SEKUNTUM CINTA... DALAM KENANGAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
ASSALAMUALAIKUM...

SAMBUNGAN dari Kisah ANTARA PAK PUTRA DAN JONKER WALK

Anda pendengar Sinar FM. Kalau ya, tentu irama lagu 'DALAM KENANGAN' INI biasa menjadi halwa telinga, betul tak? Lagu tentang Selat Tebrau dan Pantai Lido ni amatlah menyentuh hati Sk setiap kali mendengarnya. Bukan... bukan sahaja kerana Sk kenal dengan penyanyinya tetapi lirik lagu ini sering mengimbas kenangan di Pantai Lido berpuluh tahun yang lampau. Kenangan yang tak akan pernah luput selagi hayat dikandung badan.
 
 
Haaaa... inilah dia penyanyi lagu itu yang juga merupakan sepupu Sk yang kini menyanyi di Geographer, Jonker Walk, Melaka. Siapa lagi kalau bukan Abang Abid Wheels yang lagunya tu selalu berkumandang di corong radio Sinar FM. Jadi, bila dah terlanjur sampai ke Jonker Walk ni teruslah kami teringat untuk mencari Abang Abid. Masa kami sampai depan Geographer tu, kebetulan anaknda Abang Abid, Nadia Adha sedang membuat persembahan. Bekas pelajar Sekolah Seni Johor Bahru ini baru sahaja merakamkan album tau dan lagunya sekarang menjadi OST bagi drama bersiri lakonan Fahrin Ahmad dan Emma Maembong setiap petang Jumaat dan Sabtu di TV3. Nadia yang kini merupakan seorang guru muzik terus melambai sebaik ternampak kami tiga beranak berdiri tercegat depan Geographer tu, hihi. Bila dah jumpa, apa lagi sesi bergambar leeerrr.

 
Kalau nak tahu, masa Sk adik-beradik kecik-kecik dulu setiap kali hari raya memang tak sabar tunggu Encik Artis ni datang beraya. Biasanya Abang Abid akan datang beramai-ramai bersama adik-beradiknya. Walaupun merupakan seorang penyanyi dan lagunya agak meletops juga tapi Abang Abid tak sombong. Biasanya Abang Abid lebih suka datang bawa pinggan makan di dapur, hehe. Sk ingat lagi selamba jer Abang Abid duduk di tembok dapur sambil makan ketupat... adohaiiii, tetiba rasa macam tak sabar nak tunggu raya pulak, hahaha.
 
Satu lagi lagu Wheels yang popular adalah Sekuntum Cinta. Adohaiii, boleh meleleh airmatalah kalau dengan lagu ni. Liriknya menangkap betul, terbuai-buai kita dibuatnya. Macam ada apa-apa pulakkan, hahaha. Tak frust pun boleh rasa macam frusttttt jer setiap kali dengar lagu ni. Layannnnnnnnn...

 
Lirik Lagu Sekuntum Cinta
 
Pertama kali bersemi dijiwa
oh sungguh indah
mekar mewangi serikan taman hati
yang selamanya ini terbiar dalam sepi
Sekuntum cinta
tersunting dihati
oh sungguh murni
Setiap ketika bagaikan mimpi indah
bila saja berada bersama
Tersedar dari sebuah lamunan
rupanya berbicara sendiri
kehadiranmu dan keindahan
sesingkat sebabak mimpi
Sekuntum cinta
layu tiba-tiba
oh sungguh hampa
gugur bersama kelopak bunga cinta
ku kutip semuanya untuk kenangan
 
#doauntukMH370

p/s BETUL sangat kata Kak Zakie, memang sudah tertulis Iman dapat ke Jonker Walk sebab Restoran Pak Putra tutup. Dan betul jugak kata Che Mat Gebu, bangunan di Jonker Walk memang seksi... hihihi. Amboiiii, Che Mat, semua benda yang klasik-klasik ni memang seksi sahaja di matanya yer, gitewwww.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Salam Ukhuwah SK....

    Sayu pulak bila dengar lagu tu SK... membuai perasaan betul :)

    Follow u #746.. jemputlah keblog kecil akak ye :)

    ReplyDelete
  2. Terbaiklah sepupu awak tu Seri. K ita pun suka lagu ni..".sekuntum cinta layu tiba-tiba..".tak frust pun rasa macam frust je... salam untuk Abid.

    ReplyDelete
  3. waaaa..best nya junker walkkk..lama da x p..thanx atas entri ni...leh p pasni...salam ukhwah, jom la singgah fb page kami --> https://www.facebook.com/pages/Drazwin-healthy-beauty/580234235365326?ref=hl

    ReplyDelete
  4. Waaa...berdarah seni rupanya. Oh yer, kita suka lagu sound track Yess Boss tu... Anak buah akak rupanya yer...

    ReplyDelete
  5. adik kitaa lah yang sekolah seni tuu. hihi. kitaaa sekolah kampung je. :D

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!