MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, September 30, 2013

MEMBURU TOMBIRUO DI KAKI GUNUNG KINABALU

ASSALAMUALAIKUM...


"BILA masa pulak Tombiruo duduk tinggal kat kaki Gunung Kinabalu, Cik Puan Seri Kandi oiii.. Tombiruo duduk kat Hutan Keningau laaaaaaaaa..."

"Ohhhhhhhhhhhh.. patutlah tak jumpa, ngeeeeeeeeee"
 

Tapi kalau jumpa, haruslah SK pengsan tujuh hari tujuh malam, huhuhuhu. Masih lagi dengan kisah di KK, hari kedua kami telah menuju ke Kundasang di mana di sinilah terletaknya Gunung Kinabalu yang merupakan puncak tertinggi di kepulauan Borneo dan Asia Tenggara. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahu Akbar. Tidak pernah SK terlintas yang SK dapat melihat sendiri Gunung Kinabalu ini tersergam megah di hadapan mata SK. Rasa macam nak peluk.. apakan daya tangan tak sampai.. huhuhu. Tepek gambar di sini buat kenangan...
 



trek mula

 
 
hanya yang mempunyai permit sahaja dibenarkan melepasi pagar ini
 
 
 
andai ku dapat memintal awan

Selamat Tinggal...


ladang Sabah Tea di Hutan Hujan Borneo




melawat Desa Dairy Farm.. di sini lembu-lembu diternak ala-ala di New Zealand tau.. 

kambing ni manja

bermesra dengan anak lembu.. hihi


ooooo... patutlahhhhhhhhh... :p

Saturday, September 28, 2013

BLUEBERRY CHEESE TART SELAMANYA DI HATI

ASSALAMUALAIKUM...


MINGGU ni SK cuma buka tempahan untuk blueberry cheese tart sahaja. Tak sempat sediakan dua lagi jenis crust tu. Belum lagi habis mendobi sebab cuaca mendung semacam. Rupa-rupanya nak turun hujan. Bagi sesiapa yang teringin bolehlah sms atau call SK di talian 012-7799705, ni untuk orang JB jer tau. Kalau dari tempat lain, kenalah datang ambil kat JB, huhu. SK minta maaf sebab masih lagi menangguhkan tempahan ke luar daerah disebabkan oleh masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan.

Dan bagi sesiapa yang berminat untuk menempah mesin kulit tart, SK ingin ingatkan bahawa harga istimewa masih lagi berlangsung sehingga 1 Oktober 2013. Ramai yang mengeluh kerana harga mesin ni yang mungkin agak mahal tapi bagi SK pejam mata saja. Sebab duit ni kalau tak habis ke mesin tart ni mungkin habis ke benda lain pulak, kan. Tu bagi SK lah, sebab tu bila ada duit lebih, SK pejam mata jer ambil tak mahu fikir-fikir dah dan rupanya ia memang sangat membantu kerja-kerja SK. Bagi yang berminat nak bertanya tentang mesin ni bolehlah email SK di serikanditanahjauhar@gmail.com atau boleh call atau sms SK di 012-7799705.

Sekiannnn, wassalam.

Friday, September 27, 2013

MAKAN 'SEAFOOD' BAH!

ASSALAMUALAIKUM...


TIDAK SAH ke Kota Kinabalu kalau tidak menikmati keenakan masakan lautnya. Disebabkan SK tinggal di tengah bandaraya KK maka tidak sukar untuk mendapatkan makanan laut yang segar dan siap dimasak. Kalau ikutkan boleh jer nak berjalan kaki tapi disebabkan tak larat ke kawasan medan selera (Pasar Malam KK) tu tapi SK paksakan juga ER bawa kereta.. (kami sewa kereta sepanjang di KK). SK dah rasa dah jalan kaki dari hotel sampai Pasar Filipina tu masa hari pertama sampai.. serik.. tolong jangan buat lagi ya pakcik, huhu.


Bagi SK, masakan yang terbaekkkkkkkkk hari tu tentulah Encik Lobster yang kacak lawa dan gagah ini. Dimasak goreng butter cair, pehhhhh!! Sampai menjilat jari. SK cakap dengan ER, SK nak minta resepi dengan Pak Mat tukang masak tu (nama kedai tu 'Pak Mat Ikan Bakar' tak silap).. jadik kita anggaplah nama pakcik tu Pak Mat kan... ER kata, mahunyaaaaa dia nak bagi... takpalah, kita 'try'lah.. jawab SK ;-)

Bila Pak Mat duduk di meja sebelah SK, SK pun senyum dekat Pak Mat...

"Pakcik, lobster ni sedap!" Sambil angkat ibu jari hala ke muka Pak Mat. Isteri (kot) Pak Mat yang duduk di depannya senyum.

"Oh, masak butter tu.. sedap ke??" tanya Pak Mat.

"Sedap sangat! Tak pernah lagi saya jumpa yang masak sedap macam ni," Ikhlas cakap ni....

"Tu letak susu dengan butter, letak daun kari sikit," haaa... tu diaaaa... dah bagi dahhhh resepi.. tinggal sukatan jer..

Macam tahu-tahu jer.. isteri Pak Mat pulak menyambung... "Susu tu pakai dalam setengah tin jugak tu..." SK angguk-angguk... oooo... "banyak jugak ek.. butter??"

"Butter satu senduklah macam tu," Jawab isteri Pak Mat. Bagus kan Pak Mat dan isterinya ni. Memang berbaloi makan di kedai Pak Mat ni. Bukan sahaja berpatutan tapi sudi pula berkongsi resepi. Sotong Goreng Tepung Pak Mat juga sangat sedap tau... SK kalau makan dekat mana-manapun mesti nak jugak sotong tepung ni.. dan ini antara sotong tepung yang terbaik pernah SK makan tambah lagi sotongnya yang segar dan tebal tu. Rangup dan tidak liat, eiii.. teringat-ingatlah pulak.. huhu.

Satu lagi masakan yang kami tempah dari gerai Pak Mat ialah udang ketak ni. Sebenarnya SK memang cukup geli dengan udang ni tapi entah kenapa di KK ni berani pulak SK mencuba. Mungkin sebab teruja sebab saiznya yang besar tu. Kalau di JB ni udang ketak atau udang lipan ni kecil-kecil sampai nampak macam lipan. Tu yang dua kali seram nak makan, hohoho. Udang ketak ni kami minta masak sambal. Pehhhh!!Memang habislah diet kami.. sedap dan terbaekkklahh!

SK cadangkan siapa yang datang KK supaya datang makan di gerai Pak Mat ni. Medan selera ni terletak di sebelah pasar besar KK, berdepan dengan KK Plaza dan Wisma Merdeka. Ada patung ikan todak yang besar kat tengah-tengah bulatan jalanraya.. orang puteh sebut 'round about' berhampiran tu.. memang betullah tempatnya dan anda boleh tengok banyak khemah medan selera di situ. Gerai Pak Mat ni kedudukannya agak di tengah ya, cari jangan tak cari. Tapi kalau tak sedap mungkin hari tu Pak Mat 'bad mood' kot, jadi jangan salahkan SK ya.. :-))))))

Wednesday, September 25, 2013

PERTEMUAN DI BAWAH BAYU

ASSALAMUALAIKUM...




BERPURNAMA sudah SK menempah tiket untuk terbang ke negeri di bawah bayu ini bagi melengkapkan impian SK untuk menjejakkan kaki ke semua negeri di Malaysia ni. Lama kan, ya.. demi mendapatkan tambang murah kononnya.. maklumlah kita bukan orang ada-ada, jadi kalau berhajat nak apa-apa kita tengoklah setakat mana yang ada, huhuhu. Wahhhhh! Di Sabah ni ada pondok buruk, kan? Siapa lagi kalau bukan Kak Zana Fahmi, antara kawan blogger yang paling kerap SK bertegur sapa dan lama kelamaan hubungan tu menjadi rapat walaupun sekadar di alam maya.


Konon-konon tu naklah buat-buat orang tu terperanjat kan bila tiba-tiba kita muncul di bumi Sabah ni. Tapi mengenangkan sebelum ni pernah nak buat surprise, tup-tup orangnya dah terbang ke Semenanjung, maka niat tu dibatalkan. SK beritahu Kak Zana dua tiga hari sebelum bertolak kot. Dan semalam telah berlangsunglah pertemuan antara kami di negeri bawah bayu ni. Meriah, aduhlahhh.. SK dapat lagi keronsang mutiara dari Kak Zana, kali ini ada gelang lagi.. tapi gelang yang tak diterima pajak gadai laaa.... sedeyyy.. hahaha.



Siap bawakan karipap lagi, homemade tau!! Eh! SK nak pergi jalan-jalan ni, nanti sambung ya.. kita layan gambar yang ada ni dulu..

minum2!
giler comel Kak PB kita!!
menyaksikan matahari terbenam di pantai Tanjung Aru

Monday, September 23, 2013

TRAUMA

ASSALAMUALAIKUM...

BARU sekejap SK terlelap di dalam kereta yang dipandu ER dan SK terjaga. Tiba-tiba SK nampak ada motor terbaring di belakang sebuah van. Fuh!! Terkejut SK. SK cepat-cepat buka mata besar-besar. Dada berdebar usah dikata. Elok saja motor tu bergerak di belakang van warna coklat gelap tu. Aishhhh!! Mata SK ni dah rabun ke apa???

Memang SK suka tidur dalam kereta. Di rumah jarang SK berehat. Celik biji mata (pukul berapa pun) macam-macam benda yang hendak dibuat. Jadi, bila ikut ER keluar, dan dia memandu, masa tulah peluang SK nak meluruskan pinggang. Masa tulah SK dapat melelapkan mata walaupun sekejap-sekejap sambil melayan ER berbual. Dan sejak peristiwa Jumaat lepas, SK kerap sangat terperasan ada motor yang jatuh dekat depan padahal elok saja motor tu bergerak. Bila melalui selekoh, SK rasa macam berdebar-debar lebih lagilah kalau ada motor yang bersaing dengan SK. SK biar motor tu jalan dulu sambil berdoa banyak-banyak.. janganlah kau jatuh depan aku.. :p

Jumaat lepas, SK dilantik sebagai salah seorang ahli jawatankuasa majlis konvokesyen kolej SK yang ke 16 pada hari esoknya (Sabtu). Pagi itu SK menghadiri taklimat di Komplek Islam Johor dan SK perlu keluar mengambil Iman dan Ilham (sepupu Iman) yang balik sekolah tengahari untuk dihantar ke rumah neneknya (hari tu Iman tak sekolah agama) sebelum masuk balik untuk raptai penuh selepas solat Jumaat. Biasanya ER yang melakukan tugas mengambil dan menghantar Iman tapi ER telah pergi ke Pekanbaru, Indonesia sejak hari Rabu dan lepas ambil Iman, SK akan terus ke 'Senai Airport' untuk menjemput ER. Jadi, dari Kompleks Islam SK bercadang untuk mengikut jalan Pantai Lido atau Danga Bay sebab SK memang suka ikut jalan tu untuk pergi dan balik kerja.

Ketika melalui selekoh di persimpangan bertingkat Danga Bay menuju ke Skudai, SK dah nampak berderet-deret kereta yang berebut-rebut di situ jadi SK buang minyak dan tekan sikit-sikit brek. Tiba-tiba sahaja (SK tak perasan) dari mana muncul 'mamat motorsikal' ni dah ada depan SK. Nak kata laju sangat pun tidak, perlahan pun tidak tapi tiba-tiba dia 'corner baring' dan terus terbaring bersama motornya. Dalam pada dia nak terbaring tu, memang betul-betul macam adegan dalam filem dalam gerak perlahan. Serius! SK cuma mampu berkata, "Ya Allah!!!" dan dalam masa yang sama pelbagai kemungkinan yang bergelut dalam kepala SK.

"Aku nak accident ke ni????"

"Aku nak langgar dia ke ni???"

"Sempat ke aku brek ni????"

"Mati ke dia ni aku langgar????"

"Lepas tu nanti aku kena gi balai polis pulak!"

"Kena hantar hospital??"
"Kena tunggu ambulan???"

"Kesiannya anak aku mesti tunggu kat sekolah nanti!"

"Siapa nak amek babah kat airport??"

"Habislah aku kena marah pasal langgar orang!"

SK tekan brek sambil kawal stereng sesungguh hati. SK tak mahu ambil risiko dihentam kenderaan lain dari tepi. SK tekad, kalau SK langgar dia, memang nasiblah. Motor pemuda tadi tercampak betul-betul jatuh atas garis putih pembahagi jalan dan dia melambung rendah (memang sebijik adegan filem) betul-betul dua meter (SK agak) di depan bonet kereta SK. Suasana hening seketika. Orang kata macam ada malaikat lalu... (ish, naik bulu roma SK!!)

Lama dia terlentang di situ. SK tunggu dia bangun. "Isk, dia ni okey ke tak? Aku nak kena tengok dia ke?" SK teringat arwah cikgu SK yang kena langgar apabila keretanya terbabas di lebuhraya. SK membayangkan mungkinkah SK akan mengalami benda yang sama. "Nanti kalau aku keluar, orang ingat aku langgar dia pulak," jadi SK tunggu dalam kereta. Menggelabah SK cari mana satu suis untuk 'double signal' huhuhu. Dari cermin belakang dan cermin sisi, SK tengok banyak kenderaan datang dari belakang dan mengelak ke kiri. Kereta SK dah macam perisai pulak pada mamat yang tengah terlentang ni. Pelik, tak ada sesiapapun yang berhenti menghulurkan bantuan.

Pemuda tersebut bangun dan membelek tapak tangan. Berdarah, mujur dia tak pengsan dan helmetnya masih tersarung di kepala. Dia mengangkat motorsikal. Mujur masih boleh hidup dan ditunggang. Sempat dia mengangkat tangan kepada SK. Mungkin minta maaf, mungkin ucap terima kasih. Syukurlah dik, umur awak masih panjang. Dan kalaulah ditakdirkan umur awak tidak panjang, akak harap akak bukannya orang yang bertanggungjawab menyebabkan kematian awak. Seramnya kalau diingat-ingatkan.. tahu tak???

Kepada semua pengguna jalanraya, terutama penunggang motorsikal.. Tungganglah dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang. Dan hormatilah pengguna jalanraya yang lain. Pandu cermat jiwa selamat.

Wassalam.

Monday, September 9, 2013

BEGINI RUPANYA RASA...

ASSALAMUALAIKUM...

Iman ketika berusia 5 tahun bersama adik sepupunya Ilham yang kini telah berusia 8 tahun

RASA sepertinya baru semalam SK melambai-lambai tangan pada anaknda Iman yang SK tinggalkan di tadika untuk belajar membaca, mengeja dan mengira. Rasa sepertinya baru kelmarin SK meninggalkannya pula di bangku sekolah kebangsaan untuk mendaki puncak kejayaan. Semalam yang penuh kenangan. Kelmarin yang penuh cabaran dan esok satu impian mungkinkah akan terlaksana. Titik tolak dari segala apa yang anakda usahakan semoga mendapat ganjaran yang setimpal. Wang ringgit, tenaga dan masa yang ayahndamu korbankan menghantar ke kelas tuisyen ulang-alik hampir setiap malam dan hari liburan demi masa depan.

Orang kata, wahhhh! Hebat.. SK. Hantar anak tuisyen jauh-jauh, mencari guru yang terbaik. Mesti result Iman nanti beratur huruf A... aminnnnn. Itu juga satu doa, terima kasih ya. Ya, SK mula menghantar Iman tuisyen semenjak dia berusia 6 tahun. Kepandaian itu satu anugerah dari Ilahi. Ada orang tak perlu belajar 24/7 pun sudah boleh dapat result A cemerlang berdiri. Ada orang yang belajar macam nak mati, hujung-hujungnya cuma dapat C. Rezeki masing-masing dan SK dan Encik Panglima ER menerima seadanya apa juga keputusan yang akan diserahkan ke tangan kami nanti. Apapun SK dan ER tahu bahawa pastinya Iman hendak berlebih lagi. Seperti katanya, 'Cita-cita tanpa usaha hanyalah angan-angan' dan bonda tahu Iman bukan berangan untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Semoga ditenangkan hati anakndaku Nur Iman Fatiha (Mohd Rizar) dalam menghadapi peperiksaan esok, dikuatkan semangatnya, diingatkan perkara yang dia tidak ingat, dipermudahkan, terang hatinya, lapang dadanya dan kejayaan yang cemerlang akan mengiringinya... Amin.. amin... Ya Rabbal Alamin.

Saturday, September 7, 2013

SAMBUTAN MERDEKA RAYA DI SKSK

ASSALAMUALAIKUM...


SAMBUTAN hari raya dan 56 tahun ulangtahun kemerdekaan diraikan serentak di Sekolah Kejuruteraan dan Sains Kreatif, Johor Bahru (SKSK). Di sini SK nak kongsikan gambar-gambar yang SK ambil dengan kamera cabuk SK.. mutu gambar haraplah dimaafkan. Ada video jugak tau.. buat kenang-kenangan kata orang, kannnnn...

payung-payung yang berawangan menyambut kehadiran tetamu

warna-warni kemerdekaan

untuk dinikmati

sibuk menyediakan juadah

belum berkuah

sedapnya... mee kari

laksa penang

chef laksa penang... Hartini

kuih dan muih beraneka macam
makanlah jangan hanya dipandang...

tauke kuih.. Kak Tim dan Kak Yana

favourite SK... lontong goreng, hehehe

tiga dara

orang kuat bubur kacang durian.. hehe.. pelajar di SKSK

penghilang dahaga

tulang belakang majlis.. Jay dan Azy

ni kalau mak mertua lalu pun tak sedar nih!.. Halimah

orang kuat SKSK.. Fandi
 
bos SKSK bersama staf dan pelajar

dan payung-payung pun berkuncupan tanda majlis sudah berakhir
 
 Jom tengok video perasmian sambutannya pulak...

























RETREAT DI MERSING - HARI PERTAMA

Assalamualaikum... APABILA diberitahu bahawa Sk akan dihantar mengikuti satu kursus di Mersing terus rasa senak perut  hati jadi li...