MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Thursday, May 8, 2014

NOSTALGIA ROCKER REMAJA

ASSALAMUALAIKUM...

SIAPA yang tengok Kilauan Emas 4 malam tadi? Bestkan.. tema dangdut dan rock tu. Bagi sesiapa yang membesar dan remaja di era 90-an anda tentunya antara mereka yang berjiwa jiwang karat. Sk lettewwwww. Bila tengok KE4 malam tadi rasa tersangatlah syahdu dan sayunya jiwa ini mengenang zaman remaja yang dah berlalu pergi. Seingat Sk, fenomena rock di kalangan remaja (melayu) ini bertambah hangat dengan kemunculan kumpulan Search dan Wings yang dianggap otai di kalangan brother-brother rock. Lepas tu memang muncul baaaaaaaaaaanyak sangat kumpulan rock termasuklah dari Singapura. Sk akan imbas kenangan dari kaca mata Sk ya.

Kenangan semasa kecil - Masa ini fenomena rock belum bermula. Kami membesar dengan lagu-lagu irama pop nyanyian Syarifah Aini, Azlina Aziz, Allahyarham Sudirman Haji Arshad, Jamal Abdillah, Allahyarham Latif Ibrahim, Noor Kumalasari, Gaya Zakrie dan ramai lagilah. Sk juga banyak didedahkan dengan lagu-lagu irama asli, keroncong dan ghazal. Jadi Sk memang kenal ramai penyanyi lagu irama asli ni macam Allahyarham Kartina Dahari, Allahyarham Ahmad Jais, Julie Sudiro, Allahyarham Rafeah Buang dan ramai lagilah.. tak tersebut namanya di sini. Dan kebanyakan lagu mereka memang Sk hafal tau walaupun masa tu masih kecik lagi.. belum sekolah pun, hehehe.

Kenangan zaman tadika hingga sekolah rendah - Masa ni masih macam zaman kecil tulah. Lagu cintan-cintun pop 80-an memang dalam kepala. Sebut jerlah lagu apa, semua tahu. Eh, lagu yang popular sajalah. Eh, mengaji pun taulahhh. Tiap-tiap malam sebelum tidur baca kuat-kuatlah surah-surah dan ayat-ayat lazim yang dalam kepala tu. Menyanyi lagu frust dalam bilik ayor jerrrr.. hahahah.

Kenangan zaman sekolah rendah - Di pertengahan era sekolah rendah atau sekolah kebangsaan muncullah beberapa penyanyi baru seperti Sheila Majid. Hah, selalu sangatlah buat persembahan pentas belakang jamban sekolah. Haiii... teringatlah pulak Nostalgia Pengemis Muda...

Kenangan zaman sekolah rendah lagi - Zaman kegilaan lagu-lagu nyanyian Fransicca Peters. Apa sahaja lagu Fransicca Peters yang baru mesti nak kena cari liriknya dan praktis, kah kah kah. Masa tu mana ada internet. Jadi kalau nak lirik lagu tu ada dua cara saja, pertama tunggu lagu tu keluar dekat radio cepat-cepat salin. Kadang (selalu sebenarnya) kalau lagu tu baru keluar memang tak dapat lengkaplah. Selalu jer dapat lirik yang tergantung.. huhu. Esok-esok kalau dengar jer intro lagu tu keluar berkejarlah kat tepi radio. Pas tu gaduh siapa yang alih buku nota. Cari pen lak tak jumpa.. kah kah kah. Jadi cara kedua yang paling mudah, kumpul duit beli majalah Mangga URTV.. kui kui. Tapi kalau ada duit lebihlaaa sob sob sob..

comotnyaaa.. hahaha
Kenangan zaman sekolah menengah - Di awal persekolahan menengah lagu yang agak meletops adalah dari Kumpulan Gersang.. haaaa.. taupun.. lagu Masih Aku Terasa. Phewwwwwwwww.. Sk dengan kawan (Fariza) bawa buku lagu letak bawah meja. Aktiviti ini biasanya berlaku di makmal sains sebab bawah meja makmal tukan luas sikit... hihi. 'Kesukaran.. melafazkan.. pengucapan perpisahan.. kepada yang setiaaaa...' adohhh, rasa macam frust betullll.. kikiki..

Kenangan zaman sekolah menengah juga - Masa ni dah masuk tingkatan dua. Fenomena Isabella melanda. Sampai kena ketuk kepala hari-hari dok Dia Isabella... Dia Isabella... memekak jer!! Lepas tu muncul juga penyanyi Wan.. asyiklah nyanyi lagu Wan.. Wan.. Wan.. Arwah Abah tak suka dengan Wan sebab dia nyanyikan meneran-neran... ahhahaha.

Semasa tingkatan tiga rasanya kami dilanda fenomena drama bersiri Jepun, ada satu tu pasal kisah pramugari kot tapi lagunya lagu Jamal Abdillah, hahaha..pas tu cerita pasal bola tampar Morroe Attacklah.. masa ni doklah terkumat-kamit praktis lagu Jepun padahal satu habuk pun tak faham. Berterabur semua.. kena penampar Jepun baru taw!!

Selepas peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran tamat, Sk meneruskan persekolahan di Tingkatan 4 dan 5. Masa nilah yang banyak sangat muncul kumpulan-kumpulan rock dengan lagu-lagu frust. Setiap kumpulan tu mesti ada satu lagu tangkap maut punya, orang puteh kata apa tu.. killer song.. gitewwwwwww... Kebanyakan lagu tu memang dalam kepala otaklah. Dengar jer intro dah teruslah membayangkan berada di tempat kejadian.. hehehe. Ialah, zaman nikan dah ada Muzik-muzik (sekarang dikenali sebagai Juara lagu TV3). Jadi setiap kumpulan yang berentap ni akan buat video kliplah bagi memantapkan lagi kedudukan mereka di pentas muzik-muzik ni. Berangkutlah dengan gitar, drum semua dok panjat bukit, gunung-ganang lembah dan lurah semua, kakakaka.

Zaman Sk sekolah tu walaupun Sk dalam bidang perdagangan tapi Sk juga mengambil kertas Sastera. Masa awal tahun tukan, cikgu cakap, "saya nak awak salin semua lirik lagu yang masuk Muzik-muzik Akhir tahun lepas. Haaaa.. dulu-dulukan setiap bulan akan ada satu lagu yang masuk final jadi sepanjang tahun 12 bulan bermakna ada 12 lagu yang kami kena tulis liriknya dalam buku latihan sastera. Nanti cikgu ajarlah.. lagu yang pertama tu... mana metaforanya... mana sangkarablenya.. hahahaha.

Sk masih ingat lagi ada satu ketika tu, Cikgu yang mengajar Bahasa Malaysia menyuruh kami membuat karangan bertajuk surat kiriman. Lebih kurang macam nilah, tulis surat kepada bapa saudara kamu dan menyatakan bahawa kamu akan pergi ke rumahnya pada cuti sekolah yang akan datang. Jadi lepas siap karangan tu Sk pun nak tengoklah karangan kawan (Fizah) yang dok sebelah Sk ni mana sedap dengan karangan Sk, hehehe. Aikkkk, apasal macam pelik jer nama pakcik dia. Bahagia???? Bahagia Bin Daharun???? Macam pelik tapi macam kenal... Ya Rabbiiii... Bagio Damasutra rupanya.. muahahaha.

Dan satu kisah yang Sk tak boleh lupa pasal Damasutra. Masa tu dekat satu kawasan lapang di Taman Kobena (sekarang Pekan Rabu) ada fun fair. Jadi satu hari tu kami dapat tahu Damasutra ni akan datanglah buat persembahan. Memang tak jauh dari rumah, jalan kaki jer. Sk pun pergilah dengan kawan baik Sk (Lily). masa tu Sk bawa Cik Embun. kecik lagi Cik Embun masa tu. Dan tak silap masa tu baru lepas raya kot. Tiket masuk fun fair tu tak silaplah RM4.50. Kami pun nak belilah tiket tukan. Rupanya malam tu kena bayar mahal dalam RM10 kot sebab ada retis. Ayooooo.. duit memang bawa ngam-ngam jer masa tu. Alkisah Cik Embun bawa duit raya dialah. Apalagi, pow lah.. kalau tak kau tinggal kat pago nak????

inilah dia Pakcik kawan Sk tu... sukati dia ajekannnnn


Adohaiiiiiii....

Belasungkawa :

Al-Fatihah kepada guru-guru Sk yang telah kembali ke rahmatullah yang tidak Sk ketahui..

Al-Fatihah kepada guru yang mengajar subjek Bahasa Malaysia Cikgu Zarina dan guru subjek Sastera Cikgu Mustafa (Bob).

Al-Fatihah untuk Dato' Aziz Sattar dan Pakcik Jamal yang baru sahaja kembali ke rahmatullah.



2 comments:

  1. Bila k ita tengok KE4 malam tadi dengan tema rock terus teringat kat Seri. Seri mesti suka ni! mesti jiwang ni!..hahaha..
    Tunggu2 siapa sepupu mu itu...Ayai...tak muncul2 lah pulak.

    ReplyDelete
  2. layan juga dgn suami malam tadi ..rock jiwang ni penuh kenangan silam zaman remaja ana juga seri..hehe

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

MAJLIS KAHWIN DI CYBERJAYA

Assalamualaikum... MASIH TERASA manisnya majlis perkahwinan antara Nasreen & Amin di Cyberjaya ini kerana di waktu beginilah semua ...