MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Wednesday, October 16, 2013

RUMAH TERBALIK BORNEO YANG TIDAK BERBALOI DAN ULANGTAHUN ALAM SARI

ASSALAMUALAIKUM...


KALAU anak perempuan tentu dah suka main anak patung dan masak-memasak.. kalau anak lelaki tentu dah suka main tembak-tembak.. nak jadi superman.. batman dan cicakman. Tapi.. Alam Sari bukan anak lelaki atau anak perempuan.. anak kucing atau anak beruang. Alam Sari yang diciptakan pada 15 Oktober 2009.. kini memasuki tahun ke empat.. yang asalnya hanya untuk suka-suka.. sampai sekarang pun masih suka-suka. Ehhhhhhhhh.. suka hati SK lah nak suka-suka :p Dalam pada suka-suka, Alhamdulillah, setiap hari tidak kurang dari 1,500 kali helaiannya diselak-selak.. dan pernah mencapai sehingga 3,000 pada hari perayaan yang lalu... terima kasih banyak-banyak ya.


Jadi.. disebabkan baru tersedar yang Alam Sari ni menyambut hari jadi, SK belumlah lagi berniat untuk membuat sambutan sama ada besar-besaran atau kecil-kecilan. Cukuplah bersyukur kerana ini bermakna, SK masih dipanjangkan umur untuk mengetuk cerita buat tatapan pengunjung di luar sana. Ramai yang menghubungi SK dan mengakui mereka adalah pembaca senyap blog SK. Dalam diam-diam SK tak sangka juga, rupanya bila jadi blogger ni adalah rasa-rasa macam retis juga cuma tak berapa nak terkenal sebab tak keluar tv dan tak ada kontroversi. Haaaaaaaaa... nak buat kontroversi dan nak cari publisiti (murahan) bukannya susah... tapi SK percaya, kena ada bakat juga ke arah itu dan SK akui SK memang tak ada bakat macam tu.. Alhamdulillah.


Errrr.. penangan rumah terbalik.. gambar pun terbalik
Ini cerita yang tak habis ketika SK berada di Kota Kinabalu, Sabah. Orang kata, kalau dah sampai KK, tidak sah kunjungan kita kalau tak menterbalikkan diri di Rumah Terbalik, Borneo. Ialah, semua benda terbalik, kalau nak tengok dalam keadaan tegak, kenalah menonggeng. Errr.. SK tak berani tonggeng sebab takut nampak benda lain.. erkkkk!


Dengan bayaran masuk yang dikenakan sebanyak RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak di bawah usia 12 tahun bagi SK ia matlah tidak berbaloi kerana anda tidak dibenarkan langsung untuk bergambar atau mengambil gambar di dalam rumah terbalik. Setakat tidak dibenarkan menyentuh peralatan, dinding, lantai atau apapun yang terdapat di dalam rumah terbalik yang sekangkang cicit kera tu, masih lagi SK boleh terima tapi apabila anda diberikan amaran supaya tidak mengambil gambar atau anda didenda sebanyak RM100, ia amatlah membuat SK rasa agak sedikit menyesal singgah di rumah terbalik ini.

ER nampaknya cuba menterbalikkan diri.. errrkkkk!!
Rumah yang sengaja dibina dalam keadaan terbalik di Tamparuli ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia dan ia mengambil masa setahun untuk dibina dengan ciri-ciri rumah era 90-an. Jangan tak percaya, walaupun ianya adalah rumah untuk pameran sahaja tetapi ia juga mempunyai Sijil Layak Menduduki. Kebanyakan barangan di dalam rumah diletakkan secara terbalik dan dilekatkan dengan skru atau gam.


Di sebabkan ia hanya berkeluasan 140 kaki persegi sahaja jadi anda tidaklah dibenarkan terus menyerbu ke dalam rumah sebaik sahaja membeli tiket. Bergambarlah dahulu dengan sepuas-puasnya di luar Rumah Terbalik ini kerana hanya ada satu laluan masuk dan satu laluan keluar sahaja dan tidak dibenarkan untuk berpatah balik. Anda kemudiannya akan dibawa masuk secara berkumpulan.. dalam anggaran 10 orang oleh seorang petugas yang akan menceritakan anda tentang asal-usul rumah terbalik itu. Tidak sampai 15 minit pun, perjalanan anda telahpun sampai di pintu belakang rumah terbalik. Sungguh tidak berbaloi!

Iman menterbalikkan diri!!
Mujur di luar rumah (bahagian belakang) turut didirikan tandas terbalik untuk pengunjung bergambar dengan sepuasnya. Nak tertonggeng ke.. tertiarap ke.. suka hati larrrrrr.. tiada yang melarang.. hiks!


 


cenderahati pasti ada untuk Iman!!

9 comments:

  1. Best nyer SK teringin nk pi bila lah dpt pi kan nk ambik gambar cam SK gak hehehhe :D...

    ReplyDelete
  2. Pening mama zakie di buat ibu Iman ni tau. Tengok Iman terbalik lagilah buat mama zakie terteleng-teleng.

    Iman dapat apa tu sayang?

    ReplyDelete
  3. haha.. lya sdiri smpai tersenget-senget kepala ni..
    owh.. kiranya just blh ambik pic kat luar je la.. xbestla g2..xde kanangan dgn hiasan dlaman rmhnyer..pdahal ni kan tmpat plancongan..pttnyer kna la bg pluang utk org bgmbr knangan kan..

    selamat ulangtahun buat blog ni ;-)

    ReplyDelete
  4. salam kak..saya sendiri yang tinggal di Sabah ni belum lagi berkesempatan untuk pergi ke upside down house tu..huhu

    ReplyDelete
  5. Mama dah pernah pergi sini, awal tahun ni, tapi tak pergi pulak bahagian belakang yang ada tandas terbalik tu.,,, huwaaaa ruginyaaaaa ruginya!!!!! Nak pergi lagi, entah bilalah.....

    ReplyDelete
  6. Ooo..siap ada petugas yg akan bawa kita masuk ye.. xbest la kalau mcm tu..

    ReplyDelete
  7. laaa ye ke.. nape la tak kasik tangkap gamba ek.. apa alasan derang? huhuhu.... sayangnya..

    ReplyDelete
  8. aduiihai.. hahahah.. mula2 ok..lama2 tgk nai pening.. sakit leher cikda turut sama senget..hahhaha

    ReplyDelete
  9. time kami pergi yg sink kat luar tu blm siap. so bergambar jelah dgn kereta merah tu.hahaha!!!!

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

FESKO KPYPJ 2017

Assalamualaikum... Sk ingin mengajak anda yang tinggal berhampiran Kulai atau sekitarnya untuk sama-sama memeriahkan Festival Konvokesy...