MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Wednesday, October 8, 2014

MURTABAK MENGKASAR

ASSALAMUALAIKUM...

MURTABAK yang paling femes di Bandar DiRaja Pekan, Pahang Darul Makmur. Berkali-kali nak menikmati murtabak ini tetapi semuanya berakhir dengan kehampaan. Sama ada masa lalu kedai dah tutup atau masa lalu kedai belum buka. Paling tragik sekali, dah sampai, kedai buka tapi doh murtabak habis, huhuhuhu. Tak ada rezeki. Nasib tak kempunan.

Alhamdulillah, kembang kempis hati Sk bila lalu dalam perjalanan balik dari Terengganu hari itu kedai Murtabak Mengkasar ini dibuka walaupun keesokannya Hari Raya Aidiladha. Nampak macam tak ramai tapi satu jam juga menunggu giliran Sk menapau murtabak yang juga dikatakan sebagai murtabak DiRaja ini. Mak aihhh, peluh ketiak menunggu tau tapi bila dah dapat senyum sampai ke telinga. Macam orang mengandung sulung gitewwww.

Entah kenapalah Sk tak beli yang frozen tahan menunggu, haiii buang masa betul. Jadi, Sk cadangkan bagi anda yang ingin nak menapau dan menempuh perjalanan jauh macam Sk ni bolehlah beli yang dah disejukbekukan. Tak pastilah rasanya sama tak dengan yang dimasak terus dari kedai.  Bagaimana murtabak ini mendapat namanya tidaklah Sk ketahui dan malas pulak nak buat ulangkaji. Errr, ada sesapa yang boleh komen?

Apa keistimewaannya Murtabak Mengkasar ini? Bagi Sk, kalau anda ambil jenis biasa memang tak begitu terserlah pun keistimewaannya malah hampir sama dengan kebanyakan murtabak yang dijual di Johor Darul Takzim. Tapi Murtabak Kambing Special memang lain dari yang lain yang pernah Sk makan. Pertama, sebab ini pertama kali Sk makan murtabak kambing dan yang kedua sebab ia special, murtabaknya berlapis dua. Yang biasa semuanya satu lapis sahaja. Macam Murtabak lain jugak. Harga??? Errrr.. boleh tahanlahhhh!

Cara penyediaanya yang Sk nampak, kulit-kulit murtabak telah disiapkan terlebih dahulu dan digoreng di atas kuali leper besar tu sebelum diletakkan inti yang melimpah. Apabila inti tu dah cukup masak, mereka akan mencanai doh/ kulit murtabak dan menebarnya untuk membalut inti yang dituang di atas kulit tadi. Mungkin itulah kelainan murtabak ini. Ok, sekarang dah tak mengidam lagi, hihihi.

5 comments:

  1. Ini kalau dpt satu portion pun dah kenyang ni SK..

    ReplyDelete
  2. Wah, lamanya menunggu...hehehehe. Tapi kalau penduduk Pekan, sekarang nie diorang lebih suka Murtabak Kasturi berbanding Mengkasar. Katanya Mengkasar dah kurang kick. Murtabak Kasturi kedainya berdekatan dengan kilang DRB Hicom. Tak masuk pekan Pekan tu lagi.... So, makan kat situ ker kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapauuuuu Ziela. Wahhh! Pas ni nak cari Murtabak Kasturi pulaklah. Noted! Tq, Ziela

      Delete
  3. Akak tak kira murtabak mama, asal cukup rasa....jalan!!

    ReplyDelete
  4. kok nnt nk try cari. harap2 jumpa la..mengkasar ke, kasturi ke..dua2 tak pernah

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

KEK OH KEK!

Assalamualaikum... DAH sarapan ke tu? Sk ni dah dua hari berturut-turut sarapan dengan kek yang superrr duperrrr jelita. Meh tayang sikit...