MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

anda pengunjung ke

MENGHITUNG HARI

DEMI MASA

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI
Untuk tempahan hubungi Sari 012-7799705 (JOHOR BAHRU SAHAJA)

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Search Alam Sari

Loading...

Thursday, November 29, 2012

OOO BALIK KAMPUNG

ASSALAMUALAIKUM...

HUJAN lebat, guruh sabung-menyabung dan petir berdentam-dentum menyambut kepulangan saya ke Tanah Jauhar petang semalam selepas sepekan duduk berumah bertangga di negeri Jelapang Padi. Bagaikan satu fenomena setiap kali pulang ke kampung kelahiran Panglima Hitam dari Gunung Jerai ini, hujan lebat pasti menyapa ketibaan kami sebaik melintasi sempadan negeri Johor Darul Takzim. Rasa tegang sungguh urat tengkuk saya membelah lebuhraya mengekor di belakang lori di kala pandangan gelap dan ayunan 'wiper' yang laju mengelap cermin depan kereta. Seperti yang sering saya ulang sebelum ini, berada di atas jalanraya nyawa umpama di hujung tanduk sahaja. Ya, ada ke sesiapa yang sanggup mati serta merta tak sempat minta ampun pada sahabat handai dan saudara mara. Yang Di Atas Sana entahlah berapa banyak dosa saya terhadap-Nya. Hidup saya bukannya mendaki jalan yang lurus sahaja. Ada juga terbenam dalam lopak berlumpur tanah selut yang bukannya mudah dicuci terus. Ibaratnya kain yang carik terkoyak dan berlubang bukannya senang hendak ditampal. Kalau ditampal pun ia tidak secantik kain baru, kalau dapat kain yang koyak itu dibuang alangkah bagusnya kalau berganti kain sutera walau hakikatnya cuma selimut putih yang akan di bawa ke alam sana. Eiiiii, memang seram sejuk dibuatnya.

Haaaa... ini akibat dari terpengaruh dengan drama bersiri Julia di TV3 yang dah berakhir. Masa dalam perjalanan pulang ke Kedah tu macam biasa ER mengajak saya singgah makan-makan ke negeri Perak Darul Ridhuan. Wahhhh, kami memang suka singgah di Perak, negeri kelahiran Kak Jun dan Kak Ida tu. Boleh dikatakan destinasi wajib singgah tau biasanya kami akan singgah di Ipoh, Taiping atau Kuala Kangsar. Tapi penangan cerita Julia, saya mengajak ER singgah ke Teluk Intan. Konon-konon nak tengok Menara Condong. Lagipun saya tengok bapaknya Julia tu selalu jugak pergi jenguk Julia di KL. Dan saya ingat juga, Julia tu dari KL pergi Teluk Intan dan balik semula dari KL ke Teluk Intan sebelum malam menjelang, dekat benar kot Teluk Intan tu saya fikir, hehehe. Sekali... hambekkkkkkkk!! Jauh betul rupanya Teluk Intan tu sebaik kami keluar dari lebuhraya di mana kami seolah mengundur semula ke bawah. Adoiiii... tobat! Dan tambah sedih lagi bila kedai makan yang paling femes dekat Teluk Intan tu tak silap namanya Mastan Gani Rojak dan Mee baru saja berkemas meja... aiii.. memang tak ada rezeki nampaknya... :'(
ooooo... memang sah condong

Tak sangka pulak rumah di kampung tu rupanya tengah berbumbungkan rambutan yang lebat berbuah merah ang-ang kata orang Kedah. Saya petik dan makan rambutan bawah pokok sahaja. Jangan suruh saya memanjat sebab memang tak pandai. ER??? Jangan harap!! Huhuhu. Pekan Sabtu dan pasar malam pula sedang berpesta buah delima dari negeri China yang tak berapa merah merkah. Tapi saya pulun jugaklah beli sebab harganya boleh dikatakan 50% lebih murah dari biasa. Jadi, beberapa hari di kampung, dalam mulut ni asyik mengemam biji delima sambil tengok cerita Panca Delima lagi.. hihi..


Haaaaaaaaaa.. ini kepala ikan dari Restoran Nasi Kandar paling femes di Pulau Mutiara. Saya tak tanya berapa harga sebijik kepala ni. Selain tak berani nak tanya, saya juga bukan hantu bab kepala ikan ni. Yang penting bila makan di sini, kuah mahu lebih!!!
macam biasa pergi Penang wajib naik feri... Yaya berangan nak naik cruise, hihi


Ops! Terbabas sikit.. lepas kecewa dengan tertutupnya kedai Mastan Gani tu, kami makan benda yang biasa-biasa jer di Teluk Intan. Tapi ER nak juga singgah ke Taiping katanya nak pekena Doli Kuey Teow. Tapi, bila lalu dekat medan Selera Taiping tu kepalanya dah ke lain sebab dah ternampak benda lain. Kita layankan jerlahhhh.... tapi kesudahannya, semua orang dah senak sebab kenyang lagi makan di Teluk Intan tu, apa lagi, makannya separuh, yang lain bungkus, hahaha...

Itulah sahaja, sekian.. wassalam.

31 comments:

aDisH.sHidA said...

akak masih di kedah ke...mai la jejalan pendang...

Kakzakie said...

Semalam kakak rasa seluruh Johor berdentam-dentum dgn guruh dan kilat. Kakak balik kerja meredah hujan lebat. Di Mt Austin pulak tu banjir kilat. Redah juga banjir yg paras tayar kereta tu Seri. Nak buat macam mana.

Lyza said...

Seronok tgk..pic2 blk kg..dan jln2 cari mkn..

Zurina said...

mak aihhh...rindunya nk makan rambutan yg dipetik sendiri dr pokok...fresh...rangup2 g2. gmbar last tu cukup2 memukau kalbu...kreatif...;)

Mas said...

bestnya jejalan...

Kesuma Angsana said...

wah seronoknyer !

Citarasa Rinduan said...

kak...
dikau bcuti rupanya

ingatkan dpt gather2 sabtu nie

azieazah said...

Saya orang Perak pun tak pernah lagi sampai Teluk Intan. Hajat memang nak tengok Menara Condong tuh. Oh pegi Penang naik feri memang ohsome! Dan pekena nasi Kandar dgn Kari Kepala Ikan bertambah awsome!

Nur-nba said...

Seronoknya jalan2 dan makan2.. Kari kepala ikan tu memang menggoda..

Areef Ibn Naim said...

salam,

intro tu mmg superb... suka saya baca :)

sy teringin nak menjelajah ke utagha ni, tp belum berkesempatan... ri tu gi langkawi just lalu je...

zila norazila said...

salam sari
bestnya balik kg,mmg btl2 cndong menara tu kan..kita pun x pernah tgok scara live lg..enth bila nk terjah..h ehhee amboii terbawa2 citer julia kan..ending dia mcm x best kan..:)

Rohah said...

salam kak..sonok tu dpt balik kg,sempat nyinggah2 lagi..Dah lama sy tak jejak Teluk Intan, mmg tak jauh errr dr kg saya, Sabak Bernam..dulu klu gi sana tgk dari jauh je menara ni..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

aDisH.sHidA, dah sampai JB yang, tu... akak cete sampai Johor hujan lebat...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Kakzakie, tulah.. sepanjang jalan tak hujan & ribut petir, sampai Johor jer hujan.. errr.. nasib baik banjir paras tayar jer, tapi tenggelam jugak tu..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Lyza, terima kasih ya tolong tengok, Lyza seronok sy pun seronok.. errr.. lagi seronok.. hehe

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

betullah Zurina, krup krap krup krap sy mengunyahnya, hihi..

oooo, gambar last tu memang kreatif, realitinya bawah tu ais kisar jer.. huhu

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

best Mas :-)))

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Kesuma Angsana, yes! sangat seronok tapi penat, huhu

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Citarasa Rinduan, akak ada di JB tapi nmpk gayanya takut trkejar2, lebih baik akak undur diri trlebih dahulu :-(

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

azieazah, tak apalah. Nanti ada masa pergi ya. Betul tu, gi Penang wajib pekena nasi kandar ngan naik feri kan, barulah ohsome, hehe

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Seronok Nur, kari kepala ikan tu memang menggoda tapi sebab tak kuat makan kepala jadi abaikan jer godaan tu, hihi

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Usataz Areef, tulah, insaf sungguh nampak akak nikan, huhu

nak jelajah utara tu senang jer, kahwin ngan org utara, hehe

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Kak Zila, ialah. tak puas hati ngan ending Julia tu, huhu. Memang teingat2 laaa

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Rohah, laaa, knp tengok jauh2, takut kena hempap eh? hehe, gurau jer Rohah

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum Yus..

Hahaha...mula2 baca entry ni dah rasa cam baca novel online lak..hihihiii..
Ko ni yus..sampai terbawa2 tgk cerita julia kat tv3 tu eh... Tu lom tgk lagi cerita yg kalau Naz berlakun dlmnya..hahahaha... Confirm ko nak datang sini lak cam dekat2 jer...

Qasey Honey said...

tq sudi singgah ke blog QH..
jadi ralit sekejap mbaca setiap bait2 ayat dlm n3 ni..mcm kak Nadz cakap..mcm novel on9 dah...klau wt novel ni tentu laku..:)

~~zana@pb~~ said...

Akak ketinggalan.....sebab jalan2 Perlis pulak skrg ni. Best buah delima tu, lebih2 lagi kalau nak kuruskan badan. Kat sabah susah nak jumpa. Sari, fb mana?? instagram pun tak tengok ke? akak nak gi JB 9 atau 10hb, nak jumpa kat mana? akak selalu rumah nenek hubby di Bandar Baru Uda atau sekitarnya saja. sila kontek dgn secepat mungkin, nak bg souvenir ni.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Waalaikumussalam wbt Naz,

Naz, ko ada berlakon cete apa Naz, bagi tau eh.. hehe

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Qaseh Honey, semuanya ilham dari Allah swt, Alhamdulillah.. terima kasih kembali sudi singgah ke sini..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Kak Zana, tulah, buah delima muda tu yg boleh kuruskan badan, ingat nanti nak cari pokoknya tanam sendiri kat halaman umah yg sekangkang cicit kera tu, hahaha..

Kak, mudah2an nanti kita dpt jumpa ya..

zuwaidah said...

baru nak buat revision...orangnya dah lama balik johor hehehehehe...tak pe kannnn

Share It

Anda Sukakan Ini?