MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Tuesday, December 31, 2013

MAKAN & MALAM ASPIRASI KPYPJ 2013

ASSALAMUALAIKUM...
 
SEKADAR mencoret dan berkongsi kisah pendek malam Sabtu lepas.
Kami warga kerja KPYPJ telah diraikan dalam satu majlis gilang gemilang.
Alhamdulillah, setelah sekian lama teringin akhirnya dapat juga
SK hadir ke majlis makan malam tahunan anjuran syarikat macam ni.
Sebab biasanya bos akan buat majlis high tea atau makan tengahari
kali ini makan malam pulak kita. 
Dengan tema elegant dan rasmi,
SK tidaklah berhabis-habisan sebaliknya hanya memakai gaun lama sahaja....
bolehlahhhhh.. hihi.
Lepas tu yang paling tak best sekali disebabkan mengejar masa
SK telah tertinggalkan kamera di rumah..
jadi kredit untuk pemilik-pemilik kamera
yang gambarnya SK salin dan tampal ni ya, hihihi.

Antara hidangan malam itu..
Siakap Goreng Bersama Sos Masam Manis yang sedap amat,
Udang Goreng Butter bersama Oat yang rangup...
Five Varieties Combination... ini memang betul pembuka selera,
Boneless Chicken with Salad Mayonese...
Brocolli with Mushroom...
Hot & Sour Szhecuan Soup
dan tetiba kenapakah ada Nasi Goreng Kampung??
 Hihihi... bukan sepatutnya Nasi Goreng Cina ke???
Apa-apalah janji kenyang dan kami dihiburkan oleh live band lagi...
sangat suka sebab ada lagu.. 'Jujurlah sayang... aku tak mengapa.....' huhuhu.
 
oh ya, ada juga air longan dan kelapa laut sejuk lalu kat tekak malam-malam..
 lalala


Amboiiii... blink-blink lagi tuuu..
sila petik satu bintang ya...
dan boleh petik sekali lemak-lemak kat lengan SK tu.. hua hua hua.
Inilah dia kawan semeja merangkap sebilik juga dengan SK di Makmal Elektronik, namanya Nazalia... muda lagi baru 31.
Oit.. jangan ada yang cuba-cuba nak ngurat kerana dia telah dimiliki oleh tiga orang jejaka tampan... hihi.. tentulah sang suami dan dua anak bujang dan insyaAllah Februari nanti seorang lagi anaknya akan melihat dunia.
Sk doakan agar segalanya dipermudahkan untuk beliau, Aamiiiinnn.

p/s maaflah..
bulan ni tetiba SK kurang menulis untuk blog
tak macam bulan lepas hari-hari ada idea..
banyak sebenarnya yang SK nak ceritakan ... tunggu esok yaaaaaaaaa...
mintak-mintaklah nanti SK menjadi rajin semula, hihi
esok tahun barukan... selamat tahun baru untuk semua ya...

Wassalam.

Thursday, December 26, 2013

PERUTUSAN RAJA SEHARI... NUR ZALIKHA & ARIFF SHAH... TERIMA KASIH KAK IDA1001 RESEPI

ASSALAMUALAIKUM...


SABDA Rasulullah SAW :
"Apabila salah seorang di antara kamu diundang kepada jamuan (kahwin),
maka hendaklah ia datang kepadanya, yakin menerimanya."
(Riwayat Bukhari & Muslim)
 

Alhamdulillah, semalam tanpa keuzuran dan halangan melintang,
SK sekeluarga telah diberi kesempatan oleh Allah SWT
untuk menghadiri majlis perkahwinan puteri sulung Kak Ida 1001 Resepi,
Nur Zalikha bersama kekasih hatinya blogger idaman Malaya, Ariff Shah
di Dewan Merak Kayangan yang terhias indah.
Terima kasih ya Kak Ida yang sudi melayangkan kad jemputan kepada SK.
Amboiiiii, cantik sungguhlaaaa kedua mempelai ni tau,
sama cantik, sama padan, sama langsing, bagai intan dengan permata..
semoga mahligai yang dibina ini akan berkekalan hingga ke syurga.
Tak putus-putus keduanya melemparkan senyuman
(huiiii.. lempar jangan tak lempar.. hihi)
kepada semua tetamu.
 
 
Tengoklah...
inilah silapnya kalau kita berdiri di sebelah orang yang langsing... huhuhu.
Mak aihhhh!!
SK tersilap pilih baju ke sampai dah jadi macam tempayan di samping Ariff Shah tu???
Hahahaha..
Ya Ampunnnnn.. gem***nyaaaaaaaaaa... malu! malu!!!
Tengoklah betapa anggunnya mak sedara pengantin tuuuu.. haaaaaaa...
 SK memang tertinggal beribu batu lahhh.. hehehehe...
Eh! Eh! Kak Jun, cara berdiri kita samalah..
siap keluarkan sebelah kasut dari celah kain,
hihihihi.
 
 
Sebenarnyakan,
SK sampai agak lewat semalam
sebab SK tersilap lorong selepas keluar dari terowong smart tu..
kami termasuk ke kawasan Bukit Bintang.
Phewwwwwww!!
Elok-elok sampai KL pukul 1... kami sangkut di situ lebih satu jam juga.
Nasib baiklah majlis belum habis masa kami sampai ada lagi lebih setengah jam.
Tu yang duduk melepak sampai habis majlis tu, hehehe.
 
 
Alhamdulillah,
sedap sungguh hidangan untuk para tamu.
SK segan nak ambil gambar tapi memang betul sedap,
ni bukan ayat mengampu ok..
ER tak habis-habis puji sepanjang perjalanan balik tu terutama tang nasi minyak tu...
sebab kami kat Johor ni selalu dihidangkan dengan nasi beriyani,
lama sangat tak jumpa nasi minyak lebih-lebih lagi yang mabeles macam semalam tu.
Selain nasi minyak ada juga nasi putih diikuti
 ayam kurma,
rendang tok,
ikan masam manis (sedap sangat... rugi tak ambil banyak, huhu),
dalca,
acar timun berempah,
papadom,
buah-buahan,
blueberry cheese cake,
sirap bandung dan sirap biasa
serta teh tarik....
 alamak!
Teringat-ingatlahhhh... hehehe.

 
Bila SK sampai,
sempatlah SK jumpa dan berbual sekejap dengan Lya...
blogger cantik comel lote tu.
 Lya pun dah nak balik masa tu,
SK pulak kelam kabut sebab dah lambatkan,
sampai terlupa nak ambil gambar bersama Lya dan baby girl yang comel tu.
Dan SK nak ucapkan terima kasih kepada blogger Aziela
yang sanggup tunggu SK walaupun Ziela nak balik ke Kuantan selepas majlis tu.
Terima kasih ya, Ziela...
errrr.. baru SK tahu yang Ziela ni rupanya satu bidang jugak dengan ER
jadi keduanya memang boleh ngamlah..
pulak tu Ziela ni orang HR kan..
 PR memang baguslah macam senang jer nak borak dengan ER
yang sebenarnya agak pendiam kalau tak berapa kenal tu,
hehehe.
 
 
Dannnnnn...
kalau dah jumpa dengan mak sedara pengantin ni (Kak Jun Cupcakekasih),
dunia sekeliling ni memang bagai tak diendahkanlah... huhuhu.
Topik utama... baju dan tudung semestinya...
kagum betullah dengan Kak Jun yang berjari-jemari intan ni tau.
 
 
Bukan saja pandai mendeco kek
tapi segala jenis kain kalau dapat kat tangan Kak Jun
memang akan tergubah indah
dan ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi,
SK kagum sangat dengan kebolehan Alia merias gaun labuhnya yang asalnya kosong tu.
Iman siap cakap dengan SK nanti dia nak beli baju suruh Kak Alia jahitkan manik, hehehe..
 jangan tak tahu Iman pun dah pandai melaram sekarang, takut woooo SK.


Bagi pengikut setia blog kedua beradik wanita yang rupawan ni
tentu kenalkan dengan insan yang melahir dan membesarkan 
 kedua wanita terkenal seantero dunia blog ini.
Inilah bonda Kak Ida dan Kak Jun atau kata Kak Jun madre mereka.
Lemah lembut bila berbicara dan tutur katanya elok tersusun satu persatu.
Seronok sangat berbual, beruntungnyakan dapat melihat cucu naik pelamin
insyaAllah SK doakan makcik sihat walafiat
dan tahun hadapan dapatlah menimang cicit pulak,
Aamiiiinnn.


Haaaaaaaaa...
ni dia mak pengantin yang dah tersandar kepenatan.
Aduhaiiii.. kesiannya SK tengok.
Ialah, SK faham macammana penatnya menjadi mak pengantin
lebih-lebih lagi perkahwinan anak sulung... perempuan pulak tu.
 Semuanya kena diuruskan sendiri apa tak penatnya.
SK teringat ibu SK dulu setiap kali kahwinkan anak atau kenduri kendara
sehari lepas tu mesti ibu demam.
SK harap Kak Ida bolehlah berehat lepas ni..
jangan demam ya Kak Ida.
Kak Ida pun mesti dah lega kerana semuanya sudah selamat,
Alhamdulillah.
SK percaya ramai yang merindukan kemunculan Kak Ida dengan blog 1001 Resepinya
dan tak sabar membaca celoteh Kak Ida,
betul tak?
Jadi, Kak Ida.. cepat-cepatlah kembali ke dunia maya ya...
 
Akhir kalam... buat kedua mempelai.. auntie ucapkan Selamat Pengantin Baru... huhu.. dah pangkat auntie dah SK ni ropenyerrrr...
 
Sentiasalah amalkan sebait lirik dalam lagu P Ramlee :
"Buang yang keruh ambil yang jernih.. semoga percintaan kalian hingga ke syurga abadi..."
 
 
 

Tuesday, December 24, 2013

SAKITNYA MENANGGUNG RINDU

ASSALAMUALAIKUM...


KALAU kita berada di kawasan perumahan tak kiralah di kampung atau taman, kalau terjumpa kucing yang sihat, lincah, cantik, comel dan bersih adakah mungkin kucing itu tidak bertuan? Wajarkah untuk kita mengambilnya dengan alasan, oh, kucing ni saya jumpa... sungguh tak wajar. Fikirkanlah perasaan tuan yang memilki kucing itu. Dada SK rasa nak pecah menahan sedih dan rindu. Baru dua minggu dia dalam jagaan SK. SK siapkan tempat tidurnya, kencing beraknya, makan minumnya... bukan sedikit SK berhabis demi untuknya.... :'(

... Kini hanya tinggal kenangan... entah hidup entahkan mati.. entah sihat entahkan sakit .... ????







Mungkinkah Aboo sesat ketika bermain-main di luar kerana sifatnya yang lincah dan suka ingin tahu ? Ya Allah, jika benar Aboo sesat, tunjukkanlah dia jalan pulang dan jika ada orang yang terambil, bukalah hatinya untuk memulangkan. Jika tidak tahu arah maka Kau tunjukkanlah panduannya Ya Allah, aku bermohon kepadamu, sesungguhnya aku sangat sedih kehilangan Aboo...

Aamiinnn.. aamiiinnn Ya Rabbal Alaminnn...

Friday, December 20, 2013

MEE SARANG 2

ASSALAMUALAIKUM...

MASUK bulan Disember ni rasanya macam lemauuuuu ajer mood nak berbelog. Jangankan blog, semuanya rasa macam malas ajer.. agaknya musim hujan cuaca sejuk jadi moodnya nak bermalas-malasan kot.. huhu. Akhir-akhir ini, SK pun jarang memasak. Hujung minggu banyak sangat agendanya.. agenda bermalas-malasan sebenarnya, kakaka. Kain baju pun kumpul seminggu baru berlipat. Tu nasib baik duduk tiga beranak jer. Tapi selalunya kalau dah bertimbun tu memang SK buat kerahan tenagalah, siapa tak nak tolong kirim salamlah SK nak tolong lipatkan baju-baju dia.. huhuhu.

Tempahan pun SK tak buka untuk jualan. Kalau pelanggan tetap tu memang mereka akan cari SK jadi siapa yang berhajat tu silakan sahaja whatsapp SK kalau SK ada mood, insyaAllah SK akan terima.. hehehe. Inipun ada yang dah rindu-rindu dengan cheese tart SK dah seminggu hantar borang permohonan, kesian dia siap datang bawa duit nak bayar siap-siap. SK terpaksa tolak duit tu walaupun dia beriya-iya nak bayar dulu. Sabar ya, nanti siap cheese tartnya kita COD jer... ngeh.. ngeh.. ngeh.

Sebenarnya seminggu dua ni fikiran SK agak huru hara sikit dengan masalah yang ditimbulkan oleh pelajar-pelajar SK yang akan terlibat dalam peperiksaan akhir dan lawatan verifikasi. SK tak tahulah apa masalah mereka sehingga terlalu dan terlampau malas untuk datang ke kelas. Ada yang memberi alasan SK ni garang. Halluuuuuuuuuu... kalau awak tu baik dan buat semua tugasan yang SK berikan perlukah SK nak marah tak tentu pasal?? Kalau kelas pukul 8 datangnya pukul 11 haruskah SK sambut dengan senyum simpul. Kadang SK dah malas nak tanya kenapa lambat tapi....

"Kelas pukul berapa? Awak datang pukul berapa?"

"Terlambat bangun puan..." Sambil garu-garu kepala.

Agak-agak kalau anda jadi puan, tak meroyan???

Okey... okey... SK tahu tajuk kat atas tu ialah Mee Sarang. Tiba-tiba pulak SK terluah apa yang bersarang dalam kepala otak SK nihaaa.. ampunnnnnn ya... hihi. Memang pening jadi cikgu ni walaupun mengajar di kolej aje. Lebih-lebih lagi apabila pelajar yang bermasalah ini datang dalam satu kumpulan dan duduk pula dalam satu kelas yang sama maka satu masalah yang lebih besar lagi akan timbul. Ini bukan sekolah yang kita boleh nak asing-asingkan pelajar. Jadi hendak tak hendak terpaksalah berhadapan dengan mereka-mereka ni. SK cuma risau jika ada yang berdendam dengan SK. SK cuma menjalankan tugas. Kalau SK dah nampak kesalahan yang dilakukan wajarkah SK menutup mata dan buat tak tahu.... ????


Jomlah kita balik ke sarang pulak ya. Mee Sarang ni SK masak malam tadi untuk anaknda Iman. Iman saje ke?? Oooo.. sebenarnya seminggu dua ni ER dah mula sibuk dengan urusan kerja dan majlis-majlis meraikan media. Biasalah dah hujung tahun memang begitu. Malam sebelumnya SK tak masak dengan alasan Iman dah makan banyak.. badan Iman dah besar sangat. Malam ni makan roti jer.. huhu. Tapi Iman tak makan roti. Dia cuma makan keropok jer. Jadi kerana kesian, malam tadi SK gagahkan juga buat mee sarang ni untuk dia. Kalau dah susah-susah tu wajar ke kalau SK tak tumpang sekaki.. wajar ke??? kikikiki...

Okeylah.. SK nak sambung buat kerja yang dah bersarang-sarang ni... cerita mee sarangnya sikit ajer.. huhuhu.

Resepi DI SINI!

Wednesday, December 18, 2013

BELASUNGKAWA MARMEYAH BINTI AHMAD

ASSALAMUALAIKUM...

SUASANA dalam bilik mayat itu sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi desiran kipas penghawa dingin. Sesekali bunyi botol minyak wangi tergolek di atas meja (sebenarnya katil tempat mandian mayat) yang cerun agak mengejutkan. Gulungan kapas turut tergolek ditiup kipas membuat hati berdebar. Tiada apa yang berlaku sebenarnya. SK memerhatikan penuh minat dua orang petugas rumah mayat hospital (tempatnya biarlah rahsia) sedang menguruskan jenazah sepupu SK yang telah kembali ke rahmatullah tiga hari lepas. Seorang sudah agak berumur mungkin lingkungan awal 50-an manakala seorang lagi masih muda, mungkin pertengahan 20-an. Yang muda itulah yang membuatkan SK kagum bagaimana dia berdepan dengan jasad yang sudah tidak bernyawa mungkin setiap hari, mungkin dua tiga kali sehari.

Seminggu sebelum kejadian, SK bermimpi menghadiri majlis tahlil. Dalam mimpi SK, sepupu yang dimasukkan ke hospital kerana serangan stroke telah dijemput pulang. Sepupu SK bukan muda, sudah 61 tahun. Hampir setiap bulan mendaftar masuk wad kerana serangan asma. SK masuk ke rumah itu ramai sekali tetamu. SK tuju ke dapur dan ternampak makcik-makcik sedang sibuk rewang menyiapkan hidangan untuk majlis tahlil termasuklah sepupu SK yang meninggal itu... ????

Arwah menegur SK. Wow! Mudanya... SK tengok arwah sebiji macam gambar-gambar yang dipotretkan di kedai gambar cina masa arwah muda-muda dulu. Yang peliknya, SK tahu arwah dah meninggal tapi SK tak rasa takut pulak menyahut tegurannya. SK tak ingat apa yang kami bualkan. SK teringat, tak hairan arwah ada sekali semasa rewang tu sebab semasa hidupnya memang begitulah arwah. Sentiasa menyibukkan diri di majlis-majlis begini. Semasa sihatnya, arwah ringan tulang membantu walaupun mulutnya riuh. Huh! Mulut riuhnya tulah yang membuatkan SK selalu trauma.. errrr..

Masih cerita mimpi.... tiba-tiba semua orang memandang SK pelik campur hairan. SK pandang semua orang. "Kenapa ya???" Cakap dalam hati sebenarnya. "Eh, kau tahu tak dia tu dah meninggal, kenapa kau pergi tegur???" "Dah dia tegur, takkan tak jawab, nanti dia kecik hati pulak, dahlah dia dah meninggal..." dan lepas tu semuanya beransur hilang... Bila terjaga, SK termangu-mangu mengenangkan makna mimpi SK itu. Bukan sekali dua dia dimasukkan ke hospital tapi tak pernah pulak SK mimpi yang begini tentangnya.

Kembali ke bilik mayat... ini pengalaman pertama SK. Hilang sedikit rasa bersalah tidak berkesempatan menziarah semasa arwah terlantar di wad. SK korbankan cuti sehari demi mengiringi jenazah sehingga ke tanah perkuburan. SK iringkan doa semoga roh arwah tenang bersemadi dan semoga dosa-dosanya diampunkan Allah swt. Semoga doa anak yang soleh sentiasa mengiringinya di alam sana.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Marmeyah Binti Ahmad.

Wednesday, December 11, 2013

KU INGIN TERBANG LEBIH TINGGI

ASSALAMUALAIKUM...


KALI ketiga SK terbang ke Bandung, Indonesia.
Amboiiiii, macam dah tak ada tempat lain nak tuju ya, SK??
Balik-balik ke Indonnnn jugak yang kau suka.
Apa nak dikata...
Niat di hati memang nak terbang lebih tinggi
tapi apakan daya rezeki SK telah ditentukan setakat ini.
Syukur dengan rezeki yang dikurniakan Ilahi.
Alhamdulillah... 


Sekembalinya dari Kota Bandung, malam itu SK keracunan makanan.
Tidak pasti sebabnya kerana kebetulan SK memenuhi jemputan kahwin sebaik sampai di Johor. Usus SK rasa seperti dibelit-belit dan dipintal-pintal.
Tegang satu badan dibuatnya. 
Akibat tidak lena tidur kerana asyik bangun muntah dan ke tandas, 
sepanjang malam SK mengingau yang SK masih berada di Bandung. 

"Dahlah tu shopping... jomlah balikkkk... sakit dah pinggang ni...."

"Dahlahhhh..."

"Jomlah balikkkkk..."

Hahahaha.. lawak betul!
Memang trauma dibuatnya melayankan kerenah ER ber'shopping'
Mengalahkan orang perempuan... huhuhuhu.  


Ini gambar sebelum naik kapalterbang.
Masih sihat walafiat dan tak sabar nak balik Johor.
Hujan emas di negeri orang katanya
dan hakikatnya dua malam berturut-turut kami bermandi hujan di Kota Bandung.
Kalau betul emas, tentu dah kaya-raya orang luar yang datang Bandung.
Haaa.. orang Bandung tak kayalah..
sebab hujan tempat dia..
hujan batu

Tak faham???

Buat-buat faham jerlahhh...
hehehe...

Tuesday, December 3, 2013

RESEPI KEK RED VELVET YANG WALLAAA BERSAMA SALJU DAN CHEESE MELELEH WALLAWEIII...

ASSALAMUALAIKUM...


FUHHHHH!! Punyalah panjang tajuk dan resepi tu kan.. hihihi. Sebenarnya SK ni bukanlah peminat kek red velvet (RV)  tapi disebabkan baru-baru ni ada seorang kawan SK yang mintak supaya SK buatkan RV untuk hari lahir anaknya, maka SK teruslah menggoogle 'resepi kek red velvet yang sedap' dan SK telah bertemu jodoh dengan blog ini. Walaupun resepinya bukanlah satu resepi RV yang mudah dan ada beberapa langkah tapi bagi SK apa salahnya mencuba lebih-lebih lagi puan blog ini, Dzu Liza memberitahu bahawa ini adalah antara kek RV yang sedap beliau pernah rasa. SK juga tertarik dengan cara penyediaan RV ni yang agak unik terutama di langkah yang akhir tu. Dan, bila kek tu dah masak dan SK membelah bahagian tengahnya, SK dapati struktur keknya amatlah gebus gebas. Wallaweiiiiiiiii.. takkan nak tengok saja orang punya kek, kan.. maka jomlah kita buat untuk diri sendiri pulak.. hihihi..


Dan benarlah apa yang dikatakan oleh Dzu Liza. Resepi ini bukan sahaja menghasilkan RV yang gebu tetapi juga sangat sedap lebih-lebih lagi apabila digandingkan dengan cream cheese dan parutan cheddar tu. Dan.. daripada seorang yang bukan peminat RV rasanya SK dah jadi peminat pulak ni... macammana ni. Makin mantaplah lemak-lemak kat badan SK ni nampaknya, huhuhu...

Resepi Kek Red Velvet Yang Sedap (dan gebus gebas!!)
Sumber : Dzu Liza dan PurpleUngu

Bahan A - Satukan dalam satu bekas dan ketepikan
240 ml susu cair/susu sejat
2 sudu teh cuka
4 sudu teh pewarna merah

Bahan B - Ayak semua bahan
250gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh baking powder

Bahan C
150 gm mentega (lembutkan)
280 gm gula castor (SK letak 250 gm sahaja)
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur gred C (SK guna gred B)

Bahan D
2 sudu teh cuka
1 sudu teh soda bikarbonat

Cara-cara
  1. Panaskan oven lebih kurang 15 minit pada suhu 160C
  2. Pukul mentega, gula castor dan esen vanilla hingga kembang
  3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang
  4. Masukan Bahan A dan Bahan B secara berselang seli. Pukul hingga sebati semua bahan.
  5. Dalam bekas lain masukkan Bahan D dan tunggu bunyi berdesing hilang ( dalam 1 saat) dan masukan Bahan D ni ke dalam adunan tadi dan pukul hingga sebati.
  6. Masukan adunan tadi dalam loyang yang telah dileser dengan mentega. SK guna loyang 8"
  7. Bakar dalam suhu 160C. Guna api atas bawah dalam 3o minit atau sehingga kek masak. SK bakar 50 minit.
Untuk krimnya SK buat adunan krim cheese meleleh dan parutkan cheddar cheese di atasnya.. memang wallaweiii sungguhlaaaaaaaa.. hahaha.

Krim Meleleh : Putar sehingga kembang dan licin
250 gm cream cheese
1 tin susu pekat

  1. Kek yang telah masak tadi, sejukkan dahulu kemudian di belah bahagian tengahnya berhati-hati.
  2. Tuangkan separuh krim di bahagian tengah dan lapikkan dengan sebahagian kek lagi.
  3. Tuangkan sehingga habis semua krim
Keju Cheddar : Parutkan di atas krim tadi. Lagi banyak lagi mantap!!!

Monday, December 2, 2013

CUTIECAKE MAKER... HASILNYA TENTU CUTE!

ASSALAMUALAIKUM...

JOM tambah gajet di dapur anda dengan Cutiecake Maker ini.
SK ni memang jenis yang sangat mudah jatuh hati bila nampak sesuatu yang pink dan purple.
Tak boleh tengok dua warna ni, mesti berhenti dan membelek, hihihi.
Boleh dikatakan dua warna ini paling banyak ada dalam almari SK tau :-))))


Fun cooking with easy operation
Non-stick coating plate
Safety lock clip
Pilot light and cool touch housing
Recipe included
Power: 700W
Dimensions

27.2L x 21.6W x 12.3H cm

Price: RM189.00 FREE POSTAGE
 


Bayangkan kek-kek comel yang terhasil dalam beberapa minit sahaja dengan Cutiecake Maker ni.
 Kalau ada tetamu datang mengejut atau kita sendiri terkejut di tengah malam kerana kelaparan,
boleh sahaja terus membuat kek segera dengan Cutiecake Maker ini.
Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Cutiemaker ni,
SK nak bagi diskaun kepada sesiapa yang membuat bayaran sehingga hari
Khamis, 5 Disember 2013.
Jadi jangan fikir lama-lama ya.
Boleh whatsapp atau sms SK 012-7799705.
Boleh juga email SK di : serikanditanahjauhar@gmail.com

Proses Penghantaran :
Semenanjung Malaysia : 2 hingga 4 hari
Sabah & Sarawak : 5 hingga 7 hari

Wassalam.

FIESTA NANAS 60

Assalamualaikum... DIAM tak diam sudah hampir empat minggu cuti sekolah berlalu, kan. Tengok di laman sosial,  ramai kawan-kawan yang menga...