MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, January 14, 2013

PARI BAKAR SAMBAL BERCENCALUK

ASSALAMUALAIKUM...


IKAN PARI memang menjadi kegemaran dalam rumah Seri Kandi selain ikan siakap. Walaupun ikan kegemaran tetapi taklah beli selalu. Sebenarnya Seri Kandi ni memang tak memasak hari-hari. Biasanya hujung minggu barulah Seri Kandi masak dan selalunya Seri Kandi tak pandai nak masak sikit-sikit ni kecualilah makanan tertentu yang memang untuk dimakan dua tiga orang. Kalau menggulai asam pedas atau kari tu biasa Seri Kandi akan masak dalam kuantiti yang banyak. Sengaja buat macam tu jadi boleh simpan baki yang tak dimakan tu dalam peti ais. Berselang sehari dua akan Seri Kandi panaskan dan tambahlah pulak sayur atau ayam atau ikan yang digoreng panas-panas. Jadi taklah penat sangat kalau setiap hari nak masak yang berat-berat. Seri Kandi percaya ramai lagi kawan-kawan yang memegang jawatan dua dalam satu macam Seri Kandi ni buat macam tukan. Ialah, kita sampai rumah pun dah maghrib, pendek pulak waktunya. Jadi semuanya nak serba pantas, betul tak?

Pari bakar bersambal cencaluk ni Seri Kandi masak dan dimakan bersama-sama dengan kekapis goreng bercili yang ER masak dalam entry sebelum ini. Sebenarnya ER yang cadangkan Seri Kandi masukkan cencaluk dalam sambal ni manalah tahu kalau sedap, kan. Dan Seri Kandi dapat markah penuh tau walaupun resepi tu pakai campak baling jer. Di sini Seri Kandi tuliskan bahan-bahan campak baling tu, kalau dah campak baling biasanya memang tiada sukat-menyukat tapi untuk adik-adik yang ingin mencuba, Seri Kandi tuliskan anggaran berapa sukatan yang Seri Kandi gunakan setiap kali memasak sambal-sambal macam ni.

Pari Bakar Sambal Bercencaluk
Resepi : Alam Sari

Bahan-bahan :
1 keping ikan pari sederhana saiz (cari yang nipis badannya)
1 senduk cili kisar
4 ulas bawang merah**
3 ulas bawang putih**
1/2" halia** (tumbuk halus bahan bertanda**)
1 btg serai dihiris halus
1 labu bawang holland dihiris
1 ulas bawang putih dicincang
1 helai daun pandan disimpul
3 helai daun limau purut dicarik-carik
9 tangkai cili padi dipatah-patah
sedikit minyak untuk menumis
1/3 sb garam
2 1/2 sb gula
1 sb cencaluk
5 sb jus limau nipis
daun pisang atau aluminium foil untuk membalut bahagian bawah ikan pari

Cara-caranya :
1. Bersihkan ikan pari, lumur dengan asam jawa dan garam selama setengah jam kemudian bilas bersih. Letak di atas daun pisang atau aluminium foil yang dibuat seperti sampan bagi menampung sambalnya nanti.
2. Dalam kuali panaskan minyak. Kemudian tumiskan bawang putih cincang dan bawang holland yang dihiris bersama serai dan daun pandan. Goreng dengan api kecil hingga naik bau.
3. Kemudian masukkan bahan kisar, goreng lagi hingga garing dan pecah minyaknya.
4. Sementara itu, letakkan ikan di dalam pemanggang dan panggang di atas dapur (tutup ikan ketika dipanggang)
5. Terus menggoreng bahan sambal dalam kuali. Masukkan garam, gula dan cencaluk serta jus limau nipis.
6. Masukkan juga cili padi dan daun limau purut, kacau terus dan tuangkan sambal ke atas ikan yang dipanggang dan terus panggang sehingga ikan masak.
7. Tambahkan jus limau ketika menghidang.

p/s Seri Kandi gunakan jus limau nipis siap dalam botol, rajinkan Seri Kandi ;p

10 comments:

  1. Saya jarang sangat beli cencaluk. Orang dalam rumah langsung tak reti makan.

    tapi saya hendak juga cuba sambal cencaluk ni.

    ReplyDelete
  2. terliur~tapi saya tak ble makan cencaluk~~nanti sakit kepala~~

    ReplyDelete
  3. huhu yummy....boleh cuba tu thanks share resepi :)

    ReplyDelete
  4. hmm yummy... nak wat malas .. da yg dah siap tk hehehe

    ReplyDelete
  5. Rumah kakak ada satu botol cencaluk konon nak belajar makan sampai sekarang tak belajar lagi... nak buat macam Seri buat ikan pari tak adalah pulak...

    Cencaluk ni macam belacan tak agak-agak? Kalau belacan kakak makan.

    ReplyDelete
  6. memang hebat la sari...campak balingpun tetap meletop...nk kena campak baling jugak la kt dapur nti baru best...hehe

    ReplyDelete
  7. Rajin betul Kak Sari memasak.. Main campak2 dan baling2 je.. Nur jarang makan cencaluk.. Nampak menarik untuk dicuba..

    pstt.. Kak, nak rasa masakan akak boleh tak? ;)

    ReplyDelete
  8. wah ni mesti mkn xtoleh kiri kanan ni...meter laju sje mnikmati hidangan ni..tgk pon kecur dh ni..hihi

    ReplyDelete
  9. specialnya pari bakar ni...bercencaluk..tak pernah rasa lagi

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

RETREAT DI MERSING - HARI PERTAMA

Assalamualaikum... APABILA diberitahu bahawa Sk akan dihantar mengikuti satu kursus di Mersing terus rasa senak perut  hati jadi li...