MEMANG SAH KULIT BABI

Seri Kandi Tanah Jauhar
16
ASSALAMUALAIKUM...

INI cerita beberapa minggu lepas, ketika Seri Kandi sedang sibuk di dapur tiba-tiba Iman datang berdiri di sebelah Seri Kandi...

"Bonda, bonda tahu tak perbezaan antara kulit babi dengan kulit lembu?"

"Urmmm... baru baca kat internetlah tuuuu...," Ialah, sejak dah pandai bertenet ni, ada aje yang Iman nak ceritakan benda baru yang ditemuinya dalam internet. Baru-baru ni, Iman ada bercerita tentang kawan ustaz di sekolah agama yang terbeli dompet yang diperbuat dari kulit babi. Agaknya, Iman sedang menggoogle bagaimana rupanya kulit babi tu, huhu.. fikir Seri Kandi dalam hati.

"Bukan... bukan... sarung handphone Yaya, cepatlah bonda. Yaya dah buka, Yaya takut ni bonda," Iman menarik-narik tangan Seri Kandi memaksa mengikutnya ke bilik.

"Aiiii.. macam-macamlah. Takkanlah sarung handphone RM10 buat dari kulit babi. Kulit babi mahallahhh." Haaa.. tu yang Seri Kandi selalu diberitahu. Barangan kulit yang diperbuat dari kulit babi ni dengarnya mahal. Mustahil sarung handphone RM10 beli dari kedai kampung kecil kat Kuala Ketil seminggu lepas tu dibuat dari kulit babi.

Sebetulnya, Seri Kandi memang tak menengok langsung masa membeli tu. Iman sibuk benar hendak telefon berbaju macam orang lain, takut calar. Kebetulan, kedai yang kami singgah tu ada sarung yang sesuai untuk model telefon Iman yang dah ketinggalan zaman, hehehe.

"Berapa tu?" tanya Seri Kandi walhal Seri Kandi nampak dengan jelas tanda harga RM29 pada pembalut plastik sarung telefon yang masih di tangan pemuda cina peniaga kedai telefon.

"Ini kasi akak RM15 ajalah.."

"Oooo... RM10 jerlahhh," bab tawar menawar serah pada Seri Kandi, hihi.

"Okeylah, ini pun sudah last," Seri Kandi suruh Iman keluarkan telefon dan cuba masukkan pada sarung. Memang ngam, sebijik macam sarung telefon kawan sebilik Seri Kandi di pejabat. Seri Kandi tak belek atau sentuh langsung cuma tengok sekali imbas.

Berbalik cerita Iman yang menarik-narik Seri Kandi ke biliknya yang jarak 5 langkah dari dapur tu... Seri Kandi terus duduk di meja belajar yang bersepah tak reti-reti nak berkemas tu, huhu.

"Mana sarung handphonenya?"

"Tuuu, depan bonda tu. Yaya takutlah bonda...."

Seri Kandi pegang bahagian tepi sarung handphone tu. Walaupun masa tu 99.9% Seri Kandi tak percaya itu kulit babi (sebab murah) tapi Seri Kandi ambil langkah berhati-hati. Tak nampak dengan jelas cuma nampak garis-garis urat sarung telefon tersebut yang berselirat... pandai jer Iman cakap kulit babi. Seri Kandi gelak-gelak memperlekehkan Iman, tak baik sungguh!

"Bukan yang luar, yang dalam..." kata Iman.

"Oooo..." Seri Kandi buka sebelah dalam sarung telefon.

"Pergi ambik lampu suluh bonda," arah Seri Kandi. Iman cepat-cepat pergi dan datang balik hulur lampu suluh bentuk epal yang Seri Kandi dapat masa satu seminar di Muar suatu masa dulu :-)

Meremang bulu roma Seri Kandi. Nampak jelas penuh permukaan dalam sarung telefon setiap tiga titik yang tidak tersusun. Ada yang berderet titiknya. Ada yang bersegi susunannya. Yang pasti semuanya tiga... tiga... tiga....

Seri Kandi terus telefon kawan sebilik seopis Seri Kandi tu, tanya tentang sarung handphone... ohhh, dia punya sarung warna coklat dalamnya, licin tak bercorak katanya.

"Ambik tab bonda," peh! Arahan dah macam pegawai forensik. Iman patuh. Cepat-cepat pergi dan datang semula dengan tab. Seri Kandi terus google - Perbezaan kulit babi dan kulit lembu. Keluar macam-macam link... pilih satu, terpapar imej yang serupa dengan apa yang ada di depan mata Seri Kandi. Cuma bezanya depan mata Seri Kandi ni warna hitam.

"Astaghfirullahalazimmmmm.. ambik plastik cepat!" Iman lari dan datang bawa satu plastik merah jambu.

"Mak aihhh, besornya plastik. Ah, lantaklahhh...," terus Seri Kandi masukkan sarung telefon dalam plastik. "Eh, jap. Nak ambik gambar dulu, bukti." Dengan bersarungkan plastik, Seri Kandi buka hati-hati sarung tadi dan snap, lepas tu terus bungkus dan humban ke belakang, huhu. Seri Kandi berfikir-fikir, perlukah handphone Iman tu disamak. Aihhh, payah pulak. Rosaklah telefon tu nanti lalu Seri Kandi suruh Iman bertanyakan situasi itu kepada ustaznya di sekolah. Seri Kandi basuh tangan berulang-ulang. Nak ambil tanah di luar rumah takut terambil tanah yang bertaik kucin, huhu.

Alhamdulillah, petang esoknya pulang sekolah, Iman kata, ustaz dah bantu dia bersamak. Ustaz sediakan air tanah dan mengajar Iman bagaimana untuk bersamak. Iman kata, ustaz suruh samak di muka dan tangan yang lain InsyaAllah, mudah-mudahan diampunkan Allah SWT kerana tidak sengaja dan tidak tahu. Alhamdulillah, terima kasih, ustaz. :-)

Jadi... sila periksa sarung telefon anda sekarang ya..


p/s Telefon Seri Kandi tak pernah bersarung ;-)
Tags

Post a Comment

16Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. astaghfirullah al azim ...
    takut betul klu jadi benda2 mcm ni...
    TQ kak atas perkongsian..

    handphone mas pun tak bersarung...kikiki

    ReplyDelete
  2. aduh...mcm2 hal ye kak....sib baik ler Iman pndai mngugel...agaknya dia pun cuak gak tgk casing tu kan....

    ReplyDelete
  3. memang kena berhati2 bila beli benda2 berkulit ni kan...

    samalah kita.. telefon memang tak pernah bersarung... hihi...

    ReplyDelete
  4. aisehhh!!...den dok belek plak sarung tab den nie haa..tp xdo tando cam yg dinyatokan...loga...alhamdulillah..

    ReplyDelete
  5. Bahaya ni.....psttt hp cm pun tak pernah bersarung, tu pasal ada percikkan sambal tumis...hahaha...

    ReplyDelete
  6. tq share ye,, ada juga satu sarung hp yang KA was2 ni... !

    ReplyDelete
  7. Sewaktu karnival Pameran Islam di sebelah Puteri Pan Pacific (ala.. boleh lupa pulak nama bangunan ni) sebelah kotaraya tu... ada ditunjuk Seri tentang kulit babi ini. Bukan sarung hp aje, handbag, selipar, berus gigi, berus colour, berus cat, blazer pun ada bahkan macam-macam lagi tau. Sebab itu bila beli memang kita kena telek dulu betul-betul barang yg berkaitan dgn kulit..

    ReplyDelete
  8. Wah....bahayanya....syukurlah Iman peka kan...

    ReplyDelete
  9. gluuurp...nasib baik hp shda x pernah bersarung..

    apa pun tahniah kepada iman..syukur nasib baik dia peka...kalau tak...sampai ke sudah la dok guna kan..

    ReplyDelete
  10. oh my... terlepas pandang selalu pasal ni.. balik ni nak suh mereka2 kat umah tu check!!
    hp kita tak ayam.. memang tak bersarung.. hehehe

    ReplyDelete
  11. nasib baiklah Iman perasan, kalau rasa curiga mmng kena periksa betul2 kan Yus....hp akak tepon biasa je, tak pernah sarung pun..he3...

    ReplyDelete
  12. ya Allah nasib baik iman concern kan. nak harapkan kita, mmg selalu trlepas pandang. saya pon selalu camtu dengan budak2..mmg betul2 pengajaran ni, tq kak seri :)

    ReplyDelete
  13. Takut kan benda2 camnie kalau kiter perasan xpe gak kalau tak xtau ler kan ...

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikummm..
    kak, barang2 kulit kalau made in china mmg banyak guna kulit babi kak. sbb depa tiap2 hari makan babi kan, jd mmg kulit babi tu murah. tun kalau beli barang2 yg ada kulit tu mmg tenung dulu bintik2 kulit dia b4 sentuh. especially kasut yg murah2 tu. mmg byk kulit babi kak. geram kalau kedai2 org islam yg jual.

    ReplyDelete
  15. pengajarannya sekarng ni akak akan makin alert lepas ni. Saya sejak kenal rupa kulit babi, akan sentiasa cek luar dlm brg, tak kirala kasut ke beg ke tapi pinggang ke. Takut terbeli...

    ReplyDelete
  16. betul sis. kalau ada titik 3. sahlah si kaki 2

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!