MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Friday, April 19, 2013

SIAKAP NAN SEEKOR DI KEDAI MAKAN RAHMAT

ASSALAMUALAIKUM...


ORANG lain dah berkali-kali sendawa makan siakap goreng di Kedai Makan Rahmat ni tapi Seri Kandi sekeluarga baru sahaja nak mencuba. Seingat Seri Kandi, percubaan kami untuk makan di sini seringkali menempuh kegagalan. Pertamanya kerana kesibukan di siang hari dan keduanya kerana kedai makan ini tutup di malam hari... huhu. Jadi, memanglah sering tak ada rezeki.
 
 
Pada suatu hari.... lepas ambil Iman di sekolah kerana aktiviti 1M1S tetiba jer terlintaslah di batu jemala Seri Kandi ni untuk makan di Kedai Makan Rahmat. Elok jer masa tu tengahari cuma Seri Kandi tak pasti buka ke taknya kedai makan ni, mujurrrrrrrrrrr Seri Kandi sempat menyalin nombor telefon yang pernahlah Seri Kandi nampak dalam blog sape entah, Seri Kandi lupa, ampunnnn. Bila orang di sana kata buka, terus ER suruh tempah meja kerana katanya kalau tak tempah meja, alamatnya kita kena tunggu orang lain habis makan dulu.


setiap orang akan dapat sepiring kicap yang dipotong bawang dan cili serta sebelah limau... oh, ya! dah lama tak jumpa kedai makan yang masih hidang guna pinggan kaca kan
Layanan memang tip toplah. Tak sampai 10 minit pun semua makanan telah terhidang di depan mata. Kami memang jenis tak makan lauk banyak jadi cuma ambil sayur taugeh, sambal kentang dan udang goreng. Siakap tu mestilah ada, diakan wiranya... hehehe. Jadi.. nak tahu ke apa yang best sangat di Kedai Makan Rahmat ni??? Urmmm.. bestnya tentulah sebab Seri Kandi tak payah masak... hihihi...
Nak datang.. meh telefon dulu.. 019-7408847
 
meh jawab soalan kira-kira ni... Iman dah ambil sekor, ER dah ambil sekor.. sebelum tu ada berapa ekor???

12 comments:

  1. hah3..lawaklah Yus, tak tahan gelak ayat...YG BESTNYA APA...SERI KANDI TAK YAH MASAK....

    ReplyDelete
  2. kikikikikiki...
    memang besttttt sangat....
    bila tak payah masak...
    aii like

    ReplyDelete
  3. betul tu.. mkn kat mana2 pun yg bestnya sbb kita tak perlu masak kan....

    errrr.. udang tu dok menyorok2 tu susah nak kira... 13 ekor kot..

    ReplyDelete
  4. Alaa...x aci. Ada udang nyorok...x boleh nak kira. Anyway, apa specialnya ikan siakap goreng kat sini? Atau, kalau goreng sendiri pun sama jer sedapnya?

    ReplyDelete
  5. nampak menariklah mcm makan kat umah sendiri

    ReplyDelete
  6. nampak menariklah mcm makan kat umah sendiri

    ReplyDelete
  7. hummm.. sya teka 13 lah kot. hehehe...
    sonok makan simple2 cam ni..

    ReplyDelete
  8. Ada yg tak best Seri. Kakak order ikan bakar tapi kakak rasa ianya ikan goreng siap masih bersisik lagi kan... kicap cili+limau dia pun tak pedas sebab bukan guna cili padi..

    Tapi ramainya manusia hairan kan...

    ReplyDelete
  9. spesel tul kedai ni..mmg sedap ye kerapu dia? kt mn ni kak sari..kot2 tersesat bole la mengkerapukan diri!

    ReplyDelete
  10. dh lama pasang impiannnn.
    hampa tak pi pong

    14 ekor kan.. berapa ringgit u spiring

    ReplyDelete
  11. power ayat;tak payah masak tu...hureyyy..

    ReplyDelete
  12. aiyooo akak mcm tau2 je.. ini mlm sy akan memasak siakap hehehe.. dah siap siang ngn bahan2 sekali.. tggu blk keje je ni..

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

FIESTA NANAS 60

Assalamualaikum... DIAM tak diam sudah hampir empat minggu cuti sekolah berlalu, kan. Tengok di laman sosial,  ramai kawan-kawan yang menga...