MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Friday, December 12, 2014

MAKAN SEDAP DI DANGA BAY

ASSALAMUALAIKUM...

INI antara tempat yang menjadi kunjungan kami bila dah bosan sangat tak tahu nak masak apa.. dan makan di mana. Restoran yang terletak di Danga Bay ini merupakan pilihan bagi mereka yang hendak makan dalam suasana yang tenang kerana tempat ini dikatakan agak 'privacy' jugalah. Selalunya kalau ada acara makan besar bos-bos mereka memang sukalah bawa ke sini. Pelbagai hidangan makanan laut boleh didapati di sini dari jenis yang biasa sampailah yang luar biasa. Sk???

Sk makan yang biasa-biasa saja..


Menu wajib.. mesti ada sotong. Siapa yang biasa baca blog sk tentu tahu tak sah Sk kalau makan di luar kalau tak ambil sotong. Begitu juga kalau pergi pasar.. mesti nak cari sotong.. heheh. Nama masakan ini ialah Sotong Goreng Telor Masin... Ya salammmm... sedap... sangat-sangat-sangat sedap. Rasa macam nak bungkus lain bawa balik tapi.... (sila sambung sendiri)


Brokoli dan Cendawan Sos Tiram... terpaksa ambil sayur ni sebab tak ada sayur baby kailan. Brokoli tu di celur jer rasanya dan Cendawan tu ditumis kemudian tuang sos tiram. Walaupun nampak 'simple' tapi sedap. Haahaaa... ko Sk apa yang tak sedapppp???


Feberet Iman.. tahukan.. selalu ada lauk ni bila pergi makan seafood walaupun ini bukan seafood. Chicken Lemon. Serius, banyak tempat Sk makan, chicken lemon di sini adalah turrrrrrrrrbaekkk! Ayam tu rangup di luar dan empuk isinya. Sos lemon tu memang cukup rasa. Aaaa... nak ratah-ratah ni aje rasa.


Yang sampai akhir sekali.. Siakap Masakkkkk... alamak! Lupa pulak masak apa.. kuang kuang kuang. Tapi nampaknya resepi ni kena tukar nama kot.. Epal Masak Siakap... kui kui. Ikan siakap tu dan rencahnya dah sedap tapi terlalu banyak epal diletakkan dalam masakan ini. Rasanya tak ada pulak tulis epal hijau dalam tajuk menu siakap ni. Sepatutnya kalau nak letak epal tu kenalah dadu comel-comel dan letak jangan terlalu banyak. Tapi Sk cuma mampu membebel dengan ER lah dan tulis kat sini.. tak mampu (ke takut??) nak cakap sendiri dengan Chef.. hahaha.

Haaa... tu masakan yang kami order. Tu aje.. sikit jerkan. Kami memang berhemah orangnya.. hahaha. Jom tengok pulak seafood lain yang kami seram-seram sejuk nak mintak chef masakkan... huhu.









Okey.. okey... jom gambar sikit...



daaaaa....





3 comments:

  1. walaupun saya ni asal johor, tapi tak pernah lagi sampai kat restoran ni, danga bay pon seingat saya baru sampai sekali hehehehe

    ReplyDelete
  2. salam akak.. best ke mkn situ kak.. dlu penah sampai skali.. ingatkan chinese punye..

    ReplyDelete
  3. Ooooo.....inilah apa yang ada kat dalam tu yer kak? Hmm..lebih kurang macam makan kat Senibong juga bajetnya. Tapi maybe better ambience and better (expensive) choices. Ada rezeki lebih, saya WAJIB try sotong telur masin tu... Sure sedap gilerkan kak... Terasa2 dah kat anak tekak ni..

    Psst : Mana yang naiknya badan? Elok jer slim nyer....

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

AKHIRNYA IKEA TEBRAU DIBUKA

Assalamualaikum... YEAY!!  Akhirnya setelah sekian lama menunggu, Ikea Tebrau kini dibuka di Johor Bahru.  Setelah bertahun-tahun beran...