MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, March 3, 2014

IKAN BAKAR ANJUNG BATU... PUJAAN HATI ER

ASSALAMUALAIKUM...

CERITA pasal negeri Melaka Bandaraya Bersejarah lagi, bolehhhh??? Hihihihi... sebenarnya banyakkkkkkk sangat gambar dalam folder tablet Sk ni.. sampai dah berapa kali asyik 'hang' aje, huhu. Jadi Sk nak cepat habiskan cerita pusing-pusing cari makan Sk ni supaya senang Sk delete gambar-gambar dalam folder tu.. eh! Macam sedap pulakkan ayat tu... 'pusing-pusing cari makan' kan kan kan...


Satu lagi agenda wajib kalau ke Melaka orang kata mesti nak makan ikan bakar dengan nasi lemak. Sk rasa Sk ada beritahu yang ini adalah agenda utama kenapa kami ke Melaka.. fuhhhh! Mengalahkan orang yang mengidam. ER kalau bab makan memang sanggup memandu beratus batu. Sk dalam kereta... tidooooo.. hehehehe. Eh, tak adalah tidur sepanjang jalan. Tapi kalau perjalanan 3 jam tu, 2 jamnya Sk tidur, kikiki. Inilah masanya nak berehat, kalau di rumah mana sempat macam-macam benda yang nak dibuat. Jadi kalau ER ajak berjalan tu dapatlah Sk berehat sampai kejang, hoho.


Anda bagilah cadangan Ikan Bakar mana pun yang tersedap atau termurah di Melaka ni tak adanya yang boleh menarik minat ER. Balik-balik nak juga makan di Anjung Batu ni. Seingat Sk mungkin kami pernah makan di tiga tempat berlainan tetapi semuanya ER tak berkenan. Pernah sekali kami dah sampai kat satu tempat ikan bakar tu tapi adalah yang dia tak berkenan. Kadang-kadang sampai bergaduh-gaduh pasal nak makan ikan bakar. Menyampah tau. Jadiknya Sk memang jenis tak cerewet, Anjung Batu pun Anjung Batulah walaupun dalam banyak-banyak tu inilah yang paling jauh dari Bandar Melaka, huhuhu. (kalau tak silaplah)


Datang jauh-jauh taklah mentekedarah sangatpun. Ambil ikan jenahak seekor, udang besar enam ekor, sotong saiz biasa lima ekor... macam tak percaya. Inilah pilihan paling berhemah sekali selama-lama pergi makan ikan bakar di sini, hahahahaha. Tupun dah RM80 termasuklah air dan otak-otak. Campur duit hotel, minyak ngan tol... phewwwwwww! Lap air mata ajelah. Lepas tu makan nasi lemak seorang sebungkus aje tau sebab ada agenda lain... nak supper Roti Naan Cheese Pak Putra kat Taman Kota Laksamana. Tak sangka... kenyang jugak makan macam tu tapi kenyang yang sederhanalah... taklah kenyang sampai tak boleh bangun.

Okey... lepas makan teruskanlah agenda ke Restoran Pak Putra tu tapi......

errrrr.... bersambung!

2 comments:

  1. alahai..kenapalah lambat keluar cerita naan cheese kota laksamana ni?...ari tu ada sewa homestay kat Kota laksamana. kalau tahu pasal roti naan ni boleh lah singgah.

    ReplyDelete
  2. Restoran Pak Putra tu tutup ke SK? Suka suspen macam inilah SK.
    Tapi tak apalah kalau tak dapat pun sebab dah kenyang ikan bakar..

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

SALAM RAMADHAN & SELAMAT BERPUASA

Assalamualaikum... ALHAMDULILLAH... Dapat lagi bertemu Ramadhan kali ini. Ramadhan yang penuh keberkatan dan kemuliaan. Ramadhan ...