MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Tuesday, July 1, 2014

KAWAN ALAM MAYA

ASSALAMUALAIKUM...

LAGI 200 meter kot, Sk hendak menghampiri pagar kolej untuk balik ke sarang,
tetiba sahaja telefon berbunyi. Sk cepat-cepat berhenti tepi. Kawan Sk yang manis di kolej beritahu, ada parcel sampai untuk Sk tengahari tadi. Sk mengingat-ngingat, tak ada pulak rasanya Sk beli barang secara online sehari dua sebelum itu. Sk buat satu pusingan balik semula ke depan pintu pejabat. Amboiiii, besarnya kotak yang dipegang kawan Sk. Sk gigit jari, 'Apa ni?' Takut jugakkan, kita tak ada beli apa-apa, tetiba jer ni.. Sk baca tulisan pada borang pos. Nama pengirimnya memang Sk tak kenal langsung tapi cara dia menulis nama dan alamat Sk,
Sk pasti, pengirim ini tentu pernah berurusan dengan Sk.


Sk cuba jugaklah hogah-hogah saloytape yang membalut kotak tepung gandum cap kunci tu.
Ketat melekat. Tak pe.. takpe.. sabar. Tunggu sampai rumah. Sepanjang perjalanan masih berfikir-fikir, parcel dari siapa? Apa di dalamnya? Kenapa diberi pada Sk? Sampai rumah, barulah terjawab segala persoalan. Bingkisan dari kawan alam maya rupanya yang berada di Nismilan sana. Oh, besarnya ingatan dia terhadap Sk. Terharu hati ini membelek mangkuk tingkat berjenama Tupperware berisikan Mocha dan Red Velvet Cake. Terima kasih daun keladi Liza Danial.
 

Dan.. minggu lepas juga telah berlangsung pertemuan Sk dengan tiga kenalan di alam maya. Nak tahu siapa?? Allahu... comel-comel semuanya kawan-kawan maya Sk ni tau. Sk musykil.. depa makan apa ya?? Padi bendang ke padi huma??? Haishhhh! Rasa cam giant pulak kita tau, hahahaha.


Dari Pekan ke Johor Bahru,
Singgah di Rompin mencari remis,
Nama fb nya Tenda Biru,
PA bertauliah blogger Masam Manis.


Sedap sungguh sambal berlado,
Lepas makan tersandar kenyangnya,
Tauke roti isteri komando,
Inilah dia blogger Mamamya.


Pergi memancing di Parit Nyonya,
Mengidam sepat dapatnya puyu,
Sifu cheese tart kita pemalu orangnya,
Kak Azita Zain yang manis ayu.
 
Yang ini pantun untuk semua ya...
 
Dari alam fantasi ke alam realiti,
Kawan sejati tak mudah dicari,
Ku berdoa sempena ramadhan yang mulia ini,
Persahabatan kita kekal ke mati.

5 comments:

  1. ooo, kira sekarang panggil SK lah ya, Dulu yus panggil kak sari...:)

    Seronok kan jumpa teman blogger, yus pun baru jumpa acik erna baru ni, seronok...

    ReplyDelete
  2. Wahhh seronoknya dia. Dapat hadiah dapat jumpa rakan blogger.... Bila nak mai KL?

    ReplyDelete
  3. seronoknya itulah masa kini pelbagai cara kita boleh menjalinkan ukhwah,Alhamdulillah..

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

RETREAT DI MERSING - HARI PERTAMA

Assalamualaikum... APABILA diberitahu bahawa Sk akan dihantar mengikuti satu kursus di Mersing terus rasa senak perut  hati jadi li...