SNOW CHEESE CAKE YANG URMMMM....

Seri Kandi Tanah Jauhar
20

ASSALAMUALAIKUM...


UNTUK Si Pencinta Keju, kek ini untuk anda.. mewah... sangat mewah dengan keju.. ada rasa masin dan manisnya di situ. Memang rasa macam tak boleh berhenti mencapai sepotong demi sepotong. Tak apa, kita makan lemak ni sekali arung, pas tu kita pergi kedai jalan kaki, okeyyyy.. hehehe. SK buat kek ini pada pagi Ahad lepas. Memang SK dah lama teringin nak makan kek ini selepas diperkenalkan oleh seorang kawan yang satu pejabat dengan SK lamaaaaaaaaaa dulu. Siap dia 'print'kan resepi untuk SK. Tapi agaknya sebab dah lama sangat, SK tak ingat mana SK selitkan resepi tu. Jadi, SK terus google resepi Snow Cheese Cake dari Rahel dan dapatlah resepi ini. Kepada Rahel, terima kasih banyak-banyak ya.. dan kepada penyumbang resepi asalnya Sherry-mz@myResepi, terima kasih sekali lagi.


Oh, ya.. pada pendapat SK, kek ni amatlah sesuai untuk orang-orang yang tak berapa reti nak mendeko kek macam SK ni ;p huhuhu. Memang SK agak 'fail' bab nak sapu krim di sekeliling kek tu dan SK juga mempunyai masalah untuk membelah kek untuk disapukan krim di tengahnya. Mujurlah kek ini sangat mudah dibelah dan rata sahaja permukaan yang dibelah tu. SK mempraktikkan cara yang diajar Kak Azlita Aziz iaitu dengan memanaskan pisau di atas api terlebih dahulu. Dan SK turut menabur cheddar cheese di antara dua kepingan kek tu. 'Cheese's Lover' katanya kennnnn... ahaks!!


Snow Cheese Cake
Resepi : Sherry_mz@myresepi
Sumber : Rahel

Bahan Kek :

6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)

100g gula halus

100g tepung hong kong 

60g tepung jagung

50g air sejuk (dari peti sejuk)

1 sudu teh baking powder

2 sudu makan ovalet

75g mentega (dicairkan)

 

Untuk krim:

1 kotak/ 250 gm cream cheese philadelphia

1/2 tin susu pekat manis 

(putarrrrrr kedua bahan ini sehingga sebati dan tidak berketul-ketul).

 

Untuk Toping:

1/2 kotak / 125 gm kraft cheddar cheese (parutkan)

 

Cara:

1.Masukkan semua bahan-bahan kek kecuali mentega cair dan putar.

2.Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih. Akhir sekali masukkan mentega

cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.

3.Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang disapu dengan sedikit

butter.

4.Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam

dengan kepanasan 150'C.

5.Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk,ambil pisau kek dan potong di tengah2

kek supaya menjadi dua bahagian.

6.Sapukan cream cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek

di atasnya.

7.Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.

8.Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.

9.Masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
 
Nyummyyyy!!! Malam tu jugak semua kek langsai.. hehehehehe...

Tags

Post a Comment

20Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedap kan kak.. saya dah buat jugak tapi belum lagi ada masa nak tulis di blog.. cuma resepi sedikt berbeza..

    ReplyDelete
  2. Salam sari...tgk gambar kek pon dah trliur....

    ReplyDelete
  3. Aduhai... kakak tengok taburan cheese kraft tu yg tak tahan SK.
    Kalau dapat sepotong pun jadilah kan:)

    ReplyDelete
  4. shda de jugak ambik resepi kek keju nie..tapi x terbuat lagi..walau x makan cheese tapi ramai yg di rumah menanti hehee

    ReplyDelete
  5. Kak Sari...bestnyaaaaaa! Ada soklan la kak. Kalau oven saya pakai oven gas yang api bawah jer tu macam mana? Saya kena buat 2 loyang lepas tu baru lapiskan ke? Boleh ke macam tu? Hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aziela, Kak Sari rasa bolehlah, buat 1 adunan jer belah dua.. sebab dulu2 mak akak pun guna oven letak atas api bawah jer, elok jugak masak keknya..

      Delete
  6. Makan sampai terpejam mata tak?

    Sedapnya...

    ReplyDelete
  7. salam kak sari... tun duk tgk2 org buat ni, terliur jugak.. tp kos nk buat nyer mahaii sangat, terbantut hasrat nk buat. tunggu nx year bday husban tun blh la menerai.

    ReplyDelete
  8. memang nikmat betul lah makan snow cheese cake ni, buat penggemar tegar cheese..hihihi..

    ps: pisau seramik tu wife saya ada...mmg tajamm :)

    ReplyDelete
  9. alamk tgk pic tu pun dah terliur ni hehehe

    ReplyDelete
  10. wahhh..menggebu cake.. cheese tu buat tekak ni macam terancam je.esp waktu diet ni.

    ReplyDelete
  11. salam SK..cikda terus terjah sini setelah mengences dari blog kak zakie..hhuhuhu.. nak order..nak order jugak..walau dah tgk syarat penghantaran hanya di sekitar JB sahaja.. tak kira... (eh cikda ngandung ke???)

    ReplyDelete
  12. salam kak seri kandi.. datang dari blog kak zakie. cheese cake nampak sangat nyummy!! terima kasih resepi... boleh la try cuti nanti.

    ReplyDelete
  13. dah 2 tahun trauma nak makan cheese cake tp sejak dua menjak ni ramai pulak dok menayang cheese cake tetiba rasa trauma mula hilang

    ReplyDelete
  14. singgah dari blog kakzakie.. ;)
    tengok pada cheese tu sangat ohsem.. dapnye.. dapnye..

    ReplyDelete
  15. Sedap!! Mmg x bleh benti mkn. Thanks tuan blog sbb anta kek ni ke rumah kami haritue...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!