MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Tuesday, April 2, 2013

FRESH BLUEBERRY CUPCAKES

ASSALAMUALAIKUM...


SUDAH berminggu-minggu tergoda dengan Fresh Blueberry Cupcakes Muffin dari Azie Kitchen akhirnya malam tadi berakhirlah penantian Seri Kandi. Lepas menyiapkan makan malam untuk rakyat dalam rumah tu, Seri Kandi terus sahaja godeh mentega dengan gula kaster. Sebab hari pun dah malam, maka Seri Kandi takdan dah nak google balik dapur Kak Azie untuk semak resepi. Seri Kandi terus bancuh bahan-bahan lemon cupcakes yang Seri Kandi hafal dalam kepala otak Seri Kandi tu dengan tawakal kepada Allah SWT mudah-mudahan jadilah cupcakes Seri Kandi ni. Parutan kulit lemon tu Seri Kandi tukarkan jer dengan semangkuk kecil fresh blueberry yang dah seminggu Seri Kandi beli. Bak kata otai-otai dapur maya nikan.. kita yang buat dia, hehehe.


Alhamdulillah, menjadilah juga cupcakes blueberry ni dan sedappppp wa cakap lu! Seri Kandi guna bahan yang asas jer dan rupanya bila semak semula resepi Kak Azie, Seri Kandi sepatutnya menambah susu. Semalam memang mula tu terfikir nak letak susu tapi sebab Seri Kandi tak yakin dengan sukatan tepung kalau guna susu jadi Seri Kandi abaikan. Tapi tetap sedap dan gebu. Tak percaya, cubalah!! Seri Kandi memang suka makan kek yang suam-suam tu tanpa menghiraukan jarum jam yang dah tunjuk lebih angka 10, hehehe. Memang dasar kuat makan!


Nak resepi???

Fresh Blueberry Cupcakes

120 gm mentega (suhu bilik)
4 1/2 sb gula kastor
2 biji telur (A)
1 cawan tepung gandum*
1 sk serbuk penaik* (ayak bahan * bersama)
1 mangkuk kecil buah blueberry

Cara-caranya :

# Panaskan oven 180 darjah selsius dan susunkan cupcake liner dalam loyang muffin.

1. Putarrrrrrrrrrrr mentega dan gula kastor sehingga kembang dan putih dengan kelajuan tinggi.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar dulu sehingga kembang sedikit (sengetkan mangkuk putar) barulah diputar sekali bersama adunan mentega dan gula sehingga sebati.
3. Perlahankan putaran mesin ke minima dan masukkan tepung yang diayak bersama serbuk penaik. Putar sebati.
4. Masukkan buah blueberry dan gaul dengan spatula. Sudukan 3/4 penuh dalam cupcake liner. Bakar dalam oven selama 30 minit atau sehingga kek masak.


Selamat mencuba ^__^

Update : Seri Kandi baru sahaja dapat tahu khabar tentang pemergian Gee (isteri blogger Abil) yang telah kembali ke rahmatullah jam 9.55 pagi tadi. Tersentak rasa dengan pemergian allahyarham biarpun sudah beberapa minggu mendapat perkhabaran yang tidak baik tentang kesihatannya. Untuk Abil, Seri Kandi pasti Allah telah menyusun yang terbaik untuk Gee, Seri Kandi pasti, Abil kuat menghadapi kehilangan ini dan sentiasa redha dengan ketentuannya.. Al-Fatihah. Berita di SINI.



5 comments:

  1. akak pun sedih dan terkejut dgn pemergian Gee...semoga Abil tabah dan tenang menerimanya

    nak mintak muffin 2,3 biji..:)

    ReplyDelete
  2. salam sri,
    samalah kita x pernah fikir jam pukul baper..kkdg over thn 10 ..h ehhee klu lapar ngap jew..akk kutip blubery tue dulu pastu mkn kek tue..:)

    ReplyDelete
  3. Wow very nice. Looks soooooo yummy.
    Takziah buat en abil sekeluarga. Sesungguhnya Allah menyayangi gee. Alfatihah. Amin

    ReplyDelete
  4. Aduhai...bila ada gambar close up tu lagilah menggoda iman.

    ReplyDelete
  5. ayu dh pernah buat..
    serius mmg rasa sedap dan lembut. esoknya cmg pula ambil resepi. buat dan tepek kat blog DTS.

    auwww.. like

    ps: ayu masih rasa pilu bila teringat akan pemergian Gee ke rahmatullah. inallilahi

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

FESKO KPYPJ 2017

Assalamualaikum... Sk ingin mengajak anda yang tinggal berhampiran Kulai atau sekitarnya untuk sama-sama memeriahkan Festival Konvokesy...