47,450,000 LANGKAH BERSAMAMU

Seri Kandi Tanah Jauhar
12
ASSALAMUALAIKUM...

JIKA purata seorang wanita menangis sebanyak 30 kali dalam setahun mungkin Seri Kandi telah menangis sebanyak 390 kali sepanjang tempoh perkahwinan Seri Kandi dengan ER. Eh! Biar betul, banyaknya... hehehehe. Eh! Tak semestinya Seri Kandi menangis kerana ER. Wanita kalau menangis atas banyak sebab. Merajuk dengan suami tu semestinyalah masuk dalam senaraikan, mungkin stress di tempat kerja, stress di rumah dan stress tak cukup fulus, hehehehehehe. Tu semuanya boleh jadi punca untuk Seri Kandi menangis.

Tapi yang Seri Kandi nak cerita di sini bukanlah tentang tangisan Seri Kandi tetapi Seri Kandi nak canang (hehehe) bahawa pada hari ini, 30 Januari 2013, Seri Kandi dan ER menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ke 13. Seri Kandi kira-kiralahkan, kalaulah Seri Kandi dan ER sejak dari awal perkahwinan dulu menyahut seruan kempen berjalan 10,000 langkah sehari tu, sekarang ini Seri Kandi dan ER telahpun melangkah sebanyak 47,450,000 kali sepanjang tempoh perkahwinan kami. Urmmm, Seri Kandi rasa belum berapa jauh lagilah. Seri Kandi percaya setiap insan bercinta tentunya mengharapkan perjalanan yang lebih jauh lagi walaupun semakin jauh berjalan itu kita akan menempuh lebih banyak onak durinya namun itu semua akan lebih mematangkan kita cuma sama ada onak dan duri yang melukakan itu akan semakin menguatkan kasih sayang atau membuat kasih sayang berkurangan, pandai-pandailah kita mencabut duri itu dan menyembuhkan lukanya.

Bagi Seri Kandi selain dari doa yang setiap hari Seri Kandi panjatkan agar perkahwinan ini berkekalan, Seri Kandi rasa adalah penting agar setiap pasangan itu sentiasa membajai cinta yang disemai ketika diijabkabul dulu. Pokok yang disemai 13 tahun lalu itu walaupun kini mungkin telahpun berakar tunjang namun tidak mustahil dahannya adakala bergoyang dan bergoncang. Macam lirik lagu P Ramlee tu, jom nyanyi sikit...

"Sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri..".. kan.. kan...

Seri Kandi juga rasa beruntung kerana ER ini walaupun dari segi luarannya orang nampak ER ni garang dan bengis tapi tak pernah lagi ER meletak tangan pada Seri Kandi. Dan ER juga seorang yang amat mengambil berat tentang perbelanjaan rumahtangga dan perbelanjaan pembelajaran Iman Fatiha. Seri Kandi juga rasa terharu kerana kasih sayangnya terhadap Seri Kandi tetap utuh (kot!) dari zaman pinggang Seri Kandi secekak sampailah tak boleh nak dicekak, hehehehe.


Mudah-mudahan percintaan kami hingga ke syurga di sana nanti, Amin.. amin.. Ya Rabbal Alamin... Tolong doakan untuk kami ya :-)))))







Post a Comment

12Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Hepy anivesary kak....moga kekal ke akhir hayat....

    Pepagi tgk angka yg bnyk....! Huhuhu....terapi sungguh tu...:-)

    ReplyDelete
  2. Salam Seri...hmmm...dah 13 tahun bersama ye...separuh dari usia perkahwinan kkida...hehe...
    Insyaallah...kkida doakan semuga langkah Seri dan ER akan berpanjangan hingga ke syurga...amin.....:)

    ReplyDelete
  3. Happy anniversary kak :) semoga kekal bahagia hingga ke syurga ^^

    ReplyDelete
  4. Doa kakak mengiringi Seri moga terus mendapat limpahan keberkatan dan rahmat. Biar terus melangkah bersama hingga susah utk dikira dgn calculator.

    Selamat ulangtahun perkahwinan yg ke 13 buat Seri dan ER. Tahniah dari kakak juga.

    ReplyDelete
  5. happy anniversary sari yusa aka seri kandi... hehehe...

    baca coretan seri kandi ni memang boleh buat hati yang stress jadi tenang... penuh dgn sense of humour... akak suka.. hehe.. sebenarnya itu juga salah satu penyeri hidup kan.. sbb bila kita hidup dlm suasana yang gembira dengan gurau senda & humour... kita memang sentiasa akan berasa happy... tak membosankan.. oleh itu akak doakan rumahtangga seri kandi & ER sentiasa berbahagia hingga ke syurga.. amin..

    ReplyDelete
  6. Assalam kak sari syg..Happy anniversary utk akak n ER ya..Moga berbahagia hingga ke jannah...
    Sy klo x tinggai komen pon,tapi mmg msti singgah blog akak sbb ska baca coretan yg akk tlis,mmg akak berbakat sungguh..

    Psttt g Batam Hanimun ke kak,hihi..

    ReplyDelete
  7. moga kekal bahagia hingga ke syurga ye amin2

    ReplyDelete
  8. sweetnya kakak ni..hikhik..

    insya'Allah..ameen untuk doanya... :)

    ReplyDelete
  9. smoga kekal hingga hujung nyawa sri..akk doakan yg terbaik wt sri..cantik munga kuning tue:)

    ReplyDelete
  10. happy sweet anniversary...menten kiut to both of you!

    ReplyDelete
  11. Happy Anniversary buat Kak Sari dan suami.. Semoga berbahagia hingga ke syurga. Suka pose tu.. Mr. ER so sporting!

    ReplyDelete
  12. happy anniversary kakak!!! doa saya yang baik baik sahaja untuk kaka dan suami. amin... :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!