MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Wednesday, May 15, 2013

FETTUCCINE SEAFOOD CARBONARA

ASSALAMUALAIKUM...


BAGILAH apa-apa makanan yang berlemak-lemak, tekak Seri Kandi memang tak pernah menolak. Lupakan saja tentang kolesterol dan lemak tepu, Seri Kandi makan sambil pejam mata. Nikmat dunia yang sukar ditolak. Yang membuatkan hajat Seri Kandi untuk melangsingkan badan sering termati. Rasa rugi kalau ditinggalkan nikmat yang satu ini, hihihi. Pasta?? Memang kesukaan Seri Kandi :-)))
 

Fettuccine Seafood Carbonara

Bahan-bahan :

1/2 peket fettuccine (rebus dalam air mendidih yang telah dimasukkan sedikit garam dan minyak - rujuk masa merebus pada peket bungkusan - toskan dan bilas sekejap dengan air paip, toskan semula dan gaul rata dengan sedikit mentega)

Sementara merebus fettuccine, sediakan sosnya...

Bahan-bahan :

Sedikit mentega (untuk menumis)
4 ulas bawang putih dicincang
Makanan laut mengikut citarasa
1 Tin Sos Pasta Carbonara Jenama Prego
1/3 cawan susu (segar/ full cream/ low fatt)
sedikit air

Cara-caranya :
~ Panaskan mentega hinggar cair, tumis bawang putih hingga berbau dan layu, jangan terlalu garing.
~ Masukkan makanan laut (Seri Kandi guna udang dan sotong sahaja). Goreng sekejap hingga udang dan sotong setengah masak.
~ Masukkan pula sos pasta carbonara, susu dan sedikit air. (tuang air sedikit dalam tin sos tadi.. kacau rata-rata sisa sos... jangan membazir)
~ Masak dengan api sederhana kecil hingga mendidih dan pekat.
~ Tutup api, hidangkan sos bersama fettuccine.
yang halal dan pantas... pilihan Seri Kandi






4 comments:

  1. bolehlh sri geng dgn suami akk..semua2 nie kgmaran dia..nnt akk try buat utk dia jgk:)

    ReplyDelete
  2. Aduhaii....menggodanya. Next weekend bila berkumpul dengan family baru saya buat. Prego dah beli dah..hehehehehe

    ReplyDelete
  3. sedapnyaa... huwaa..cikda ni kemaruk nak makan cabonara sejak tgk MC selebriti ari tu.. tengs SK sebab sudi kongsi resipi.. mudah dan ringkas..itu yg cikda suka.. hehehhee

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

PERIUK NOXXA

Assalamualaikum... BEBERAPA kali saya dipelawa oleh kawan-kawan untuk membeli periuk serbaguna jenama noxxa. Bukan tak nak tapi saya rasa m...