MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Friday, May 3, 2013

SUAMI DIA.. DUDA AKU!!

ASSALAMUALAIKUM...

EMI berdiri di belakang tiang yang memisahkan pintu dapur dengan pintu restoran. Suasana hingar bingar di sekelilingnya tidak dihiraukan. Kelentung-kelentangan bunyi sudip yang berlaga dengan kuali tidak dipedulikan. Yang menarik perhatiannya kini adalah sepasang kekasih yang mungkin suami isteri yang sedang menikmati hidangan di meja bulat enam kerusi. Empat kerusi lagi kosong tidak diduduki. Sekali-sekala si wanita menyuap isi ikan jenahak yang harganya RM70 sekilo ke mulut si lelaki. Tentunya mereka suami isteri. Orang belum kahwin lain manjanya, bisik hati Emi.

Imbas kembali...

"Sengkek!!" Emi menjegilkan biji matanya kepada Kamil. Geram betul dia bila Kamil kata, nanti dulu..  bila Emi minta dibelikan gelang untuk dipakai sempena hari raya. Bila masa lagi hendak menunjuk-nunjuk pada saudara mara. Sejak kahwin cuma sebentuk itulah cincin yang disarungnya. Kamil asyik tidak cukup duit. Berapa ratus sahaja gajinya yang baru setahun dua bekerja. Mana hendak bayar sewa rumah, ansuran kereta, lampin susu anak, mana? Mana? Mana?

Kamil hanya diam menahan marah. Kerap benar dia bersabar dengan kerenah Emi. Emi yang cintakan duniawi. Emi yang mengharapkan Kamil memandikannya dengan intan berlian dan emas permata. Emi mengharapkan Kamil membawanya tinggal di rumah banglo sebesar istana. Membawanya ke mana sahaja dengan kereta mewah metalik bergaya bukan kereta guru besar pencen macam kereta Haji Bakhil.

"Kesian kau, Emi, naik kereta buruk," ejek saudara-mara setiap kali pertemuan hari raya. Lantaran sakit hati, Kamil tidak diendahkan Emi. Hendak makan ke, hendak minum ke, terlungkup, terlentang, lantaklah kau di situ. Kamil duduk seorang-seorang tiada siapa hendak melayan. Kamil makan sendiri macam kera sumbang. Semuanya memandang Kamil sebelah mata kerana tidak berharta hanya mampu menyewa rumah setinggan. Mujur tidak duduk bawah kolong macam Sabariah dan Kasim Selamat dalam filem Ibu Mertuaku.

Kalau dalam filem Ibu Mertuaku, si ibu mertua membuli menantu, terbalik pula dalam kisah rumahtangga Emi dan Kamil. Menitis airmata mami bila melihat anaknya diperlakukan sedemikian rupa oleh si menantu yang keras hati. Tubuh kurus Kamil seperti membayangkan penderitaan batin yang dilaluinya sejak mendirikan rumahtangga dengan Emi. Tiap bulan duitnya kering bagi menampung keperluan Emi yang mewah serba-serbi. Emi paksa Kamil beli kereta. Emi paksa Kamil sewa kondominium. Segalanya bagi mencapai hajat bapanya yang mahu menunjuk dengan saudara mara yang menantunya tidaklah sesengkek apa yang dikata.

Puas ibu mertua menasihatkan menantu. Redha dengan pemberian suami. Jangan sombong. Jangan derhaka. Tapi Emi degil. "Arghhhhhh!! Kau orang memang keturunan pariyalah!!" Terpempan mami dengan penghinaan yang dihamburkan menantu. Emi terus keluar dari rumah. Rupanya sebuah kereta menunggu di depan pintu. Di dalamnya tersenyum megah seorang lelaki yang menjanjikan mahligai cinta suci murni untuk Emi. Cinta Emi tiada lagi untuk si suami. Lelaki pujaannya seratus kali lebih baik. Emi akan ditatang bagai minyak yang penuh sekuali. Emi akan disalutkan dengan intan permata. Emi akan tinggal di istana kaca dan ke sana ke mari dengan kereta idamannya.

Kamil tidak senang duduk. Sudah lebih dua jam dia menunggu Emi pulang. Dia tahu dengan siapa Emi keluar. Dia tahu Emi memadu cinta dalam kereta. Dia nampak dengan mata kepala sendiri. Kasih sayang cinta terhadap isteri kini telah mati. Lima tahun berumahtangga langsung tidak mematangkan Emi. Kamil tahu dia tidak mampu bertahan lagi. Seluruh harapannya tiada lagi apatah lagi masalah mereka semakin menjadi dengan campurtangan keluarga Emi. Mereka tidak mengharapkan apa-apa lagi darinya sebagai suami. Dia juga tidak mengharapkan apa-apa lagi dari seorang isteri. Cukuplah lima tahun dia dihina, diejek dan disindir. Biarlah dia hidup sendiri dari hidup makan hati dengan kerenah isteri.

"Bangun!" Semua orang bangun memberi hormat kepadanya. Dia dihormati kerana statusnya sebagai seorang hakim yang bijaksana. Tetapi adakah sesiapa yang sedar dan mengambil berat tentang perasaannya. Setiap hari dia mendengar beberapa kali talak dijatuhkan oleh para suami terhadap para isteri. Banyak masjid yang runtuh di hadapannya. Entah berapa banyak hati yang punah. Entah berapa banyak airmata yang gugur. Entah berapa ramai anak yang kehilangan bapa. Entah berapa ramai anak yang kehilangan ibu. Dia tidak terhitung lagi.

Emi keluar dari bangunan mahkamah dengan perasaan gembira. Kini bebaslah dia ke sana ke mari dengan kekasih hati. Langsung tiada penyesalan di wajah. Langsung tiada duka bergelar janda. Hanya rasa riang gembira. Dia sudah punya kekasih yang menjanjikan bahagia. Dia sudah punya cinta yang menjanjikan istana. Tak perlu lagi dia meminta-minta untuk dibawa terbang ke luar negara. Tak perlu lagi dia merayu-rayu untuk gelang sehasta, rantai sedepa. Dia bebas! Bebas!

"Kalau kau berani lagi datang sini, aku korek dua-dua bijik mata kau!!" Angkuh sungguh lagak Pak Jalal bila Kamil singgah menghantar duit belanja. Hajat hati Kamil hendak lihat wajah si anak. Rindu sungguh Kamil dengan anak kecilnya yang baru berusia dua tahun. Si abang hanya menjerit-jerit di depan pintu. "Papa.. papa.." lalu cepat-cepat ditarik neneknya masuk ke dalam.

"Kau simpan je duit kau tu, aku tak hadaplah! Nak makan pakai sendiri pun tak mampu, ada hati nak bayar nafkah anak. Aku mampu lagi nak bagi makan budak-budak ni, kau jangan berani datang sini lagi," Kamil mengelak tongkat Pak Jalal yang dipalu ke badannya. Lagak gangster, abang kandung Emi turut menolak tubuh kerempeng Kamil. "Kalau dah keturunan pariya tu, memang pariya jugaklah!" hina abang Emi.

Emi mencebik. Sejak tadi, dia hanya mengintai dari celah langsir tingkap. Benci sungguh dia memandang wajah lelaki berambut keriting itu. Dia beralih duduk di birai katil. Anak bongsunya sedang nyenayak tidur. Wajah mulus itu tidak mengerti apa-apa. Baginya sudah cukup ada mama, ada nenek, ada atuk yang menyanyanginya. Dia masih belum mengenal kasih seorang ayah. Baginya asalkan perutnya kenyang dan boleh bermain, itu sudah lebih dari cukup. Dia anak yang belum mengerti akan pentingnya kehadiran seorang wali...

Bersambung....

7 comments:

  1. Bila ibu bapa berpisah anak akan menjadi mangsa...sedih...

    ReplyDelete
  2. sayuuuu..

    satu hati Emi pasti menyesali

    ReplyDelete
  3. baru singgah sini...
    cerita betul ke ni?
    kalau betul sedihnya.

    ReplyDelete
  4. Bila nak sambung? Lama x layan blog awak...

    ReplyDelete
  5. Emi sedang berada di atas. Biarkan dia.

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

SALAM RAMADHAN & SELAMAT BERPUASA

Assalamualaikum... ALHAMDULILLAH... Dapat lagi bertemu Ramadhan kali ini. Ramadhan yang penuh keberkatan dan kemuliaan. Ramadhan ...