MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Wednesday, December 18, 2013

BELASUNGKAWA MARMEYAH BINTI AHMAD

ASSALAMUALAIKUM...

SUASANA dalam bilik mayat itu sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi desiran kipas penghawa dingin. Sesekali bunyi botol minyak wangi tergolek di atas meja (sebenarnya katil tempat mandian mayat) yang cerun agak mengejutkan. Gulungan kapas turut tergolek ditiup kipas membuat hati berdebar. Tiada apa yang berlaku sebenarnya. SK memerhatikan penuh minat dua orang petugas rumah mayat hospital (tempatnya biarlah rahsia) sedang menguruskan jenazah sepupu SK yang telah kembali ke rahmatullah tiga hari lepas. Seorang sudah agak berumur mungkin lingkungan awal 50-an manakala seorang lagi masih muda, mungkin pertengahan 20-an. Yang muda itulah yang membuatkan SK kagum bagaimana dia berdepan dengan jasad yang sudah tidak bernyawa mungkin setiap hari, mungkin dua tiga kali sehari.

Seminggu sebelum kejadian, SK bermimpi menghadiri majlis tahlil. Dalam mimpi SK, sepupu yang dimasukkan ke hospital kerana serangan stroke telah dijemput pulang. Sepupu SK bukan muda, sudah 61 tahun. Hampir setiap bulan mendaftar masuk wad kerana serangan asma. SK masuk ke rumah itu ramai sekali tetamu. SK tuju ke dapur dan ternampak makcik-makcik sedang sibuk rewang menyiapkan hidangan untuk majlis tahlil termasuklah sepupu SK yang meninggal itu... ????

Arwah menegur SK. Wow! Mudanya... SK tengok arwah sebiji macam gambar-gambar yang dipotretkan di kedai gambar cina masa arwah muda-muda dulu. Yang peliknya, SK tahu arwah dah meninggal tapi SK tak rasa takut pulak menyahut tegurannya. SK tak ingat apa yang kami bualkan. SK teringat, tak hairan arwah ada sekali semasa rewang tu sebab semasa hidupnya memang begitulah arwah. Sentiasa menyibukkan diri di majlis-majlis begini. Semasa sihatnya, arwah ringan tulang membantu walaupun mulutnya riuh. Huh! Mulut riuhnya tulah yang membuatkan SK selalu trauma.. errrr..

Masih cerita mimpi.... tiba-tiba semua orang memandang SK pelik campur hairan. SK pandang semua orang. "Kenapa ya???" Cakap dalam hati sebenarnya. "Eh, kau tahu tak dia tu dah meninggal, kenapa kau pergi tegur???" "Dah dia tegur, takkan tak jawab, nanti dia kecik hati pulak, dahlah dia dah meninggal..." dan lepas tu semuanya beransur hilang... Bila terjaga, SK termangu-mangu mengenangkan makna mimpi SK itu. Bukan sekali dua dia dimasukkan ke hospital tapi tak pernah pulak SK mimpi yang begini tentangnya.

Kembali ke bilik mayat... ini pengalaman pertama SK. Hilang sedikit rasa bersalah tidak berkesempatan menziarah semasa arwah terlantar di wad. SK korbankan cuti sehari demi mengiringi jenazah sehingga ke tanah perkuburan. SK iringkan doa semoga roh arwah tenang bersemadi dan semoga dosa-dosanya diampunkan Allah swt. Semoga doa anak yang soleh sentiasa mengiringinya di alam sana.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Marmeyah Binti Ahmad.

7 comments:

  1. Innalillahi wainna ilaihiroji'unn
    Takziah dari kakak buat semua keluarga
    Khususon ila ruhi almarhumah Mameyah binti Ahmad Al-fatihah....

    ReplyDelete
  2. takziah SK.. Al-Fatihah buat allayarhamah..

    ReplyDelete
  3. Innnalillahi wa inna ilahiroji'un. Al-Fatihah

    ReplyDelete
  4. Kak Azie ada pengalaman 2 kali berada di bilik mayat, tengok orang mandikan jenazah. Pengalaman itu sebenarnya menginsafkan.

    Salam takziah kepada seluruh keluarga Marmeyah

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

RETREAT DI MERSING - HARI PERTAMA

Assalamualaikum... APABILA diberitahu bahawa Sk akan dihantar mengikuti satu kursus di Mersing terus rasa senak perut  hati jadi li...