DIARI RAMADHAN 10 & 11

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
ASSALAMUALAIKUM...

TAHU dahhhhh.. mesti anda tunggu Diari Ramadhan 10, Sk semalam kan?? Hah, tak tunggu?? Tak heran pun??? Sampai hati ya.. majuklahhhh!!

Siapa yang ikut drama bersiri Samarinda ekslusif sempena Ramadhan tahun ini? Akhirnya setelah begitu lama tidak mengendahkan slot ini (sebab lebih panjang iklan dari cerita Sk rasa) Sk terjebak jua selepas tertonton episod kedua 'Ramadhan Jangan Pergi'. Pukul 10 dah terbongkang sedia depan tv nak tunggu kemunculan wanita bengis bernama Sheila Rusly, hihihi.










Alahai.. kelakar betul kawan-kawan fb Sk ni tau...

Dua hari berturut-turut.. dari waktu berbuka sampai waktu bersahur.. berbuka dan bersahur kembali dengan Ayam Kuzi dan Sayur Sawi Jepun atau Pak Choy. Dua hari berturut juga (Ramadhan 10 & Ramadhan 11) kami hanya berbuka dua beranak dan malam ini pun nampaknya Sk masih lagi berbuka bersama Iman sahaja. Iman memang tak cerewet dengan apa yang Sk masak asalkan berkuah. Ulanglah berapa kali lauk tu, kalau sedap di tekaknya memang dia tak membantah. Syukurrrrr ada anak yang baik macam ni.

Waktu bersahur tu, ER tanya, "Ayam Percik ke ni?"

"Ya, ayam percik..," Hehehehe.. malas nak layan di saat mengantuk.

"Laju babah makan bila bonda kata ayam percik," cerita Iman. Kah kah kah... nanti raya mintak maaf.



Ayam Kuzi

Bahan-bahan :

Seekor ayam dipotong doblas
Sepeket rempah premix Kuzi Nurani Spices
200 ml air
200 ml susu sejat
segenggam kismis
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara :

1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Kacau rata rempah kuzi bersama 200 ml air.
3. Tumis rempah sehingga pecah minyak dan pekat dengan api kecil.
4. Masukkan susu sejat, kacau sentiasa hingga mendidih. Api sederhana.
5. Masukkan ayam, kacau sekejap. Tutup kuali.
6. Kacau sekali sekala.
7. Masak sehingga kuah pekat dan agak kering. Kalau suka kuah banyak, tak perlu masak sampai kering. Pastikan ayam masak, bolehlah ditutup apinya.

Senang giler sangat!!

Ingin mendapatkan rempah ini? Hubungi Ann Norwani 0127815546.


Pak Choy Sos Tiram

Bahan-bahan :

 3- 4 pokok Pak Choy
1/2 labu bawang bombay hiris
3 sb sos tiram
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara :

Tumis bawang bombay.. sampai garing. masukkan Pak Choy. Kacau rata dan masukkan sos tiram. kacau sekejap, siapppp!!

p/s ... petang ni rasa malas nak masak.. nak buka apa ek???

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sakit pulak hati tgk Johan, mak dia & Gf dia tu...takde lah follow tapi bila sesekali tgok tu...rasa nk hempuk je tv tu..hehe

    ReplyDelete
  2. Kak...saya x pernah tengok lagi cerita nie. Terasa macam nak tengok la pula.....

    Sedapnya nampak kuzi tu. Saya pernah makan kuzi kambing boss saya masak, dan saya belum pernah makan kuzi yang sesedap dia masak lagi. Nak masak sendiri, saya x pandai....huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. Saya x follow mana2 cerita pun.. Tp mcm tau je semua cerita dek penangan status kawan2 FB.. Hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!