MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Wednesday, July 3, 2013

SETIAP GAMBAR ADA CERITANYA

ASSALAMUALAIKUM...
 
AMBIL gambar makanan dikatakan mental...
 
POST gambar makanan dikatakan riak....
 
bagi Seri Kandi ia adalah kenangan...
 
setiap gambar ada memorinya...
 
urmmm...
 
Bagaimana pula dengan orang yang menunjuk-nunjuk dalam beribadah.. dalam bersedekah... dalam membantu orang.... dalam menunaikan solat sunat... puasa sunat ... ???
Riak dalam beribadah dikatakan akan muflis di akhirat, takutnya... Astaghfirullah..
 
Ada pula orang yang suka post / kongsi cerita yang tak tahu pucuk pangkal.. benar atau bohong yang boleh membawa kepada fitnah...
 
Lebih mental orang suka post gambar dan entry lucah... urmmmm...
 
Salah orang nampak.. salah sendiri tutup mata...

pavlova


 

 
Mentalkah SK???
p/s tapi ramai yang klik like.... hehehehe
 
 
SK nak kasi bersih kad memori kamera SK yang dah penuh ni... setiap gambar ada ceritanya... tapi SK malas nak cerita panjang-panjang, SK pendekkan ceritanya ya... huhuhu
 
Fettucine Marinara... masak sendiri guna sos prego

Sup Tulang Merah... beli kat Geylang Serai..
sanggup seberang Tambak semta-mata nak beli bungkus sup merah ni bawa balik makan kat rumah

Mama Chop Papa Grill

makan malam terakhir Kursus Pembinaan NOSS dan DESCUM



Macaron... pertama kali beli macaron... sedap...
Pendapat kita mungkin tak sama, kan???
 

10 comments:

  1. setuju dgn entry akak! like 100x.hehe.

    ReplyDelete
  2. bg KNJ daripada KNJ tengok gambo retis buka2 aurat tu baik KNJ tengok gambo makanan..hihi...ade jugak idea utk masak makanan yg bagus2 utk family..biar lah hanya Allah yg menilai kan!

    ReplyDelete
  3. betul angguk setuju dengan apa yang akak kata kan dlm entry nie....200% i like

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum SK.. Yang utama niat kan.. Timbangan manusia hanya di dunia.. Senyum SK sayang.. :-)

    ReplyDelete
  5. sedih pun ada bila baca n3 ni...lbh2 lg bila dikata mental bila upload gambar masak2... rasanya lah sepanjang lia jd blogger blm penah rasa riak bila upload gmbr makanan..ye lah bukannya di hidang atas pinggan b'salut emas 24k ke apa...pinggan melamine je pun... apa yg nak diriakkan??? dan klu lia makan kat mana2 yg rasanya sedap apa slhnya b'kongsi dgn kawan2 lokasi tmpt kita makan..apa makanan yg kita order..sekurang2nya membantu kawan2 yg mungkin satu hari akan ke tempat yg sama....

    apa pun itu semua antara kita dgn yg Dia kan kak....

    ReplyDelete
  6. ada baik & tak baiknya.. niat org tak nampak. tp diri sendiri je tahu.. memang ada org yg upload dengan niat nak menunjuk dia dapat makan tu.. dapat beli ni.. ada tu ada ni.. kalau jenis blogger masakan kita tak boleh cakap dia nak menunjuk sebab riak tapi memang itupun kerja dia. share masakan dia.. Dia nak share biar nampak sedap & menarik. Baru orang tertarik.Kadang2 jenis yg suka menunjuk takde motif ni la buat orang lain kadang2 terasa.. Bila orang lain terasa tu yg menimbulkan benda tak baik.

    ReplyDelete
  7. Mental ke apa ke....ikut kesukaan masing2 je. Kita nak juga letak gambar makanan....

    ReplyDelete
  8. Pada saya, tak salah post gambar kegemaran atau aktiviti masing2.

    ReplyDelete
  9. Salam...payah kan nak puaskan hati semua org yang penting kita tau apa yg kita buat. Xkacau hidup org pun. 'Pedulikan org yg rendahkan kita asalkan kita jgn rendahkan diri sendiri'.."kamu ummat yang terkuat"

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

RESIPI DAGING MASAK MAMI PENANG NOXXA

Assalamualaikum... SEMALAM sejak pagi Sk tak berhenti bekerja di dapur.  Sidai kain,  kemas dapur,  gunting lada, kopek bawang,  kisar lada...