EPISOD terkenang semasa dulu... ;-))))
SAYA baru lepas berbalas sms dengan kawan sekolah rendah dulu. SITI ANITA, orangnya comel, manis dan peramah sejak kami mula kenal 28 tahun lalu. Ya, kami bertemu ketika saya baru sahaja bertukar ke Sekolah Kebangsaan Rimba Terjun, Pontian semasa dalam darjah tiga. Dalam masa yang sama, Siti Anita yang saya panggil Siti juga sama-sama murid baru dengan saya. Biasalah kalau 'budak baru' tentunya cepat jadi terkenal, hehehe.
Disebabkan kami ni bersekolah di sekolah kampung sahaja dan bilangan murid tidaklah ramai maka hubungan antara kawan sekelas tu amatlah rapat. Masa tu tak ada darjah A ke.. B ke... setiap darjah cuma ada satu kelas sahaja. Saya masih ingat antara kawan saya yang maknya sangatlah rajin menyediakan bekalan untuk anak adalah Siti Anita dan Rozana. Boleh dikatakan setiap hari Rozana akan membawa mangkut tingkat bewarna biru yang di dalamnya berisi nasi bersama lauk asam pedas yang menjadi identiti orang Johor. Ada masa dapatlah juga mengendeng bekalan Rozana yang ada iras-iras nyonya ni, hehe. Tapi disebabkan kami tak berapa rapat dan Rozana ni agak pendiam orangnya jadi agak malu-malu kucinglah nak mengecek selalu. Rozana sekarang khabarnya telah menjadi jururawat tapi saya tak pasti di mana, mungkin masih lagi di Pontian. Saya juga masih ingat rumah Rozana yang cantik dipagari pokok siantan yang merah menyala. Selalu kami petik bunga tu sambil dok sedut-sedutlah madunya yang manis tu, hihi.
Apa bekalan yang Siti Anita bawa?? Yaaaa... tidak syak lagi, tentulah cucur udang. Cucur udang yang macam span tu apabila dicicah dengan sos cili manis yang cair sehingga meresap dalam cucur udang tentulah amat sedap rasanya bagi budak sekolah rendah. Cucur udang mak Siti Anita tak tipu tau, memang ada seekor udang sedang berposing kat body cucur tu, haha
![]() |
| macam inilah lebih kurang rupanya cucur udang yang Siti selalu bawa.. saya google imej ini dan terus membawa saya ke blog ini.. terima kasih POTRET KASIH |
Balik semula kepada cerita jadi budak baru tadi, bila kami berpindah ke sekolah di Pontian tu kami diwajibkan untuk masuk ke sekolah agama di sebelah petangnya yang mana sekolah agama akan menumpang di sekolah kebangsaan tu. Disebabkan masa tu abah tak cukup peruntukan untuk membelikan tudung sekolah agama (dulu-dulu belum wajib bertudung ke sekolah macam sekarang, tapi kalau sekolah agama tu wajiblah bertudung) jadi saya dan Angah (darjah 4) ni pakailah selendang renda-renda. Ialah, budak-budak kecik sekarang untung lahir-lahir jer dah jumpa tudung awning, kami dulu pakai tudung segitiga jer jadi untuk kami ni mak memang ada belikan selendang renda untuk pergi mengaji jadi kebetulan pulak selendang tu putih jadi kami telah dipaksa untuk pakai selendang tu ke sekolah agama sementara dapat tudung sekolah. Jadi, setiap kali kami jalan depan
![]() |
| haaaa.. gini ni ala-ala selendang putih pakai gi sekolah agama tu, memang cam pengantin ek... sumber gambar google |
![]() |
| ada juga buat yang macam tikar mengkuang siap bergulung tapi dah selamat bergulung dalam perut.. hehe |
Roti Jala
Sumber : Dapur Kak Jee
2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 cawan santan
1 biji telur
secubit garam (saya letak 1/2 sudu teh)
sedikit pewarna kuning (saya bahagi dua adunan, guna hijau dan merah jambu)
Cara mudah :
Masukkan air, santan, telur dan garam dalam blender serta 1/3 tepung. Kisar sekejap. Kemudian, tambahkan 1/3 lagi tepung, kisar lagi. Akhirnya masukkan semua tepung, kisar sebati. Letakkan pewarna, kalu suka boleh bahagi dua dan guna dua warna berlainan, kacau sebati.
*saya tambah 2 sudu makan minyak masak dalam adunan.
Oh! Ya, kari daging tu saya baru masak, bukan kari semalamnya punya tau.. memang dibuat istimewa untuk dicicah dengan roti jala. Buat pekat supaya kuahnya melekat, barulah boleh makan sampai mimpi bulan bintang. Resepi kari daging saya mudah jer, tak perlu masuk hutan punya. Boleh gali dengan label daging ya.. kalau rajin nak gali ;-))))
![]() |
| Yaya suka yang garing! |
































