UBI REBUS GORENG.. MENU SARAPAN YANG PALING NOSTALGIA

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

ASSALAMUALAIKUM...

PETANG semalam SK balik awal. Encik Panglima ER kerja luar daerah lagi jadi SK lah yang kena menjalankan tugas mengambil Iman dari sekolah pagi dan menghantar ke sekolah agama di sebelah petang pula. Semalam pula, Khamis. Jadual kerja sampai jam 3.30 petang sahaja jadi SK mintak izin dengan bos untuk balik lebih awal. Alang-alangkan, takkanlah SK nak patah balik ke pejabat pula, membazir minyak kereta jer tu nanti.

Sampai rumah SK teringatlah pulak nak rebus ubi kayu yang beli dengan kawan semalam. Telek-telek jam masih ada masa tiga jam lagi jadi cepat-cepat kopek ubi dan terus rebus. Sekejap jer dah empuk sementara tu buat sambal tumis ikan bilis. Dah tu semalam tak makan tengahari, rasa macam sedap sangat menyantap ubi rebus panas-panas. Sempat jugak siapkan chocolate cheese tart yang ditempah pelanggan setia SK, Idah, hehehe. Lepas mandi dan solat asar terus keluar hantar tempahan 14 kotak cheese tart Idah yang sebahagiaannya SK dah siapkan malam tu dan ambil Iman balik sekolah agama.

Bila sampai rumah, ubi rebus tadi dah sejuk. Dah tak umph nak dinikmati bersama sambal tumis. Urmmm, kita proseslah dia jadi bulat-bulat untuk digoreng macam getuk ubi tu. Tapi SK takde kelapa jadi kepal bodo-bodo jerlah. Pagi ni celupkan dalam bancuhan tepung beras dan goreng. Fullamakkkk!! Nostalgia sungguhlaaaa. Makan dua beranak dengan Iman. ER tak makan almaklumlah diakan mat saleh celup mana makan ubi kan, huhuhu.

Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. cantik set kopi awak!!

    saya dah habis baca Pesona Tiara
    dah ulang
    dan ulang lagi..

    ' terbuai-buai ' dalam sejarah!!!
    best!!

    two thumbs up!!

    ReplyDelete
  2. Macam berjanji pulak kakak pun semalam makan ubi rebus cecah sambal tumis ikan bilis tapi tak bersisa pun utk buat kepal goreng. Tak terfikir pun kalau ada lebih.. tengok SK buat ngences pulak teringin..

    ReplyDelete
  3. Ubi rebus?..tak sempat nak kepal..dah kenyang perut dulu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!