MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam asam pedas award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin minuman mistik monopod muffin Munduk myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sayur sejarah selfie semur SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Wednesday, December 19, 2012

SARI KEJU MANIS KEMBALI

ASSALAMUALAIKUM...


JENUH menjawab pelbagai pertanyaan sahabat dan saudara kenapa saya tidak lagi mengambil tempahan kek dan cheese tart sepanjang tahun lepas. Ramai juga yang hampa bila saya terpaksa menolak tempahan mereka terutamanya yang meminta beribu cup cake sebagai cenderahati majlis perkahwinan. Aduhai, kakak, Encik Zanussi saya tu sekali masuk cuma sedozen jer. Mahu saya bertungku kat tepi tu selama tiga kali subuh ke subuh untuk mencukupkan 1000 cup cake. Memang betul, rezeki jangan ditolak tapi kalau sedar diri tak berdaya, baiklah berundur sebelum berperang. Saya tak mahu yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran. Saya cuma rajin membotolkan kek sahaja itupun tak berani ambil banyak-banyak. Masuk November saya tutup tempahan sebab cuti sekolah bagi saya adalah saat yang paling sibuk sebenarnya sebab saya terpaksa berulang menghantar anak saya agak jauh ke rumah neneknya yang tidak sehala dengan pejabat saya. Tahun 2012 juga merupakan tahun pertama Yaya belajar di sekolah baru. Ya, sekolah yang baru dibuka jadi cikgu-cikginya amatlah giat menganjurkan pelbagai kelas tambahan. Saya yang jadi mak budak ni terpaksalah juga berkejar ke sana ke mari. Memang tak sempat nak meladeni kerja-kerja mencetak tart shell apabila nak membunga-bungakannya.


Saya berkira-kira untuk membuka kembali tempahan apabila cuti penggal akhir persekolahan bermula tetapi masih tidak terlaksana. Masa ibarat pedang, asyik saja saya dipancungnya. Dalam pada berangan-angan nak menekan doh itulah tetiba sahaja Cik Siti Intan Payung yang rajin menempah cheese tart dengan saya menghantar pesanan kalau-kalau saya sudi menerima tempahannya. Jadi saya anggap itu sebagai pembuka jalan untu saya kembali berbisnes dalam dunia yang saya sayangi ini. Kerana ia membuat poket saya agak kurang bocornya. Kalau tak asyiklah nak kena mintak tampal dengan ER, kan.. hehehe. Tapi, kata orang, besar periuk, besarlah keraknya. Bila ke kedai membeli bahan pastri dan inti tu, maka mata pun jadi rambang. Mulalah nak capai benda yang tak masuk dalam senarai, hai... nasib.. nasib.


Untuk makluma, saya menggunakan margerin jenama Buttercup dan Keju Philadelphia dalam produk saya. Jadi, kepada sesiapa yang ingin merasa Tart Keju Ungu saya ni, bolehlah meninggalkan komen dan nombor telefon anda di kotak komen atau terus menghantar mesej di facebook Seri Kandi Tanah Jauhar. Berikut merupakan senarai harga bagi sesiapa yang berminat dan maklumat penghantaran.

Perisa :
Blueberry sahaja (dengan corak bunga padi) dan Blueberry dan Coklat (tanpa corak bunga padi)

Harga : 25 pcs - RM16
             50 pcs - RM32

Lokasi & Waktu Pengambilan :
- Setiap hari Ahad di Bandar Baru Uda (masa akan diberitahu)
- Setiap hari Isnin di pejabat saya (lokasi & masa akan diberitahu)  atau di Bandar Baru Uda (masa akan diberitahu)
- Perkhidmatan penghantaran ke rumah setiap hari Sabtu dan Ahad dengan bayaran tambahan RM8 (mengikut lokasi sekitar Johor Bahru sahaja) atau kurang.
- Permintaan pada hari lain hendaklah dibuat tempahan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum hari pengambilan.



Wassalam.

21 comments:

  1. Sy pun off kejap kak ambik tmpahan ciz tat nie....tahun depan insyallah bru on balik.....
    Almaklumlah....cuti sekolah nie...kadang duk umh...kadang tdk....kenkadang ada plak plan last minute nak bejalan.....tu yg off dlu.....spend time tuk family dulu kan.....hehe....

    ReplyDelete
  2. rajinnya Yus, akak jangankan nak ambil tempahan, nak buat makan sendiri pun tak nyempat2...ntah apa2 je yg di sibukkan cuti sekolah ni..tapi mmng makin sibuklah....

    ReplyDelete
  3. tak pernah makan cistat nie...sebab shda x makan cheese..cheese dlm piza je makan..huhu
    rajin betul akak ye...

    ReplyDelete
  4. fuh...moga maju bisnes akak! sama la kita...masa raya hari tu, ada lagi yang tempah last minit, tapi saya tolak cepat2..sebab saya tahu saya tak mampu, apatah lagi kena buat sorang2...kesian lak housemate yang kena siapkan nanti...

    ReplyDelete
  5. samalah kes dgn akak juga.. tak berani nak terima tempahan byk2.. sebab tu tak berani nak letak iklan produk jualan.. hehe.. serupalah dgn sari bila ke kedai bakeri tangan mesti gatal nak capai bahan yg takde dlm senarai.. hehe.. sudahnya untung tak seberapa.. yg keluar lg lebih.. kekeke...

    ReplyDelete
  6. tahniah kak yus... moga terus maju jaya.... comel2 tat akak... klu dekat nak order gak! hihihi... kita pon sama cam akak, ramai duk tanya bila nak bukak utk order... tak mampu la bila tgk mixer cap ayam.. oven pulak cenonet.. itu tak masuk meragam itu ini lagik... aiihhh mujur ader oven pree org nak bagi... tak syukur langsung.. hahahaha

    ReplyDelete
  7. Tengoklah GB mentang-mentang lokasi pengambilan di BBU dia terus nak tempah. Kakak pun nak juga kalau macam tu.

    ReplyDelete
  8. sedapnyer...nengok gambor pun nyom nyom nyom...menggodassss

    ReplyDelete
  9. wow...gbusnya inti tat akak..puas mamam ni..moga murah rezeki

    ReplyDelete
  10. Assalam sari.
    Sedapnya....terliur pulak tgk cheese tart tu.

    ReplyDelete
  11. sebut Bandar Baru Uda je...pedih hati ini. ada peristiwa memilukan ketika di sana tempohari tapi bukan psl Sari. entah bila dpt balik Johor lagi, rasanya kalau dpt pun mungkin hari raya....kalau la...hati tidak mengizinkan utk pulang.

    akak dah lama gantung loyang kuih, takde mood.

    ReplyDelete
  12. salam sari,
    smoga biz brtambah maju..samalah dgn akk klu dh ke kedai lain jadinya yg dibeli..mmg jauh lari dri sasaran..he hhe

    ReplyDelete
  13. smga panas sampai ke petang.. n terus dimurahkan rezeki.. akk pun terasa nk mgoder bila tgok tart yg dibelah 2.. mmg rasa2 nak terus ngap jer bila tenong lama2 pic tu..

    ReplyDelete
  14. Aduhai Kak Sari....sedapnyaaaa nampak. Confirm sedap babas nie. Jauhla pula saya nie...aduhai.

    ReplyDelete
  15. pandai isteri mencari duit poket...kurang sikit beban en suami kan....beruntung Panglima Ggggarang dapat isteri yang serba serbi boleh.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi mengomen... jangan mengomel sudahlah ya.. hihihi

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?