MEE RACUN YANG KURANG BERACUN & CENDAWAN GORENG HOT & SPICY

Seri Kandi Tanah Jauhar
6
ASSALAMUALAIKUM...

ORANG kata, kalau ke Batu Pahat,
selain dari menikmati Nasi Beriyani Gum yang mantap,
tidak sah rasanya kalau tidak mencuba keenakan mee racun
yang sememangnya tidak akan ditemui di tempat lain selain Batu Pahat.
Dan... apabila ER ditugaskan 'out station' ke Batu Pahat
dia telah diracun bahawa 'Mee Racun' yang original
adalah berhampiran dengan Batu Pahat U Mall..
dekat dengan kedai langsir yang besar tu..
yang dekat dengan Hospital Pantai...
uols cariklah sendiri ya.
Dan selama dua hari bertugas di sana,
maka dua malam berturut-turutlah ER telah meracun dirinya di situ, kui kui.
Dan berkali-kali ER cuba meracuni fikiran Sk
bahawa di situlah sebenarnya tempat mee racun yang asal
(kawan-kawan opisnya cakap)
 bukannya di Jalan Sultanah sebagaimana
yang pernah SK war-warkan

Setelah beberapa kali sesi memujuk
 akhirnya kelmarin SK turutkan juga kehendak ER
untuk menempuh perjalanan hampir dua jam ke Batu Pahat
semata-mata bagi membuktikan mee itu benar-benar beracun.
Haaaaaa... inilah satu tabiat ER ni kalau nak makan suka jauh-jauh.
Sebetulnya pagi tu (sebenarnya dah dekat tengahari)
SK dah masakkan nasi lemak buah bidara untuk kekanda dan anaknda.
 Jadi elok-elok sampai di Batu Pahat tu semuanya yang dimakan
telahpun hadam barangkali bila ternampak ada gerai sate dan cendawan goreng,
perut ni (ke tekak.. huhu) terus minta dipenuhi, hehehehe.


Pada pendapat tekak SK ni, memang tak boleh lawan Mee Racun Jalan Sultanah laaa... 
 Sebabnya...
mee racun di Jalan Sultanah tu memang terasa sangat kuahnya tu
dengan rasa kambingnya yang mantap.
Tulang dan daging kambing turut dimasak sekali bersama kuahnya
tetapi di sini tulang dan daging tu direbus berasingan
dan tidak dicampur sekali semasa memasak kuah s
ebab SK tengok daging kambing tu bersih tak berkuah dan agak kering.
Bila Sk cakap dengan ER, dia kata patutlah kepala dia rasa okey jer
walaupun dua hari berturut-turut makan mee racun... 
 kalau nak tahu ER ni kalah sikit dengan daging kambing,
boleh makan tapi tak boleh makan banyak.. kalau tak nanti kepalanya senoneng, hehehe
jadi terbuktilahkan kuah mee racun tu tak sepower mee racun di Jalan Sultanah.

Tapi...
walaupun kurang beracun, licin jugakah SK makan, hihihi.
Bukan apa, SK ni memang pantang sikitlah dengan makanan yang tak habis ni.
Macammanapun pelan-pelan kena habiskan
kecuali makanan itu terlalu masin atau manis yang tu memanglah Sk surrender.
Sate di sini pun pada SK terlalu berempah dan bahan kisar tu masih kasar-kasar lagi melekat pada sate tu dan kuah kacangnya terlalu halus.
Sedap juga tapi tak boleh lawan sate bomba, sate aceh, sate Majidee dan sate Wak Radol, hehehe. (Okey.. semua cerita sate tu tak pernah di siarkan di Alam Sari.. SK tahu.. huhuhu)
 

Haaaaaaaaaaa... siapa yang datang sini mesti akan order cendawan goreng ni tau.
Cendawan goreng di sini memang ada kelainan dengan cendawan goreng
yang biasa SK beli di warung goreng pisang kerana
ia di goreng dengan rempah seakan ayam goreng ke ef si.
Sepatah kata Iman, rasa dia macam ayam goreng Uncle Bob..
haaaaaaaa.. sedap plak tu dicicah dengan kuah ala sos rojak ni.
Ok, selain dari mee racun tu, banyak lagi menu gorengan
dan masakan panas yang lain (tomyam tak adalah)
dan pelbagai jenis roti canai.
Memang sesuailah untuk orang-orang yang kelaparan singgah di sini.
Tapi kalau nak makan mee racun, SK tetap pilih Mee Racun DI SINI...
memangnya terbaekkkkk!!
 

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Mee racun yg jln sultanah kakak dah banyak kali makan tapi yg dekat hospital kakak tak tahu jadi tak pernah lagi SK.
    Cendawan goreng kakak pun suka. Dulu kat jln Seelong ada satu warung jual pun sedap. Tak tahu ada lagi ke tak sekarang ni. Kalau pergi penuh dgn golfers aje kat situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie, trylah makan yg kat hospital tu.. dia kena masuk dlm tmn tu.. yg ada Al-Ikhsan tu... nt nmpklah bannernya besor trgantung.. 'Mee Racun'. Cendawan goreng tu sedap, tak sama ngan cendawan goreng kat warung goreng pisang.. kat seelong tu sy pnah makan juga, hehehe.

      Delete
  2. Jalan Sultanah yer... Haiiittt!!

    ReplyDelete
  3. Salam sari..nampak sedap mee racun tu..tgk nama bkn main bahaya TP sedap ya!!

    ReplyDelete
  4. Owh jln sultanh ke sk..akj nnt skodeng..

    ReplyDelete
  5. MEMANG TERBAIK..SALAH SEORANG SAHABAT YG TERBAIK OWNER IDEA CENDAWAN TU..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!