MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, June 17, 2013

CHEESE TART'S LOVER

ASSALAMUALAIKUM...


SEMINGGU ini segala post yang ada di Alam Sari ini adalah secara 'auto publish' ya (kalau sempat SK buat entrilah..). SK minta maaf, mungkin sementara itu juga SK tidak membuat kunjungan ke blog kawan-kawan kerana SK telah tercampak ke satu daerah yang sunyi dan terputus dari segala hubungan luar. Okey, SK tipu di situ, hehe. Sebenarnya SK akan terlibat dengan satu bengkel membangunkan NOSS (National Occupational Skill Standard). Oh, dalam bahasa melayunya Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan... gitewww. Haaa.. adakah sesiapa pembaca Alam Sari ni mempunyai skop pekerjaan seperti SK ya? Kalau ada, sila angkat keyboard tinggi-tinggi... hihi.


Jadi, kalau ada sesiapa yang rindukan cheese tart SK, bolehlah tatap gambar cheese tart SK ni puas-puas ya. Kalau rasa tak puas, boleh cetak dan tampalkan sebelah katil atau dalam peti sejuk. Nanti, sekembalinya SK dari perantauan, SK akan buka kembali borang pesanan untuk anda ya. Oh, ya. SK ada dapat permintaan khas dari seseorang yang berkaitan dengan tart juga. SK tak tahulah, mampu ke tidak SK menunaikan permintaan beliau tapi insyaAllah, akan SK tunaikan bila SK dah balik nanti.

Blueberry dan Strawberry Cheese Tart (25pcs/ RM16)
Jadi.. kepada sesiapa yang nak beratur awal-awal tu, SK alu-alukan supaya senang SK menyusun jadual. Nak sms boleh, nak telefon boleh, nak whatsapp boleh, nak weechat pun boleh.. sila nyatakan nama anda agar SK tak keliru ayat orang yang hendak menempah ataupun nak mengurat ya.. uhuks.

Red Velvet Cheese Tart (25pcs/ RM18)
SK ~ 012-7799705
(Johor Bahru sahaja)
Black Forest Cheese Tart (25pcs/ RM17)
Amboi, bunyi perantauan tu, macam jauh bebeno jer kan.. hahaha. Tidaklah jauh sebenarnya pun. Cuma kalau dah namanya bengkel pembangunan, haruslah kita mengadap dari siang sampai ke malam. Jadi, bila sebut perantauan tu, saja je nak bagi lebih hiburan, sensasi dan kontroversi. Kalau tak, suammmm jer blog SK nikan. Hah! Cakap pasal suam, itulah yang berlaku pada SK apabila pergi ke majlis kenduri Kak Jun tempohari. Mak aihhh! Ramai sungguh blogger yang famous d amous dan terkenal ternama. Yang dah berblog sejak begitu lama. Jadi, bila orang tanya SK dari mana, bloger ke, baker ke.. SK dah termalu meow kat situ. Kita ni bukan siapa-siapa... apakan daya, awww.

umur Kak Jun 10 tahun tua dari saya tapi kenapa nampak macam sebaya.. apakah rahsianya???
Jadi, SK nak cerita.. masa SK dalam perjalanan nak naik ke bilik hotel yang SK telah tempah seminggu awal tu, SK telah terperanjat sakan sebab rupanya takdir menentukan SK tidur sebumbung (bukan setilam) dengan Kak Jun Roslan (KJ). Haaaaaaa.. tergebang jer terus tangan SK dan KJ macam orang yang bertahun menanggung rindu pulak. Satu perasaan yang tak boleh tergambar dengan kata-kata betapa gembiranya kami. Memang pertemuan yang tidak disangka dan esok paginya SK sempat juga singgah di bilik KJ. Tak puas rasanya berborak sebab SK harus berangkat segera pulang ke Johor Bahru.

cunnya Kak Jun, kan??


5 comments:

  1. sedapnyer.. lya pon peminat cheese tart. slalu order dgn kawan..mkn saje2

    ReplyDelete
  2. Dapatnye kak..buat selalu tak jadi...huhhu

    ReplyDelete
  3. Salam Sari...terima kasih daun keladi....kembang sekejap macam bunga seri pagi dek kena puji berkati-kati. Muka sembab dengan eye bag tu sari...mak pengantin tak cukup tidur. Tapi seronok sangat dapat jumpa Sari. Bersembang tak ingat kiri kanan dah. Len kali kita lepak lagi tanpa sekatan waktu...m(tq tak terhingga krn sudi menghadiri majlis kita...muah)

    ReplyDelete
  4. hermmm..bila pulak nak terserempak dgn kakpb kat hotel JB eh? setahun juga menanggung rindu...hehe..

    ReplyDelete
  5. selamat berkursus kak... seronoknya dapat jumpa kak jun..

    cheese tart ni lia mmg sgt2 suka makan..tp klu nak membuatnya alahaiiii...malas sungguh.hukhukk.. klu lah kak yus dekat mmg order je lah...

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

AKHIRNYA IKEA TEBRAU DIBUKA

Assalamualaikum... YEAY!!  Akhirnya setelah sekian lama menunggu, Ikea Tebrau kini dibuka di Johor Bahru.  Setelah bertahun-tahun beran...