MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Thursday, July 18, 2013

CAFE PARA PARA DAN DURIAN GORENG... RANGUP DI LUAR.. NIKMATNYA DI DALAM...

ASSALAMUALAIKUM...


SEMALAM Seri Kandi telah mengikut Panglima Seri Kandi memenuhi jemputan berbuka puasa di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru. Alhamdulillah, rezeki Ramadan... memang banyak sekali majlis jemputan berbuka puasa untuk media sama ada dari badan korporat, 'client' atau pihak hotel sendiri. Eh, SK taklah ikut semua jemputan, kadang ikut mood dan tahap 'malu-malu' jugak. Maklumlah, yang dijemput adalah pihak media, bukan sekeluarga ya.. hehehe. Biasanya SK cuma akan pergi sekiranya jemputan itu datang dari pihak hotel, kalau 'client' atau badan korporat memang SK tak ikutlah.

Berpuluh-puluh hidangan (mungkin ratus kot sebab banyak sangat) yang disediakan dalam sajian buffet ramadan di Cafe Para Para, GP ni. SK rasa memang berbaloi-baloilah dengan harga yang ditawarkan iaitu RM80++ untuk dewasa dan RM40++ untuk kanak-kanak dengan syarat anda mesti kuat makan. Kalau ada sesiapa yang nak mintak SK belanja, insyaAllah tapi dengan syarat anda mesti makan semua hidangan yang disajikan.. makan ya.. bukan jamah-jamah atau cuit-cuit sahaja dan akhirnya tinggalkan dalam pinggan.. amacam? Ada berani??? Serius, SK sendiri memang tak mampu, malah ER pun tak larat nak makan semua. Sebab makan 'free' (makanan paling sedap dalam dunia.. kih kih kih) jadi kami taklah bersungguh-sungguh makan pun. Lagipun ini adalah jemputan dari pihak hotel. Tapi, kalau ada sesiapa yang belanja betul-betul keluarkan duit RM80++ untuk suruh SK makan, terpaksalah SK makan dengan gigih supaya orang yang belanja tu tak kecil hati... hihihi.

Paling SK suka kalau makan di Cafe Para Para ini adalah sajian unik durian gorengnya. Wahhhh! SK memang jatuh hati dengan teknik chef di cafe ini menyediakan durian goreng tau. Pulak tu semua durian goreng tu bentuknya sama saja dan ada teknik yang digunakan rupanya. Boleh tiru idea chef ni. Dan nyaris-nyaris jer SK nak mintak resepi batter dengan chef tapi Iman tak bagi. Dia kata, "buat malu jer". Laaaaaaaa.. apa nak malu pulak?? Tapi sebenarnya SK malu jugak nak mintak.. hahaha. Sudahnya, tak mintaklah :(

waaaaaaaaaaa... nak lagiiiiiiiiiiiiiiiii!!
p/s nak cari durian... nak cari durian... nak cari durian.......... :-)))))

11 comments:

  1. skrng bufet hotel dah mcm2 pilihan..sediakan ongkosnya saje kalau teringin nak berbuka di hotel kan kak...:)

    ReplyDelete
  2. salam seri,

    cepat2 cuba durian goreng tu nnti share resepi. Ada yg kata batter dia mcm goreng pisang tp pekat sikit. Semoga berjaya.

    ReplyDelete
  3. Tak meletop ke kalau durian goreng?
    Nak cari durian...nak cari durian..tunggu balik kl. Sini mahal.

    ReplyDelete
  4. fuiyoooo..meleleh ayaqliuq akak wehh tgk durian goreng tu! terbaekk!

    ReplyDelete
  5. Iyerlah kak. Entah kenapa saya dan hubby pun perasan, tahun nie berbuka buffet di hotel, macam x termakan jadinya. Dah berumur nie, perut dah x tahan agaknya.

    ReplyDelete
  6. aduh la haiiii...kenapalah nampak sedap sgt dorian grg tu

    ReplyDelete
  7. hai.. salam kenal,
    follower no.674
    done follow sini,
    jom follow teman yea yunk..=)

    http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

    ReplyDelete
  8. Sarikusss kalu kak selamba kot minta resepi hihihi

    ReplyDelete
  9. Mengancam betul durian goreng tu.

    ReplyDelete
  10. saya ada menjual DURIAN GORENG frozen (durian yg sama dihotel paragon)...berminat bole call 0197113492

    ReplyDelete
  11. saya ada menjual DURIAN GORENG frozen (durian yg sama dihotel paragon)...berminat bole call 0197113492

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

JAP LAGI BUBUH TAJUK

Assalamualaikum... Salam Nuzul Quran buat semua pembaca yang beragama Islam  dan selamat meneruskan menjalani ibadah puasa.  Hurmm....