TIRAMISU 2

Seri Kandi Tanah Jauhar
2
ASSALAMUALAIKUM...
 

DUA tiga hari ini cuaca di Tanah Jauhar agak panas dan berbahang. Tapi bagus jugak, kering garing kain baju SK di jemuran. Ranum-ranum bila diangkat dan dilipat. SK suka sangat. Entah kenapa sejak kebelakangan ini SK amat rajin melipat kain baju. Duluuuuu, inilah benda yang paling SK tak suka buat. Oh, ya.. SK suka lipat kain baju dalam bilik sekarang sambil layan filem seram, hehe. Baru-baru ini SK melipat sambil tengok filem adaptasi dari kisah benar, The Conjuring atau maksud dalam bahasa melayunya, 'Jelmaan'. Ramai yang kata, ini adalah filem seram orang putih yang terbaik sampai ramai yang meninggalkan panggung walaupun dah beli tiket mahal-mahal. Tapi, SK tengok sambil lipat kain, rasa agak kuranglah seramnya, ngelat ek. Bila ada babak yang seram giler, SK angkat kain tutup muka, hahaha.


Tiramisu ini SK buat pada hari Sabtu lepas. Ini merupakan kali kedua SK buat tiramisu menggunakan resepi dari Chef Hanieliza ini. Sebab apa SK suka guna resepi ini? Sebab ia merupakan resepi yang ringkas dan bahan-bahannya pun senang didapati. Pada mulanya SK nak gunakan kek swiss roll berperisa kopi seperti yang dianjurkan oleh chef tapi tak ada pulak di kedai. SK ni manalah pandai buat swiss roll. Jadi, SK masih menggunakan swiss roll berperisa coklat. Bagi mereka yang nak membuat jamuan hari raya, SK syorkan untuk menyediakan tiramisu ini sebagai pemanis mulut untuk tetamu dan ia boleh disediakan lebih awal sebelum kita memasak menu-menu yang lain.


TIRAMISU
Resepi : Chef Hanieliza
Sumber : Alam Sari

Bahan-bahan:
1 gulung kek swiss roll kopi (SK guna perisa coklat)
250 gm keju cream [philadelphia]
150 ml yogurt asli (SK guna perisa strawberry 150gm/1 cwn)
1/2 cawan gula (SK kurangkan sedikit sebab yogurt dah manis)
1 biji lemon [ambil jusnya]
Sedikit Serbuk Nescafe

Larutan Agar-agar
1/4 cawan air (SK letak ½ cawan)
1 sudu kecil serbuk agar-agar

Cara
1. Kek swiss roll dihiriskan nipis.
2. Masakkan larutan agar-agar sehingga mendidih.
3. Pukul keju, gula dan yogurt sehingga gebu.
4. Masukkan perahan jus lemon dan kacau lagi.
5. Masukkan larutan agar-agar dan kacau rata.
6. Susunkan hirisan kek dalam bekas kaca atau gelas.
7. Tuangkan adunan keju dan ratakan.
8. Letakkan lagi hirisan kek dan tuangkan lagi adunan keju tadi.
9. Ayakkan serbuk nescafe dan sejukkan sebelum dihidangkan.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. ooo..yg nie ada yogurt..msti lgi rasa masam2 dia kan kak...bole cuba gak ni nnti...nak rasa cmne..

    ReplyDelete
  2. kak ipar ada dok sebut2 gak nak makan tiramisu...tapi disebabkan adik ipar nya nie xmakan cheese so tak buat la hahahaa

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!