MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Tuesday, July 8, 2014

DIARI RAMADHAN 9

ASSALAMUALAIKUM...

ALHAMDULILLAH... 9 hari sudah kita berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Ada yang dah ABC ke? Bagi Sk, ABC tak ABC tetap jugak tak makan dan minum seharian. Tetap jugak kena bangun awal menyediakan juadah bersahur. Biasanya Sk ikut sama bersahur sebab sebaik habis sahur kena sedia untuk ke pejabat pulak. Di pejabat kena juga menghormati kawan yang berpuasa. Tak pandai pulak nak minum atau makan sembunyi-sembunyi. Walaupun sebenarnya kawan tu tak kisahpun. Satu lagi, bilik pejabat Sk ni selalu dikunjungi pelajar jadi takut pulak ada aroma yang tertinggal nanti, hihihi.

Semalam Sk terlupa nak mengeluarkan bahan untuk memasak. Semuanya sejuk beku dalam peti ais. Memang tak sempatlah nak memasak untuk berbuka. Hendak tak hendak kenalah ke pasar ramadhan juga. Alhamdulillah, dengan adanya pasar ramadhan ni memudahkan kita sebenarnya. Kalau tak sempat memasak boleh beli. Kalau sempat memasak, bolehlah memasak. Pada pendapat Sk, apabila kita berurusan di pasar ramadhan kita saling memberi dan menerima. Yang penting berhemah bila berbelanja. Kita ni berpuasa sebulan, jadi bila rasa macam nak beli jer semua yang menarik di pasar ramadhan tu itu semuanya hanya nafsu dan ditambah lagi perut lapar dan tekak berlobangkan. Cuba bawa bersabar dan bertenang. Fikirrrrr... esok masih ada. Hehehehehe... tu sebenarnya nasihat yang selalu ditujukan pada ER, keh keh keh.

Rasanya dah dua tahun puasa juga Sk tak berkesempatan nak menjejakkan kaki ke Pasar Ramadhan Kampung Pasir. Pada mulanya kami bercadang nak ke Pasar Ramadhan di Taman Sri Pulai tapi semasa menyusuri tepi jalan depan tu ada sebuah kereta bagi isyarat nak keluar jadi kamilah pulak yang masuk :))) Pasar Ramadhan Kampung Pasir mungkin tidak sebesar atau sepanjang Pasar Ramadhan di tempat lain tapi tetap ada daya penariknya. Memang bagus pergi ke sini sebab tak banyak buang masa cuci mata. Sampai rumah, Sk sempat masak nasi dan panaskan semua juadah yang dibeli... dan sempat pulak buat sesi foto :p

Asam Pedas Daging
yang kelmarin punya kelmarin.. ada seperiuk kecil lagi
Alhamdulillah... dah selesai semuanya semalam
oleh peminat asam pedas nombor 1
Iman Fatiha :)))))

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api
Kalau pergi di kebanyakan Pasar Ramadhan di JB
kebanyakan menjual harga siput sedut begini dengan harga tetap
sama ada RM5 sesenduk atau RM5 semangkuk
di Kampung Pasir anda boleh beli bermula dengan harga RM2
dalam gambar tu RM5... cukup banyak.. puas makan

Sambal Kerang
yang sedap meletops
dari Gerai Kelantan yang femes di Kampung Pasir
kerangnya gemuk-gemuk
dan sambalnya sedap pedas manis yang secukup rasa
kecur ailio cerita, hihi

Untuk siapa yang kecewa sebab tak dapat tengok
gambar Ayam Tempayan semalam
ni Ayam Bakar dari makcik peniaga ayam bakar paling senior di Kampung Pasir
sedap cukup segala rempah ratus dan rasa
 

Rojak Petis
yang dijual secara tradisional dari pakcik yang bermotosikal
tak buka meja pun
Pakcik hiris timun, sengkuang, tauhu dan nenas
atas motor
memang membuat kita terkenang semasa dulu
kuahnya diasingkan
supaya tak berair menjelang waktu nak makan
pandai pakcik ni

buatlah cupcake cantik-cantik macam manapun
dan letaklah sebelah cekodok
nescaya cekodok jugak yang laku dan disuap ke mulut ER
ni kalau orang yang gigi bergoyang
lepas makan tak sedar gigi dah tak ada
rupanya dah tertelan bersama cekodok liat.. hehehe
kuih akok tu sedap.. lain kali boleh pergi lagi
Pasar Ramadhan Kampung Pasir

Tiada dalam gambar:

Taufufa
berperisa pandan dan jagung
2 dalam satu
yang berbaloi-baloi dibeli
sekali menyuap tak boleh nak berhenti
pemanis mulut semasa menonton tv

:)))))

11 comments:

  1. saya tak reti menyunat siput sedut!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya lak malas menyunat.. lebih baik beli yg siap dimasak, hehehe..

      Delete
  2. Alhamdulillah enak2 santapan Sk di bulan Ramadan ni..menyelerakan..

    ReplyDelete
  3. x pernah berkunjung ke bazaar ramadhan kampung pasir...mungkin sebab bukan satu jalan kut...hihihi...ayam bakar tu nampak menarik...

    ReplyDelete
  4. Kuih akok di Kg Pasir tu memang sedap SK..

    ReplyDelete
  5. Kadang2 kalau pandai pilih, juadah param pun sedap2 semuanya kan kak...

    ReplyDelete
  6. Ahhh saya peminat tegar Asam Pedas Daging tetel!

    ReplyDelete
  7. Baru pg tadi terfikir2 dlm kepala sedapnya kalau dpt mkn asam pedas daging. Sekali bw jumpa pulak kat sini..

    ReplyDelete
  8. Semua lauk diatas .. buat airliur menjejes ni SK oiiii :)

    ReplyDelete
  9. rojak petis mengoda selera..nak buat petang esoklah..

    ReplyDelete
  10. Sedapnye..... Jom lawat blog saya untuk supplement berkhasiat! www.jomsihat4u.com

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

RETREAT DI MERSING - HARI PERTAMA

Assalamualaikum... APABILA diberitahu bahawa Sk akan dihantar mengikuti satu kursus di Mersing terus rasa senak perut  hati jadi li...