MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Tuesday, December 9, 2014

MINI BEEF PIE KAK SHIDA YANG MABELES!

ASSALAMUALAIKUM...

SEBENARNYAKAN... Sk rasa bertuah kerana dikelilingi oleh ipar duai yang pandai memasak. Kalau nak tahu.. Sk mempunyai dua orang kakak ipar dan lima orang biras perempuan serta seorang biras lelaki. Eh! Betul ke... jappp ya.. sk kira balik... Kak.. & Kak Roz.. dua orang kakak ipar Sk. Biras lelaki... Abang Samad (suami Kak Roz). Biras perempuan.. Kak Shida, Kak Maznah, Kak Zana, Kak Fauziah dan Kak Ila. Ya... betullah Sk kira tadikan. Dan semuanya pandai memasak pulak dan ada masakan istimewa masing-masing. Kak.. pakar masak laksa.. Kak Roz pakar masak mee udang... Kak Shida pakar masak nasi beriyani pakistan... Kak Zana pakar masak kari... Kak Fauziah pakar masakan barat... Kak Ila pakar masak nasi dagang dan Kak Maznah?? Kak Maznah ni low profile. Walaupun tak pernah masak.. tapi selalu bawakan buah tangan. Sk juga rasa beruntung kerana kami semua mempunyai hubungan yang baik.. mak mertua Sk pulak jenis yang tidak membezakan antara anak dan menantu. Kalau datang dia nak beletiaq.. semua kena! Hahahaha...

Oh... ada pulak yang tanya Sk pakar apa?? Sk pakar makanlaaaa.. apalagi.. hihihihi.

Masa balik kampung baru-baru ni, kami dihidangkan dengan sesuatu... urm.. orang suka makan macam Sk ni lajulahkannn.. Beef Pie.. kata Kak Shida. Sk suap ke mulut.. mak aihhh! Sedapnya. Rasa nak makan banyak-banyak tapi nanti orang belakang tak dapat pulakkan. lagipun kenalah beringat, banyak baju dan kain dah ketat. Kawal sikit makan tu Sk!!

Menurut Kak Shida, sekarang ni dia mengambil tempahan pie untuk dihantar ke kedai-kedai dan juga tempahan lain. Pie Kak Shida ni dibuat dalam size yang comel tau. Ini menjadikan ianya amat mudah dinikmati di mana-mana sahaja. Taklah bimbang mulut comot akibat pastri berterabur kerana menggigit pie yang besar. Kalau untuk jamuan pun memanglah amat sesuai menghidangkan pie ini.

Haaaaaaaa... siapa yang ada cadangan nak buat kenduri atau jamuan dan masih memikirkan hidangan untuk tetamu, apa kata anda cuba pie dari Kak Shida ni. Tapi buat masa ini Kak Shida cuma dapat mengambil tempahan di sekitar Petaling Jaya, Damansara, Kuala Lumpur dan lokasi yang berhampiran sahajalah ya. Cara nak mengambil tempahan anda boleh berbincang terus dengan Kak Shida ya. Harga dan perisa pie Kak Shida adalah seperti berikut :


Mini Chicken Pie : RM5.50/ 6 pcs
Mini Beef Pie : RM6.00/ 6 pcs
Mini Beef Curry Pie : RM6.00/ 6 pcs
No telefon : 0122904166 (Kak Shida)

5 comments:

  1. give me 5
    saya pun pakar makan jugak, hihi

    ReplyDelete
  2. Waduhaii....nampak sedap. Eh..eh...bukankah akak pakar cheese tart dari Selatan? Wah, nak humble pulak ek...Saya nak ke Batu Pahat weekend ni. Jauh la plak nak sampai ke JB tu...adoii... Kak, saya lagiii takder pengiktirafan pakar dalam masak2. Dalam makan2...yer, saya chiep...heheheheh

    ReplyDelete
  3. amboii sk..merendah diri tue..sk nie pakar cheese tart..gebus2 tart tue..:)

    ReplyDelete
  4. sedapnya kalau masuk dalam mulut tu....balik kl bolehlah nak order

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

26 SYAWAL

Assalamualaikum... ALHAMDULILLAH.. dah hari ke 26 kita meraikan Syawal. Ramai yang mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka da...