MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Wednesday, September 4, 2013

GULAI KAWAH DALAM PERIUK

ASSALAMUALAIKUM...


DUA tiga menjak ni SK sangat sibuk. Betul-betul sibuk.. di rumah.. di pejabat.. sama sibuknya. Di rumah, sibuk dengan kerja rumah.. dengan tempahan cheese tart. Di pejabat, sibuk dengan portfolio pelajar, ada lawatan verifikasi dan penilaian akhir dan ada pula lawatan penarafan bintang. Rasa nak pengsan lama-lama.. bila sedar nanti, hari yang mendebarkan itu telah berlalu.

Dalam kesibukan menyiapkan tempahan cheese tart, Encik Panglima pulang membawa sekilo daging. Selepas menghantar anaknda Iman ke kelas tambahan, beliau singgah ke pasar dan katanya cuma ada sebuah kedai menjual daging baru. Dah berminggu beliau mencari daging baru tapi kalau carinya di tengahari, dah wassalam-lah jawabnya. Beliau minta SK masakkan daging kicap. Ah, mana lalu tekak SK sekadar makan daging kicap yang tidak bertumis. Daging dihiris nipis, perap kicap manis, goreng dalam minyak sedikit, tambahkan ajinomoto dan masukkan bawang yang dipotong bulat. Bila bawang dah layu, maknanya daging pun dah lembut dan boleh dihidangkan. Tak ada serai, halia, lengkuas, cili dan yang sewaktu dengannya.

Ting!!! Ada mentol menyala atas kepala. Teringat SK rempah premix gulai kawah dalam kabinet. "Bonda nak masak gulai kawahlah," jerit SK dari dapur. "Ermmmm, dapnyaaaaaaaaa!" Jawab Encik Panglima manja. Muntah!! :p

Mungkin rasanya tidak seasli gulai kawah dari pantai timur yang menggunakan rempah gulai kawah yang dijual secara timbang di Pasar Payang atau Pasar Siti Khadijah. Tapi, bagi SK, gulai kawah menggunakan rempah premix ini tetap sedap dan mempunyai rasa asli yang tersendiri. Sepanjang menikmati makan tengahari (sebenarnya dah pukul 3++), tak ada komen negatif dari mulut ER. Cuma dia kata, mesti lagi sedap kalau ada lemak-lemak. Hantu lemak sungguhlaaaaaaaaaaaa...

Gulai Kawah Premix Nurani Spice

Bahan-bahan :

1 peket rempah gulai kawah Nurani Spice
600 gm daging (lebih sedap campurkan sedikit dengan bahagian berlemak atau tetel)
400 ml air
200 ml santan
4 biji kentang
2 biji tomato
1/2 labu bawang kuning (hiris)
5 - 6 biji cili padi
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya :
  1. Campurkan rempah gulai kawah dengan 200 ml air, kacau rata.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kawah periuk, masukkan rempah tadi. Tumis hingga pecah minyak dengan api sederhana kecil.
  3. Masukkan daging (dihiris atau potong kecil) bersama kentang yang telah dipotong empat.
  4. Gaul sekejap biar bersalut rempah. Kemudian tambahkan 200 ml air. Kacau sebati.
  5. Tambahkan santan, masak hingga mendidih dan daging lembut.
  6. Masukkan tomato dan cili padi.
  7. Sementara itu gorengkan bawang kuning yang dihiris hingga agak garing. Masukkan ke dalam gulai kawah. (Jangan masukkan dengan minyak-minyak sekali pulak)
  8. Sedia dihidang dengan nasi putih.... nyum.. nyum...

Untuk mendapatkan rempah gulai kawah ini bolehlah hubungi SK di talian 012-779705.

Tengok rempah lain yang SK dah cuba dan dijamin sedap!

Kuzi Kambing
Rendang Ayam
Kerutub Ayam
Bawal Sweet Sour

6 comments:

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

SALAM RAMADHAN & SELAMAT BERPUASA

Assalamualaikum... ALHAMDULILLAH... Dapat lagi bertemu Ramadhan kali ini. Ramadhan yang penuh keberkatan dan kemuliaan. Ramadhan ...