HARI ini usia ER genap mencecah angka 42. Saya tidak bercadang untuk membuat kek kali ini kerana ER bukan peminat kek tapi bab goreng pisang atau cekodok, ER memang nombor satu tapi takkanlah nak buatkan goreng pisang atau cekodok jer, ye tak? Seperti tahun-tahun yang sudah, nampaknya saya kena belanja ER sesuatu yang istimewa tapi.. di mana ya???
Sempena dengan itu juga sejak dua tiga minggu yang lepas, ER telah menyuruh saya memohon cuti hari ini. Maklumlah, esok 1 Mei seluruh dunia (kan??) akan bercuti sempena hari pekerja. Jadi ER bercadang hendak jalan-jalan cari makan jauh sedikit. Kiranya Yaya akan
Untuk ER saya doakan semoga dengan bertambahnya umur kali ini akan lebih menjaga kesihatan, kurangkanlah menghisap rokok (dah berhenti berharap agar ER berhenti merokok:-P). Semoga ER terus suksess dalam kerjayanya dan sentiasa dirahmati Allah. Macam poyo jer entry kali inikan, guna tablet memang rasa bodoh sikit bila menaip, huhu....
Sambung kat lappy pulaklah ... ;p
*****
Kan saya dah kata... kita hanya merancang... niat tu memanglah nak terus belanja ER makan lepas ambil Yaya balik sekolah tapi ER seperti biasa masa kita dah rancang macam inilah dia sibuk nak pergi bayar bil, nak pergi perbaharui insurans dan nak ambil geran kereta kerana cukai jalan kami akan tamat tempoh pada 22 Mei depan. Ya... 22 Mei tu lama lagi, tapi ER ni memang jenis yang teruja kalau cukai jalan nak tamat tempoh, memang dah biasa kami 'renew' sebulan lebih awal.. huks!
Jadi, bila dah ke sana dan ke sinun akhirnya kami terperangkap di tengah-tengah kesesakan lebuhraya Pasir Gudang kerana saya bercadang nak ke Jusco Tebrau walaupun Yaya cadangkan kami ke Jusco Taman U sahaja. Wahhhh! Naik betul angin ER bila kereta tak bergerak, habis tu, ingat dia sahaja ke ada angin????? Saya??? Grrrrrrrrr...
Okey... OFF RECORD ;p
Kami terus patah balik ke Skudai dengan memasuki jejambat di Taman Daya. Bagi pengguna-pengguna jalanraya yang biasa melalui lebuhraya Pasir Gudang tentu sudah sedia faham keadaan yang sesak sepanjang laluan selepas Lebuhraya Kempas menghala ke jambatan Taman Daya. Kesesakan itu pula pastinya akan berlanjutan sehingga ke persimpangan Jusco Tebrau dan Pasir Gudang. Tapi kalau jam 6, saya mungkin faham masa semua orang berpusu-pusu nak pulang ke rumah tapi jam di tangan saya baru pukul 3.30, phewwwwwwwww.. memang angin satu badan dibuatnya... pitammm!! Mana saya nak sangka pukul 3 boleh jem tak bergerak. Perjalanan 15 minit jadi 45 minit. Ditambah lagi ER ada majlis malam nanti, jadi daripada saya tercekik 'ice blended' baiklah kita balik... okey.
Hujan yang tiba-tiba turun menyejukkan hati. Mujur Jalan Skudai agak lengang. ER bertanya kalau saya nak pergi ke Jusco Taman U walaupun lepas keluar dari lebuhraya PG tadi masing-masing dah jadi bisu... huhu. Ikutkan hati yang lesu memang nak balik rumah sahaja tapi orang kata, ikut rasa binasa, ye tak?? Bukan tak biasa gaduh-gaduh manja gitu... kui kui.
| orang merajuk disorongkan Vietnamese Beef Noodle Soup... hiks |
| Irish Lamb Stew... tukang bayar kena belanja lebih untuk diri sendiri.. diet sambung esok pagi.. hihi |
| makanan baru sampai air dah tinggal suku... Chicken Parmigiana.. |
| bapak suka anak gembira... maklumlah.. makan percuma.. uhuks! |
| mengalahkan babah |
P/S Saya rindu Sate & Bariyani Power Batu Pahat... huhuhu
![]() |
| sate dicucuk guna lidi daun kelapa.. lentur dicelup dalam kuah kacang... adohaiiiiiiiii... |












