MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Wednesday, January 29, 2014

SELEPAS 14 TAHUN - 2

ASSALAMUALAIKUM...

SELEPAS 14 tahun SK menjaga perut ER dengan begitu baik sekali...
Selalu SK usik..
"awak berapa bulan??" macam dalam iklan tv tu... hehehehe..
 

 
 
Terima kasih atas ucapan Anniversary dan doa dari kawan-kawan.
Hanya Allah swt sahaja yang akan membalas kebaikan kalian.
Untuk pengetahuan semua,
SK akan menyambut ulangtahun perkahwinan pada
30 Januari 2014 (esok) yang ke 14.... Alhamdulillah...
 
terima kasih semua...





Monday, January 27, 2014

SELEPAS 14 TAHUN

ASSALAMUALAIKUM...



ANDAINYA aku pergi dulu sbelummu
Janganlah kau bersedih hati
Andainya aku tiada lagi di sisimu
Janganlah kau memencil diri
 
Bayangkanlah masa-masa bahagia
Semasa engkau dan aku
Bermesra di langit biru
Di waktu kasih berpadu
 
Andainya engkau pergi dulu sebelumku
Pasti saat kuhidup melara
Andainya engkau tiada lagi di sisiku
Pastinya aku kecewa
 
Kupercaya kau selalu di sisiku
Walaupun jasadmu tiada
Walau di mana kau berada
Kasihku takkan berubah
 
Di pohon cemara kuukirkan kata cinta
Bulan tersenyum dan bersinar
Berguguran daun jatuh lembut ke rambutmu
Meraikan suasana indah
 
Di sini kuberjanji disaksi rembulan
Andainya ku pergi dulu
Jikalau kupergi dulu
Kunantimu di pintu syurga...

errrrr.. selepas 14 tahun kenapa SK yang lebih besar dari ER????
 
 
p/s Selepas 14 tahun, SK tidak mengharapkan yang lebih baik cuma SK mengharapkan ini adalah yang terbaik untuk SK.

 

Sunday, January 26, 2014

BELASUNGKAWA HAJI MOHAMED NOOR BIN MOHD YASIN

ASSALAMUALAIKUM...

RABU, 22 Februari 2014

SEJAK pagi hati SK rasa tak sedap. Perut pun rasa tak sedap. Macam ada apa-apa.Apa ya??? Sk pergi ke bilik air. Urmmmm.. tiba-tiba rasa macam nak solat dhuha awal sikit hari tu. Jam belum pun 9.30 pagi. 'Ah.. tak apalah buat awal, nanti apa-apa hal senang,' kata hati SK. Sampai ke bilik, Sk tengok handphone berkelip-kelip, tanda ada panggilan terlepas atau mungkin ada mesej. Oh, ada miss call... tak kenal nombor siapa. Baru nak bentang sejadah, handphone berbunyi lagi.. nombor lain pulak???

Dang! Berita buruk... seperti bermimpi rasanya. SK tak bawa kereta pula hari tu. Terus SK telefon ER. Niat SK, ER bagi atau tidak, SK mesti pergi jugak tengok Pak Chu di Melaka. Tapi, bila yang keluar ayatnya lain. SK ajak atau lebih tepat lagi paksa ER ke Melaka tengok Pak Chu. Alhamdulillah, seperti memahami, ER terus mengambil cuti. Sementara tunggu ER sampai SK tunaikan solat dhuha walaupun dalam keadaan yang agak kurang khusyuk kerana asyik teringatkan Pak Chu.

Siapa Pak Chu? Pak Chu merupakan adik bongsu arwah abah. Di antara yang lain, Pak Chu yang paling lembut percakapannya. Jarang nampak Pak Chu marah. Jambang Pak Chu langsung tidak membayangkan bahawa beliau seorang yang garang. Sentiasa tersenyum bila berhadapan dengan anak saudara. Seingat SK, dulu-dulu kalau cuti sekolah rumah Pak Chulah tempat kami melepak. Dari zaman Pak Chu duduk quarters Imigresen di Johor Bahru sehinggalah Pak Chu berpindah ke Kukup. Sk masih ingat pertama kali SK tengok filem 'Pontianak Gua Musang' adalah di rumah Pak Chu. Paling Sk ingat bila pergi rumah Pak Chu ulang-ulang Sk belek album-album gambar Pak Chu dan Mak Chu. Tiga anak Pak Chu memang agak rapat dengan kami. Paling SK rapat masa tu dengan anak perempuan Pak Chu yang bernama Nana.

Bila Pak Chu berpindah ke Terengganu kami sekeluarga sangat sedih kerana terpaksa berjauhan. Lama jugak Pak Chu bertugas di Terengganu sebelum kembali bertugas di Johor. Kali ini di Muar. Akhirnya Pak Chu bermastautin di Melaka. Nana sekeluarga juga dah jadi orang Melaka nampaknya.

Sepanjang perjalanan ke Melaka memang asyik teringatkan kenangan-kenangan bersama Pak Chu. Terbayang-bayang wajahnya. Terngiang-ngiang suaranya. Sampai di Unit Kecemasan Hospital Melaka, ibu dan adik beradik SK semua dah sampai. Sk dan ER masuk jenguk Pak Chu. Tak ramai yang dibenarkan melihat dalam satu masa. Yang lain semua dah jumpa Pak Chu dan tunggu di luar.

Ya Allah.. sedihnya tengok keadaan Pak Chu yang terlantar tidak bergerak di situ. Teringat dulu masa Pak Andak (arwah) dimasukkan ke wad, beginilah juga keadaannya. Sejuknya tangan Pak Chu apabila disentuh. Ya Allah, kau sembuhkanlah Pak Chu... Tiba-tiba Pak Chu menggeliatkan kepala dan bahu seperti tidak selesa. Oh, agaknya Pak Chu tanya siapa aku... kata hati Sk.

"Pak Chu... ni Sari datang Pak Chu..." SK usap-usap bahu Pak Chu. Pak Chu diam. Sk tahu Pak Chu dengar suara SK. SK tahu Pak Chu ingat dan kenal dengan Sk cuma Pak Chu tak boleh buka mata. Pak Chu tak boleh bersuara. SK tak boleh lama. Ramai di luar yang tunggu giliran melawat Pak Chu.

Sampai di luar, anak-anak Pak Uteh (arwah) pun ada. Tak lama, anak-anak Pak Andak pula sampai. Sesungguhnya apa yang terjadi begitu mengejutkan semua. Semua seperti tidak percaya. Semua merasakan ini mungkin mimpi.

Dua hari lepas, khabarnya Pak Chu pergi melawat birasnya yang lumpuh di Klebang. "Lama sangat aku tak jumpa kau, aku teringin sangat nak jumpa kau," kata Pak Chu. Sebelum itu, Mak Chu ajak Pak Chu buat IC baru. "Tak payahlah, saya kan dah nak mati," kata Pak Chu.

Akhirnya kira-kira pada waktu asar, Pak Chu pergi meninggalkan isteri dan anak yang dikasihi. Pak Chu sakit cuma kira-kira 12 jam tapi Alhamdulillah, ramai anak-anak saudara Pak Chu yang dapat jumpa dengan Pak Chu. Terima kasih Allah kerana memberi peluang kepada kami menyentuh Pak Chu di saat-saat akhir hayatnya.

Nana.. pinjam gambar ya

Al-Fatihah
Haji Mohamed Noor Bin Mohd Yasin.

p/s Entry ini mengambil masa yang lama untuk ditulis kerana Sk masih seperti tidak mempercayai bahawa ini benar-benar realiti.

Tuesday, January 21, 2014

THE SMURFS CHECKERED RAINBOW CAKE... GORGEOUS GILER.. SEDAP GILER!!

ASSALAMUALAIKUM...
 
 
OOOOO... ngorat eh? Amboiiihhh, kemain lagik yek.. sampai tertiarap-tiarap mengurat, hahahaha. dah macam Saipul Apek ngan Syanie dalam filem Laila Isabella tu, ingat tak? Alaaaaaa.. yang adegan kat air terjun dalam hutan tu. Apek meniarap atas batu... Syanie menyandar tepi batu sambil kocak air.. hehehehehe...

 
Lepas tu, tengah syok-syok mnegurat.. bergurau-senda.. tetiba jer muncul Si Rosyam bawa kayu api. Aiiiiiii.. kacau daun sungguhlaaaaaaaaaaa... hiks

 
Cantik jelita sungguhlaaaa Si Smurfette nikan. Ada sesiapa yang ingat macammana Smurfette boleh wujud dalam keluarga Smurfs tu tak? Kalau tak ingat boleh tengok filem The Smurfs 2, dalam filem tu ada imbasan semula bagaimana Smurfette boleh tinggal bersama 99 ekor Smurfs jantan tu. Bagaimana Papa Smurfs akhirnya berjaya menukar karektor Smurfette dari seekor smurfs betina yang jahat kepada Smurfette yang jelita dan baik hati. Kalau nak tahu, Sk sekeluarga tonton The Smurfs 2 ni dalam dua versi tau. Versi pertama dalam Bahasa Inggeris kami tonton di hari pertama tayangannya lagi di Village Mall, Sungai Petani, hari raya pulak tu, hihihi. Dan versi kedua dalam Bahasa Melayu, tengok kat KSL Mall, JB... punyalah minat dengan Smurfs, hahahaha.


TAK sia-sia SK menabung bagi mendapatkan sebiji kek yang begitu gorgeous dan sedap ini, air tangan siapa lagi kalau bukan pembuat kek tersohor dan terhebat di Malaya, Akak Masam Manis kita, Azlita Aziz tuuuu. Yang pasti, bukan sahaja 'birthday girl' suka... mak 'birthday girl' lagilahhhhhhhhh suka dan SK tak sangka, nenek 'birthday girl' pun terlajak suka nampaknya. Alahaiiii, sebak pulak SK bila tengok ibu SK sangat sukakan kek yang kalerpul ini tau... nampak gayanya SK kenalah menabung lagi untuk majlis ibu pulak nanti. Eh, takpe.. demi insan-insan yang Sk sayangi itu semua tak jadi penghalang, duit boleh dicarikan....


Pada mulanya Sk tak pasti adakah tempahan tema Smurfs atau lebih tepat lagi Smurfette  ini pernah diterima oleh Kak Ita... tapi sebagai pengikut setia blog Masam Manis, SK perasanlah macam SK yang pertama minta tema ini... hihihi. Akhirnya semalam, kak Ita telah mengesahkan dalam BLOG-nya
bahawa inilah kek tema Smurfs yang pertama dihasilkan beliau dan betapa beliau tertunggu-tunggu tempahan kek bertema Smurfs ini. Alkisah, Kak Ita ni dua kali lima dengan SK juga, amat meminati kartun Smurfs sejak Sk kecil lagi. Sk masih ingat kalau nak tengok kartun Smurfs ni, SK akan buka 'Channel 5' TV Singapura. Lepas tu SK mulalah berangan nak membela orang-orang biru ni, hahaha. Tapi.. sampai ke sudah, memang jangan mimpilah kan.. nasib baik dapat bela kucing yang rupa ala-ala kucing Gargamel tu... hahaha.

google image
SK nak ucapkan terima kasih banyak kepada Kak Ita kerana telah merealisasikan impian SK untuk hari lahir Iman tahun ini. Dan terima kasih juga kerana kemurahan hati Kak Ita membuatkan boipren untuk Smurfette ni, Clumsy kot ni... dia tu herokan.. hehehehe. Kak Ita sememangnya mempunyai daya imaginasi yang tinggi sebab SK tak terfikir langsung Kak Ita akan memhasilkan kek yang sebegitu rupa. Kalau ikut bayangan SK, Smurfette tu akan berdiri di atas kek seorang-seorang macam tu tapi tak sangka yang Kak Ita boleh membuat kek berbentuk tunggul pokok di hutan dan Smurfette tu sedang bersimpuh sopan dan menyandar di tunggul tersebut sambil ditemani boiprennya :)))))


Oh, ya... kenapa SK pilih 'Checkered Rainbow Cake'??? Sebabnya Sk sukakan warna-warnanya yang ceria dan SK memang suka tengok checkered cake yang dihasilkan Kak Ita.
Biasa tengok gambar jadi Sk nak tengok dengan mata kepala sendiri pendekkata SK nak tengok keratan rentas checkered cake tu, hihihi. Dan sebab yang paling utama ialah Sk tak pandai buat checkered cake, hahahaha. Nantilah, pelan-pelan nanti SK nak belajar buat checkered cake ni sendiri tapi buat dua warna jerlah, coklat ngan vanilla, huhuhu.


Ramai jugak yang tanya, macammana rasa kek Kak Ita. SK ni tak pandai nak terjemahkan rasa sesuatu makanan tu macam Aziela My Rainbow tu tau. Aziela memang terror bab-bab tu, hehehe. Tapi yang pasti rasa keknya memang lain dari yang lain dan SK pasti Kak Ita menggunakan bahan-bahan yang mahal dan berkualiti dalam pembuatan keknya. Kulit-kulit pokok tu walaupun fondant tetapi seakan-akan rasa coklat yang mewah dan terukir dengan cantiknya. Cair di mulut pulak tu, aiiii sedapnya. Cream cheese frosting yang membalut setiap bentuk dam tu pun sangat sedap... huiiii.. tak terkatalah.. memang Sk langsung tak menyesal menempah kek dari Kak Ita tau.. sangat-sangat puas hati. Ehhhh, ini bukan promote ya.. Kek Kak Masam Manis kita tu memang dah terkenal seantero dunia. Tak payah SK cerita dekat sini pun semua orang dah taukan betapa anggunnya kek-kek yang dihasilkan Kak Ita. Ramai yang sanggup datang dari jauh untuk membeli kek dari Kak Ita.

 
Haaaa... ini antara mesej yang sempat SK printscreen antara Sk ngan Kak Ita, hihihi.
Sebenarnya dah lama SK teringin sangat nak makan kek Kak Ita, itulah sebab utama SK tempah kek tu selain dari sebab yang SK ceritakan tadi, huhuhu.
Alhamdulillah, akhirnya ada rezeki dari Allah swt, syukurrrrr.
Akhir kalam, buat Kak Ita... terima kasih sekali lagi untuk kek yang cantik dan mewah ini.
Love u Kak Ita, muahhhhhhhhhhhh!!

Monday, January 20, 2014

HAPPY BIRTHDAY, IMAN!!

ASSALAMUALAIKUM...


ALHAMDULILLAH... hari ini anknda SK, Nur Iman Fatiha(h) Mohd Rizar telahpun melangkah ke usia 13 tahun. Semoga Allah SWT memanjangkan dan memberkati usianya, sentiasa dipermudahkan urusannya, diberikan kesihatan yang baik, aman makmur hidupnya, dilimpahkan rezeki dan berjaya mencapai apa yang dicita-citakannya.. Aamiiiinnnn.
Syukur juga kerana hajat SK untuk makan besar bersama-sama keluarga SK telah dimakbulkan Allah SWT. Sesungguhnya tiada yang lebih membahagiakan SK selain berkumpul bersama keluarga yang tersayang.. ibu, kakak, adik, anak saudara dan ipar duai.

Birthday Girl... senyum tu cuba betul-betul...
 

Memandangkan hari lahir Iman kali ini jatuh pada hari kerja dan bersekolah di seluruh Malaya,
SK telah merancang untuk menyambutnya lebih awal tambahan lagi adik SK di KL bercuti panjang di Johor. Wahhhh.. seronokkan bila semua dah berkumpul. Iman pun memang tak diberitahu bahawa hari itu kami akan mengadakan majlis untuk dia. Sehinggalah SK pergi mengambil kek barulah Iman tahu itupun dia ingatkan nak sambut di rumah nenek macam biasa.
Hehehe.. kiranya surprise SK menjadi jugaklahkan. 


Haaaaaaaaaaaa...
mesti ramai yang dah tahu (siapa kawan fesbuk mesti tahu) dan yang tak tahu mesti perasan siapakah gerangan pembuat kek yang bertuah nikan. Heiiii, bertuahlah, ni yang tempah bukan calang-calang tau, Seri Kandi dari Tanah Jauhar, jangan main-main.. hehehe. Dan, jangan tak tahu SK dah tempah kek ini sejak lima bulan lepas tau. Dan sejak itulah SK mula menabung demi kek yang gorgeous ini  ;-)))))))) Bukan sahaja gorgeous tetapi alahai sangatlah sedap.
Makan sambil lap air mata tau tak???


Kali ini SK memilih lokasi yang agak istimewa iaitu di Mariners Cafe, yang pernah SK ceritakan
DI SINI. Memang syiok buat birthday party di sini kerana mereka ada menyediakan ruangan yang privacy untuk pelanggan tau. Nak ambil gambar pun cantik. Jadi bagi sesiapa yang masih mencari-cari lokasi mengadakan majlis kecil-kecilan macam ni, bolehlah datang ke sini, okeyyyyy.


Inilah keluarga SK yang kuat makan.... aummmmmmmm!!

Friday, January 17, 2014

BUKAKANLAH

ASSALAMUALAIKUM...

YA ALLAH...
Bukakanlah kepada kami
Pintu-pintu kebaikan
Pintu-pintu keselamatan
Pintu-pintu kesihatan
Pintu-pintu kenikmatan
Pintu-pintu keberkatan
Pintu-pintu kekuatan
Pintu-pintu cinta sejati dan jodoh
Pintu-pintu kasih sayang
Pintu-pintu rezeki
Pintu-pintu ilmu yang bermanafaat
Pintu-pintu keampunan-Mu
Pintu-pintu redho-Mu
dan
Pintu-pintu menuju ke syurga-Mu

Aamiinn.. Aamiinn.. Ya Rabbal 'Alamin

Thursday, January 16, 2014

ASAM PEDAS IKAN PARI DAN KACANG PANJANG BERTUMIS TELUR... TAMBAH KALORI BERLORI-LORI

ASSALAMUALAIKUM...

ADA hati nak bakar kalori tapi bak komen Kakzakie, "Campur-tolak-bahagi-dharab balik asal sebab dah masak lepas tu makan habis ZERO jadiknya" hehehehehe. Aziela pulak kata.. "Masak, Iron, basuh baju (setengah jam = 130), mop lantai (setengah jam = 100). Total = 530kcal. Tapi, breakfast, makan nasi goreng campur ayam goreng campur teh ais = 650 + 400 + 200. Total makan : 1250. Glup...!!! Tak berbaloi langsung. Belum masuk lunch, tea, dinner, mentong, supper... Aduhaiiii," huwa huwa huwa!

Nak-nak pulak kalau dapat asam pedas ikan pari macam ni, kan. Haruslah tambah nasi berpinggan-pinggan. Kawannya pulak dengan kacang panjang bertumis (masak bening tak sedap nak jugak yang berminyak-minyak.. huhu). Cara Sk masak sangat mudah. Semua main campak-campak, siap! Biasanya cili kering dan bawang kisar memang sentiasa ada stok dalam peti sejuk. Sebab orang dalam rumah ni memang suka makan asam pedas dan sambal. Sk juga kisar sekali bawang dan cili kering tak berasing-asing sebab kalau berasing SK tak pandai nak agak-agak berapa banyak bawang kisar tu nak diletak. Teringat pulak seorang kawan SK dari Kelantan yang sangat sukakan masakan SK. Apa sahaja SK masak semua dia kata sedap. Banyak jugalah resepi yang Sk ajarkan pada dia termasuklah asam pedas style Johor ni. Jom tengok macammana SK buat asam pedas ikan pari yang simple.. kiranya menggunakan bahan yang paling minima ya.

asam pedas ikan pari dalam kuali lagi.. hihi

Asam Pedas Ikan Pari

Bahan-bahan :

Seekor ikan pari saiz sederhana (suruhlah orang pasar siang dan potong siap-siap)
(Bersihkan ikan pari dan perap setengah jam dengan asam jawa dan garam kemudian bilas dan toskan)

Bahan kisar :
Cili kering dua cekak (direbus dan dibilas, toskan)
4 biji bawang besar size sederhana (potong-potong)
Air secukupnya
1/2 senduk minyak masak
(Kisar semua bahan ini dengan pengisar sehingga halus)

Bahan lain :
1" halia (hiris kasar)
1 btg serai (diketuk)
1/2 sk asam jawa adabi
1 /2 senduk jus limau nipis
air 1 1/2 mug atau secukupnya
1 sb lada hitam tumbuk
1/2 sb garam
Sedikit ajinomoto jika suka
Daun kesum secukupnya
1 senduk minyak untuk menumis


Cara-caranya :

1. Panaskan minyak dalam kuali (Sk cadangkan guna kuali supaya ikan tak patah riuk).
2. Masukkan dua senduk cili yang dikisar tadi. (Ada lebih boleh simpan dan guna untuk goreng kacang panjang bertumis telur).
3. Campakkan halia dan serai dan tumis dengan api perlahan sehingga pecah minyak.
4. Masukkan garam dan asam jawa kacau rata. Kecilkan api, biar sekejap.
5. Masukkan air dan jus limau nipis, kacau rata. Kemudian masukkan ikan pari. Besarkan api sederhana sahaja.
6. Tutup kuali guna tudung kuali. Kalau tak ada, guna tudung pengukuslahhh.
7. Dalam 10 - 15 minit biasanya ikan dah masak. Buka tudung kuali. Masukkan ajinomoto dan serbuk lada hitam. Kacau-kacau perlahan guna sudip jangan sampai ikan hancur.
8. Kemudian masukkan daun kesum, biar sekejap dan bolehlah tutup api.
Senang, kannnnn.

Okey, sementara nak tunggu ikan masak bolehlah goreng kacang panjang. Pastikan anda ada sekurang-kurangnya dua kuali di dapur tau...

tuuuu diaaaa... takdan jugak nak posing dalam pinggan, hehehe

Kacang Panjang Bertumis Telur

Bahan-bahan :

Seikat kecil kacang panjang (cuci bersih dan patah-patah jer guna jari.. jangan patahkan dengan jari sekali sudah.. toskan)
sedikit minyak untuk menumis
1 sb cili yang dikisar tadi
sedikit garam
sebiji telur

Cara-caranya :

1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumiskan cili kisar tadi sampai pecah minyak, api perlahan.
3. Masukkan garam, kacau sekejap.
4. Masukkan telur, biar sekejap.. kemudian kacau bagi telur hancur.
5. Masukkan kacang panjang yang telah dipatah-patah, goreng 5 - 8 minit dan matikan api.

Bolehlah kalau nak masukkan ikan bilis kalau suka. Dalam rumah ni karang ikan bilisnya bersusun tepi pinggan jadi baik tak payah letak.. membazir.. huhu.

Ops! Jangan lupa masak nasi tau!!!

JOM BAKO KALORI

ASSALAMUALAIKUM...

SEKEJAP jer rasa kerja minggu ini. Esok dah Jumaat. SK ingat esok nak kemas rumahlah. Dah macam tongkang pecah daaaaa.. huhuhu. Boleh bako kalori, jom! Siapa nak tolong Sk :))))))))

Wednesday, January 15, 2014

RESTORAN UPIN IPIN

ASSALAMUALAIKUM...


MACAM takut-takut seram nak masuk ke Restoran Upin Ipin ni.
Sebab apa, keseluruhan luar kedai di balut poster Upin Ipin maka di dalamnya kelihatan gelap gulita. Dua kali percubaan nak masuk tapi ada unsur-unsur malu-malu meow di situ. Banyak kali Iman memberikan hint supaya bondanya ni membawa dia makan ke situ tapi macam SK bagitahu tadilah, macam janggal aje nak pergi sebab SK dua beranak ni memang tak ada langsung imej rupa kanak-kanak. Anak kecik pun tak ada nak dibawa kalau tak macam ada logik akal jugaklah masuk restoran Upin Ipin kan, hehehe. Dari luar pulak gelap macam ada orang ke... tak ada orang ni, huhu.
 

Jadi, di suatu petang yang tak berapa nak damai,
SK berjaya menyelinap masuk walaupun tak bawa budak kecik cuma budak besar
yang dah sama besar dengan bondanya.
Jangan tak tahu, Iman ni peminat Upin Ipin. Sejak mula kartun Upin Ipin disiarkan di TV9 suatu masa dulu, Iman memang tak pernah miss. Jadi kalau nak tahu apa sahaja pasal Upin Ipin ni dan watak-wataknya, tanya saja dengan Iman. Dia mesti boleh jawab punya!
Selepas berpusing-pusing sekejap di dalam restoran akhirnya kami mengambil tempat duduk lat dua meja mengadap peti tv yang tergantung di dinding belakang berhampiran dapur. Tapi ada unsur pening lalat di situ sebab tiada sesiapa pun yang sudi nak melayan kami. Adik-adik yang berpakaian t-shirt hitam tertera logo Upin Ipin ni buat tak tahu jer. SK tanya Iman, sini layan diri ke... kena order kat kaunter ke? Iman pun jungkit bahu. Laaaaaaaaamaaa barulah ada adik ni datang bawakan Menu dan kertas order macam dekat kopitiam tu.
Awal-awal adik ni bagitahu bahawa kebanyakan makanan yang ada dalam menu dah habis. Aik!! SK tenung jam.. baru pukul berapa. Laris mungkin jualan tu sebab banyak yang dah habis. Iman yang tidak cerewet pilih nak makan nasi ayam sahaja manakala Sk macammmmmm dietlah kononnya. Tak apalah, yang nak makan sangat pun Iman jadi kita layankan sajalah dia. Iman macam biasa airnya bandung soda dan SK pilih Strawberries Smoothies ni, memang sedap tak sia-sia Sk pilih, hehehe.
Haaaaaaaaa... tu dia bandung soda.. trademark orang Johor tuuuuuuu!! Gambar ni sebelum ia dikacau.. jadi kena action minum dulu, hihihi. Motif??? Salah masuk gambar ikut susunan dan malas nak edit, kui kui


Nasi Ayam Upin Ipin... sungguhlah tak padan saiz hidangan dengan pinggan dan dengan harga
 
 
SK sebenarnya banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat nak komen pasal
Upin Ipin punya restoran ni. Tapiiiii.. disebabkan Sk pun sendiri tidak pernah punya restoran dan tak tahu sangat pasal  kerenah orang berniaga kedai makan ni jadi SK malaslah nak komen.
Cuma Sk nak berpesan, tingkatlah mutu dan keunggulan, itu jerlahhhh... wassalam.

Tuesday, January 14, 2014

SALAM MAULIDURRASUL

Assalamualaikum...

SELEPAS dua hari bekerja hari ini kita bercuti bagi menyambut ulangtahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Teringat pula masa zaman sekolah dulu Maulidurrasul disambut begitu meriah. Berarak dan berselawat, mendengar ceramah dan akhirnya jamuan di dalam dulang disediakan. Apabila bekerja di  tempat sekarang, Alhamdulillah. SK masih dapat merasakan suasana itu hasil inisiatif badan-badan kebajikan yang ada di syarikat kami.. Alhamdulillahhhh.

Akhir kalam sekali lagi SK ingin mengucapkan Salam Maulidurrasul khasnya kepada pembaca yang beragama Islam. Semoga kita akan menjadi umatnya yang terus mencintai kedamaian dan sentiasalah kita mengingati baginda dengan berselawat ke atasnya.

Wassalam.

Monday, January 13, 2014

VANILLA CHOC CHEESE TART & DOUBLE CHOC CHEESE TART

ASSALAMUALAIKUM...


ATAS permintaan ramai, SK kembali dengan Chocolate Cheese Tart dan kali ini ia didatangkan dalam satu pek ya iaitu Vanilla Choc Cheese Tart & Double Choc Cheese Tart. Maknanya jika anda membeli CCT ini anda akan menerima dua perisa crust dalam satu kotak. Dan tempahan untuk CCT ini cuma akan dibuka mulai 20 Januari 2014 kerana slot tempahan untuk sepanjang minggu ini telah dipenuhi. Harga bagi setiap pek CCT ini adalah RM17/ 25 pcs jadi bagi sesiapa yang berminat bolehlah whatsapp atau sms SK di 012-7799705. Cas Penghantaran sekitar Johor Bahru dikenakan bayaran sebanyak RM5 sahaja dan tiada pembelian minimum.


Di sini juga SK ingin meminta maaf banyak-banyak kerana ada beberapa panggilan yang Sk
dapat di luar Johor Bahru terutama di sekitar KL ingin menempah cheese tart dengan Sk kerana mereka menyangkakan Sk tinggal di Alam Sari, Bangi. Kekeliruan timbul bila blog Sk ni menggunakan nama Alam Sari. Untuk pengetahuan mereka yang baru mengikuti blog Sk, Sari tu merupakan nama panggilan Sk di kalangan saudara-mara, nama yang diberikan ayahnda SK... errrr.. adakah perlu untuk Sk tukar nama blog ini bagi menghentikan segala kekeliruan yang timbul??? Nanti akan Sk fikirkan ya.
 
Oh, ya... untuk resepi kedua-dua CCT ini, SK masih lagi menggunakan resepi CT yang asal. Untuk Vanilla Choc boleh tengok resepi DI SINI dan gantikan fillingnya dengan coklat manakala untuk Double Choc boleh tengok resepi DI SINI dan fillingnya juga digantikan dengan coklat. Untuk resepi filling coklat, SK tak guna sukatan ya.. SK cuma agak-agak sahaja. Bahan-bahan yang SK gunakan adalah coklat susu kompaun, whipping cream dan minyak jagung.
 
Cara-caranya : Cairkan coklat kompaun secara double boil, kemudian tambahkan whipping cream, kacau rata dan sebati dan tambahkan minyak jagung. Masukkan ke dalam crust ketika coklat masih suam.
 
Wassalam.

Sunday, January 12, 2014

MELAYU - Tanah jawi Itu Di Sini

ASSALAMUALAIKUM...

JIWA halus SK tersentuh dengan sajak dari Tun Muhammad Farul Azri Ibni Tun Haji Muhammad Salleh. SK Melayu, jika hati melayu anda tidak tersentuh dengan sajak ini mungkin anda bukan benar-benar Melayu.

MELAYU - Tanah Jawi Itu Di Sini

Dulu..
Di sini..
i sini ini..
Bermula bicara

Di atas gunung berdiri cerita Tinggi Beruas
turun ke lembah Hulu semenanjung
sampai ke Manjung Gangga Negara
nama ditanda
Menjulang tinggi adaban dunia..

Dulu..
Di sana..
Di sana itu..
Ditulis surat Persuratan tua
buat umat Tamra ditanda batu bersurat
Tinggal sepi dalam negeri Megat..
Di Kuala Berang terpecah urat..

Sayup terdengar jeritan kelam..
Ini negeri Megat Panji Alam..!
Banyak wali Allah dan banyak pula Ahlul Bay'tul Rasul..!
Diwartakan buat kalian anak cucu umat Muhammad SAW..
Di sini..
Dalam akhir zaman..
Ini..

Maka tersurat...
Apa yang tersirat...

"Rasulullah dengan yang arwah santabi mereka..
Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam..
Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya..
Di benua ku ini penentu agama Rasulullah Salallahualaihi Wassalam.
"DI BENUA KU INI PENENTU AGAMA RASULULLAH SALALLAHUALAIHI WASSALAM..!
"Raja Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya..
DI DALAM BUMI INI PENENTU FARDHU PADA SEKALIAN..!
Raja Mandalika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar..
Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka;
Tuhan..!Tuhan..!
Tuhan yang menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama..
Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala..
Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua.."

"KELUARGA DI BENUA JAUH KAN DATANG BERIKAN.."

"Allahumasoli'ala Muhammad, Wa'ali Muhammad"

Dulu..
Di atas..
Di atas sana..
Tersurat hikayat Merong Maha Wangsa..
Kalha..
Kataha..
Nama tercipta Negeri Kedah Tua
Sheikh Abdullah al-Qaumiri
dan Sultan Muzzafar sendiri..
Berjanji teguh adinda kekanda..
Gunung Jerai ke Langkasuka..

Dulu..
Di bawah..
Dan di seberang sana..
Berteguh janji bapa saudara Demang Lebar Daun
juga Sang Sapurba
"Tak Melayu derhaka pada Rajanya,
Adil saksama ganjaran di beri Memberi malu tidak sekali"

Hikayat berlalu pecah gelora
Parameswara jadi Maharaja
Jadi lambang daulat negara
Kekallah Melaka jadi seadanya..

Dulu..
Di bawah sana..
Sultan Mansur Syah
dan Bendahara Seri Paduka RajaTun Perak
dan Laksamana Tun Tuah
memacu tenaga
Lekir di hilir,
Lekiu di hulu
Jebat-Kasturi tinggi berdiri..

Hilang..
Hilang terus perjanjian tua..
"Tak Melayu derhaka pada Rajanya..?"

Dulu..
Di sana..
Tiba giliran Paduka Sultan beraja Sultan Mahmud Shah
jadi ingatan Benggali Putih buat belasahan..
Terbakarlah Melaka zaman berzaman..

Undur Sultan ke serata peri..
Tinggal sekeping hati
dan alatan negeri Kampar
benteng harapan buat baginda merajai
Kekal tak kembali ke Melaka lagi..

Dulu..
Di tanah ini..
Raja Muzzaffar dijemput pergi..
Tanah Tun Saban dan Tok Temong dikongsi-bahagi ,
Berangkatlah ke negeri Perak yang belum beraja lagi..
Sambil diiring Paduka seberang..
Daulat raja di tanah Minang
Megat Terawis hulubalang terbilang..

Dulu..
Di bumi ini..
Datang pula dugaan Tuhan
Buat menguji hati sang raja
Supaya ingat akan asal dan jasa
Usul dititah untuk dijaga..

Lantas..
Dia berbisik..
Berbisik dari hati yang suci murni
Buat jadi benteng diri
Dari 'penghuni' segenap negeri..

"Selilit Tanah Minangkabau,
Selengkung Pulau Perca,
Dilengkung ular Saktimuna,
Sebenarnya Aku keturunan Raja,
Jauhkan segala malapetaka,
Perpisahan Aku di Selat Melaka.."

Hari ini..
Kini di sini..
Apa yang tinggal hanya kita-kita..
Menggalas tanggungan beban derita..
Bukan hanya sekadar cerita..
Buat mainan dikala hiba..
Atau buat mengulit si kecil lena..

Hari ini..
Di bumi ini..
Yang tinggal hanyalah aku dan kamu
Setelah cukup zaman itu
Kini bermula zaman yang baru
Kembalilah kita ke Khalifah yang satu..

Aku dan kamu Adalah darah saka,
Para panglima silam
Yang bergadai nyawa
Demi maruah agama, bangsa, tanahair
Tanah tumpah nya darahku

Tanah yang sekangkang kera ini..
Inilah tanah kita..
Ini Tanah para Syed dan Syarifah..
Ini tanah Raja-Raja ,
Ini tanah Megat-Megat,
Ini tanah Daeng-Karaeng ,
Ini tanah Meor-Meor,
Ini tanah Wan-Wan ,
Ini tanah Nik-Nik ,
Ini tanah kita semua..
Ini tanah Ahlul Bay't..!...
Tanah ini 'Tanah Melayu'

Aku dan kamu
Di antara saka pustaka
Penyambung warisan bangsa
Para pertapa ke Batu Belah
Ke Ulu Perak
ke Pulau Besar
Untuk bertauliah dan berijazah
Antara yang nyata atau Rijalul Ghaibi
Dengan para auliah dan para santabi

Aku dan kamu
Rajawali mahupun Jentayu
Mengembang sayap di angin lalu ,
Dengan seruan jihad bertalu-talu..
Telah berlalu 500 tahun itu..
1511 ke 2011
kini datanglah pula 2013..
Di sini kekita menanti
Dalam hati-hati manusia itu diam sendiri
Tentu ada yang tak takut mati..

Maka akan bangkit..
Inshaallah Taala akan bangkit nanti..
Akan bangkit hati-hati yang umpama kepingan besi..
Akan datang panji-panji hitam dari ufuk timur ini..
Agama Tauhid akan kembali berdiri..
Dari sini..
Dari sebelah sini..

Hari ini..
Antara Habil dan Qabil,
Antara Jalut dan Talut,
Antara Harut dan Marut,
Antara Hassan dan Hussin,
Antara Lekir dan Lekiu ,
Antara Osama dan Obama..

Ada sesuatu..
Ada sesuatu yang perlu diambil tahu..

Patah tongkat berjeremang..
Habis Hulubalang bersiak..

Bukan balang-balang Hulubalang,
Hulubalang terbilang jitu..
Bukan barang-barang Penjurit,
Penjurit Kepetangan jua yang tahu.....
Kepetangan itu adalah penamat ilmu kau dan aku...
 
Wassalam
 

KETAM MASAK SAMBAL.. GAMBAR JER TAU!

ASSALAMUALAIKUM...

ANDA peminat ketam? SK ni bukan peminat ketam ya sebab setiap kali SK makan ketam, SK akan makan dengan susah payah, huhuhu. Hantu ketam tentulah ER dan ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Maka Iman pun telah dikategorikan sebagai hantu ketam.

Ketam sambal ni SK cuma makan sebelah jer, tupun bahagian badannya yang lain SK campak dalam pinggan ER sebab SK adalah sangat ngeri nak pecahkan sepit ketam tu walaupun SK dahpun ketuk siap-siap sebelum memasak, hehe.

Okeyy, cerita sebenarnya ialah SK tak minat ketam masak sambal, huhuhu. Sebab tulah makannya sebelah jer. Tapi dah orang yang beli kata nak masak sambal, kan.. kita turutkan juga. Walaupun sebenarnya SK boleh jer nak tarik seekor dua buat masak lemak atau black pepper tetapi SK adalah malas, ngeh ngeh ngeh!

Friday, January 10, 2014

UBI REBUS GORENG.. MENU SARAPAN YANG PALING NOSTALGIA

ASSALAMUALAIKUM...

PETANG semalam SK balik awal. Encik Panglima ER kerja luar daerah lagi jadi SK lah yang kena menjalankan tugas mengambil Iman dari sekolah pagi dan menghantar ke sekolah agama di sebelah petang pula. Semalam pula, Khamis. Jadual kerja sampai jam 3.30 petang sahaja jadi SK mintak izin dengan bos untuk balik lebih awal. Alang-alangkan, takkanlah SK nak patah balik ke pejabat pula, membazir minyak kereta jer tu nanti.

Sampai rumah SK teringatlah pulak nak rebus ubi kayu yang beli dengan kawan semalam. Telek-telek jam masih ada masa tiga jam lagi jadi cepat-cepat kopek ubi dan terus rebus. Sekejap jer dah empuk sementara tu buat sambal tumis ikan bilis. Dah tu semalam tak makan tengahari, rasa macam sedap sangat menyantap ubi rebus panas-panas. Sempat jugak siapkan chocolate cheese tart yang ditempah pelanggan setia SK, Idah, hehehe. Lepas mandi dan solat asar terus keluar hantar tempahan 14 kotak cheese tart Idah yang sebahagiaannya SK dah siapkan malam tu dan ambil Iman balik sekolah agama.

Bila sampai rumah, ubi rebus tadi dah sejuk. Dah tak umph nak dinikmati bersama sambal tumis. Urmmm, kita proseslah dia jadi bulat-bulat untuk digoreng macam getuk ubi tu. Tapi SK takde kelapa jadi kepal bodo-bodo jerlah. Pagi ni celupkan dalam bancuhan tepung beras dan goreng. Fullamakkkk!! Nostalgia sungguhlaaaa. Makan dua beranak dengan Iman. ER tak makan almaklumlah diakan mat saleh celup mana makan ubi kan, huhuhu.

Thursday, January 9, 2014

HILANG LAGI... BOBOIYOT PULAK :((((

ASSALAMUALAIKUM...

S???? Apakah? Tajuk S... ceritanya pun S, cuma ada satu huruf. Satu perkataan pun tak ada, apalagi sebuah cerita. Minta maaf ya, Tuan Abil, hehehehe... tentu tuan tertanya-tanya semalam. Dan kepada semua yang hampa dengan huruf S tu. Tak ada kena mengena pun sebenarnya dengan entry tentang S Binti Rusli tu. Sebenarnya SK jarang update blog menggunakan tablet, jadi semalam SK nak tunjuk dengan kawan sambil cuba try test dekat tablet sendiri... tak tahulah kenapa huruf S yang Sk pilih... S.. boleh saja untuk Seri Kandi kan... :-))))))

Boboiyot suka meniarap macam ni
Belumpun pulih dari kerinduan kehilangan Si Aboo yang tersayang, SK dikejutkan pula dengan kehilangan Boboiyot. Bila sampai rumah dari Majlis Malam Aspirasi tu, ER mengadu yang Boboiyot tak balik. Terperanjat jugak SK sebab SK ingat ER main-main tapi bila tengok memek muka sedih ER, SK tahu ER serius. Kami betul-betul rasa kehilangan Boboiyot sebab dialah kucing yang paling setia menunggu kami di depan pagar setiap hari. Sebaik sahaja mendengar deruman enjin kereta maka mulalah dia menggeliatkan badan dan meluruskan kaki belakang lagak orang bersenam seolah-olah hendak memberitahu sudah lama dia menunggu kami pulang.

pandangan atas
SK agak Boboiyot akan mula menunggu di depan pagar bila hari menjelang petang atau maghrib sebab dia tahu waktu itu kami sampai sebab kalau kami pulang awal dia biasanya sedang berehat di dalam rumah. Terpisat-pisat dia di tepi tingkap kalau kami pulang awal. Mata dahlah sepet mesti tidur satu hari tu. Gelagat Boboiyot sangat membahagiakan kami. Setiap hari ada sahaja lawak yang dibuatnya. Suka menggigit dan mencakar.. tak kiralah tangan atau kepala kita baik-baiklah kalau tengah sedap sayang-sayang tiba-tiba dingapnya kita.. itu cara Boboiyot bergurau, memang kasar dan antara kami tiada siapa yang belum pernah dicederakan Boboiyot :p


Paling sedih sekali, beberapa minggu sebelum kehilangan Boboiyot, setiap hari dia akan tidur di atas bantal Sk. Selamba jer dia baring atas kepala SK tau. Kadang-kadang SK terpaksa mengalah, alih kepala ke bawah, amboiiii, semakin dikongker (belasah jer eja ni) pulak bantal kita tu. Macam dia punya bantal pulak. Bila alarm handphone SK bunyi dialah yang menggeliat dulu. Bila Sk turun katil dia tunggu depan pintu bilik. Bilik Sk keluar lintang pukang dia lari sampai dapur.. tahu dahhhh... nak wetfood dia lah tu... Boboiyot suka sangat makan wetfood perisa Tuna dan Ikan Putih. Sampai tauke pasaraya kat rumah SK pun dah tahu dah siap dapat diskaun lagi setiap kali beli, hihihi.


gambar ni diambil sebaik SK sampai dari Sabah... terus jer dia baring atas selendang yang SK hampar atas sofa mungkin melepaskan rindu kerana ditinggalkan
Bila Boboiyot tak balik malam tu, SK susah nak tidur memikirkan ke mana Boboiyot pergi. Tak pernah Boboiyot tak balik. Dia bukan ada girlfriend pun. Sk risau sangat sebab seminggu dua sebelum tu (masa tu Aboo ada lagi), Boboiyot bawa balik anak ular ke rumah. Mungkin dia berlagak dengan Aboo yang dia terror tangkap ular. Sk takut mak ular tu balas dendam pada Boyot. Sk juga syak yang Boboiyot keluar cari Aboo. Lepas tu dia sesat. Arghhhhh! Macam-macam yang Sk dan ER andaikan. Sampai SK cakap dengan ER, mesti Boyot cari Aboo... pas tu dah jalannnnnnn jauh baru jumpa, pas tu mereka nak balik mereka sesat... tapi mereka berusaha... akhirnya Boyot dan Aboo sampai rumah kita, yey! Happy Endingkan, macam dalam movie... tapi itu hanyalah harapan SK yang tak pernah padam. Boyot dan Aboo tetap tak pulang sampai sekarang.. sedih :'(

gambar diambil malam pertama Boboiyot di rumah kami
Mungkin setakat ini sahaja Allah swt pinjamkan kedua makhluk yang comel itu kepada Sk. Setiap malam Sk peluk bantal bekas tidur Boyot. Nak tukar sarung bantal (cuci) pun tak sampai hati... sebab setiap kali tidur Sk rasa macam Boyot tidur sekali kongsi bantal dengan SK. Sedih tak cerita Sk hari ni... sedihkan. Lepas ni SK dah tak mo lagi terlibat dengan mana-mana kucing pun. Cukuplah Zonan yang masih tinggal dengan SK sekarang itupun merayappppp saja kerjanya. Masuk rumah cuma untuk makan jer lepas tu cepat-cepat lari keluar... rumah ni buat macam hotel aje, sabar ajelah. Zonan, jaga diri tau... jangan jalan jauh-jauh. Bonda tetap sayangkan Zonan macam dulu jugak tau.

Zonan di hari-hari pertama bersama kami... sekarang dah besar macam singa betina rupanya tapi dia jantanlah... hehehe.. tak
Aboo yang dah tak mungkin kembali rasanya :'(
KISAH ABOO
KISAH BOBOIYOT
KISAH ZONAN

Wednesday, January 8, 2014

s

s

MAKAN... RESTORAN TERAPUNG PENDAS

ASSALAMUALAIKUM...

CERITA ni dah lama simpan dalam folder sebenarnya, hehehe. Ya Ampunnnn.. dah lama giler rasanya sejak bulan November tahun lepas.. errr... takpun bulan Oktober, kui kui. Restoran Terapung Pendas ni belum pun lama dibuka. Lokasinya berhampiran dengan Restoran Tanjung Nelayan, Pendas. Pendas kat mana??? Pendas ni di Gelang Patah, Johor. Pendas ya.. bukan Pedas, Pedas dekat Negeri Sembilan, hehehe. Oh, ya! Sebenarnya Sk tak berapa pasti nama penuh restoran terapung ni kerana masa nak ambil gambar papan tanda restoran tu tetiba sahaja SK dapat panggilan telefon, tu yang terus terlupa nak ambil gambar.

Restoran ini memang betul-betul terapung. Terolang aleng kita dibuatnya. Tapi seronoklah sebab sebenarnya ini pengalaman pertama SK makan secara terapung, kekeke. Walaupun di JB ni banyak sebenarnya restoran makanan laut yang didirikan di atas laut (menggunakan istilah restoran terapung jugak) tapi tak banyak yang betul-betul terapung. Kebanyakan memang dipacak terus di tebingan pantai atau laut tu. Jadi, kalau anda tidak pernah menikmati makanan secara terapung yang sebenar, bolehlah singgah ke sini. Bila dah terapung, ambil gambar pun asyik bergoyang dan kabur. Lagilah guna kamera yang tak profesionalkan... huhuhu.. kita layankan ajelah ya.

Restoran baru jadi semuanya masih serba baru dan berkilat-kilat... hehehehehe

Kami sampai awal... orang pun tak berapa nak ramai lagi. Masa tengah makan tu tetiba jer berpusu-pusu orang datang dah riuh rendah jadiknya

Antara tong drum yang diikat di tiang-tiang restoran

Pemilik restoran menyediakan ruang di tingkat atas khas untuk surau

Jom tengok makanan laut yang ada malam tu... kerang dan kupang

ketam, sotong dan udang

pelbagai jenis ikan dan udang lipan bara

sebelum makanan sampai kami dihidangkan keropok ini... tak tahulah bayar ke free sebab tak ada resit masa bayar

signature... asam pedas... SK lupa ambil ikan apa... huhu

kata orang kalau nak makan ketam murah datanglah ke Gelang Patah.. ini ketam yang dimasak black pepper

yang wajib dan favourite... sotong tepung

sayur campur atau cap chai (cemana eja???)
haaaa.. memang selalu kalau pergi makan ini jer lauk yang kami selalu order, makan tiga beranak jerkan.. tupun tak habis.. agaknya sebab dah makan keropok mula-mula tadi kot...

dah selesai makan nampak 'waiter' lalu bawa air ni.. lepas tu tanya..
"awak bawa tadi air apa, saya nak satu," hihi

menikmati bandung istimewa bersama ais krim vanilla secara terapung

Jumlah keseluruhan : RM100 (tiada bil)
ER kata mahal... huhu.. sebab kurang sedap..
tapi pada SK bolehlahhhh.. sedap jugak taklah masin dsb,
dan lagi restoran terapung katanya kennnnn...


Sekian...

RETREAT DI MERSING - HARI PERTAMA

Assalamualaikum... APABILA diberitahu bahawa Sk akan dihantar mengikuti satu kursus di Mersing terus rasa senak perut  hati jadi li...