MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Wednesday, April 30, 2014

FLOURLESS NUTELLA CAKE WITH FERRERO ROCHER, KIT KAT & STRAWBERRIES FOR ER'S BIRTHDAY

ASSALAMUALAIKUM...


SEJAK minggu lepas ER beberapa kali mengingatkan Sk tentang ketibaan tarikh hari lahirnya hari ini. Malah sejak 14 tahun lalu setiap kali tiba tarikh hari jadi, seminggu dua ER akan bersungguh-sungguh mengingatkan.. Sk pura-puralah tak ingat.. sajalahkan nak melayan perangai budak-budaknya tu. Anak busuklah bongsulah katakan.. walau muka nampak garang, tapi dalam hati ada taman, gitewwww.


Pucuk dicita ulam mendatang.. dalam pada Sk memikirkan kek hari jadi yang mudah dan tidak menyusahkan, maklumlah Sk ni memang lembab bab-bab deco kek ni. Sk memang tak berniat untuk menempah kek kerana ER ni bukanlah pemakan kek-kek ni. ER ni suka makan jajan, coklat dan buah-buahan. Sk dan Iman memang dah rancang untuk buatkan babahnya kek yang berpagarkan coklat kit kat dan ditaburkan dengan Ferrero Rocher dan Strawberries cuma dalam tu nak letak kek apa masih lagi di congak-congak. Memang melonjak sukalah bila Kak Azlita Masam Manis kongsikan resepi Nutella Cake ini di laman beliau. Sk ni kan malas nak menggoogle-google. Kadang tu tak teringat, heheheh.

Budak kecik pun boleh buat kek ni tau sebab teramatlah senang sekelip mata jer kita nak sediakan tapi mak bapak kenalah sediakan ongkosnya.. huwa huwa huwa. Harga nutella memang meletopslah kan. Syukurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr Alhamdulillah sebab mak mertua Sk beranakkan ER di hujung bulan, kui kui. Tambah lagilah nak beli Ferrero Rocher dan Strawberry tu, dompet yang kembung sekelip mata kempis... kalau perut Sk yang kempis kan bagusssssssss. Disebabkan Sk guna loyang 8" dan Sk bayangkan kek ini lebih menipis dari kek Kak Ita (sebab Kak Ita guna loyang 7") maka Sk buat dua loyang atau dua adunan. Senang tak payah belah-belah, kita lapiskan sahaja dua kek tu nanti sebab pagar kit kat tu akan buat kek tenggelam tak nampak bayang nanti, hehehe.

Flourless Nutella Cake
Sumber : Masam Manis

250 gm nutella
4 biji telur A

Caranya :

Gris loyang 7" dan alas dengan baking paper. Panaskan oven 170C.

1. Pukul telur dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan naik tiga kali ganda. Warnanya akan bertukar putih dan masa dianggarkan 6 hingga 7 minit.
2. Masukkan nutella ke dalam mangkuk. Masukkan 1/3 bahagian telur dan kaup balik hingga sebati.
3. Masukkan 1/3 lagi bahagian telur dan kaup balik sebati.
4. Masukkan bahagian telur yang terakhir dan kaup balik sebati dan tuangkan ke dalam loyang.
5. Bakar 25 minit.

Caramel Sauce
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan krim ( tick cream, double cream. whipping cream)
25 gm mentega
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla

Panaskan gula hingga larut dan berbuih
Tuangkan krim ( berhati-hati ketika melakukan proses ini)
kacau rata.
Tutup api masukkan garam, esen vanilla dan butter
Biarkan sejuk
Note : Sk letakkan fresh cream di antara dua kepingan kek dan sapukan fresh cream juga di keliling kek untuk melekatkan kit kat.
Caramel Sauce pula Sk lelehkan di atas strawberries.

Nak tengok gambar selepas potong ke??? Tungguuuuuuuuuuuuuu... sebab belum potong lagi.. tunggu petang nanti. Ni baru tiup lilin jer, hehehehehe.

Tuesday, April 29, 2014

PULUT MANGGA THAI

ASSALAMUALAIKUM...


SEMASA Sk singgah ke rumah mak menghantar Caramel Pudding hari tu, adik Sk menghulur tiga biji mangga yang besar dan ranum. Entah mengapa tetiba hati Sk ni teringin nak makan pulut mangga. Pulut mangga yang sedap Sk pernah makan biasanya Sk beli dari Pesta Thai. Masa pergi ke Padang Besar dulu Sk ingat boleh jumpalah pulut mangga yang sedap memandangkan ia bersempadan dengan Siam rupanya indah khabar dari rupa. Macam pulut yang dicurah dengan santan kosong sahaja. Lepas tu cari pulak pulut mangga yang sedap di pasaraya Giant, pun dah tutup, sedey... sedey.. tu yang merajinkan diri buat pulut mangga ni malam tadi, hihihi.

Dalam bahasa Thai, ia dikenali sebagai Khao Neow Ma-Muang. Sk percaya tiada jalan singkat untuk mendapatkan rasa pulut mangga yang asli seperti buatan orang Siam. Memang banyak resepi pulut mangga di laman maya dan kebanyakannya menggunakan cara mudah memasak menggunakan rice cooker. Tak mo... tak mo... biar susah sikit asalkan dapat yang menawan hati. Dan betullllll, Sk tak silap apabila memilih resepi dari Singgahsana Kitchen.. memang mantap sampai ER berulang makan gitu. Maknanya sedaplahh tuuuuuu!! Terima kasih ya pemiliknya Iza Akma atas resepi yang amat sedap ini :-)))) Izinkan Sk kongsikan di Alam Sari pula.


Khao Neow Ma-Muang
Sumber : Singgahsana Kitchen

500 gm beras pulut (basuh bersih, toskan, tak perlu rendam. Masuk dalam loyang, letak air sama paras pulut dan kukus 20 minit atau hingga pulut masak)

750 gm santan (Sk guna santan kotak 500ml M&S, tambah air masak sampai dapat berat 750 gm, kacau rata)
6 sb gula pasir

3 sb gula pasir
5 helai daun pandan
6 sk tepung jagung
2 sk tepung beras
garam secukup rasa

Sementara mengukus pulut, sediakan santan :

1. Masak santan (750 gm hingga seperti terbit minyak, kacau selalu jangan berketul atau pecah santan)

2. Masukkan gula (6 sb), kacau hingga gula larut)

3. Asingkan 300 gm ke dalam mangkuk lain.

4. Masukkan garam secukup rasa dalam periuk dan kacau sebati. Matikan api.

5. Apabila pulut masak, masukkan santan dari periuk sedikit-sedikit semasa pulut masih panas. Masukkan santan dan kaup balik bersama pulut sehingga cukup lembut dan pulut berkilat. Jangan terlebih santan.

6. Jika pulut sudah cukup lembutnya dan keseluruhan disaluti santan berhenti tambah santan.

7.  Sos Santan : Tenggekkan semula periuk atas dapur dan masukkan semula 300 gm santan dalam mangkuk tadi.

8. Tambahkan gula (3 sb) dan garam secukup rasa, tepung jagung dan tepung beras. Kacau sehingga tepung larut dan masak dengan api perlahan sehingga pekat. Tutup api.


9. Hidangkan pulut bersama sos santan dan mangga yang masak.

p/s resepi di atas Sk taipkan semula mengikut cara Sk memasak. Untuk resepi sebenar bolehlah singgah ke Singgahsana Kitchen.

Monday, April 28, 2014

MEE KOLOK HUTAN BANDAR JOHOR BAHRU

ASSALAMUALAIKUM...
 
 
LAMA gila meroyan nak makan Mee Kolok ni.
Satu-satunya mee kolok yang paling sedap Sk pernah jumpa ialah
di Atira Eatery, Hutan Bandar Johor Bahru
malah di tekak Sk, mee kolok di sini lebih sedap dari Mee Kolok di Sarawak.
Ops! Sarawakian janganlah marah ya..
Sebenarnya pemilik gerai Mee Kolok ini sendiri berasal dari Sarawak.
 Itulah pasal sedapppppppppp dan asli.
Menurut pemilik gerai Mee Kolok ini,
kebanyakan mee kolok di Sarawak sudah hilang aslinya
kerana terlalu banyak tokoh tambah.
Tengok Mee Kolok ni simple sahajakan
 tapi kalau makan memang tak menoleh kanan-kiri tau.
Eiiii, tengok gambar dah kecur balikkk, hehehehe.

Friday, April 25, 2014

CARAMEL PUDDING

ASSALAMUALAIKUM...

DAH lama Sk tercari-cari resepi caramel pudding yang tidak terlalu manis, yang halus, yang tulus dan yang mulus.. hehehe. Iman adalah peminat caramel pudding begitu juga kakak Sk. Jadi Sk selalu jugaklah buat. Caramel Pudding ni walaupun nampak macam senang nak buat tapi ia ni sangat manja. Masa buat tu kita kena belai dia sepenuh jiwa raga. Fikiran pun kena tenang saja baru ia menjadi dengan sempurna. Gitewwww.

Alhamdulillah, untungnya sekarang di laman sosial ramai yang tidak lokek berkongsi resepi. Sk kurang pasti siapa pemilik resepi sebenar tapi telah banyak dikongsikan di antara rakan fesbuk. Semoga dengan tersebarnya  resepi ini akan lebih melimpah ruahlah rezeki beliau yang baik hati. Hanya Allah swt sahaja yang akan membalasnya.

Bagi sesiapa yang hendak mencuba, silakan.

Caramel Pudding

Bahan Caramel :
250 gm gula pasir
- dipanaskan dalam kuali dengan api perlahan sehingga perang dan larut
tambahkan 1/2 cawan air. Kacau sehingga ia larut. Tutup api dan sejukkan.

Bahan Pudding :
5 biji telur gred B - dipukul perlahan hingga sebati
Satukan :
1/2 tin susu pekat
1/2 tin susu cair
1 tin air
kemudian masukkan ke dalam telur.
Tambahkan 1 sk esen vanilla
Kacau perlahan hingga sebati, tapiskan.

Panaskan kukusan.
Masukkan caramel anggaran 20 gm dalam bekas kecil.
Tuangkan adunan puding tadi.
Kukus 20 minit dengan api yang perlahan.

Selamat mencuba!
Wassalam.

Thursday, April 24, 2014

PETAI DAN PLAYBOY

ASSALAMUALAIKUM...

SEMALAM Sk gelak besar bila baca post di Blog Sis Hajiah Surihani yang berbunyi begini :

'TELUR, TENUSU, DAN HASIL BERKAITANNYA.
Itu antara yang tidak dibenarkan mendarat di bumi Australia. Lebih-lebih lagi telur dinosour. Tapi, kalau dalam rambut ada telur kutu, boleh saja.'


Hahahahahahaha... mungkin bagi orang lain ayat ini tak kelakar tapi Sk boleh bayangkan gaya selamba Sis Hajiah menulis. Ya, beliau memang seorang penulis yag selamba. Sk sangat suka baca catatan dalam blognya dengan URL 'mari kita jadi baik' tu. Cuma beliau amat jarang menulis, Sk fikirkan beliau orangnya tentu sibuk sekali dengan keluarga dan kerjaya rupanya sibuk menonton drama bersiri adaptasi novel... alaaa... yang ada Jebat Halussssss tuuuuuu.

Disebabkan Sk suka sangat dengan ayat tu sampai berulang-ulang membacanya dan Sk suka nak kongsi kekelakaran itu dengan kawan-kawan jadi Sk post status di fesbuk dengan ayat yang sama. Dan dah jadi kebiasaan setiap kali dalam perjalanan balik kerja (jika bersama ER) Sk akan tanya jika dia ada baca benda-benda kelakar yang Sk post di fesbuk.

"Post yang mana satu? Babah lupa..." tanya ER. Lalu Sk pun ceritalah tentang telur dan tenusu tu. Berdekah-dekah kami ketawa dan lagilah nak pecah perut bila ER buka rahsia seorang kawannya semasa mereka mengikuti satu trip syarikat ke luar negara (off record) suatu ketika dahulu. Masa ni Sk belum kenal dengan ER lagi maknanya peristiwa dah lebih sepuluh tahun tapi memang peristiwa yang tidak boleh dilupakanlah. Siap bercerita dengan gaya-gaya sekali tuuu.

PETAI DAN PLAYBOY

KAPAK (bukan nama sebenar) amat teruja kali ini. Disebabkan prestasi syarikat yang mencanak-canak tingginya dan ekonomi syarikat berkembang dengan begitu baik, beliau dan staf lain telah mendapat peluang untuk melancong ke luar negara. Dah menjadi kelaziman syarikat memberi imbuhan demikian kepada staf yang bekerja keras demi memajukan syarikat dan destinasi kali ini adalah ke negara orang putih. Memang dah lama Kapak mengidam untuk terbang ke negara tersebut. Bila dapat peluang memang tak mungkin ditolak.

Sehari sebelum terbang, Kapak mula susah hati. Kapak yang mempunyai lidah melayu mula memikirkan dapatkah dia berhadapan dengan situasi di negara orang yang menjadikan roti sebagai makanan ruji. Sudahlah tidak dapat dipisahkan dengan nasi. Sambal belacan juga wajib dalam menu sehari-hari. Kalau ada petai lagilah makan tak menoleh kanan-kiri. Lalu Kapak bertekad, apapun terjadi dia mesti bawa petai kali ini. Petai tak berbau macam durian dan belacan. Mesti lepas ni!

Kapak berkira-kira di mana nak disorokkan petai tiga papan itu. Semasa mengemas-ngemas seluar dan baju, Kapak mendapat idea memasukkan petai dalam lipatan baju. Dia langsung tidak memberitahu kawan-kawan yang lain. 'Ini misi rahsia, orang lain tak boleh tahu,' kata hati Kapak.

Kapak lega. Beg mereka selamat melalui pemeriksaan kastam. Mereka dibawa ke hotel. Tapi Kapak belum lagi bersedia untuk mengeluarkan petainya. Kapak memeriksa itinerary lawatan. Wahhhhh! Esok mereka akan menikmati makan tengahari di Restoran Masakan Malaysia. Masa yang sesuai untuk menikmati petai... hehehehe. Kapak menyedut puas-puas bau petai tiga papan itu sebelum menyimpannya ke dalam beg sandang.

Semua ahli rombongan ceria bila di bawa ke Restoran Masakan Malaysia di negara orang putih. baru dua hari meninggalkan tanah air mereka benar-benar rindukan masakan ibunda. Ada yang rindu nasi.. ada yang rindu kari.. ada yang rindu asam pedas. Teh tarik dan roti canai pun ada, hebat!!!

Pelayan-pelayan restoran menghidangkan lauk-lauk yang telah dipesan lebih awal melalui ejen pelancongan yang ditempah syarikat. Datang seorang pelayan membawa dua mangkuk kecil dan meletakkan ke atas meja makan. Semua terlongo sambil menjenguk ke dalam mangkuk.

"Sambal belacan????"

"oho oho oho oho...." semua teruja giler.

"Ni kalau ada petai sedap nih!"

"Errrrr.. korang nak ke?? Aku ada..." teragak-agak Kapak bersuara.

Semua menoleh ke arah Kapak. Perlahan-lahan Kapak menarik keluar  petai tiga papan dari beg sandang. Semua ternganga. Kapak tersengih lebar :))))))

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Puas melancong di negara orang sampailah masa pulang ke negara sendiri. Kapak tetap Kapak. Ada saja yang nak diseludupnya bawa balik. Kali ini Kapak membawa pulang majalah-majalah yang diharamkan dijual di negara hujan batu. Majalah apa?? Sila rujuk tajuk di atas.

"Ishhhh... cemana aku nak bawa ni? Nak sumbat mana???" Kapak teringat idea dia menyelit petai di celah lipatan baju. Idea yang boleh diguna pakai ni, katanya dalam hati.

Sampai di lapangan terbang Malaysia, Kapak menyarung kepala dengan kopiah. Sambil berjalan terkumat-kamit mulut berzikir. Kapak oh! Kapak... semoga sekarang kau dah insaf dan bertaubat.. huhuhuhu.

p/s Cerita ini adalah kisah benar dan telah diubah dalam bentuk fiksyen. Segala nama yang digunakan adalah nama samaran.





Wednesday, April 23, 2014

WW : AYAM DAN SAMBAL

ASSALAMUALAIKUM...
 
MALAM malam tiga hari berturut-turut.... Nasi Katok.. hehehehehe.


Ko mampuuuuu???

Tuesday, April 22, 2014

'CHEESE' APA YANG BAGUS DAN ADA UNTUNG BUSAT MAAAA???

ASSALAMUALAIKUM...

CREAM CHEESE

ANTARA soalan yang paling banyak ditanya... hehehe. Sebenarnya Sk dah naik serba salah nak jawab soalan-soalan ini. Betul, cream cheese yang bagus adalah cheese yang mahal tetapi jika cara penyimpanan salah (termasuklah cara anda membawa balik ke rumah dari bakery shop) cheese yang mahal juga akan menghasilkan krim yang layu di hujung mekar. Oh, ya. Bagi kebanyakan peniaga, mereka akan membeli cheese secara pukal. Cuma seorang sahaja setakat ini yang saya pernah jumpa beli cheese secara runcit. Alasan dia, senang.. tak payah sukat-sukat. Baik, alasan diterima :-)))))

Kenapa Sk jadi serba salah untuk bagi jawapan? Sebab bila Sk sebut Sk guna satu jenama cheese ni rupanya ada yang memerli-merli di laman sosial. Oh, Sk tak tahu apa salah Sk bagitahu jenama yang Sk gunakan. Adakah bila Sk bagitahu Sk guna cheese jenama apa, semua pelanggan anda lari ke Sk? Tidakkan.. jadi kenapa nak perli-perli pula.. sungguh tak faham..

Ada yang tanya, untung ke Sk meniaga guna cheese 'tu'? Bolehlahhhh.. Sk tak pernah rasa rugi pun. Untung tu subjektif. Ada orang nak untung banyak... ada orang tak kisah... ada orang asalkan balik modal. Tapi tiada siapa yang nak rugi. Malah dalam Islam pun tiada had tentang keuntungan. Dan Sk nak bagitahu juga di sini, modal cheese ni tak sama bagi setiap peniaga. Maknanya untung pun tak sama. Marilah Sk tunjukkan contoh. Harga yang dipaparkan adalah harga standard bagi kebanyakan jenis cheese.

Peniaga A - Beli cheese Jenama A berharga RM12.90 -  250 gram.

Peniaga B - Beli cheese Jenama B berharga RM7.90 - 250 gram.

Peniaga C - Beli cheese Jenama B berharga RM14.90 - 500 gm

Peniaga D - Beli cheese Jenama A berharga RM59 - 2 kg

Peniaga E - Beli cheese Jenama B berharga RM40 - 2 kg

Peniaga F - Beli cheese Jenama C berharga RM28 - 1 kg

Peniaga G - Beli cheese Jenama D berharga RM29 - 1.36 kg

Peniaga H - Beli cheese Jenama D berharga RM231 - 13 kg

Jika setiap 250 gram cream cheese boleh menghasilkan 70 biji cheese tart dan setiap peniaga menjual sebiji cheese tart dengan harga 70 sen sebiji, peniaga manakah yang paling untung? Okey, buat kira-kira dulu nanti cikgu bagi jawapan dan assignment yang lain pulak ya :-))))))

NASI KATOK DAN SUP KAKI LEMBU

ASSALAMUALAIKUM...


DUA malam berturut-turut kami menikmati Nasi Katok bersama Sup Kaki Lembu
untuk membina badan supaya sihat dan kuat.
Sup kaki lembu pemberian dari ibu Sk, adohaiiiii.. sedap ya ampun.
Siapakah yang dapat menandingi masakan seorang ibu, kan.
Cukup segala rempah ratusnya dinikmati bersama sambal kicap yang meletops!
Amboiiiii, menantu makan tak toleh kiri kanan nooo.
Sebenarnya ER minta Sk masak sambal tumis ayam malam tu tup-tup bila sampai di Skudai,
Sk dapat mesej dari Angah suruh singgah ambil sup ni.
Jadi, menu sambal tumis telah bertukarrrrrrrrrrrr.
ER kata, tak apalah, esok saja goreng ayam
tapi Sk teringin pula nak makan buat Nasi Katok
yang resepinya dikongsikan seorang kenalan
 dari Kota Kinabalu, Sabah.
 
terima kasih, Za :))))))


Menurut kenalan Sk ni, Nasi Katok berasal dari negara Brunei Darus Salam
di mana peniaganya berbangsa cina dan tinggal di Osumping.
Perniagaan Nasi Katok ini asalnya beroperasi pada lewat petang atau malam. 
Urusniaga dilakukan dengan cara sama ada peniaganya yang akan mengetuk
(masyarakat sana sebut 'mengatok')
rumah si pembeli
atau si pembeli yang mengetuk rumah si penjual.
Nasinya pula ditanak menggunakan beras siam wangi
manakala sambalnya terpulang kepada kreativiti masing-masing.
Semakin mantap rasa sambal semakin bertambahlah pembeli setia.
Wajib ada dalam hidangan nasi katok ini adalah
ayam yang digoreng yang mana rencahnya juga mengikut cara penjual masing-masing.


Seorang lagi kenalan (jiran farmville dolu-dolu) pula berkata,
 terdapat banyak sekali gerai yang menjual Nasi Katok ni di tepi-tepi jalan di Brunei.
Walaupun hidangannya agak mudah iaitu nasi putih, ayam goreng dan sambal tumis
yang dibungkus dalam kertas tetapi ciptarasanya berbeza-beza.
Haaaa.. bila Sk post gambar nasi katok ni di fb ternyata ramai yang tak tahu apa dia nasi katok.
Ada yang ingat katok tu katak.. maklumlah kan ada beberapa tempat yang sebut katak tu katok.
Ada yang kata katok tu pukul, hihihi. Macam-macam!!
Mujurlah Allah swt temukan Sk dengan Za, tauke Nasi Katok ni,
kalau tak, Sk pun tak tahu tentang kewujudannya.


Sebenarnya terpulang kepada anda nak buat sambal macam manapun.
Sambal tumis kosong sahaja tau.
Kata kawan Sk, sambal yang paling popular adalah 'Sambal Dadah Tahai'.
Aduh, Sk pun kurang pasti macam mana rupa atau rasa dan bahan untuk menyediakan sambal tu. Ngeri urat bila sebut tu, heheheh.
Untuk sambal Sk ni,
Sk serba salah sebenarnya nak kongsikan resepi sebab Sk tak ada sukatan yang sebenar 
sebab kawan Sk tu berniaga.
Sk pun pakai campak-campak dan agak-agak juga sukatannya sebab maklumlah orang meniaga, resepinya bukan guna gram-gram macam kita
yang buat untuk makan saja-saja ni, hihi.
Semua sebut dalam kilogram.. hehehe. 
Bagi sesiapa yang nak cuba, senang aje.. bawang, cili padi dan belacan 
digoreng keemasan dengan minyak kemudian dikisar.
Lepas tu dimasak semula, tambahkan asam keping dan gula.
Sambal anda mestilah ada 1P dan 3M iaitu
pedas,
masin,
manis
dan masam,
fuhhhhhh #lappeluh!

ALHAMDULILLAH.....
SYUKURRRRR
NIKMAT DAN REZEKI DARI-NYA


Untuk ayam goreng tu pula ada yang menggunakan resepi ayam goreng bersalut tepung
macam kefsi tu.
Tapi keluarga Sk kurang gemar makan nasi dengan ayam goreng bersalut tepung.
Sk cuma letak garam, serbuk kunyit dan serbuk cili.
Goreng dengan api sedehana kecil untuk mendapatkan isi ayam yang lembut.
Kalau nak dapatkan ayam goreng yang sedap, kita kena sabar masa goreng.
Duluuuuuuu.. Sk tak pandai goreng ayam.
Selalu sangat ayam yang Sk goreng, masak di luar mentah di dalam.
Maklumlah, nak cepatttt ajer buat kerja.
Lepas tu Sk belajar jadi penyabar.
Goreng guna api kecil.
Fuhhhh, memang mantaplah hasilnya.
Bila ayam dah mula garing dalam kuali,
taburkan daun kari,
 memang terangkatlah!
Orang Johor kata 'mengancam'.. ya... gitewwww ;p
 
kepada Za,
terima kasih kerana sudi berkongsi resepi
semoga bertambah berlipat ganda rezeki Za dan keluarga,
Aamiiinn Ya Rabbal Aalamiiinnn.

Monday, April 21, 2014

MESIN TART

ASSALAMUALAIKUM...

HARI ini Sk nak cerita pasal mesin tart. Hari lain nanti Sk cerita pasal makan lagi ya (kalau ghajin). Sk banyak sangat dapat pertanyaan tentang mesin ni. Bagaimana cara nak guna? Berapa banyak boleh siap dalam satu saat?? (aiyakkkk!) Ada yang tanya kenapa lubang tu bulat tak ada biku-biku atau kelopak-kelopak berbunga macam acuan tart tu. Paling parah ada yang tanya, tu kalau tekan terus dia siap bakar sekali ke??? Haaaaaaa... janganlah bagi soalan macam tu sayang oi. Nak bakar kenalah masuk dalam oven. Aishhhh.. jangan pulak masukkan mesin dalam oven pulak ya, huhuhu.

Okey, macam ni. Tengoklah berapa lubang yang ada, lagi banyak lubang lagi cepatlah siap adunan tu. Tapi tak semestinya yang ada dua lubang sahaja tu tak laju. Laju jugak tu dan mesin dua lubang adalah mesin yang mendapat permintaan paling tinggi di kalangan pengguna. Bagi Sk pulak, walaupun Sk menggunakan mesin lima lubang tapi bagi Sk, mesin dua lubang ini lebih mudah dan ringan. Contohlah, Sk tekan-tekan adunan tukan... nanti dah hujung-hujung kan adunan tu dah tinggal sikit sehingga cuma perlu guna dua atau tiga lubang sahaja, nanti masa nak tekan tu lebih ringan sikit bahu ni dan tak perlu guna tenaga yang lebih. Haaa.. jangan ingat tak guna tenaga pulak ya guna mesin ni. Guna tenaga jugak tapi lebih cepatlah siap berbanding tekan doh secara manual menggunakan jari.

google image

Okey, bagi yang masih kurang faham tu, Sk nak tunjuk, sebelum guna mesin tart anda wajib ada acuan seperti di atas ini. Acuan ni ada pelbagai saiz ya. Ada yang kecil sekali, ada jugak yang besar. Yang besar gedabakkkkkk (tiada dalam gambar) tu acuan untuk pie ya. Acuan tart ni molek-molek ajer comelnya, heheheh. Paling penting anda mesti kenal berapa saiz acuan tart anda. Cara nak ukur acuan tart adalah dengan mengukur diameter bahagian atas acuan dari hujung kelopak ke hujung kelopak.

Biasanya kebanyakan size tart mould yang diguna pakai dan paling popular digunakan adalah size 4 dan 5 cm. Bila Sk sebut saiz 4 tu maknanya antara 4 hingga 4.5 cm dan bila Sk sebut size 5 tu maknanya antara 5 hingga 5.5 cm. Macam gambar ukuran mould dalam gambar di bawah tu  4.2 cm tapi kita akan ambil kira ukurannya sebagai 4.5 cm. Jadi, sebelum menempah mesin jangan lupa pastikan saiz acuan anda ya.


Untuk menggunakan mesin ini, anda perlulah membalut dahulu tombol penekan mesin dengan plastik yang nipis. Adunan anda pula hendaklah doh yang elok, tidak terlebih atau terkurang tepung. Jika terkurang tepung, adunan akan melekat pada tombol dan jika terlebih tepung alamat payah pulak nak menekan mesin kerana doh agak keras. Ingat ya, yang sedang-sedang ajaaaa... Jom tengok cara menggunakan mesin tart.






Untuk tempahan anda boleh menghubungi Sk di talian 0127799705. Boleh telefon bercakap sendiri dengan Sk atau kalau malu nak cakap boleh hantar sms. Atau kalau nak jimatkan baki kredit anda bolehlah whatsapp. Kalau nak hantar email pun boleh : serikanditanahjauhar@gmail.com lebih mudah sebab Sk akan bagi terus sebut harga, terma dan syaratnya.

Wassalam.

Sunday, April 20, 2014

MEE BANDUNG ODEON BATU PAHAT

ASSALAMUALAIKUM...


TAK PERLU pergi sampai Batu Pahat.. Sk makan Mee Bandung ini di CTR Klasik, bersebelahan Pasar Peladang, Skudai. Mula-mula bila menghirup kuah mee bandung ini, oh mak aiiii.. sedapnyaaaaaaaaaa. Barulah boleh ambil gambar dan promotkan dengan kengkawan. Cuma satu jer, hujung-hujung tu rasa kuah agak berpasir atau berkeladak mungkin dari habuk udang kering tu. Dan rencah sotong dan dagingnya amat sedikit, udang tu memang tak nampak bayanglah. Sayur jumpa dua helai.. huhuhu. Jauh beza dengan gambar-gambar yang ditayangkan di facebook dan blog CTR Klasik. Macammanapun kuah dia memang sedapppppp tapi potong sebab ada rasa berkeladak di akhir-akhir suapan tu. Tapi licin jugaklah mangkuk Sk, maklumlah.. orang Johor dan mee bandung memang sukar dipisahkan, ye tak??

Paling Sk suka kalau makan mee bandung adalah menikmati telur dengan bahagian kuningnya tu separuh masak. Memang kena makan dengan berhati-hati jangan sampai tersentuh nanti pecah. Kalau Iman pulak suka cucuk kuning yang cair tu dan gaulkan bersama kuah. Sk simpan sampai habis semua mee baru masuk sebiji dalam sudu suap dalam mulut, nak rasa kuning tu pecah dalam mulut. Haiyoooo.. buruknya perangai.. kecur ailioooo tauuu.

Untuk datang ke sini, anda boleh masuk dalam kawasan Pasar Peladang ni dan ambil jalan susur ke pagar bahagian belakang pasar. Jangan risau, jalan elok dan bertar cuma agak gelap sebab CTR Klasik ni cuma dibuka selepas 7.30 malam. Mungkin pihak CTR boleh memasang spotlight di laluan tersebut bagi memudahkan pelanggan. Selain mee bandung terdapat juga hidangan lain termasuk bakso dan sate serta ada juga jemput-jemput ikan bilis di gerai bersebelahan. Selamat Menjamu Selera.

Saturday, April 19, 2014

APAM SOLO

ASSALAMUALAIKUM...


APAM SOLO nama diberi,
Di mana asal tidaklah pasti,
Hajat sahabat telah kupenuhi,
Semoga tiada yang berkecil hati.

Dari Setiu ke Pasar Payang,
hajat mencari acuan tembaga,
Intinya itu kutukar kentang,
kerana malas memarut kelapa.

Kurang dua bulan lagi kita akan menyambut Ramadhan Al Mubarak. Setiap kali tibanya bulan ini bererti selain dari peluang kita meningkatkan pahala berganda ada juga yang mencari peluang untuk mencari duit raya. Dah jadi budaya, ramadhan dinanti, syawal dirai, tak gitu? Jadi, di kesempatan ini Sk ingin menunaikan hajat seorang hamba Allah yang  meminta agar Sk dapat berkongsi dengan semua pembaca resepi Apam Solo yang telah dipelajarinya. Oh, ya. Inti asal bagi Apam Solo ini adalah inti kelapa manis dan boleh juga digantikan dengan inti kacang merah tapi Sk punya menderhaka Sk tukarkan dengan kari kentang.. Hihihi. Sedappppp, macam makan pau kari gituuu.

Apam Solo

Bahan Inti :
130 gram gula merah
30 gram gula pasir
125 ml air
2 helai daun pandan
300 gram kelapa parut putih
1 sb tepung gandum
1/4 sk garam

Caranya :
1. Masakkan gula merah, gula pasir, air dan dayn.pandan sehingga mendidih.
2. Masukkan kelapa parut dan garam, kacau sebati.
3. Apabila hampir kering masukkan tepung gandum, kacau sebentar, angkat dan sejukkan.

Bahan Apam :

*500 gram tepung gandum
*2 st instant yis
*180 gram gula pasir
*250 ml susu cair
*600 ml air
*1/8 st garam
pewarna kuning dan coklat emulco secukupnya

Caranya :

1. Campurkan semua bahan bertanda * dan gaul rata hingga sebati. Bahagikan kepada tiga bahagian.
2. Biar satu bahagian asal, bahagian kedua campurkan dengan pewarna kuning dan satu lagi coklat emulco.
3. Perap adunan selama 40 minit.

Cara menyediakan apam solo.

1. Panaskan air dalam periuk kukusan. Sapu acuan dengan minyak masak rata-rata.
2. Masukkan sedikit adunan apam putih.
3. Isikan inti kelapa.
4. Tutup dengan adunan apam putih.
5. Masukkan adunan apam berwarna kuning dan coklat emulco dan lorekkan.
6. Kukus apam dengan api sederhana selama 15 - 20 minit atau sehingga apam masak.
7. Keluarkan apam acuan bila sejuk sedikit.

** Sukatan ini bileh mendapat lebih 40 biji apam dan amat sesuai untuk berniaga.

Apam Solo Sk berinti kari kentang dan Sk gantikan chocolate emulco dengan pewarna hijau.
 Akhir kata mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang sudi berkongsikan resepi Apam Solo ini, hanya Allah swt sahaja yang akan membalas kemurahan hatimu, Aamiiinnn.

Wassalam.

Wednesday, April 16, 2014

KISAH IKAN LAGIK!

ASSALAMUALAIKUM...

BARU-BARU ini Sk ada singgah di dapur sahabat yang jauh di Bahrain sana. Eh, sebenarnya ini adalah antara dapur yang wajib singgah tau sebab banyak sungguh ilham yang dikongsikan di dapur ini. Pemiliknya cantik manis ayu jelita, mula Sk ingatkan pangkat kakaklah dengan Sk rupanya kami sebaya, hehehe. Biasalah Sk memang sentiasa perasan bajet muda dari orang. Semua orang nak panggil kakak.. ish.. tu tandanya hormat, betul tak?? Kikiki.

Jadi, Sk tinggalkanlah komen tentang 'Sole Fish' yang digoreng Indian Style oleh Maz Ilham Dapur tu. Sk tanya dengan Maz, ingat tak bagaimana sejarah tentang 'Sole Fish' atau biasa di kalangan keluarga Sk disebut dengan nama Ikan Sebelah ? Dan Maz telah meminta Sk untuk berkongsi sejarah ikan tu. Mulanya Sk bercadang nak kongsikan terus cerita Ikan Sebelah tu esoknya tapi disebabkan sepanjang dua tiga minggu yang lepas Sk agak sibuk kerana ada lawatan verifikasi jadi terbantutlah nak cerita. Idea tak mari gitu. Kalau cerita lain yang ringan-ringan okey tapi ini kisah sejarah dan kena cari faktanya, betul tak? Dan disebabkan fenomena kisah ikan di blog dan fb Sk yang berlaku semalam tu, Sk terpanggil untuk berkongsi kisahnya hari ini...minggu ni pulak macam tak berapa sibuk sebab sebahagian pelajar Sk sedang menghadapi peperiksaan dan sebahagian lagi dah habis selesai.


Dalam keluarga SK, ikan sebelah ni merupakan antara ikan yang paling kerap dibeli oleh ibu. Rasanya yang sedap apatah lagi jika digulai asam pedas memang buat kami makan bertambah-tambah. Sebenarnya kitorang memang kuat makan punnnnnn. Habis makan nasi sambung pulak cicah gulai dengan roti.. eh, terbalik, cicah roti dengan gulai. Kakaka. Hujan ribut dah berhenti pun kitorang tak bergerak lagi dari meja makan. Memang patut pun debab-debab belaka, kekeke.


Duluuuuuuuuuu... masa Sk kecik-kecik, Sk suka duduk mencangkung mengadap ibu menyiang ikan. Ialah, kita dulu-dulu bukan macam sekarang, ada sinki. Nak cuci pinggan, cuci kain, siang ikan semua buat dalam bilik airkan. Mencangkunglah mengadap dan kepelikan melihat si ikan yang sebelah hitam sebelah putih. Ibu Sk ni pulak jenis yang rajin bercerita. Dengarlah ibu cerita. Masa ibu cerita jangan banyak tanya nanti boleh berdarah telinga kena bebel, muehehehe.

Ibu cerita, ikan ni nabi dah makan separuh/ sebelah lepas tu nabi campak semula dalam air dan dengan izin Allah SWT ikan tu pun hidup semula dan berenang-renang dalam air tu dan membiaklah keturunannya sehingga ke hari ini. Kita budak kecikkan, kagum sungguh dengan kisah ikan tu. Rupanya bahagian ikan yang berwarna putih tu adalah bahagian ikan yang telah dimakan nabi dan dengan mukjizat nabi, ikan itu dapat hidup semula. Nabi tersebut adalah Nabi Sulaiman AS yang terkenal dengan kisahnya yang boleh berkomunikasi dengan haiwan. Sebab itulah selain dari dikenali dengan nama ikan sebelah, ia juga dipanggil ikan sisa nabi dan ada juga yang memanggilnya ikan Nabi Sulaiman. Oh, ya.. ikan ini memang tinggal sebelah badan sahaja bagaimanapun bahagian putih tu masih mempunyai isi yang nipis dan tidak bermata. Ikan ini berenang dalam keadaan menelentang iaitu bahagian yang bermata di sebelah atas.

Ada ke yang tak pernah makan ikan ni? Kalau belum cubalah, ikan ni sedap masak apapun tau. Goreng pun sodapppppppppppp!!!

semua imej adalah hasil carian google

Tuesday, April 15, 2014

FAREEDA OH! FAREEDA

ASSALAMUALAIKUM...

IKAN Fareeda nama di tanah Abu Dhabi.
Sk cilok mintak izin sahabat di sana untuk share gambarnya di Alam Sari.
Teringat pulak kisah tudung bawal dan ikan bawal.... errrrr.. tak mo cakap banyaklah, nanti tak pasal-pasal ajer.... huhuhuhu.


Errrr... ada siapa-siapa yang tahu apa nama ikan ni di Malaysia???
Goreng pun sodapppppp tuhhhh!!

Monday, April 14, 2014

CHOCOLATIERE

ASSALAMUALAIKUM...
 
'ELECTRIC Chocolate Melting Pot'.
Ada sesiapa berminat?
Stok adalah terhad ya,
sesiapa yang berminat cepat-cepatlah telefon,
sms
atau whatsapp Sk
di talian 012-7799705
atau boleh juga melalui email


Package Includes:
1 x Electric Chocolate Melting Pot
1 x Spatula
6 x Moulds
1 x Large Heart shaped mold
10 x Plastic skewers for chocolate fondue
10 x Plastic forks for fruit
1 x Spiral fork for truffle dipping
1 x Flat chocolate making fork for handling square chocolates
1 manual
>> Recipes

Thursday, April 10, 2014

FALSAFAH BUAH-BUAHAN

ASSALAMUALAIKUM...

 
JADILAH buah jagung,
 jangan jadi buah gajus
kerana jagung membungkus bijinya yang banyak
sedangkan
gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.
 







Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.

 






 Jadilah Pokok pisang
kerana pokok pisang kalau berbuah hanya sekali,

kemudian mati.
 

Maksudnya : Kesetiaan dalam perkahwinan.
 

Jadilah buah durian ,
 jangan jadi buah kedondong
kerana walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam
tetapi dalamnya lembut dan manis.
Hmmm, berbeza dengan kedondong,
luarnya licin tapi rasanya agak masam
 dan di dalamnya ada biji yang berduri.
 






Maksudnya
macam peribahasa orang putih tu... '
Don’t Judge a Book by its Cover'..
 
atau jangan menilai orang dari luarnya saja.


  Jadilah ubi kayu walaupun hidupnya di dalam tanah tetapi isinya putih bersih.

 
Maksudnya : Jagalah hati jangan kau nodai dengan kekotoran.
 

 Jadilah setangkai petai
bukan setangkai rambutan
kerana setangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya,
semua seimbang
tidak seperti
 rambutan ada yang kecil ada yang besar.
 
Maksudnya : Selalu bersikap adil.
 


 Jadilah kelapa semakin tua semakin pekat santannya




Maksudnya : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna .
 


 Jadilah manggis.
Berapa banyak kelopak bunga di luar kulit,
sebanyak itu jugalah ulas isi di dalam.

Maksudnya: kena jujur,
apa yang ditunjukkan di luar
sama seperti apa yang diniatkan di dalam hati.
 
p/s : Kenapa ada ayat yang Sk potong?
Sebab Sk nak bagitahu
tak baik mengata buah-buah lain tu kerana
setiap satu kejadian Allah SWT itu
pasti ada sebab dan musababnya.
 
p/s Yang baik jadikan tauladan
yang buruk jadikan sempadan.
 
terima kasih Sumber
semua gambar adalah google image search
kalau tak ada gambar nanti boring pulak eks
hehehe



Wednesday, April 9, 2014

SEHELAI DAUN BERTITISAN EMBUN

ASSALAMUALAIKUM...

SETIAP hari terpesona dengan gambar yang dipostkan Kak Azlina Hashim. Kak Ina, saya suka sangat gambar ni, izinkan saya mengabadikan tembakan ajaib Kak Ina di blog saya ya. Saja tak mintak izin sebab nak 'surprise'kan Kak Ina, hehehehehehe.




Tuesday, April 8, 2014

Monday, April 7, 2014

MH370... OMBAK TERUS BERGELORA... LANGIT TETAP MEMBISU

ASSALAMUALAIKUM...

APABILA berlaku tragedi Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH653 terhempas di Tanjung Kupang, Gelang Patah pada 4 Disember 1977 yang mengakibatkan semua 100 orang penumpang dan anak kapalnya terbunuh ramai yang trauma. Ya, Sk baru sahaja berusia dua tahun ketika itu tetapi Sk dapat rasakan trauma yang dialami rakyat Malaysia terutama warga Johor selama bertahun-tahun kerana pesawat yang berlepas dari Pulau Pinang dan sepatutnya mendarat di Kuala Lumpur itu terhempas di Johor.

Jadi, bagaimana Sk dapat rasakan ke'fobia'an itu? Setiap kali pergi ke Gelang Patah pasti akan ada antara ibu atau bapa Sk yang bersuara, "dekat sinilah dulu kapal terbang terhempas..." Asal lalu Gelang Patah jer mesti mereka cerita kisah yang sama dengan wajah yang penuh simpati dan dukacita. Dan luahan yang sama apabila melalui Kebun Teh (satu nama tempat di Johor Bahru). "Kat sinilah tugu kapal terbang terhempas tuuuu." Bertahun-tahun cerita yang tak pernah lekang di bibir setiap kali melalui dua kawasan tersebut.

Sebagai anak kecil, Sk sebenarnya masa itu keliru, di manakah sebenarnya lokasi kapal terbang tersebut terhempas. Di Gelang Patahkah? Atau di Kebun Tehkah? Lama... lama sungguh Sk keliru. Sk sendiri tak sedar bila kekeliruan itu hilang yang mana akhirnya Sk tahu bahawa peristiwa itu berlaku di Tanjung Kupang, Gelang Patah dipercayai akibat berlakunya rampasan pesawat.

Ibu Sk juga selalu mengulang cerita tentang tragedi di Tanjung Kupang walaupun di rumah. Bertahun-tahun juga cerita itu menjadi santapan telinga yang akhirnya hadam ke dalam batu jemala Sk.

Dan... apabila sekali lagi tragedi melanda ke atas pesawat milik MAS, trauma itu berulang. Mungkin sebahagian dari kita sudah pun melupakan tragedi di Tanjung Kupang atau tidak pernah tahu tentang kejadian tersebut. Tapi bagi kebanyakan warga emas peristiwa ini tentunya amat menyentak perasaan. Tidak perlu laman sosial atau lambakan spekulasi di media elektronik, ibu Sk juga ada spekulasinya.

"Uda (panggilan ibu pada Sk), engkau rasa kapal terbang tu memang bla.. bla.. bla... bla... bla...  ke.... atau bla.. bla.. bla... bla...., takkanlah bla bla bla bla...." (maaf, 'off record')

Sk dengan Angah terus tergelak.... Mak ni boleh tahan jugak buat spekulasi.. senyum.. tak perlu kata apa-apa.

#doauntukmh370

MAJLIS KAHWIN DI CYBERJAYA

Assalamualaikum... MASIH TERASA manisnya majlis perkahwinan antara Nasreen & Amin di Cyberjaya ini kerana di waktu beginilah semua ...