MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, June 30, 2014

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

ASSALAMUALAIKUM...

ALHAMDULILLAH... Setahun menghilang kini kita dipertemukan kembali dengan bulan yang paling mulia di antara seribu bulan. Tetiba hati ini rasa sebak pulak menjelangnya Ramadhan. Bulan yang penuh berkah ini akan dilalui selama sebulan. Semoga kita semua diberi keafiaatan dalam menyempurnakan ibadah wajib dan sunat dalam bulan ini sebelum Syawal menjelang.

Maaf, Sk hilang lagi beberapa hari ini... hihi. Sebenarnya beberapa hari sebelum Ramadhan, ER dah bersuara hendak keluar kota. Nak tengok tempat orang.. nak rasa makanan orang. Kiranya Sk direhatkan dari tugas masak-memasak dan cuci mencuci. Bagi menggembirakan hati encik suami, kita turutkanlah kehendaknya. Dan pada Khamis lepas pula, warga Johor diberikan cuti peristiwa atas kejuaraan pasukan JDT merangkul piala Liga Super. Cuti panjang sungguh.. nasib baik tak sampai lemau.

Semalam.. berlalulah sudah 1 Ramadhan. Alhamdulillah, cuaca semalam pun yang sedang-sedang sahaja. Pagi tu agak terik jugak matahari, kan.. dalam pukul 10 lebih hujan membasah bumi. Sk mendobi dan gantung baju di yard. Lepas tu baring-baring sambil baca novel. Kalau nak tahu, Sk ni dah baca tiga novel tapi semuanya separuh jalan. Yang satu tu, dah sedap-sedap baca.. tetiba ada pula maki-memaki.. Sk tak suka. Jadi, berhenti. Baca novel kedua, alahai.. memang indah bahasa tapi mengantuklah pulak. Buka pula novel ketiga, urmmmm... yang ni boleh tahan tapi macam klise pulak dengan novel-novel yang biasa Sk baca. Amboiiiii.. banyak komplen pulak ya.. huhu.

Baiklah, cerita pasal hari pertama berpuasa, sahur kami sangatlah mudah. 14 tahun berumahtangga, Sk dah faham sangat, tak perlulah nak bersusah payah memasak yang enak-enak dan lazat-lazat untuk bersahur. Cukup satu lauk jer.. kalau ER tu bukan jenis berselera pagi-pagi. Sk cuma goreng alat-alat daging + kicap + bawang. Jangan tambah lain-lain, karang masak sedap-sedap buat penat jer tau. Azam Sk pulak tak mahu ambil nasi sepanjang Ramadhan ini. Nak ambil protein dan sayur-sayuran sahaja :p Jadi, Sk cuma ratah daging tu dekat setengah mangkuk juga. Betul satu fakta yang pernah Sk baca sebelum ini, pengambilan protein yang tinggi semasa bersahur boleh melambatkan rasa lapar. Memang sampai ke waktu berbuka, langsung tak berkeroncong perut Sk ni. Jadi, Sk berazam waktu buka tu nak ratah-ratah lauk jugak. Nak bertahan tanpa nasi, hihi.

Tapi... nampaknya azam tu terkandas di hari pertama lagi. Semalam, kami berbuka beramai-ramai di rumah Angah. Errrr.. takkanlah pulak Sk nak makan lauk ajerkan. Jadi, terpaksalah makan nasi jugak. Kami dihidangkan dengan Asam Pedas Ayam, Ayam Goreng dan Sayur Peria. Alah.. lauk biasa jerkan. Sejak dulu pun puasa atau tak puasa memang macam tulah kami. Tak ada yang luar biasapun. Cuma adik Sk tambah karipap yang dibeli di pasar Ramadhan. Sk sendiri semalam tak pergi pun pasar Ramadhan tau.  Kemudian, Sk bungkus dua tiga ketul ayam buat bersahur pagi ni. Lepas tu, Sk buat jugaklah daging goreng kicap tu. Seeeee... lauk tu jugak yang dimakan ER. Nasiblah Iman tu peminat asam pedas. Tupun Sk yang habiskan semua lauk. Nasib baiklah lauk jer.. huhu. Harap-harap hari ni berjaya misi tanpa nasi Sk tu tau. Doakan Sk ya..

Akhir kalam, Salam Ramadhan Al-Mubarak dari Sk sekeluarga.

Wednesday, June 25, 2014

BELATED HAPPY BIRTHDAY, KAK INTAN PAYUNGKU!

ASSALAMUALAIKUM...

KELENTANG Kelentung bunyi tin kosong dua biji berlainan saiz itu diheret Intan ke tepi rumah. Semua kakak-kakak sudah pergi ke sekolah. Emak di dapur tidak tahu apa yang disibukkan. Mungkin memasak untuk hidangan bak yang akan pulang makan tengahari. Atau menyediakan kuih talam kegemaran keluarga untuk kudapan petang. Anak-anak ayam berlarian ketakutan melihat Intan. Intan tergelak. 'Amboiii, kalau kena patuk dengan mak ayam baru tahu kau Intan...'

Intan mencangkung di bawah pokok. Tanah di sekeliling pokok itu sudah lapang disapu Intan. Penyapu lidi disandarkan di akar pokok yang melintang. Buaian kayu berikat tali kapal yang dibuat bak berayunan ditiup angin. Selalu Intan suka duduk di buaian sambil menyanyi dan berangan. Tapi hari ini Intan ada projek. Matahari pagi kian meninggi terlindung dengan rimbunan daun. Sedikit peluh mercik di dahi Intan lap dengan hujung lengan baju gaun.

Tangan kecil itu sibuk menggembur tanah. Yang mana kasar-kasar diperoikan. Tanah yang sudah peroi cantik dimasukkan ke dalam tin. Sehelai daun gugur di atas kepala Intan. Intan mencapai daun itu dan ditekapnya ke atas tanah dalam mulut tin. Tanah ditambah lagi biar padat. Peroikan lagi tanah lain, sumbat lagi. Peroi lagi, sumbat lagi. Intan makin seronok. Nasib baik dua tiga hari ini hari tidak hujan. Kalau tidak pasti kawasan itu akan berlopak. Kalau tanah berlopak, tak menjadilah projek khas Intan.

Tin yang sarat dengan tanah, Intan telangkupkan. Intan tepuk perlahan-lahan buntut tin. Perlahan-lahan Intan angkat tin itu. Aikkk! Tak ada apapun. Intan menonggeng menjengah bawah tin. Agaknya penuh sangat. Intan ambil ranting yang kasar dan masukkan ke celah tin. Intan pusing ranting itu keliling tin sama seperti yang selalu Intan nampak bila emak buat kek oren. Tin itu kemudian Intan telangkupkan semula ke tanah. Macam tadi, Intan tepuk-tepuk buntut tin dan angkat. Intan tepuk dahi bila semua tanah dalam tin berderai membukit hujung selipar Intan. 'Alaaaaaa... tak jadikkkk..'

Intan teringat sesuatu. Dia berlari sekejap ke pelantar. Air dalam tempayan naga dicedok ke dalam gayung. Terhuyung hayang Intan membawa air yang penuh dalam gayung. Sampai bawah pokok, air yang penuh dah tinggal tiga suku. Intan menggaru-garu kepala... hurmmm.. habis bertanah rambut Intan. Intan berdoa banyak-banyak janganlah mak turun rumah nampak Intan. Silap-silap kena berus dengan sabut kelapa asyik main tanah saja.

Intan percik-percik air dalam tanah yang diluahkan tin tadi. Intan gaul-gaul sedikit bagi lembab sama rata. Intan buat sungguh-sungguh. Dia tak mahu tanah itu berderai lagi. Padat tanah dalam tin, Intan cuba telangkupkan perlahan. Kali ini Intan lebih sabar dari tadi. Perlahan-lahan Intan angkat tin ke atas. Yey! Intan bersorak sendiri bila tengok tanah terbentuk cantik bawah pokok yang redup. Semangat Intan makin menyala. Dia mula mengisi tanah dalam satu lagi tin planta yang kecil sedikit dari tadi. Intan lembabkan tanah tu dengan air dan masukkan padat-padat dalam tin.

Jangan pecah! Jangan pecah! Intan doa banyak-banyak dalam hati. Tin penuh tanah itu ditelangkupkan atas tanah yang terbentuk tadi. Tadaaaaaaaaa!! Sekarang Intan dah ada kek hari jadi. Kek dua tingkat lagi tau. Nanti, kakak-kakak balik mesti mereka cemburu tengok kek Intan. Intan nampak bunga Seri Pagi sedang kembang di panah mentari. Bunga ungu itu dipetik berhati-hati agar tidak rosak kelopaknya. Sempat juga Intan mencapai buah letup-letup dan disuap ke dalam mulut. Manis!!

Setiap kuntum bunga itu Intan susun molek-molek di tepi kek. Sekuntum dua bunga jatuh ditiup angin. 'Hai angin... janganlah buat kek Intan macam ni,' pohon Intan. Intan kutip semula dan susun cantik-cantik.

'Urmmmm.. tinggal sekuntum ni, nak letak mana ya?'

'Urmmmm...'

'Nak letak macammana biar cantik...'

'Hurmmmm..' tiba-tiba Intan terdengar bunyi deruan air. 'Dari mana ya datang bunyi air tu?' Tanya hati Intan.

"Mak... mak... ooooo.. mak.. mak berangan ya??"

Makcik Intan terperanjat. Sekilas semua kenangan zaman kecil terbang di bawa angin. Di hadapannya, Dalili sedang tersengih-sengih sambil memegang pensil warna.

Makcik Intan tersipu-sipu. Sekuntum Peonis sebesar tapak tangan budak masih lagi dipegangnya. Kek tema peach di depan mata belum siap dihias. Agagagaga...

"Dalili nak apa?" Makcik Intan cover line nampaknya.

"Dalili nak ambil air.. lepas tu nampak mak termenung, Dalili panggil-panggil pun mak buat dekkk jer," omel Dalili. "Mak berangankan apa mak?"

"Taklah, mak tengah fikir kat mana nak letak bunga peonis ni, bukannya mak berangan..."

"Mak letak tengahlah yang besar, yang kecik-kecik mak letak tepi, kan selalu mak buat macam tu," cadangan Dalili dibalas dengan senyuman.

"Ialah Dalili, hihihi."


Peonis merah jambu itu diletakkan di tepi kek tiga tingkat itu. Dirimbunkan lagi dengan bunga-bunga lain. Indah sungguh gubahannya. Pasti setiap mata akan terpesona. Tentu pemiliknya akan merasa bangga. Kek tanah telah berganti dengan sebuah kek yang indah. Bunga Seri Pagi akan tetap berkembang dalam hatinya setiap hari.

Buat Idolaku, Kak Azlita Aziz.. Belated Happy Birthday, kak. Maaf kerana saya tak dapat mengucapkannya secara live semasa pertemuan kita tempohari. Kelu lidahku bila tubuh kecilmu tiba-tiba terpacul dari kereta, macam magik gitew.. :)))) Semoga dirimu sentiasa berbahagia selalu. Setiap impian kini bukan lagi angan-angan.

 
Adaptasi dari KISAH BENAR

Tuesday, June 24, 2014

MESIN BISKUT SAMPAN

ASSALAMUALAIKUM...

DAYUNG Sampan...
Dayung... dayung sampan... hihihi. Ni bukan sambungan cerita 'Naik sampan ke Munduk' ya. Ni Sk nak memperkenalkan gajet baru yang mana ramai yang bertanyakan kepada Sk dan yang membuat permintaan untuk menghasilkan mesin bagi biskut sampan. Errrr... tahu ke Biskut Sampan??

Duluuuuuukan, Sk ingat.. biskut sampan ni kuih raya orang kaya jer. Ye... setiap kali pergi beraya, biskut sampan ni selalu ada di rumah orang-orang yang agak berada. Selera orang ada-adalah gitu. Tapi.. zaman dah berubah kini pergi raya mana-mana pun selalu jer jumpa biskut sampan ni. Biskut sampan ni ada dua versi ya. Satu versi yang mana adunan diisi penuh-penuh dalam acuannya dan satu versi lagi yang mana adunan ditekan pada acuan (seperti membuat tart shell) untuk mendapatkan bentuk sampan sebelum diletak inti. Jadi mesin ini khas untuk mereka yang menghasilkan versi nombor dua tu. Taklah lenguh mengantuk lagi tekan biskut sampan sampai awal pagi.. hihi.


Mesin biskut sampan ini didatangkan dalam satu saiz sahaja ya seperti yang Sk tunjukkan dalam gambar di bawah. Dan mesin ini muat untuk dua acuan sekali tekan. Jadi, bagi pengusaha biskut sampan, apa tunggu lagi... jom whatsapp Sk di talian 0127799705 atau sms di talian 0127844524.


Nak tengok rupa biskut sampan boleh klik SINI

HAPPY BIRTHDAY.. ANGAH & IZZAT

ASSALAMUALAIKUM...


HARI berganti minggu.. minggu berganti bulan... bulan berganti tahun..
semalam, 23 Jun 2014, genaplah usia kakak Sk yang ke 40 tahun.
Huuuuuuuuu... dah 40 tahun dah. Rasa macam baru semalam Sk duduk membonceng atas basikal roda tiga yang dikayuh Angah. Rasa macam baru kelmarin kami main susun-susun kusyen buat main keretapi-keretapi. Maka berdempiklah suara ibu, "kemassssssssss!!" huk huk huk..


Membesar bersama dan dilahirkan dalam jarak kurang sebulan cukup setahun
tidak menjadikan kami serasi. Bergaduh dan merajuk itu perkara biasa. Berbeza pendapat dan kehendak, merajuk dan berkecil hati, namun air dicincang pasti tak akan putus. Pertambahan umur mendewasakan akal dan fikiran. Tambah lagi sudah punya anak-anak yang meningkat remaja menjadikan hubungan kian akrab. Siapa lagi yang dapat diharap di saat kita memerlukan pertolongan dan bantuan selain adik-beradik.. kan.. kan.. kan.
 

14 tahun lepas, selepas tiga hari meraikan hari lahir yang ke 26 lahirlah cahaya mata sulungnya,
Izzat Iskandar. Lihatlah anak ini yang dulunya ditatang bagai minyak yang penuh kini telah membesar sebagai johan.. hahaha. Selamat hari lahir 'in gedebance' Izzat. Potong kek saing-saing dengan ibu.. okeylah tu. Semoga kamu akan menjadi anak kebanggaan keluarga dan negara suatu hari kelak, Aminnnn.

 
 
 
Rezeki untuk dikongsi, Carrot Cake ini Sk tempah khas untuk hari lahir ibu dan anak ini.
Tapi, syhhhhhh.. jangan cakap sesapa tau, yang sebenonya Sk lah yang teringin beno nak makan.. hihihi. Tengok pun dah tahu, kan.. air tangan siapa.. siapa lagi kalau bukan
Kakak Masam Manis kita :))))
Terima kasih Kak Ita, kek ni sedappppp sangat, gebu dan mewah rasanya yang pastinya menggunakan bahan-bahan yang terpilih sahaja. Sk suka!!!!

 

Monday, June 23, 2014

MUNDUK... TAKDIR YANG TERTULIS

ASSALAMUALAIKUM...

ECECEH... TAJUK ala novel gitewww. Baiklah, ini sambungan dari entry Munduk yang Sk post minggu lepas. Maaflah kerana iklan panjang sangat. Eh, iklan pun tak ada. Errrr... apalah nak jadi dengan Sk ni ya... huhuhu.

Ketika melalui jalan ke Pengkalan Kubor, biasalah, mata ni terang bila sampai ke tempat orang yang tak pernah dijejaki. Kalau tak memang membuta sahajalah kerja Sk dalam kereta. Tapi tidur-tidur ayam ajelah. Nanti, bila ER bertanya apa-apa, eh, terus jawab macam tak tidur gitu. Pura-pura berjaga, haha. Tapi ada masanya ke laut juga. Mimpi sampai ke bulan bintang. Bila orang tanya terus mamai. Jawapan memang melalutlah, huwa huwa huwa. Jadi, sebab tak tidur, SK leka memerhati di kiri dan kanan jalan, tiba-tiba sahaja Sk terperasankan satu kawasan lapang dan ada seorang remaja lelaki yang melambai-lambai mengajak singgah masuk.

"Eh, tempat apa tu??" Sk mencuri perhatian ER yang sedang memandu perlahan. ER ni memang suka menikmati suasana pemanduan di kampung-kampung.

"Tempat apa?" tanya ER sambil terus memandu.

Tidak jauh di hadapan, Sk nampak lagi satu kawasan lapang. Sk minta ER perlahankan kereta. Ada satu papan kecil bertulis 'Munduk' dengan tanda anak panah ke kiri.

"Eh, rasanya tempat ni yang Aziela cerita dalam blog tulah. Yang dia masuk Siam ikut sungai tu... jom.. jom pergi." ajak Sk.

"Boleh ke??" Pemanduan tetap diteruskan tapi agak teragak-agak.

"Bolehlah.. jomlahhh.. tengok, tu ada kereta masuk lagi tu," Sk terus mendesak sambil melihat cermin sisi. Sebuah kereta dari arah kanan memandu masuk ke arah kawasan lapang. Remaja tadi menunjukkan isyarat ke mana kenderaan harus diletakkan.

"Takpelah, tak nak pergi pun kita tengok jer tempat tu cemana?" Rayuanku... hahaha.

"Nak tengok? Jom," ER memperlahankan kenderaan dan masuk ke satu simpang. Kami buat pusingan balik dan mencari kawasan lapang yang belum jauh ditinggalkan lagi. ER membuka tingkap kereta dan bertanya kepada remaja penjaga tanah lapang tu.

"Dik, ni nak pergi mana ni, Munduk eh?" tanya ER. Remaja lelaki itu terangguk-angguk. "Bleh masuk ke? Tak yah pakai pasport? Tak kena tahan?? Ni masuk parking eh??? Bayar tak???" tanya ER lagi. Amboiii, banyak tanya, kan. Yelah, kita tak biasa, takut jugak karang jadi apa-apa pulak.

"Tak.. tak... masuk jer naik sampan," bagitahu remaja tersebut.

Kami meletakkan kereta di kawasan tersebut. Sebatang sungai terbentang di depan mata. Uiiiiiii... mak aihhh! Derasnya air sungai tu. Beberapa buah sampan yang menggunakan enjin (sampan ke bot??) sedang menurun dan mengambil penumpang. Sungai yang tidaklah berapa lebar tetapi air yang deras dan berwarna teh tarik itu sudah cukup menggerunkan  kami tiga beranak. Kalau jatuh.... agagaga.


Kami memandang ke seberang sungai. Seperti terdapat kampung di seberang sana dan jelas nampak urusan mereka di sana yang sedang berjualan. rasanya, kalau kita jerit dari seberang sini, seberang sana boleh dengar pun. Sk mengajak ER turun ke pelantar. Iman pula tak mahu ikut, takut katanya.

"Apa nak takut.. tengok orang lain tu naik relak jer. Siap berdiri lagi," kata Sk. ER pula dua kali risau sebab kami tiada pasport. jadi yang beriya-iya cuma Sk seorang... urmmmm... 1 lawan 2.. kalahlah kita. :-((((

Oklah, tak nak pergi kita bergambar ajelah. Kemudian datang sebuah kereta dan parkir berhampiran kereta kami. Turun sepasang suami isteri dengan anak lelaki lingkungan lima tahun. Dia tersenyum ketika melintasi kami, mungkin hendak turun ke pelantar dan menyeberang ke sana.

Bagai membaca hati Sk, ER menegur mereka. "Assalamualaikum, Bang, boleh pergi ke sana ke bang?"

"Bolehhhh.."

"Tak payah cop pasport."

"Tak payah.. masuk jer."

"Sana ada apa? Memang murah ke?"

"Murahlah, maghilah. Dah lama tak boleh masuk sana. Hari ni je dapat masuk ni. Lain hari belum tentu dapat masuk lagi. Marilah."

"Nak pergi?"Tanya ER pada SK. Pucuk dicita ulam mendatang, kan... maka jomlah.

Iman menarik-narik tangan Sk tak mahu turun ke pelantar. Eh, takkan nak tinggal seorang, kan... jommmm... Sk memaksa. Ni dalam hati berbisik juga, kalau jadi apa-apa haruslah penyesalan seumur hidup.. huhuhu.

Eh... ada kelaslah.. nanti Sk sambung ya.

Wednesday, June 18, 2014

MUNDUK... CERITANYA....

ASSALAMUALAIKUM...


ORANG lain pergi obesi naik kapal terbang.. Sk pergi obesi naik sampan. Satu pengalaman yang mahal dan mungkin hanya akan berlaku sekali dalam seumur hidup Sk. Pengalaman yang cukup menyeronokkan, walaupun menyeberang sungai yang hanya sepelaung. Arus sungai yang deras tidak lagi menjadi faktor ketakutan buat Sk. Meniti papan ke pelantar tidak lagi menggayatkan Sk kerana terlalu teruja untuk menerokai dunia di sebelah sana.

Tambang sampan RM2 (pergi balik).. tiada cukai lapangan terbang.. tidak perlu tempah tempat duduk... tidak sempat untuk lapar untuk beli makanan bertaraf lima bintang dan tiada jaket keselamatan dan lagi tiada buku merah pun.. Sk menjejakkan kaki ke Munduk yang terletak di selatan Thailand. Macammanapun terkejut beruk juga bila terpandang ada kombat berdiri pegang senjata sambil mengawasi keadaan di persekitaran pekan kecil Munduk. Masa tu teruslah rasa 'aiyooooo... kenapalah aku boleh pergi tempat ni'. Terus terbayanglah macam-macam kejadian negatif tapi langkah tetap dihayun walaupun dalam keadaan agak cuak. ER... dia dua kali lebih cuak dari Sk.. hahahaha.

Jujur.. Sk tak pernah tahupun tentang Munduk. kalau Golok tu memang biasalah Sk dengar. Malah, semasa membaca apa yang Aziela Rainbow tulis tentang Munduk pun tak masuk dalam kepala Sk ni. Cuma, Sk rasa alangkah seronoknya kalau dapat pergi tempat yang Ziela tulis ni.. hihi. Target Sk masa tu cuma nak pergi makan Chim Chum yang fofular di Kota Bharu dan nak makan Mee Celup dan Nasi Dagang yang asli di Tanah Serendah Sekebun Bunga ini. 'Shopping'??? Ohhhhhh.. yang tu tidaklahhhh.. Sk bukan jenis yang kuat 'shopping' tau. Kuat makan... ya :p

Mungkin sudah rezeki yang tertulis buat Sk dan keluarga kami dapat mendaftar masuk ke bilik hotel seawal jam 6.30 pagi tanpa sebarang caj tambahan. Alhamdulillah.. selepas menempuh perjalanan yang agak panjang dan jalan yang tak pernah kami lalu pun dapatlah kami berehat dengan selesa. Kalau tidak memang terpaksalah jadi gelandangan sekejap di lobi hotel. Selepas berehat, tidur, mandi dan sebagainyalah.. kami merancang untuk pergi ke tempat wajib pergilah.. tentunya Rantau Panjang. Subhanallah.. panasnya cuaca ditambah orang yang ramai. Kami singgah makan tengahari dulu sebelum melawat-lawat gerai. Tak semua gerai pun Sk singgah kerana kebanyakannya cuma menjual benda yang sama saja. Sk cuma menengok-negok.. tak ada yang berkenan di hati jadi tiada sesi tawar menawar. Banyak kali pergi tempat macam ni, kadang membeli tapi tidak dipakai. Kebanyakan pakaian pula saiz percuma... haruslah Sk pakai nanti macam sarung nangka.. huwa huwa huwa.. jadi lupakan saja.. jom kita cari periuk belanga sudah.

Kali ini Sk lebih suka melihat-lihat kedai yang menjual kelengkapan rumah, pinggan mangkuk dan barangan elektrik. Wahhhhh!! Nampak benar Sk dah taraf makcik-makcik ni. Dulu Sk tak pandang pun kedai-kedai macam ni tau.. hahaha. Memandangkan 'blender' di rumah rosak dan ER dah jemu makan cili giling kilang, ER mencadangkan supaya kami beli 'blender' di sini. Sebenarnya kami dah lama cari 'blender' jenama Maulinex yang kini sukar didapati di pasaran. Tetiba ada pulak di Rantau Panjang tapi menurut pekedai stok yang dipamerkan tu saja yang tinggal. Fikir punya fikir tak jadilah nak ambil Maulinex. Tengok Tefal pun ada offer jugak.. murahlah kalau dibandingkan kita beli kat Supermarket-kan.. jadi hasil tangkapan di Rantau Panjang adalah sebiji blender.. kekekeke.. adalah beli teko aladin sebiji yang lain-lain Sk tak ingat apa.. ooooo ya.. Sk ada beli kipas. Jenama apa?? Kipas Cap Tangan... pernah nampak??? Panas wooooo... tak ada angin.. jadi kipas tangan itu wajib bila anda pergi tempat-tempat macam ni okeyyyyy...

Disebabkan tak tahan panas dan dah tak tahu apa nak beli... sayang duit ni sebenarnya.. banyak lagi keperluan lain yang lebih penting. Setakat baju-baju blouse tu tak payahlah, nanti ulang-ulang Sk pakai baju yang sama jugak jadi marilah kita pergi ke tempat lain. Perancangannya hari tu nak ke Rantau Panjang dan esoknya nak ke Pengkalan Kubor. Memandangkan dalam perjalanan tadi Sk nampak papan tanda ke Pengkalan Kubor jadi Sk cadangkan supaya kami terus ke Pengkalan Kubor. Jadi esok bolehlah jalan-jalan di bandaraya Kota Bharu sahaja. Cadangan Sk disokong oleh ER dan tiada bantahan oleh Iman. Memanglah.. mana boleh bantah, nak kena tinggal, silalah bantah.. kan.. kan... kan. Yang penting, bos dah setuju jadi marilah kita ambil simpang yang menunjukkan arah ke Pengkalan Kubor.

Bersambung....

p/s Baru perasan.. takde langsung ambil gambar di Rantau Panjang.. huhuhu..

Tuesday, June 17, 2014

HOT-HOT PLATE!!!

ASSALAMUALAIKUM...

Gambar Hiasan
Imej dari teman FB Yana Shaiful.. tenkiuuuu
BUKAN sekali dua Iman cuba memancing Sk mengajak makan Mee Hot Plate di sebuah 'food court' di sebuah pasaraya berdekatan dengan sekolahnya. Lumrah budak sekolah sekarang pulang sekolah tiada siapa di rumah. Ibu ayah bagi duit makan siap-siap dari pagi hingga tengahari supaya anak tidak kelaparan. Iman pulak memang tidak terbebas macam anak orang lain. Keluar pintu pagar sekolah dijemput ER dan dihantar terus ke sekolah agama. Kalau sekolah agama bercuti, ER akan hantar Iman ke pejabat Sk. Jadi, selalulah dia mendengar cerita kawan-kawan tentang keenakan menikmati Mee Hot Plate di 'food court' tersebut. Anak remaja, meleleh ailio dengar cerita kawan, kan. Hampir setiap hari dia mengajak, akhirnya Sk akur juga takut anak kempunan, gitewwww.

Sk berdiri di hadapan gerai Hot Plate sambil merenung menu yang terpapar di bahagian atas gerai. Ada mee... ada yee mee.. ada nasi juga. Seorang tukang masak berbangsa Bangladesh sedang leka meletakkan pinggan-pinggan panas di atas dapur-dapur gas yang menyala kebiruan. Sk pandang sekilas. Orangnya sekitar 40-an, cukup kemas, tiada misai, janggut, bulu tangan atau bulu telinga. Rambutnya hampir botak sepadan dengan usianya. Okey, bersih.. luluslah ni.. boleh order.

Sk menghafal-hafal menu takut tersasul. Iman kata nak makan Nasi Cendawan. Sk nak makan Yee Mee. 'Yee Mee satu... Nasi satu... yee Mee satu... nasi satu...' Abg La tengah sibuk nampaknya macam tak nampak jer Sk terpacak di situ. Tahulah Sk ni mak orang kan.. buat macam tak layan ajerkan. Dua pelanggan baru sahaja berlalu mungkin hendak pergi beli air dulu. Sk hafal balik menu... ooo, Yee Mee menu nombor dua, Nasi menu nombor empat. Kali ini Sk tukar hafal... 'no 2 satu, no 4 satu... no 2 satu.. no 4 satu.'

"Mahu apa?" tanya Abg La sambil menghalakan player pemegang hot plate ke arah Sk. Amboiii, main kasar nampak Abg La ni...

"No 2 satu... No 4 Satu," jawab Sk penuh yakin. Ialah, dah tua-tua ni rasa macam janggal beno makan kat gerai layan diri macam ni, huhuhu.

Abg La letak beberapa pinggan panas atas dapur. Sk terpandang bersusun dulang dan kayu pelapik pinggan panas depan gerai. Salah satunya telah diletakkan cili merah dihiris dalam piring plastik kecil besar tapak tangan kucing... meowwwwwwww. 'Oh, nak kena amek cili sendirilah ni..' Oh, lupa nak cerita.. Iman ada jer kat sebelah Sk. Diapun samalah macam Sk, janggal bab-bab macam ni, hiks.

Sk ambil piring kecik dan letak cili hiris dan letak dalam satu dulang yang siap diletak pelapik pinggan panas. Sk ambil lagi piring cili jeruk pulak dan nak letakkan dalam tray lain. 'Alamak! kenapa pelik sangat tray ni??? ... aish.. kejap tray kejap dulang...

Pilih punya pilih, akhirnya dapatlah satu pelapik yang elok sikit. Lepas tu terdengar Abg La tanya sambil tunjuk dalam tray yang dah siap cili tadi.

"Ini lada awak taruk?" Tanya dia. Sk tak sedar tetiba sahaja ada seorang lelaki melayu sama-sama masak bersama Abg La itu. Agaknya masa leka sangat pilih tray dengan pelapik dan ambil cili tadi dia datang.

"Bukan... ini saya punya, "sambil tunjuk dulang Sk.

"Tadi awak mahu empat kan?" Sambil angkat empat jari, Abg La tu pandang Sk muka agak garang. Sk tengok bersusun sederet Abg La masak EMPAT PINGGAN MEE HOT PLATE.

"EMPAT??? SAYA KATA SAYA NAK NO 2 SATU, NO 4 SATU!!!" Haaaaa... kan Sk lagi garang dari diakan...

'Ko ingat.. ko jer tau garang?? Aku lagi garanglah!'

Lelaki melayu yang sama memasak tu menjeling Abg La. Abg La takut kena marah lari masuk dalam. Dalam hati Sk, padan muka. Ya, mentang-mentang kita ni tak cantik, gemuk.. bukan main sombong dia layan kita tadikan.. kan.. kan... padan muka!

Nasiblah pelayan gerai Melayu tu tak marahkan Sk atau tuduh Sk salah order. Pelanggan sentiasa benar gitu. Siap! Sk angkat satu dulang, Iman angkat satu dulang bawa ke meja. Iman kemudian pergi beli air. Barulah Sk perasan, mak aihhhhh... berlumutnya dulanggggg.

Berhati-hati Sk angkat pelapik kayu tu keluar dari dulang. Takutnya terlepas. Dulang Iman pun sama jugaklah. Eiiiiii... tak sanggup rasa nak makan mengadap dulang tu. Sk letak jauh dekat meja lain. Iman sampai bawa air, terus Sk bagi tazkirah.

"Iman, cuba Iman tengok dulang tu?" Sambil hala muncung kat dulang.

Iman toleh. Lepas tu Sk tanya, nampak tak?

"Nampakkk... Janji.. ini pertama dan terakhir. Serik."

"Tulah, sebab tu berapa kali Iman ajak pun bonda tak nak pergi. Tapi sebab Iman nak pergi sangat, jadi hari ni bonda bawa. Nasib baik pinggan ni elok. Nasib baik bangla tu bersih."

"Okey," Sedih tau tengok muka Iman masa ni. Memang nampak sangat muka serik dia tu. Tapi baguslah sekurang-kurangnya jadi pengajaran pada dia tak semua yang kawan-kawan cerita tu seronok bagi mereka dan seronok bagi kita. Dan taklah rasa bersalah sangat sebab tak bawa-bawa Iman merasai keseronokan menikmati hidangan dalam hot plate :))))))))

Monday, June 16, 2014

BISKUT KUKU HARIMAU... AUMMMM!!

ASSALAMUALAIKUM...

Biskut Kuku Harimau...bawah sekali
MOOD belum mari lagi nak mengetuk cerita cuti-cuti Malaysia kita. Entahlah ya dengan mood menulis ni, sekali datang boleh sampai tiga cerita. Kalau tak datang-datang nak karang seperenggan ayat pun macam tak menjadi. Asyik kena 'backspace' jer... huhuhu.

Ternganga sekejap mulut Sk bila diperkenalkan dengan Biskut Kuku Harimau ni.
Errrr.. bukan saja namanya menyeramkan malah penampilannya begitu mencurigakan. Rasa??? Tak berhenti menyuap. Macam ni hari-hari mauuuuuuuuu...


Sesiapa yang berminat untuk menjadikan Biskut Kuku Harimau ini sebagai kudapan selepas bersolat tarawikh atau penghias meja hidangan di hari raya boleh sahaja menghubungi Sk.
Tapi Johor Bahru sahajalah ya. Sk juga ingin membuka peluang kepada anda yang ingin menjadi ejen biskut Kuku Harimau ini. Pengangkutan tidak disediakan ya.. jadi anda bolehlah datang sendiri berjumpa dengan Sk untuk mengambil biskut tersebut bermula Ramadan nanti. Syarat-syarat untuk menjadi ejen boleh diketahui dengan menghantar email kepada Sk di :

serikanditanahjauhar@gmail.com

Sunday, June 15, 2014

KE MANAKAH MENGHILANG???

ASSALAMUALAIKUM...

MINGGU pertama cuti sekolah yang baru berlalu tu, Sk rasa.. haiiii.. macam dah lama jer budak-budak ni bercuti. Phewwww... bunyi macam ada sepuluh anak jerkan :p Ya, semua orang kepelikan bila cuti pertengahan tahun berlangsung lebih awal. Sk pun kurang periksa kenapa tapi ada seorang kenalan Sk bagitahu ini disebabkan cuti akhir tahun ini akan dipendekkan. Oh, ye ke... Sk memang tak sempat nak menyiasat tentang perkara ini.. urmmm.. sebenarnya malas, hehehehe.


Pejam celik pejam celik, semalam.. berakhirlah riang ria cuti sekolah bagi anak-anak kita yang bercuti hujung minggu setiap Jumaat dan Sabtu. Alhamdulillah, ada rezeki tahun ini setelah beberapa kali bermesyuarat tingkap akhirnya kami membuat keputusan untuk bercuti ke negeri Pantai Timur setelah balik-balik makan nasi kandar di Pulau Pinang, kali ni kita pekena nasi dagang dan mee celup pulak... memang terbaekkkkkk!!


Ini adalah kali kedua kami tinggal bermalam di Kota Bharu, Kelantan dan kalau nak tahu, Kelantan adalah antara destinasi yang paling Sk senangi setiap kali bercuti. Tapi kekangan jarak yang agak jauh membuatkan setiap kali hati ini tergerak untuk ke Kelantan namun ianya tidak berjaya direalisasikan. Ialah, kita ni bukan ada sedara-mara di sana.. kalau adapun bekas pakwe... errrrrr.... Walaupun kami ni jenis yang mudah bosan bila berada di sesuatu tempat tapi Kelantan bagaikan tidak habis diteroka. Dari segi tempatnya, tarikan pelancongnya, pantainya dan makanannya memang tidak puas dijelajah dalam masa yang singkat. Kalau boleh lain kali Sk nak berlama-lama di sini.. kena cari homestaylah nampaknya, hihihihi.


Dalam diam-diam rupanya barulah Sk sedar yang blog dah lama tak berupdate. Hari ini 15 Jun 2014 dan Sk cuma sempat mengetuk dua entry sahaja sepanjang Jun. Haishhhh... ada yang tanya, Sk sibuk jual mesin ke?? Hehehehehe.. macam jual mesin kat pasar malam pulak ya. Begitu sekali sibuknya. Sebenarnya tak ada apapun yang Sk sibukkan.. sibuk yang biasa tulah.. Terkejar jugaklah ke sana ke mari. Bila dah asyik terkejar tu maka badan penat otak pun letih. Tu yang bercinta sangat nak update blog sedangkan banyak sebenarnya yang Sk nak kongsikan dengan pembaca Alam Sari di Tanah Jauhar ini.


InsyaAllah.. jika eok-esok dilapangkan fikiran Sk ini, dapatlah Sk berkongsi kisah percutian Sk di Kelantan. Cerita masak, makan dan jalan-jalan yang anda nanti-nantikan. Errrr.. ada ke yang menanti??? Tungguuuuuuuuuuuu...

Wednesday, June 4, 2014

NUTELLA POD COOKIES

ASSALAMUALAIKUM...


SANA-SINI nampaknya dah mula bereksperimen dengan Pod Cookies ni. Sk pun agak kurang pasti siapakah yang mula menyebarkan virus ini tapi yang pasti ianya menarik untuk dicuba, heheheheh. Sk buat separuh adunan pun dah dapat banyak cuma podnya gedabak tebal semacam pulak, huhuhu. Sk rasa kalau guna kayu yang lebih lebar diameternya untuk membuat lubang pada cookies tentu pod Sk akan lebih menyerlah.. Atau Sk kena gunakan muffin tray yang lebih kecil lubangnya, hehehe. Jadi yang ini nampak macam 'thumb print' jerlah kan. Yang sedapnya tentulah kerana ada Nutella tapi cookies tu pun sedap jugak tau sebab ada campuran serbuk walnut. Disebabkan Sk tak ada stok serbuk walnut tu jadi Sk gantikan dengan almond ground... kita yang buat diakannnnn...

Untuk rakan facebook Sk, Shima Maz.. terima kasih kerana sudi berkongsi resepi ini. Sk kongsikan di sini pula.

Nutella Pod Cookies
Sumber : Shima Maz Fb & Ida Osman

Bahan-bahan :

2 3/4 cwn tpg gndum*
1 st soda bikarbonate*
1/2st baking pwder*
50 gm serbuk walnut*
1 cwn butter
1 1/4 cwn gula castor
1 bj telur
1 st esen vanilla

Caranya :

1.  Ayak bahan bertanda*
2. Putar butter dan gula hingga gebu.

3. Masukkan telur diikuti esen.
4. Masukkan serbuk walnut.
5. Masukkan tepung dan kacau rata hingga menjadi doh.
6. Gris muffin tray.
7. Bulat-bulatkan doh dan letak dalam muffin tray.
8.Bakar pada suhu 170 slama 8-10 min atau sehingga masak.

9. Setelah keluar dari oven tunggu 1 minit sebelum menekan cookies tadi untuk membuat lubang(gunakan hujung kayu penggelek atau apa saja alat yg boleh ditekan untuk membuat lubang)

** jangan biar cookies sejuk..sebab ia akan jd retak bila ditekan
** Pipekan nutella ke dalam pot bila cookies dah sejuk

 
 

SAMBAL TEMPOYAK

Assalamualaikum... Nahhhh.. Sambal Tempoyak. Lepas ni tak perlu susah2 lagi nak menumbuk sambal. Sukacita dimaklumkan, tempah...