MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, December 8, 2014

MAKAN LAGI!.. RESTORAN TOP D'GURUN

ASSALAMUALAIKUM...

SEMINGGU gantung kuali.. seminggu bercuti masak... dan bercuti sakan. Makan ada orang masakkan... pinggan ada orang basuhkan... bilik air ada orang cucikan... katil ada orang kemaskan... jalan-jalan ada orang bawakan.


Kebetulan.. kami lalu di hadapan Restoran Top D'Gurun ini di saat perut sedang lapar. Bila nampak sahaja papan tanda besar ni... terus sahaja ambil keputusan untuk berhenti. Jam sudah melewati pukul 2 petang.. orang masih ramai tetapi tidaklah padat sampai perlu beratur tunggu meja atau ambil makanan.


'Signature dish' di sini seperti yang tertera pada papan tanda adalah ikan bawal goreng panas. Mulanya Sk ingat cuma ada ikan bawal jer tapi rupa-rupanya ada macam-macam ikan. Ialah.. selalu kalau balik kampung, Sk jarang makan tengahari di luar, biasa makan di rumah. Selain dari ikan bawal goreng panas, ada beberapa jenis ikan yang lain dihidang panas. Juga ada.. ayam goreng... pilihan bagi mereka yang tidak makan ikan. Selain tu, ada juga ikan yang dibakar dan lauk-lauk lain juga.


Kalau tak silap Sk ada tiga buah kuali besar digunakan untuk menggoreng ikan dan ayam di sini dan ketiga-tiga kuali tu minyaknya entah berapa kali digunapakai. Kalau makan di luar tak perlulah nak cerewet sangat tengok minyak.. kan.. Kalau cerewet boleh baliklah beli ikan dan goreng sendiri di rumah. Macam Sk, tak ada pilihan.. nak balik rumah jauh tu... Gurun dengan Johor... hehehehe.


Walaupun digoreng dengan minyak hitam tapi hasilnya taklah hitam.. kira okeylah tukan.  Pengunjung yang datang bolehlah memilih lauk sendiri dengan konsep layan diri. Nak lauk ke... pinggan ke.. piring ke... sila ambil sendiri. Eh, tapi nasi ada orang cedokkan. Oh, ya. Harga teh o ais di sini cuma 50 sen sahaja jadi kebanyakannya ambil teh o ais la... senang dan murah.


Pilihan Sk satu-satunya.. cuma bawal goreng.. sambal belacan dan kicap yang diletakkan hirisan bawang dan cili padi. Sambal belacan dia... memang mengancam habis... sedapppppp... tapi pedas menyengat. Sk ni memang jenis yang tak makan banyak lauk.. dan lagi Sk tak mahu nikmat bawal panas dengan nasi putih tu hilang, hehehehe.


Keistimewaan restoran ini tentulah pada sambal belacannyakan. Nasib baiklah duduk jauh, kalau dekat.. hari-hari mau datang lorrrr...

2 comments:

  1. Kat Gurun? Wah...sedap banget tu kak... Kat utara dah makin femes menu macam ni kan.

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

KEK OH KEK!

Assalamualaikum... DAH sarapan ke tu? Sk ni dah dua hari berturut-turut sarapan dengan kek yang superrr duperrrr jelita. Meh tayang sikit...