ASSALAMUALAIKUM...
MEOWWWW!!
Biar betul, besar macam ni sebulan??? Hihi.. sebenarnya bukan usia Zonan ni yang sebulan tapi hari ini genaplah sebulan saya mengambil Zonan sebagai kucing angkat. Sejak ada Zonan saya dah macam ada baby pulak. Rasa-rasanya turun jugaklah ukuran pinggang saya ni tau, dibuat dek Zonan ni. Dapur tu dah berapa kali saya berus dalam sebulan, tu belum lagi berulang-ulang basuh cadar, sabun sekotak dah tinggal setengah, bil api dan air pastinya naik bulan ini. Itu belum lagi kecerewetannya tentang makan, memilih betul. Tak pernah jumpa kucing yang memilih pasal makan ni tau... Berpuluh ringgit juga habis cuba yang itu, cuba yang ini. Akhirnya jadilah rezeki kucing-kucing jalanan yang tak tahu memilih janji dapat mengalas perut yang kelaparan. Zonan ni kalau dah menggigil perut pun, kalau kita paksa makan pun dia tak mahu kecuali ikan rebus yang digaul dengan nasi atau biskut, yang itu memang dia tak tolak. Pengsanlahhh hari-hari mahu rebus ikan, huhuhu. Friskies, Whiskas, Pro-Diet, Smart Heart semua dia jamah sikit-sikit lepas tu tinggal... urmmmm. Royal Chain??? Oh! Tidakkkkkkkkk...
Zonan paling suka duduk dalam rak buku berbentuk kotak yang Yaya panggil Zonan's Control Car. Kadang-kadang Yaya buat beg, ikat tali hujung ke hujung dan dipikul di bahunya ke hulu ke hilir. Diam jer Zonan bila dipikul, suka sangat dia. Kalau Yaya rajin dia tarik kotak tu. Lagilah suka Si Zonan ni, memang kelakar tengok gelagat dia.. ER dan saya selalu mengekek-ngekek ketawa tengok telatah Zonan ni. Kalau tak ada orang nak melayan dia, mulalah dia mengiau-ngiau ajak bermain kejar-kejar. Yang penakut macam saya ni memang terjerit-jeritlah sebab dia suka mengacah-ngacah kita, silap-silap dapat penampar, hahaha.
Alhamdulillah, sejak seminggu lepas, kami dah berjaya latih dia buang air di luar rumah. Zonan juga dah dibebaskan sepenuhnya. Setiap petang dia akan menyambut kepulangan kami, terkejar-kejar bila nampak kereta memasuki garaj. Kalau kami balik malam, dia setia menunggu sambil duduk di kabinet kasut. Betullah kata orang, kucing ni binatang yang setia dengan tuannya. Semoga Allah sentiasa memelihara keselamatan Zonan sepanjang kami keluar rumah seharian. Amin....





