ASSALAMUALAIKUM...
JIKA purata seorang wanita menangis sebanyak 30 kali dalam setahun mungkin Seri Kandi telah menangis sebanyak 390 kali sepanjang tempoh perkahwinan Seri Kandi dengan ER. Eh! Biar betul, banyaknya... hehehehe. Eh! Tak semestinya Seri Kandi menangis kerana ER. Wanita kalau menangis atas banyak sebab. Merajuk dengan suami tu semestinyalah masuk dalam senaraikan, mungkin stress di tempat kerja, stress di rumah dan stress tak cukup fulus, hehehehehehe. Tu semuanya boleh jadi punca untuk Seri Kandi menangis.
Tapi yang Seri Kandi nak cerita di sini bukanlah tentang tangisan Seri Kandi tetapi Seri Kandi nak canang (hehehe) bahawa pada hari ini, 30 Januari 2013, Seri Kandi dan ER menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ke 13. Seri Kandi kira-kiralahkan, kalaulah Seri Kandi dan ER sejak dari awal perkahwinan dulu menyahut seruan kempen berjalan 10,000 langkah sehari tu, sekarang ini Seri Kandi dan ER telahpun melangkah sebanyak 47,450,000 kali sepanjang tempoh perkahwinan kami. Urmmm, Seri Kandi rasa belum berapa jauh lagilah. Seri Kandi percaya setiap insan bercinta tentunya mengharapkan perjalanan yang lebih jauh lagi walaupun semakin jauh berjalan itu kita akan menempuh lebih banyak onak durinya namun itu semua akan lebih mematangkan kita cuma sama ada onak dan duri yang melukakan itu akan semakin menguatkan kasih sayang atau membuat kasih sayang berkurangan, pandai-pandailah kita mencabut duri itu dan menyembuhkan lukanya.
Bagi Seri Kandi selain dari doa yang setiap hari Seri Kandi panjatkan agar perkahwinan ini berkekalan, Seri Kandi rasa adalah penting agar setiap pasangan itu sentiasa membajai cinta yang disemai ketika diijabkabul dulu. Pokok yang disemai 13 tahun lalu itu walaupun kini mungkin telahpun berakar tunjang namun tidak mustahil dahannya adakala bergoyang dan bergoncang. Macam lirik lagu P Ramlee tu, jom nyanyi sikit...
"Sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri..".. kan.. kan...
Seri Kandi juga rasa beruntung kerana ER ini walaupun dari segi luarannya orang nampak ER ni garang dan bengis tapi tak pernah lagi ER meletak tangan pada Seri Kandi. Dan ER juga seorang yang amat mengambil berat tentang perbelanjaan rumahtangga dan perbelanjaan pembelajaran Iman Fatiha. Seri Kandi juga rasa terharu kerana kasih sayangnya terhadap Seri Kandi tetap utuh (kot!) dari zaman pinggang Seri Kandi secekak sampailah tak boleh nak dicekak, hehehehe.
Mudah-mudahan percintaan kami hingga ke syurga di sana nanti, Amin.. amin.. Ya Rabbal Alamin... Tolong doakan untuk kami ya :-)))))
Labels
aaron aziz
acar
aidilfitri
apa cerita
apam
asam pedas
award
ayam
bali
Bandung
Batam
bihun
bloglist
blueberry
bola
boycott
burger
cake in jar
cendawan
cerita bersiri
coklat
cream puff
cucur
daging
diabetes
doa
donut
durian
fear factor malaysia
fettucinne
GA
gulai kawah
gyoza
hari lahir
hidayah
ikan
jalan-jalan
Johor
kad
kaki
kambing
karaoke
kari
keju
kek
kek cawan
kenangan
kentang
kepala
ketam
kisah pelajarku
kucing
kuey teow
kuih melayu
kuih tradisi
laksa
lala
lawak
legoland
lembu
lemon
link best
macaron
makan
makanan laut
masakan barat
maulid
meatball
medan
mee
minuman
muffin
myChef
Mykad
nangka
nasi
no label
novel
nukilan untuk teman
ombre
oreo
panduan
pasta
pastri
pavlova
pencuci mulut
penne
petua
pie
pie maker
pisang
pizza
promo
pulut
racun
rainbow cake
ramadhan
red velvet
rendang
resepi adigun
resepi ibu
roselle
roti
roti jala
safee sali
saja
salam
sambal
sejarah
SeriKandi Cintaku
siput
soto
sotong
spaghetti
sup
swans cream puff
tagged
tapai
tart
tauhu
tayar
tazkirah
telur
tempahan
terbang
tetel
tinggi
tudung
tulang
twisties
udang
ulangtahun perkahwinan
wang
wordless wednesday
yang popular
Yaya
zonan
Contributors
Wednesday, January 30, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Hepy anivesary kak....moga kekal ke akhir hayat....
Pepagi tgk angka yg bnyk....! Huhuhu....terapi sungguh tu...:-)
Salam Seri...hmmm...dah 13 tahun bersama ye...separuh dari usia perkahwinan kkida...hehe...
Insyaallah...kkida doakan semuga langkah Seri dan ER akan berpanjangan hingga ke syurga...amin.....:)
Happy anniversary kak :) semoga kekal bahagia hingga ke syurga ^^
Doa kakak mengiringi Seri moga terus mendapat limpahan keberkatan dan rahmat. Biar terus melangkah bersama hingga susah utk dikira dgn calculator.
Selamat ulangtahun perkahwinan yg ke 13 buat Seri dan ER. Tahniah dari kakak juga.
happy anniversary sari yusa aka seri kandi... hehehe...
baca coretan seri kandi ni memang boleh buat hati yang stress jadi tenang... penuh dgn sense of humour... akak suka.. hehe.. sebenarnya itu juga salah satu penyeri hidup kan.. sbb bila kita hidup dlm suasana yang gembira dengan gurau senda & humour... kita memang sentiasa akan berasa happy... tak membosankan.. oleh itu akak doakan rumahtangga seri kandi & ER sentiasa berbahagia hingga ke syurga.. amin..
Assalam kak sari syg..Happy anniversary utk akak n ER ya..Moga berbahagia hingga ke jannah...
Sy klo x tinggai komen pon,tapi mmg msti singgah blog akak sbb ska baca coretan yg akk tlis,mmg akak berbakat sungguh..
Psttt g Batam Hanimun ke kak,hihi..
moga kekal bahagia hingga ke syurga ye amin2
sweetnya kakak ni..hikhik..
insya'Allah..ameen untuk doanya... :)
smoga kekal hingga hujung nyawa sri..akk doakan yg terbaik wt sri..cantik munga kuning tue:)
happy sweet anniversary...menten kiut to both of you!
Happy Anniversary buat Kak Sari dan suami.. Semoga berbahagia hingga ke syurga. Suka pose tu.. Mr. ER so sporting!
happy anniversary kakak!!! doa saya yang baik baik sahaja untuk kaka dan suami. amin... :)
Post a Comment