MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Tuesday, July 16, 2013

HEAVENLY MILO & OREO JELLY (AGAR-AGAR MILO LAPIS OREO)

ASSALAMUALAIKUM....

"OREO untuk saya... dan... oreo untuk awak...

Mula-mula bukakkkkk... pusingkan... rasa... dan celup!" Heeeeehee.. suka Seri Kandi tengok budak perempuan dalam iklan oreo yang ajak teddy bearnya tu makan biskut oreo tau. Boleh dikatakan sudah menjadi identiti iklan oreo mesti ada adegan, bukakan... rasa (dulu jilat) dan celup tu, kan. Teringat SK masa Iman kecil dulu memang macam tulah caranya dia menikmati biskut oreo akibat terpengaruh dengan iklan (SK pun join sekali, hiks) dan selalunya oreo dan susu adalah stok yang wajib disimpan dalam kabinet dapur.

Kalau anda peminat 'krusher oreo KFC' atau 'McFlurry Oreo', anda tentu sukakan agar-agar milo berlapis oreo ini. Puding yang terhangat di pasaran sekarang bila mana penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza sendiri mencuba membuatnya dan teruslah meletup-letup resepi ini. Turut terkena tempiasnya adalah blogger Citarasa Rinduan di mana Datuk Siti telah berkongsi link blog beliau di mana tempat Datuk Siti menyalin resepi agar-agar ini. Pehhh! berbelit-belit rasanya SK nak cerita benda ni, adehhhh! Walaupun sebenarnya dah lama SK tahu tentang puding ni tapi tak sempat-sempat nak membuatnya sehinggalah ada kelapangan pada hari minggu yang lepas.


SK kongsikan semula resepi ini di sini untuk rujukan. Tapikan.. baru SK perasan yang SK gunakan air sebanyak 1000 ml atau 1 liter untuk resepi SK dan Alhamdulillah, agar-agar SK tetap cantik dan tidak lembik walaupun terlebih air lebih kurang satu cawan. Agaknya SK dah terbiasa dengan sukatan 1 liter air untuk sebungkus serbuk agar-agar. Nak salin balik resepi di sini, barulah SK perasan, sabarrrrr ajelah. Oh! Ya.. kalau kita tengok rupa agar-agar tu nampak macam susah, kan. Tapi bila buat, haiiiiiiii senang banget!!

Kepada AlongRoz, terima kasih SK ucapkan, memang heavenlah!!!

Agar-Agar Milo Lapis Oreo
Saiz : 8"
Sumber : AlongRoz @HomeKreation

Bahan-bahannya :
  • 1 bungkus serbuk agar-agar (10 gram)
  • 750 ml air (SK letak 1000ml @ 1 liter)
  • 160 gm gula (SK letak 6 sudu besar)
  • 1 tin susu cair
  • 3/4 cawan milo (SK guna 4 sudu besar)
  • 1 bungkus biskut oreo (dipatah-patah)
Cara-caranya :
  1. Masukkan air, gula, serbuk agar-agar dan susu cair ke dalam periuk. Kacau sekejap bagi serbuk agar-agar jangan berketul kemudian didihkan.
  2. Apabila mendidih, asingkan dua cawan ke dalam periuk lain dan campurkan dengan milo.
  3. Ambil satu cawan campuran milo dan tuang ke dalam acuan. Biarkan keras seketika.
  4. Tuang campuran susu sahaja.
  5. Taburkan biskut oreo yang telah dipatah tadi ke atas campuran susu. Biarkan mengeras tetapi jangan terlalu keras.
  6. Akhir sekali tuang baki satu cawan campuran milo tadi ke atasnya.
  7. Dinginkan untuk rasa yang lebih sedap.
Untuk tips yang lebih banyak boleh tengok di blog AlongRoz ya.

Wassalam.



 

8 comments:

  1. fenomena agar2 ni nmpaknya melanda skrng...sy juga nak mmbuatnya...:)
    tp mmg sedap kan kak...

    ReplyDelete
  2. memang nampak mewah sgt agar2 tu..
    sayangnya kat rumah akak kurang peminat agar2... kalau buat herhari2 nak tunggu habis.. hehe..

    p/s: mcm balas blk je apa yg SK komen kat blog akak tadi.. kihkihkih.. tp mmg betul tau.. bukan nak balas blk.. haha..

    ReplyDelete
  3. ssuka....suka...suka...suka...sangat puding ni...
    terbaekkkkkkkkkk

    ReplyDelete
  4. tq share yer,.. yg ini mmg best kalau bikin masa bukan posa !

    ReplyDelete
  5. hikhikhik.. terjangkit jugak ya... :)

    ReplyDelete
  6. rasa sejuk je agar2 nie lalu kat tekak...manalah nak cari..

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/07/rawatan-untuk-gastrik-tak-guna-kapur.html

    ReplyDelete
  7. skodeng blog sari nk cari idea masak apa bukak puasa nti. agar2 ni cam best gak...nti nk cuba buatlah...:)

    ReplyDelete
  8. Bilaaaa nk try nieeeeee eeeee nada jelesssss

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

PERIUK NOXXA

Assalamualaikum... BEBERAPA kali saya dipelawa oleh kawan-kawan untuk membeli periuk serbaguna jenama noxxa. Bukan tak nak tapi saya rasa m...