MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Tuesday, May 7, 2013

MELAYU JOHOR

ASSALAMUALAIKUM...

USMAN AWANG - "MELAYU JOHOR"

Melayu Johor,
Telah terlalu banyak kita kehilangan,
Sawah ladang bertukar tangan,
... Pekan dan bandar kita menumpang,
Teluk Belanga entah ke mana,
Yang tinggal hanyalah pakaian,
Sedarah sedaging hampir hilang,
Yang ada hanyalah setulang,
Selat Teberau kian sempit,
Hati rindu jauh tergamit.

Di Johor
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar itu Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Aceh dan Siak adalah Melayu,
Jakun dan Sakai lebih Melayu,
Arab dan Turki pekat Melayu,
Mamak dan Malbari jadi Melayu,
Malah mualaf bertakrif Melayu.

Melayu itu maknanya bijaksana,
Jika menipu pun bersopan,
Kurang ajarnya tetap santun,
Dajalnya cukup selamba,
Budi bahasa jangan dikira,
Beraninya cukup benar,
Tunduk bila bersalah,
Lembutnya cukup jantan.

Setia sampai ke kubur,
Biar mati adat jangan mati sahabat.

Anak Johor,
Luka di Tanjung Putri,
Parutnya di Parit Raja,
Muka biar berseri,
Mulut biar berbahasa.

Berkelahilah cara Melayu,
Menikam dengan pantun,
Menyanggah dalam senyum,
Marahnya dalam tertawa,
Merendah bukan menyembah,
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan,
Jiwa Melayu mengangkat persahabatan,
Kasih sayang kekeluargaan,
Ringan tulang saling bertolongan,
Jujur memaafkan,ikhlas memberikan.

Berdamailah cara Melayu,
Silaturahim yang murni,
Di mulut sama di hati,
Maaf sentiasa bersahut,
Tangan di hulur bersambut,
Luka pun tidak lagi berparut.

Melayu Johor saudaraku yang dikasihi,
Dalam kekeruhan ini carilah kejernihan.

Dalam sengketa ini sambutlah perdamaian,
Sifat terpuji setiap insan,
Bermuafakat supaya berkat,
Bersaudara dunia akhirat,
Berikhtiar dengan tabah,
Kepada Allah berserah.
 
 

12 comments:

  1. Janganlah...
    berbalah kerana pangkahan dari setitik dakwat
    tergadai saudara kerana darjat
    hilang maruah dek pangkat
    namun realitinya...
    setitik dakwat Melayu berbalah
    darjat itu mengadai persaudaraan
    pangkat menghilangkan maruah bangsa
    Apa yang ada
    senyum dalam tangisan
    melakar sejarah warisan...

    ReplyDelete
  2. Saya Jawa...tapi saya bukan di Johor.

    ReplyDelete
  3. orang melayu berbalah sesama sendiri.. orang bukan melayu bertepuk tangan.. ada kesempatan mereka curi hak milik melayu... itupun melayu tak sedar2 lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia x curi.. Orng melayu yg murah hati bagi free...

      Delete
  4. gd one, belajarlah menerima dgn redha & hati lebih terbuka !

    ReplyDelete
  5. salam kak.. indah sungguh puisi ni. bila dikarangnya kak?

    ReplyDelete
  6. Bess nyaa....saya pun bukan tulen melayu...tapi masih rasa 'melayu' amat menebal hingga nafas terakhir...

    ReplyDelete
  7. http://m.bbc.co.uk/news/world-asia-22424118

    baca la nytimes hamba ni busukkan negara

    ReplyDelete
  8. kat sini negative review pasal melayu

    ReplyDelete
  9. Mmg melayu skrg mudah lupa..bila smunye hilang bru nk sedar..

    ReplyDelete
  10. menitis air mata....

    sedihhh
    bangsaku. bangkitlahhh

    ReplyDelete
  11. puitis yg penuh makna
    cuma yg mengerti akan faham atau faham tp buat tidak faham
    Melayu mudah lupa itulah hakikatnya yg sukar diterima

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

26 SYAWAL

Assalamualaikum... ALHAMDULILLAH.. dah hari ke 26 kita meraikan Syawal. Ramai yang mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka da...