MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Friday, July 4, 2014

DIARI RAMADHAN 5

ASSALAMUALAIKUM...

DAH beberapa hari Iman asyik menyebut tentang Air Kathira Abu Bakar. Sebenarnya Sk ni bukan tak nak beli tapi malas betul rasanya nak menyimpang dari laluan asal. Nanti sampai rumah nak sediakan juada berbuka lagi. Menempuh sesaknya jalanraya, cari tempat letak kereta dan nak menyampaikan kat tempat jualan air kathira tupun dah makan masa jugak.. hihi. Banyak alasan betul, hehehe.

"Ala... malaslah nak pergi.. nanti bonda balik nak masak Asam Pedas Daging lagi. Nak goreng Ayam Berempah lagi. Mana sempat.."

"Hah.. Asam Pedas Daging? Bestnya..." terus Iman terlupa Air Kathira Abu Bakar... hehehehe.


Semalam kami berbuka dua beranak sahaja. ER berbuka dengan IRDA. Tapi dapatlah dia menikmati lauk yang sama ketika bersahur pagi tadi. Memang tak ada lain atas meja cuma tiga lauk ni sahaja. Asam Pedas Daging, Sayur Sawi Masak Air dan Ayam Goreng Berempah Bersama Jus Tembikai dan Jus Buah Naga, hihi. Macam biasa, lepas jamah kurma terus makan nasi. Kalau buat kuih pun bikin penat jer.. lebih baik beli cuma malas nak terkejar-kejar di pasar ramadhan. Sambil makan tu Iman berapa kali pesan sahur nak makan lauk yang sama.. nak makan nasi.. hihi. Sedap sangatlah tuuuu :p

InsyaAllah, hari ni SK nak tinjau apa yang ada di Param... melayankan ER tularrrrr... ;-))))


3 comments:

  1. Samalah kak....saya pun prefer buka terus makan nasi.... Senang. Kalau ada kuih, saya jamahlah sikit....itupun lepas Isya'.

    Asam pedas daging tu memang nampak merveles betull

    ReplyDelete
  2. pAndai bonda Iman belokkan lerhatiaan si dara sunti...eheee...patutlah iman dah tak sebut air kathira, sbb asam pedas dagingnya sgt2 memukau...pebret sy jugak tu kak...

    ReplyDelete
  3. esselamu aleykum sister.. mmm leziz tatam, bon appetit :) ramadan, cum'a mubarek! Turkiye'den salam.
    my blog was deleted: ((I expect my new blog.

    http://saadetyamak.blogspot.com.tr/

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

SALAM RAMADHAN & SELAMAT BERPUASA

Assalamualaikum... ALHAMDULILLAH... Dapat lagi bertemu Ramadhan kali ini. Ramadhan yang penuh keberkatan dan kemuliaan. Ramadhan ...