TOFFEE CHEESE CAKE WITH FRESH BLUEBERRY

Seri Kandi Tanah Jauhar
8
ASSALAMUALAIKUM...


ADAPTASI dari Toffee Cheese Cake yang Seri Kandi buat sebelum ini. Sajalah nak basah-basahkan tekak dan menambah-nambah lemak di badan nikan, kelmarin + semalam??? Seri Kandi buat pula Toffee Cheese Cake dengan tambahan fresh blueberry yang terkulat-kulat setengah kotak dalam peti ais tu :D Errrrr... kenapa kelmarin + semalam??? Ialah, Seri Kandi nikan bekerja, manalah sempat nak duduk kat dapur tu tunggu kek sejuk,kan.. jadi kita buat keknya malam ini, toppingnya kita buat esoknyalah pulak. Sabarrrrrrrrrrr ajelah tengok kek tu dalam peti ais tu. Nasib baiklah Seri Kandi ni takde anak kecik, kalau tak mahu dikutisnya kek Seri Kandi, buka-buka peti ais dah sempek sebelah, haha... mahu meraung, hehe.
 

Untuk kek ini, Seri Kandi masih gunakan acuan pie 7" kerana Seri Kandi belum ada keinginan yang terlampau lagi untuk membeli loyang spring form tu.  Seri Kandi suka guna acuan pie ini sebab kek mudah renggang dan mudah juga dikeluarkan. bagi yang tak ada acuan pie atau loyang spring form tu, Seri Kandi cadangkan untuk guna loyang segiempat 6" atau 7"yang dasarnya dialas dengan 'baking paper' yang dilebihkan di sisinya (biarkan terjulur) supaya mudah mengeluarkan kek. Kek ini nipis jer jadi kalau sekilas pandang nampak macam brownies pulakkan. Rasanya, pehhhhh! Boleh menggetarkan anak tekak. Rasa coklat yang rapuh, cheese yang lembut lemak berkrim disukai ramai dan masam manis buah blueberry, anda pasti jatuh cinta.


Walaupun pada mulanya bimbang tak jadi kerana Seri Kandi membakar dengan kaedah biasa (resepi asal bakar cara bain marie)  tapi Alhamdulillah, adunan kek tu menjadi jugak walaupun Seri Kandi tak mengikut kaedah yang betul semasa membakar dan begitu juga dengan dasar kek. Lapisan bawah yang sepatutnya dibakar 15 minit terlebih dahulu tetapi Seri Kandi terus bakar bersama adunan cheese cake kerana malas nak membuat kerja dua kali. Jadi, bagi sesiapa yang nak mencuba, di sini Seri Kandi kongsikan resepinya ya..


Toffee Cheese Cake With Fresh Blueberry
Adaptasi : Toffe Cheese Cake
Sumber : Alam Sari, Masam Manis dan Epicurious

Bahan-bahan & Cara-caranya :
Lapisan bawah :
1 1/2 bungkus biskut Cream O (pisahkan krimnya)
60 gm mentega cairkan (biar suam sekejap)

Kisar biskut dengan pengisar kering hingga halus dan satukan bersama mentega sehingga sebati.
Letakkan dalam acuan pie 7".
Padatkan biskut dalam acuan sehingga ke tepi acuan atau dasarnya sahaja mengikut ketebalan yang sesuai, jangan terlalu nipis.
Simpan dalam peti ais anggaran 1 jam. (Nak simpan satu hari pun boleh juga)

Cheese Cake
125 gm cream cheese ~ keluarkan sekurangnya setengah jam sebelum digunakan.
3 sb gula perang
15 gm mentega ~ dicairkan
2 biji telur gred A
1/2 sudu teh esen vanilla
Buah blueberry secukupnya

Panaskan oven dengan suhu 170 darjah selsius.
Pukul cream cheese dan gula perang hingga lembut.
Tambahkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul.
Tambahkan mentega cair dan esen vanilla dan pukul rata.
Keluarkan acuan pie yang ada lapisan bawah tadi dari peti ais.
Tuang adunan cheese cake ke dalamnya.
Taburkan buah blueberry ke atas adunan.
Masukkan dalam oven -tray tengah.
Bakar pada suhu 170 darjah selsius selama 1 jam menggunakan api atas bawah.
Biarkan sejuk.. atau kalau dah suam boleh masuk peti ais.

Caramel
6 sb gula
sedikit sahaja air
1/4 sudu teh jus lemon
1/2  cawan krim tenusu Dairy Whipping Cream / heavy cream (boleh juga 1/2 kotak tuang terus dari kotaknya jadik tak payah nak basuh-basuh cawan.. hehe)
sedikit mentega

Masak gula, air dan lemon dengan api perlahan (kecil) hingga keperangan sambil dikacau-kacau selalu. (Jangan tinggal nanti hangus.. kena sabar tunggu perang.. nanti dia letup-letup sikit, jaga-jaga ya)
Kemudian tambahkan krim tenusu dan kacau lagi hingga ia pekat (sekejap jer dah pekat)
Tambahkan mentega dan kacau hingga ia berkilat... tutup api.

Biarkan suam.
Hidangkan bersama cheese cake tadi mengikut citarasa anda.. sama ada nak tuang caremel dulu baru potong atau potong dulu baru tuang caremel. Sama ada nak letak banyak caremel atau tak nak letak pun tak apa, jadi tak payahlah buat caremelnya, hehehe.

p/s Kalau nakkan resepi asal, bolehlah klik sumber-sumber di atas tu ya :-)))
Tags

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Aduhhaiiiiii....drooling la kita sepanjang hari nie

    ReplyDelete
  2. Tengok topping yg meleleh akak pun ikut meleleh sama Seri..

    ReplyDelete
  3. terliur tegk dah ini

    ReplyDelete
  4. nnt sy pon nk share resepi sy gak hehhee

    ReplyDelete
  5. kuss semangat.
    seriusss sgt terliur sejak sis yusa syer malam itu ari

    ReplyDelete
  6. Haii..mcm tau2 je kita ingatkan dia hari ni, tetiba dia dtg blog.
    Kakzana dah pencen buat kek (mood meraung tak abis) tunggu dpt cucu kot..hehe.

    ReplyDelete
  7. siap meleleh2 tue yg x tahan nie sri:)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!