MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Wednesday, October 30, 2013

VANILLA CHOC CUPCAKE HANTAM SAJALAH!!

ASSALAMUALAIKUM...


HARI ini pergi kerja dengan berbagai-bagai macam perasaan. Sebal ada... Benci ada.. malas ada.. menyampah ada... semangat tu memang tak adalah. Down habis!! Dengan iman yang senipis kulit bawang ni kuatkan juga hati. Nak lari jauh-jauh tak tahu mana nak pergi. Nak lari dekat-dekat orang dapat cari. Sebenarnya memang tak berapa kuat nak lari pun. :'(     oh! Ya.. Pada yang menunggu sambungan kisah di Pekanbaru tu, nanti dulu ya. SK lagi ke'busy'an. Esok ada lawatan penarafan bintang (kolej) yang sepatutnya dijalankan pada bulan lepas yang kemudian sesuka hati sahaja dibatalkan. Itu lagi menambah rasa sakit hati selain dari kisah warkah yang pernah SK terima DI SINI!

Kadang-kadang rasa dah imun dengan benda-benda macam ini. Orang nampak kita suka dalam hati ada duka. Teruskan juga demi kelangsungan hidup. Kalau dapat diundurkan putaran dunia (macam lirik lagu jew) rasanya banyak perkara yang boleh diperbaiki dan sebolehnya tidak mahu dilalui. Sayangnya malang itu tak pernah berbau. Maka terpaksalah kita terus menjadi pelakon di pentas dunia dan berlumba sesama kita. Sampai masa, larian akan terhenti.. dan markah akan dihitung.. pasti!!

abaikan tudung saji biru kat belakang tu ya!

Hari ini, Iman terlibat dengan projek Keusahawanan Muda Sekolah. Bila Iman terlibat dengan projek-projek macam ni maka SK akan terheret sama. Memang banyak betul aktiviti selepas UPSR. Mula dengan kem sukan dan minggu sukan yang sebelum ini tertunda kerana jerebu melanda Johor. Kemudian pertandingan menghias cupcake. Siapa yang keluar modal. SK................ jugak! Lepas tu pertandingan membuat sandwich, salad dan jus buah... nasib baik yang ni Iman kutip duit dalam kumpulan.. tu pun SK kena tambah RM2 :( errr.. RM2 pun nak berkira ke SK???

kalau nampak krim yang tak lawo tu Iman lah yang picit.. kikiki

Asalnya nak meniaga cupcake ni nak tahu apa Iman cakap.. mula-mula dia suruh bondanya ni buatkan cupcake tu. Lepas tu dia kata nanti nak jual lepas tu duit jualan tu dia akan bahagi-bahagilah dengan kawan-kawan dia. Habis tu???? Modal???? Modal bonda siapa nak bayar????? Hamboiiiiiiiiiiiiiii.. banyak cantik!! Ingat bonda ada bela ayam bertelur sendiri keeeeeeeeeeeeeeewww??? Butter? Tepung?? Gula???? Grrrrrrrrrrrrrr... terus Iman senyum sampai telinga :-p

krim yang cumel tu bondalah yang picit.. kui kui

Ok, resepi kali ini SK olah dari resepi Muffin Gebus yang SK pernah buat sebelum ini. Disebabkan budak-budak ni cuma tahu nak untung tapi tak nak keluar modal, maka SK ada ngelat sikitlah juga. SK kurangkan telur dan gantikan dengan susu. Nak sukat tepung SK gunakan cawan yang agak pendek sikit. Lepas tu macam tak sampai hati jugaklah nak jual cup cake voge-voge macam tukan, jadi kita buatlah sedekah amal jariah, buhlah krim secoet kat atas tu. Dahlah harga barang dah naik sekarang, nangis tak berlagulahhhhhhhhhhh SK tau!! Nak resepi ke?? Mehlah salin...

Vanilla Choc Cupcake

Bahan-bahan :

200 gm mentega
6 sb gula kastor
3 biji telur (A)
sedikit esen vanilla
1/4 cawan susu sejat
2 cawan tepung gandum*
2 st baking powder* (ayak bersama*)
parutan coklat secukupnya atau boleh guna choc chips

Cara-cara :

1. Panaskan oven suhu 170 darjah selsius. Susun muffin cup atas tray.
2. Pukul mentega dan gula kastor sampai kembang dan putih. Kelajuan tinggi.
3. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi sampai kembang. Kelajuan tinggi.
4. Masukkan susu sejat, pukul rata dan sebati. Kelajuan sederhana.
5. Masukkan tepung. Pukul rata dan sebati. Kelajuan rendah.
6. Masukkan parutan coklat, gaul dengan spatula. Kemudian sudukan dalam muffin cup tidak lebih 3/4 cup.
7. Bakar 20 - 25 minit atau hingga masak.

Krim

Bahan-bahan :

250 gm krimwell*
3/4 tin susu pekat manis*

* pukul sehingga kembang dan kental. Kelajuan sederhana. Kemudian bolehlah disapu atau dipicitkan di atas cupcake yang telah sejuk. Taburkan dengan hiasan yang anda suka.

SK suka nak ulang ayat ni...

“Dalam kek tu ada kasih sayang, dendam, simpati, amarah dan kepuasan.”





6 comments:

  1. Iman sayang... memanglah nampak senang nak jual bonda punya muffin comel ni memang sedap. Tapi kalau dah untungnya bagi dgn kawan kesianlah bonda:)

    ReplyDelete
  2. Sekolah zaman sekarang ni pun, dah terkena tempias Masterchef/ channel AFC....hahaha

    ReplyDelete
  3. Sk..imn pun nk biz mcm bonda dia jgk tu..bijak btl bdk skrg kn..

    ReplyDelete
  4. mmm çup kekler enfes! :) Türkiye'den selamlar. :)

    ReplyDelete
  5. Iman pernah tlg cik ani jual dadih kt skolh agama.. Tp semua keuntungan telah dirembat kawan2.. Kesian....

    ReplyDelete
  6. hahaha..iman tak aci.. ngelat jual tak keluo modal.. hehhehe..sama la kes dgn hannah. semlm ada Hari Keusahawanan.. group dia kena buat pasta..nasib baik pasta..senangla cikda nak bikin spegetti jekan.. bab modalnya pun sama... mak2 la yg kena keluo.. tapi bila balik hasil jualan dapat rm221 rasa best pulak...

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

BORA OMBAK

Assalamualaikum... MAJLIS perkahwinan antara Ellyz dan Auzaie ini berlangsung di Bora Ombak,  Putrajaya pada 16 Julai lalu. Awal-awal lagi ...