanggup ker?

    kt situ ada 2 adik angkat. shelly dan burn..

    windu budak2 tu... dua2 kulit cerah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayu, kalau ada adik angkat, anytime boleh gi tu.. duduk free jer tumpang bilik diorang kan.. hehe

      Delete
  13. Nak pergi jugaaakkk...!!!!! Sob..sob.. cantiknya... Kalau dapat snorkeling lagilah seronok kan...

    ReplyDelete

komen anda amat dihargai... terima kasih

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?