MESTI KLIK

Pemilik Blog

My photo
cinta hati Panglima Hitam dari Gunung Jerai

SAYA SUKA MAKAN

AMARAN.. JANGAN BUKA BLOG INI JIKA ANDA SEDANG LAPAR.. HEHEHE.


Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui panggilan, sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidiladha aidilfitri ais krim apa cerita apam apom arab art street asam pedas asyura award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel berkelah bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI boat noodle Boboiyot bola Bono boycott buah bubur bulan burasak burger cake in jar cendawan cendol cerita bersiri chocolate lava churros Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut drama drama bersiri durian embun evaros fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah hotel ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing kangkung Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga Kemahkotaan kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku korea kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron madu makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman misi buang lemak mistik monopod muffin Munduk murtabak muzium myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti popiah premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sandwich sardin sate sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah teater Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel thailand tinggi tmj tomato tomyam tortilla tudung tulang Tunku Jalil twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan ulasan buku untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Friday, February 28, 2014

NASI PADANG BUNGKUS DAUN PISANG PENUH NOSTALGIA

ASSALAMUALAIKUM...


NASI PADANG bungkus menjadi pilihan Sk sekeluarga hari ini.
Itu M sangatlah besar, tak tahulah apa nak jadi dengan Sk akhir-akhir ni. Cuaca panas menambah letih. Bila letih bertambahlah malasnya, huhuhu. Balik rumah rasa nak baring jer tau.

Oh, ya. Nasi ini Sk bungkus dari Kedai Makan Nasi Padang di Jalan Ibrahim Sultan. Kedai nasi padang ini dah berusia puluhan tahun tetapi sebelum ini dia berniaga di tempat lain berhampiran tetapi kedai asal tu dah terbakar. Kami suka lauk-lauk di sini kerana bukan sahaja enak tetapi tidak berminyak seperti kebanyakan kedai nasi padang yang banyak sekarang. Jom makan!!!

Thursday, February 27, 2014

ASAM PEDAS TELUR MAYONG.. KOLESTEROL PUN KOLESTEROLLAHHHHHH

ASSALAMUALAIKUM...
 
TELUR mayong ini Sk jumpa di Pasar Basah Parit Jawa, Muar.
Biasanya kalau perjalanan balik dari Melaka, ER tak mahu ikut lebuhraya. Ngantuk katanya. Memang pun asyik menguap ajelah dia sepanjang jalan. Kalau ikut jalan kampung seronok, redup. Sk suka jugak tengok rumah-rumah kampung yang macam gudang di kiri kanan jalan tu. Ialah, kita ni duduk rumah teres, memang jakunlah bila tengok rumah lama yang besar-besar tu. Pulak lagi kalau masih dikekalkan ciri-ciri tradisi. Kagum sungguh!!!


Dan tidak sah juga perjalanan tu kalau tak singgah ke pasar di Parit Jawa ni. Tujuan tu nak cari udang tapi entah kenapa hanya ada satu gerai jer yang jual udang sebesar ibu jari tupun dah lembik. Memang tak menarik langsung. Bagi yang tak tahu, pasar di sini tidaklah besar tapi kebanyakan makanan laut yang dijual adalah segar sebab di sebelah belakang pasar ini ada jeti nelayan. Kebanyakan yang dijual belum disimpan dalam air batu lagi tau.

Harga di sini juga agak jauh berbeza dengan harga pasaran di JB. Mungkin kerana tak banyak perantaraan antara nelayan, peraih dan penjual jadi harga tu masih boleh dirunding. Kalau kita tawar tu dah tentu dapat dan kalau beli banyak dikurangkan lagi harganya. Penjual ikan di sini juga sangat peramah dan mesra pelanggan. Apa yang kita beli akan disiang mengikut kehendak pelanggan dan dibalut dengan suratkhabar sebelum dimasukkan ke dalam plastik. Mereka juga dah tahu kalau yang beli tu orang luar macam Sk ni. Ialah, tiga empat bulan sekali baru nampak batang hidung, kan. Nanti mesti diorang akan tambahkan air batu sekali. Siap offer kotak lagi tau supaya apa yang kita beli tu tak rosak menempuh perjalanan jauh.

Mula-mula masa terpandangkan telur mayong ni sahaja Sk dah terliur. Tapi, Sk musykil juga sebab dia tulis situ 'BRONG'. Apakah 'brong' tu yek. Ikan brong? Isk, tak pernah jumpa pulak ikan brong. Telur Brong? Apakah???

Rupa-rupanya, brong tu maksudnya borong.
Kalau ambil semua telur tu kira boronglah RM21/-. Pakcik penjual tu menunjukkan ikan mayong yang baru dibedahnya. Mulutnya riuh bercerita tentang berapa ramai orang yang suka beli telur mayong. "Bukan senang nak dapat ni, nasib baik ni saya baru operate, dapat lagi satu, tulah," memang peramah betul pakcik ni.

Apalagi, Sk pun rembat semualah sambil terbayang-bayang sedapnya lahai masak asam pedas. Kalau dah rembat telurnya, kenalah rembat maknya sekali, kan. Hihihihi, jadi dengan mak-maknya Sk ambillah. Banyak jugaklah pakcik tu turunkan harga sebab Er pun ada beli ikan-ikan lain. Kiranya stok untuk tiga bulan kot. Hahahaha, jangan percaya! Bukan beli banyak pun tapi entah bila nak memasaknya, lagi tiga bulan kot. Tu yang jadinya stok untuk tiga bulan, ekekeke.

Nak tahu kenapa Sk ambik dengan mak mayong sekali?
Sebabnya ada budak tu cakap, dah lama tak makan asam pedas mayong nenek masak, huhuhu. Haaaaaa, jadi tu yang Sk beli sekor terus tu hantar rumah ibu. Kiranya ni semua ibu Sk yang masak tau, bukan Sk. Terima kasih, ibu. Sebab masakkan asam pedas untuk kita. Satu periuk besar lagi maklumlah isi rumah semua kuat makan, hahaha.

Wednesday, February 26, 2014

DAYANG SENANDUNG

ASSALAMUALAIKUM...

DESIRAN bunyi pancuran air yang turun agak laju menenggelamkan bunyi di luar bilik air. Macam ada orang ketuk pintu. 'Urmmm... perasaan ajer kot,' kata hati Sk. 'Eh, betullah... ni mesti Iman, entah apa dia nak ni???' Sk tarik pintu bilik air...

"Oh, mak ko terkejut bonda, Iman!!!"

"Astaghfirullahalazimmmmm..."

Dahlah pakai baju hitam.. mukanya pun dicat hitam sampai satu apa pun tak nampak kecuali mata putih... dah macam Dayang Senandung.

"Urmmmm, macam ni ke pakai??" Sambil mengangkat dua jari telunjuk kanan dan kiri menghala ke mukanya sendiri.

Sk tersenyum... haaa.. anak aku dah pandai nak melawa. Sk beli masker hitam tu dari kawan sekerja. Katanya bagus untuk menanggalkan bulu-bulu halus di muka, white head, black head dan memulihkan kulit yang kusam. Iman pun sibuk nak bertopeng muka juga, nak cantik juga. Malas nak larang, Sk iyakan juga. Dari sejak Sk beli tu dia tak sabar nak pakai tapi tak ada peluang. Agaknya dah tak ada kerjalah tu belum apa-apa dah sibuk nak pakai sendiri. Haaaa.. ni pertama kali tau Sk bagi dia pakai masker ni... tapiiiii... kenapa macam pelikkkkk ajer.

Siap mandi, Sk pun join Iman bertopeng hitam. Sk sapu masker rata-rata lepas tu Sk duduk kat sofa mengadap tablet. Iman datang duduk di sebelah sambil mulutnya menceceh.

"Syhhhhhhhhhh!" Sk letak jari telunjuk ke mulut.

"Apa?"

"Syhhhhhhhhh!!" (Pakai masker mana boleh bercakap - guna bahasa isyarat dengan bunyi urm urm urm yang keluar dari mulut)

"Apa?? Yaya tak fahammmm..."

Adohai... terkemut-kemut pipi tahan gelak... "Syhhhhh...." sambil toleh tengok muka Iman. Ya Allah, kenapalah anak aku habis satu muka sapu termasuklah kelopak mata... adohaiiiiiiiiiii!!! Patutlah dari tadi Sk fikir apa yang pelik dengan muka Iman.

"mmmm... mmmm... mmmm... mmmmm....mmmmm..."

"Apa?"

"mmmm... mmmm... mmmm... mmmmm....mmmmm..."

"Aaaa... apa? Yaya tak faham..."

"mmmmm... mmmm... m m m... mmmm... mmmmmm.. mmm"

Iman geleng-geleng kepala... sakit rahang Sk tahan ketawa.

"kenapa Iman pakai masker sapu kat kelopak mata????" akhirnya keluar juga suara

"ooooohhh... haaaaaaaaa... mana tahu..."

"mih mih mih mih mih mih....33X" (bunyi orang ketawa sambil tutup mulut)

Adohai... patutlah nampak dah macam Dayang Senandung... hihihi... Imannnn... Imannnnn....

tapi tetap comeykannnnnn!!

Tuesday, February 25, 2014

SIAPA SUKA SANGAT MAKAN JERUK.. MARI TENGOK!!

ASSALAMUALAIKUM...


ANDA peminat jeruk? Hantu jeruk?? Kaki jeruk???
Hehehehehe.. Sk tak masuk mana-mana kategori tupun. Ada, Alhamdulillah, tak ada pun tak apa. Malah semasa Sk mengandungkan Iman dulupun Sk tak minat makan benda yang masam-masam ni. Pelam muda atau apa-apa yang muda memang bukan selera Sk apalagi benda-benda yang masam. Sk masih ingat semasa mengandung dulu perkara yang Sk pantang sekali adalah ayam guling-guling tepi jalan tu. Tengok pun tak boleh, hehehehehe.


Eh! Tadi kata nak cerita pasal jeruk.. tetiba termasuk cerita ayam pulak, hehehe.. ikalan sekejap :p 


Tapi... Er rupanya peminat jeruk. Duluuuuuu.. semasa kami bekerja bawah satu bumbung
(masa tu belum cintun lagi) Sk pelik setiap kali ada jeruk mesti ada kawan yang bagi dekat dia. Ialah, macam pelik jerkan orang lelaki makan jeruk. Rupanya bila dah kahwin barulah Sk tahu yang ER ni hantu jeruk. Pelam muda pun hantu jugak tu, huhuhu. Eh, ampunnnn... tercakap suami hantu pulak, hiks. Asal jangan menantu hantu sudahlah ya kekandaaaa...
 

Jadi, setiap kali balik ke utara, ER pasti ajak singgah ke Pulau Pinang
semata-mata membeli jeruk. Apa istimewanya jeruk Pulau Pinang??? Yang itu Sk tak pasti, yang Sk pasti jeruk Pulau Pinang lebih sedap dan harganya pun murah. Sk yang dulu tak minat jeruk pun dah pandai makan jeruk tau cuma belum jadik hantu jerrr.. erkkkk!!


Ada berpuluh-puluh jenis jeruk di sini... kebanyakan buah boleh dijadikan jeruk. Yang paling popular tentunya jeruk pala tetapi Sk tak minatlah pulak. Sk lagi suka jeruk pelam... huhu.. kecurrrrrrrrrrrrrr!!!
 

Kalau kebanyakan memilih untuk membeli jeruk di Pasar Chowrasta atau
Jeruk Madu Pak Ali (yang sangat terkenal tu) sebaliknya selera kami berbeza. Sk dan ER lebih suka membeli Jeruk Madu di Balik Pulau yang terletak di Taman Manggis. Keistimewaan jeruk di sini adalah lebih sedap, jauh lebih murah dan tidak membawa kebarangkalian untuk batuk walaupun duduk mengadap sekilo jeruk, hehehe.


Rasa jeruk yang sebenar... memang betul-betul rasa jeruklah.
Sebab pada tekak Sk (dan ER) ada juga jeruk yang cuma rasa masam dan manis semata-mata.. macam kita rendam dalam air gula sahaja. Cuma Sk nak beritahu, pada sesiapa yang belum cuba jeruk madu di Taman Manggis ni bolehlah cuba sendiri, baru tahu. Kebanyakan pelanggannya adalah pelanggan tetap, bukan dekat ya nak pergi ke Balik Pulau ni tapi cuba fikir kenapa kami sanggup datang ke sini... sedangkan bersepah-sepah kedai jeruk popular kat Tanjung ni :p







Monday, February 24, 2014

CARA NAK KENAL ORANG TU DULU HIDUP SUSAH KE SENANG

ASSALAMAUALAIKUM...

AMBOIIIII.. terrrrajinlah pulak menhapdate dua kali hari ni ya. Kalau nak lagi rajin petang-petang nanti silap-silap ada lagi satu entry Sk post.. tengoklahhh, hehehe. Hari ini Sk makan bakso bagi menggantikan nasi. Beli dari kantin, perghhhh! Patutlah kawan sebilik Sk hampir setiap hari makan bakso, power rangers betul rupanya bakso kantin ni. Esok boleh makan lagi ni :))))

Anda tahu tak nak membezakan seseorang tu lahir dari keluarga senang atau susah? Haaaa, kalau nak tahu, tengok cara dia makan. Kalau licin jer pinggannya tu biasanya dia datang dari keluarga yang susah. Yang maknya selalu ingatkan supaya licinkan pinggan. Jangan membazir nanti nasi menangis. Setiap kali ibu Sk cakap macam tu mesti Sk teringat kisah Pandak Maya ayah kepada Mahsuri. Suatu malam Pandak Maya dengar suara bayi menangis. Pandak Maya ni dah lama berkahwin tapi tak ada anak. Jadi, dia pun carilah suara bayi tu rupa-rupanya datang dari kerak nasi. Kemudian Pandak Maya suruhlah isterinya tu makan kerak nasi tu dan tak lama kemudian isteri Pandak Maya pun hamil. Jadiiiiii, Sk selalu bayangkan macam tulah nasi menangis kalau tak habis, untung apa nanti ibu boleh mengandung kalau makan boleh dapat bayi macam Mahsuri, hihihi. Itu antara versi cerita Mahsuri yang mula-mula Sk dengat. Okey, tahu-tahu, Sk sedang kornar baring sekarang :p

Baiklah, berbalik ke pangkal jalan, cara kenal orang tu dulu susah atau senang, selain dari pinggannya licin dia mesti akan tinggalkan satu benda yang paling sedap untuk suapan terakhirnya. Contoh, kalau makan mee ada udang, dia akan tinggalkan seekor udang tu untuk suapan akhirnya. Kalau makan nasi dengan daging dia akan tinggalkan seketul daging untuk suapan terakhirnya. Kalau makan burger dia akan tinggalkan sikit daging burger tu untuk suapan akhirnya. Kalau makan pizza, dia akan tinggalkan sikit cheese dengan sosej untuk suapan terakhirnya. Kalau makan bakso...

Betullllllll, anda macam tu tak????

BANTAL PELUK SALOMA

ASSALAMUALAIKUM...

SUDAH sarapan? Sarapan apa pagi ini? Sk pagi ni makan kuih jer. Semalam pun Sk cuma sarapan sandwich. Rasanya mulai sekarang Sk nak latih perut ni supaya jangan makan banyak sangat. Ni tidak, tiap pagi kalau nak sarapan tu mesti nak makan dua tiga jenis makanan. Mee + kuih tiga keping. Kat JB ni rata-rata harga kuih RM1/ 3 biji. Lepas tu Sk ni pulak bukan jenis yang boleh tengok makanan lama-lama depan mata. Semuanya nak ngap sekali arung. Sebenarnya takut bersemut. Alasan yang kukuh, syabas!!!

Kalau semalam makan sandwich, hari ini Sk pilih yang ala-ala sandwich jugak tapi digulung dan dicelup tepung lalu digoreng dalam minyak panas. Uiiii, mestilah goreng dalam minyak panas Sk oiii. Kalau goreng dalam minyak sejuk jadik apa, kui kui. Takdelahhhh, selalu Sk baca resepi tulis macam tu, goreng dalam minyak panas, hihihi.

Nak tahu tak, masa Sk bertugas sebagai wartawan sambilan dulu, bos atau editor Sk cukup pantang kalau kita tulis anak kesayangan, isteri kesayangan atau suami kesayangan. Kalau tulis macam tu alamat berbululah telinga dengar bos membebel, dah namanya anak, isteri, suami, mestilah sayanggggg!!! Agagagaga. Jadi, dah namanya goreng, mestilah goreng dalam minyak panas, gitewwww.

Eh!Eh! Terkonar cerita lain pulak, hihi.

Hah, tadi kita cerita pasal 'Bantal Peluk Saloma' kan? Ada ke yang tahu rope mana bantal peluk saloma tu? Sk masih ingat lagi masa Sk belajar buat bantal peluk Saloma ni Sk dalam tingkatan 3. Macammana Sk ingat? Sebab semasa zaman sekolah dulu Sk banyak mengikut keluarga berpindah-randah. Jadi setiap kali nak ingat peristiwa kita ingatlah lokasi mana masa tu maka bolehlah ingat masa tu umur kita berapa, huhuhu.

Jadi, masa tu ibu Sk dan seorang jiran ni yang mengajar Sk buat bantal peluk saloma ni. Alah, roti sardin gulung yang dicelup telur dan digoreng, tulah namanya bantal peluk saloma. Pas tu Sk buat loyar pulak, bantal peluk P Ramlee takde ke ibu???? heheheh. Tapi, bantal peluk yang ni, Sk beli dari kantin. Dia tak celup dalam telur tapi celup dalam tepung. Kat sini panggil roti sardin jer. Tapi Sk tetap nak panggil bantal peluk saloma kerana ia salah satu kenangan manis dalam hidup Sk. Antara resepi yang mula-mula Sk buat masa sekolah-sekolah dulu. Tak tahu dari mana mendapat nama tu yang pasti sekarang ni dah tenggelam dah nama bantal peluk saloma tu. Jom kita komersialkan semula!!

Sunday, February 23, 2014

BAHAYA LIDAH

ASSALAMUALAIKUM... PERINGATAN untuk diri sendiri. Terima kasih kepada yang sudi berkongsi di fb. Tapi sekarang mungkin dah kena tukar, bahaya jari :-P

Saturday, February 22, 2014

KUIH BADAK WARISAN... MATI-MATI INGAT CUCUR BADAK

ASSALAMUALAIKUM...

SK sekarang berada di Melaka, Bandaraya Bersejarah. Orang kata, kalau melawat Melaka bererti melawat Malaysia, betul ke? Gitulah ceritanya. Sebenarnya Sk dan ER memang tak ada plan langsung nak ke sini. Tapi dua tiga hari lepas memang ER ada berbunyik betapa teringin sangat dah lama tak makan ikan bakar di Melaka. Rasanya dah lama benar, SK pun tak ingat bila kali terakhir kami bermalam di Melaka dan menikmati keenakan ikan bakar bersama nasi lemaknya.

Tup-tup pagi semalam beriya ER mengajak. Dia suruh standby baju sekali, kalau ada hotel kita tidur, tak ada kita balik, katanya. Dalam perjalanan, Alhamdulillah, percubaan sekali sahaja terus dapat bilik. Dan mungkin kerana hari bekerja bagi warga Melaka dan kebanyakan warga lain amnya, kami tak perlu menunggu lama untuk dapat kunci bilik walaupun biasanya waktu untuk check-in adalah jam 3 petang.

Kemudian ER kata, dah lama tak makan Mi Sup Tengkera. Ialah, jom! Ajak SK. Dalam perjalanan ke sana, Sk ternampak sign board Kuih Badak Warisan ni. Macam menarik tapi sebab tujuannya nak makan Mi Sup, kami teruskan perjalanan yang tinggal beberapa ratus meter sahaja lagi. Rupanya Mi Sup Tengkera belum buka lalu Sk ajak ER patah balik ke Kuih Badak Warisan tu. Oh, ramainya orang nak beli kuih badak ni tapi bentuknya tak macam cucur badak pun. (Sk ingatkan kuih badak dan cucur badak adalah kuih yang sama).

Sementara tunggu orang ramai tu, ER ajak makan nasi campur dulu yang turut dijual di situ. Lepas makan nasi Sk terpaksa beratur pulak tunggu kuih badak. Kalau tahu tadi order awal-awal kan, huhuhu.

Rupa-rupanya kuih badak dan cucur badak memang spesies yang tak sama langsung. Kuih badak ini rupanya seperti karipap dan intinya adalah taugeh, sengkuang (yang dicelur) dan udang geragau yang digoreng tanpa minyak. Kulitnya pula dibuat dari tepung gandum dan air dan dibentuk seperti kulit wantan.

Kulit kuih badak ini terlebih dahulu diselet dengan sambal seperti sambal popia basah barulah diletakkan inti sayuran tadi dan kemudian kulit ini dilipat dua dan dilekatkan dengan air dan digoreng garing. Ia dihidangkan bersama sos ala-ala popia sayur tulah. Rasa? Entahlah ya, Sk punya tekak kurang boleh terima inti tu jadi Sk keluarkan semua intinya dah macam budak kecik pulak. ER pulak nampaknya suka, laju jer dia celup kuih ni dalam sos. Tapi memang ramai yang beratur membeli. Orang cina pun ramai yang beli tau.

p/s SK post melalui tablet jadi tak pandai nak masukkan gambar setiap para. Layan jerlah gambar.kat bawah ni ya ;-)

Friday, February 21, 2014

NASI BERIYANI DALAM DULANG... MENGIMBAU ZAMAN PERSEKOLAHAN

ASSALAMUALAIKUM...


SEMALAM telah berlangsung majlis sambutan Maulidur Rasul SAW
peringkat kolej di sekolah SK mengajar. Sangat terasa kemeriahannya tahun ini mungkin kerana SK terbabit secara langsung dalam sambutan ini. Walaupun penat tapi sangat seronok. Bila dah habis majlis dan nak naik ke bilik SK yang terletak di tingkat 4 barulah SK terasa yang betis SK macam bengkak semacam. Rasa terhoyong-hayang masa naik tangga tu.. sikit lagi mahu tersadung anak tangga. Nampak sangat badan ni dah semakin tua dan kesihatan pun dah mula merosot... huhuhu.


Sementara menunggu acara penyampaian hadiah dan cenderahati (SK AJK)
 jadi SK 'join'lah AJK makanan di belakang dewan. Untuk majlis sambutan kali ini, seperti tahun-tahun yang lepas kami telah sebulat suara bersetuju untuk menghidupkan sunnah Nabi SAW untuk makan beramai-ramai di dalam dulang. Jadi Katering yang kami tempah telah menunjukkan cara hendak menyediakan dan mencedok nasi ke dalam dulang supaya cukup dan tidak pula berlebih. Lepas dah ditunjukkan satu contoh tu disuruhnya pulaklah kami makan... tengok cukup tak.. boleh kenyang tak.... katanya... heheheh.


Tak perlu banyak lauk... satu lauk pun sudah cukup sedap dan mengenyangkan tau. Betul-betul mengimbau zaman sekolah rendah dulu. Biasanya kalau dah dapat dulang makanan kami ramai-ramai akan mencari port yang paling best iaitu di bawah pohon kelapa di tepi padang. Syok gilerlah makan ramai-ramai sambil menghirup udara segar. Bila makan dalam dulang ni nikmatnya memang luar biasa sedap. Di Johor, acara makan dalam dulang ni memang sudah menjadi tradisi setiap kali ada majlis macam ni. Dan tradisi ini masih diteruskan di sekolah kejuruteraan tempat SK mengajar ni. Alhamdulillah...

Wednesday, February 19, 2014

CUCUQ UDANG UTARA.. NGETEH!!

ASSALAMUALAIKUM...

ENTAH kenapa kelmarin hati Sk ni macam dipanggil-panggil untuk singgah pekena Cucuq Udang Utara ni. Lokasinya di Taman Sri Pulai, JB, antara taman yang paling lama wujud di Kangkar Pulai, dah lebih 20 tahun rasanya taman ni. Jadi, walaupun masa tu Sk berseorangan Sk nekad jugak untuk mengeteh di sini. Dah tua-tua ni ada ke yang nak mengorat Sk. Kalau ada alamat memang bukan rabun lagilah mata orang tu, tapi buta, hihihihi.

Cucur udang (yang tak nampak udang) di sini diimakan bersama kepingan tauhu goreng dan hirisan timun. Dicicah pula dengan kuah kacang dan dihidang pula di dalam bakul. Jadi walaupun tak nampak udangnya ia tetap menjadi tarikan kepada pengunjung. Memang tak ada meja kosong, kena tunggulah orang lain habis mengeteh. Nasib baik masa Sk sampai ada sepasang suami isteri berbangsa cina baru bangun jadi teruslah Sk dapat duduk. Depan gerai pulak tu, hihi.

Jadi, kepada Johorean yang nak ubah selera petang hari, jomlah mengeteh di sini. Ada juga gerai goreng pisang, keledek dan keropok leko, nasi lemak daun pisang dan laksa penang. Jom!!!

Tuesday, February 18, 2014

STICKER

ASSALAMUALAIKUM...

SEPANJANG minggu ini Sk agak sibuk. Banyak perkara Sk kena uruskan sementelah lagi tahun ini nama Sk naik Ahli Jawatankuasa Sambutan Majlis Maulidur Rasul 1435H/2014M peringkat kolej. Sk ditugaskan di bahagian hadiah bermakna terpaksalah bergerak ke sana- sini untuk menguruskan apa yang patut. Menempah plak (plaque), membeli hadiah untuk pertandingan juga hamper. Tempatnya juga lain-lain tapi seronok juga bila bekerja di luar pejabat nikan cuma cuaca di luar tu agak panas berdenting sampai terpaksa bermandi peluh.

Sebenarnya semalam ada satu perkara yang membuatkan Sk agak sentaplah jugak. Masa tu Sk nak mencari hadiah untuk pertandingan yang berlangsung sempena majlis sambutan ni dan Sk telah memilih untuk mencari hadiah di Plaza Angsana. Macam biasa kalau tak banyak kereta Sk suka letak kereta di bawah jadi Sk akan masuk melalui pintu UO dan lalu di hadapan kedai menjual kuih-kuih. Sk tahu di sini juga ada menjual cheese tart jadi naklah tengok cheese tart orang kan kot-kot ada idea baru.

Tup-tup Sk terpandanglah..

'Eh, ada red velvet cheese tartlah'

'Eh, macam kenalllll ajer'

Sk berundur dua tapak, Sk tenung dan renung, huwaaaaaaaaa.. sticker akuuuuuuuuu!!!

Ya, sama sebijik macam sticker Sk, warna, corak, tulisan termasuklah kartun cheese tart ngan buah stroberi sebijik kat tepi tu. Cuma lagi yang tak ada no telefon.. huhu.

Sk tengok kat sebelah kotak red velvet cheese tart tu, pun samaaaaa, sticker sama sebijik untuk Black Forest Cheese Tart.

'Astaghfirullah'
'Astaghfirullah'

Aduhai, nak kata apa ya. Sedangkan tudung fareeda tupun orang tak teragak-agak nak tiru lagi walaupun dah ada yang kena saman, inikan pulak sekadar sticker.

Kepada si peniru tersebut, anda tidak ada idea lainkah nak buat sticker sampai tanpa rasa bersalah meniru sticker orang lain bulat-bulat macam tu??? Sk memang tak tegur atau tanya sendiri. Satu sebab sentap satu sebab lagi terperanjat satu sebab lagi nak cepat, huhuhu.

Gambar?????

Tengah-tengah marah memang tak kuasa nak ambil.gambar (nangis!)

Monday, February 17, 2014

BERBALOIKAH MEMILIKI MESIN TART SHELL?

ASSALAMUALAIKUM...
SEBENARNYA dah banyak kali Sk dapat pertanyaan, berbaloikah membeli mesin tart shell ini yang harganya boleh membayar sewa bulanan rumah teres dua tingkat lot tengah (1 bulan)***
*** bagi mesin lima lubang.
*** kadar semasa dengan deposit 10%
Sekiranya anda pengusaha biskut bercitarasa tinggi ini maka jawapannya amatlah berbaloi kerana ia begitu menjimatkan masa, tenaga dan airmata. Yelah, ingat tak menangis ke tekan tart shell guna jari. Kalau satu adunan pun boleh makan masa dua jam, apalagi kalau sekali hadap tiga empat adunan, mahu pitammmm!!
Pejam mata dengan harganya yang mahal. Sebenarnya Sk banyak sangat menerima email yang menyatakan betapa berminatnya untuk membeli mesin tart ini. Berrrratus-ratus email tetapi tak ramai yang membalas semula apabila Sk memberitahu harganya. Kepada yang memberi maklum balas walaupun sekadar ucapan terima kasih, Sk cukup menghargainya. Yang senyap terus tu Sk anggap mungkin dia terlupa menyemak kotak emailnya., wallahu 'alam.
Sk tak pernah memaksa anda membeli. Tidak sekali-kali. Jadi pada siapa yang terkezut tu, jangan risau, sehari dua ni Sk akan mmbersihkan kotak email Sk. Jadi jika anda lupa nak membalas abaikan saja. Jika nak hantar email baru, silakan sebab Sk memang tidak ingat setiap seorang dari anda kecuali yang benar-benar berurusan, insyaAllah, Sk ingat.
Dan sehari dua ini pula Sk amat sibuk dengan urusan seharian. Sama ada di tempat kerja atau di rumah berderet-deret tugasan yang menanti. Ni sementara ada masa bolehlah Sk edit dan post entri yang tersimpan lama dalam draf ini, huwa huwa huwa. Oh, ya, bagi sesiapa yang belum mendapat balasan email dari Sk, harap bersabar ya. Sk akan cuba membalasnya seberapa segera bila Sk kurang sibuk nanti.
Sebulan dua yang lepas, Sk ada terima panggilan telefon dari seseorang bertanya tentang mesin tekan tart shell ini. Pada mulanya Sk ingatkan dia hendak membeli mesin sebab bunyinya macam serius benar. Banyak sekali soalannya, oh, yang telefon ni lelaki ya. Kemudian...
Pemanggil : Saya nak tanya, dalam satu jam berapa banyak cik boleh buat kuih dengan mesin ni
Sk : Maaflah, saya tak pernah check jam pulak tapi rasa-rasanya dalam setengah jam saya boleh dapat satu tray dalam 75 biji jugak
Pemanggil : Dalam satu minit berapa boleh dapat?
Sk : Sekali tekan tu boleh dapat 5 biji, dalam 30 saat jer. Tu tak termasuk trim tepi
Pemanggil : Dalam lima minit??
Sk : (naik angin) Maaflah saya nak tanya, awak ni serius ke nak beli mesin ni???!
Pemanggil : (Gagap) Maaflah cik, sebenarnya saya tengah buat kajian pasal projek akhir saya.
Kuang kuang kuang!!! Sabar ajelah. Rupa-rupanya pemanggil ni (lupa dah namanya) merupakan pelajar di salah sebuah pusat kemahiran di Pahang. Nak menghasilkan projek semester akhir. Haiiiii, kenapalah tak berterus-terang dari mula abang oiiii.
Selain dia, memang ramai sangat yang nak tahu berapa banyak masa yang Sk jimatkan dengan mesin ini. Okey, mungkin ramai yang masih tak tahu bahawa Sk tidaklah menjalankan bisnes ini secara serius kerana Sk ada banyak tanggungjawab lain. Bisnes ini lebih kepada suka-suka dan satu cara Sk melepaskan tekanan. Dan ada masanya bisnes ini pun memberi tekanan jugak pada Sk.. haaaa.
Kadang-kadang Sk pelik jugaklah. Pelanggan-pelanggan Sk ni macam ada chemistry tau. Sk ni jarang sebenarnya buat promosi sebab Sk tahu Sk.memang tak terkejar punya kalau buat promosi tu. Tapi yang peliknya bila Sk dapat satu tempahan nanti berderetlah tempahan yang masuk dan biasanya pada hari yang sama. Padahal mereka tu taklah saling kenal pun. Satu lagi, bila Sk tengah 'kering' pelanggan-pelanggan Sk macam tahu ajer tauuuuu, hehehehe. Alhamdulillah.  Allah swt yang Maha Mendengar, Maha Pemurah, sentiasa Memberi di saat Sk perlu. Pendek kata, rezeki Sk dalam bidang ini walaupun tidaklah begitu mewah seperti rakan bakers yang lain tetapi sentiasa ada dan tidak pernah putus. Sk percaya ini semua berkat doa kawan-kawan yang sealiran juga, terima kasih ya.
Okey, mari Sk kongsikan penjimatan masa, tenaga dan airmata Sk menggunakan mesin tart shell ini (5 lubang). Di sini, Sk buat dua adunan sahaja ya dan bersendirian. Jadi kalau anda ada teman membantu lagilah lajuuuu!!
8.25 pm : Sk mula mengisikan semua doh dalam acuan.sampai habis doh dalam mangkuk adunan.
Siap letak semua doh Sk terus masukkan acuan dalam mesin dan tekan. Masa ni rasa macam jadi operator pengeluaran pulak, hahaha. Tekan semua sampai habis barulah Sk trim tepinya sekali harung. Sk tak ingat pukul berapa mula trim tapi ada jugaklah proses meleweh-leweh sekejap masa masukkan doh dan menekan doh tu, hehehe
9.00 pm : Sk siap tekan dan trim semua doh dalam acuan
Kemudian, baki doh dari yang Sk trim tu, Sk masuk dalam acuan lain dan ulang proses tadi sampai habis semua doh.
9.30 pm : Semua doh (2 adunan) siap ditekan dan ditrim, Sk panaskan oven sementara tunggu oven panas, Sk cucukkan dasarnya dengan garfu.
p/s Ada yang beritahu Sk tak perlu cucuk dasar kalau guna mesin tapi Sk lebih suka cucuk sebab nanti dasarnya gelembung sikit. Walaupun ada yang kata, kalau dah masuk filling tak nampak dah gelembung tapi Sk tak suka dasar yang gelembung nanti susah untuk Sk masukkan filling.

Friday, February 14, 2014

SIPUT KEMUDI... MASAK APA SEDAP????

ASSALAMUALAIKUM...


SIPUT kemudi namanya. Ada sesiapa yang pernah makan? Seumur hidup Sk, inilah pertama kali Sk jumpa siput dari spesies ini dan bukan sahaja Sk, rupa-rupanya ER juga tak pernah jumpa apatah lagi menikmati keenakan daging siput ini. Siput ini mempunyai cengkerang seperti kerang, kupang, kepah, remis, retak seribu dan haiwan bercengkerang seumpamanya dan bentuknya lebih panjang dan tirus. Kulitnya nipis dan mudah dipatah-patah begitu sahaja untuk melihat isinya yang agak tebal berwarna putih kekuningan. Saiznya sebesar tapak tangan orang dewasa.
 

Menurut Si Pemburu Siput ini yang Sk temui di Pantai Merdeka, Sungai Petani, Kedah,
siput ini amat enak rasanya. Seekor siput ini dijual dengan harga antara RM1.80 hingga RM2.00 (mentah) dan dia mencadangkan kami untuk mencubanya di gerai makan yang berhampiran. Errrrr... walaupun Sk ni boleh dikatakan jenis makan yang cuma tolak batu dengan kayu tak kepingin pulak untuk mencubanya. Kalau lain kali tu, tak tahulah ya.. hihi. Haaaaaaaaa... ada sesiapa yang pernah menikmati siput kemudi ini???? Sedap tak???? Komenlah sikittttttt....

Tuesday, February 11, 2014

ORANG SEKARANG TAK RETI NAK AJAR ANAK KE???

ASSALAMUALAIKUM...

LAGI tujuh belas minit jam 6.30 minit petang. Sk sedang menunggu anaknda Iman pulang dari sekolah agama. La ni tersengguk-sengguk menahan mata yang mengantuk. Tetiba sahaja Sk teringat kisah yang berlaku di kawasan yang sama pada jam yang lebih kurang sama beberapa minggu lepas.

Seorang budak lelaki mungkin baru tahun satu atau dua di sekolah kebangsaan sedang bermain-main di luar kereta Sk. Sk dalam kereta bersama ER membaca suratkhabar.

Kepuk! Kepak!
Kepuk! Kepak!
Bunyi di luar. Sk tengok budak itu sedang membaling ranting-ranting kayu ke dalam semak.

Ish, Sk risau budak tu jatuh tergolek dalam semak dan terus masuk dalam longkang besar.

Kepuk! Kepak! Kepuk! Kepak!

Amboiiii, makin syok pulak dia main baling kayu sorang-sorang. Sk belek cermin tengok kat belakang kereta Sk ada sebuah kereta dan wanita duduk di tempat pemandu.

Mak dia ke? Kenapa tak tegur anak dia main kayu? Tanya dengan ER.

Entah, takde otak kot, jawab ER.

Kelepuk!!!
Kelepakkkk!!!

Makin rancak pulak dia jumpa ranting sepelepah dipepahnya sebatang pokok di situ bersungguh-sungguh. Aiiii, agaknya bukan mak dia kot kat belakang tu, telah hati Sk.

Kelepuk!!!
Kelepakkkk!!!

Errrrrr!!

Puk!!

Pappp!!

Aik, macam kena kereta aku jer, Sk dan ER saling berpandangan.

Sk toleh dia sedang memepah pokok bukan main lain.

Pakkk!!!

Eiiiii, kena kereta kitalah!!! Kata Er

Grrrrr!!

Pakkkk!!!

Sk terus buka pintu kereta, "oi adik, kena keretalah!!!"

Budak tu terus buang kayu dan lari masuk ke dalam kereta belakang sambil genggam tangan macam gigil-gigillah.

Dan mak dia...

boleh buat tak tahu jerrrr!!!??

#%&/@!!!!

haaaaa, loceng sekolah pun dah bunyi ngam-ngam habis Sk cerita, huhuhu

BAKED SEAFOOD SPAGHETTI.. SEDAP CORNER

ASSALAMUALAIKUM...

WAKTU makan tengahari hari ini, Sk gagah-gagahkan juga keluar dari pejabat untuk bawa Mr Matt gi mandi. Sk jarang makan tengahari di luar sebab pada Sk makan di luar sekarang kosnya amatlah mahal lebih-lebih lagi harga sepinggan nasi campur. Boleh tercekik kita dibuatnya. Jalan yang selamat makan nasi ayam atau apa-apa masakan panas yang dah tahu harganya berapa.. huhu.

Disebabkan Sk berseorangan jadi rasa macam segan pulak nak makan di food court. Ialah, Sk nak tunggu Mr Matt mandi bukannya sekejap. Haruslah lama melepak. Jadi tempat pilihan Sk adalah Sedap Corner. Walaupun orang kata tak berapa nak sesedap namanya tapi itu jer pilihan yang ada untuk kita melepak lama-lama tanpa mengganggu orang lain.

Kalau datang ke sini, Sk suka makan pasta berbanding nasi. Bukankah Sk pernah cerita Sk peminat mee dan pasta. Sk sebenarnya bengan jugak ni sebab mangkuk pasta ni sompek. Ishhh, apalah diorang ni tapi Sk malas nak cakap. Dahlah pagi-pagi semalam Sk dah ngamuk kat satu fast food restaurant ni. Yang tu nanti Sk cerita.. kalau ada mood.. hehehehe.

Okeylah, Sk nak sambung makan. Dah sejuk dah ni. Oh, air tu namanya Langkawi Sunset, phewwww! Mungkin ada penjimatan gula di sedap Corner, kuang kuang kuang :p

Monday, February 10, 2014

MAKAN.. BelangaSatu BISTRO

ASSALAMUALAIKUM...


MACAM biasalah ya...
dari utara kita turun sat ke selatan nanti besok kita naik ke utara semula supaya anda pembaca semua tak bosan. Macam kalau kita tengok Akasialah.. kena selang-seli dengan iklan baru ada thrill!! :p


BelangaSatu Bistro... tempat persinggahan kami mengisi perut yang lapar baru-baru ini.
Sebenarnya dah lama teringin nak singgah di BelangaSatu ni tapi agaknya belum sampai seru.
Bila dah sampai seru tak payah sebut banyak kali, cuma tersebut aje terus big bos kata okey. Kebetulan kami lalu di situ bukanlah semata-mata dari rumah memang rancang nak makan di luar. Jadi nampak macam ada tangannnnn jer yang melambai-lambai mengajak kami singgah..
gitewwww.


Cukup melihat dari luar, lanskap di BelangaSatu ini saja sudah cukup menarik. Dengan rimbunan pohon hijau yang meredupkan halamannya memang sesuailah untuk melepak atau minum petang di sini. Sebenarnya masa kami sampai pun dah bukan waktu makan tengahari tapi memandangkan cuaca agak panas masa tu jadi kami memilih untuk makan di bahagian dalam yang berhawa dingin.


Melihat dekorasi yang mewah sudah dapat membayangkan keekslusifan BelangaSatu ini.
Syoknya lahai kalau dapat berlama-lama di situ tapi apakan daya kami memang datang dengan satu tujuan sahaja iaitu mengisi perut yang kelaparan. Sebaik sahaja sampai, terus sahaja mendapat layanan yang agak ekslusif juga... macam dekat hotel gitu.. taklah termangu-mangu atau tersipu-sipu macam dekat satu restoran tukan. BelangaSatu menyenaraikan pelbagai jenis makanan dengan harga yang boleh tahan. Maknanya.. tahan-tahanlah keinginan tukan... Seram-seram gitu lebih lagi harga minumannya... takde yang manja-manja.. huhuhu. Tapi memang padanlah dengan hiasan dalaman dan layanannya.


Disebabkan Sk tengok dahi ER berkerut-kerut bila baca menu, maka macam fahamlah yang kami nipun tak bolehlah nak mintak lebih-lebih, hihihi. Iman punya demand, nak makan Mee Bandung Udang Galah... amboihhhh, anaknda yang seorang ni tak mo kalah sungguhlah.
"Eh, Iman, susahlah makan udang galah kat sini. Kalau dekat rumah takpe... Iman makan Nasi Ayam Penyetlah ya.. Iman kan suka Nasi Ayam Penyet... ", cadang bonda.
Mujur Iman anak yang taat, terus angguk setuju nak makan Nasi Ayam Penyet, huhuhu.


Nasi Ayam Penyet Iman... pada Sk amat berbaloi dengan harganya RM10.50.
Di sesetengah tempat harga Nasi Ayam Penyetnya boleh mencecah antara RM7 - RM9 tapi ayamnya dipotong dua belas, huhuhu. Untungnya Sk bila Iman mintak NAP ni ialah Sk dapat makan tempe tu sebab Iman tak makan tempe... hehehe. Oh, ya.. ada terung hiris yang digoreng.. Sk tak pernah jumpa ni dalam mana-mana set NAP... Sk dapat jugak tu sebab Iman tak makan terung... fuhhhhhhh!! Tambah berbaloi kerana NAP di BelangaSatu adalah super sedap!!


Iman memang tak boleh dipisahkan dengan Ice Blended...
pilihannya Cappucino...


Pilihan ER.. Nasi Ayam Hainan ... ini memang favourite ER lebih pulak dia tengah lapar nasikan. Tapi ini adalah Nasi Ayam yang gagal.. kenapa gagal??? Sebab nasinya hancur... tak ada kualiti. Sayang sungguh, ayam dah sedap, sos dan sedap, sup dah sedap tapi nasinya kurang sedap. Sk harap BelangaSatu akan gunakan beras yang lebih baik untuk masakan nasi ayamnya ini.


Bagi yang mengenali Sk tentu sedia maklum Sk adalah peminat mee.
Kadang dalam kepala dah fikir nak makan lain tapi kalau nampak mee mesti nak pilih mee.... huhuhu. Dan pilihan Sk, Mee Goreng Mamak. Sedap... memang Mee Goreng Mamak yang sebenar.. lengkap dengan seafoodnya... tomato potong dan kentang rebusnya... sangat puas hati!

 
 Plan nak berjaga malam... Sk pilih Long Black Coffee dan Iced Lemon Tea untuk ER. Sebenarnya kopi adalah sahabat Sk yang setia tau :p
 
 
Nak datang sini lagi tak???
Naklah... huhuhu... ER pleaseeeeeeeeeee....

AKIBAT MAKAN BANYAK GULA!

ASSALAMUALAIKUM...
 
INILAH akibat makan banyak gula!!

terima kasih Xane Neor, hang buat aku gelak pagi-pagi.. :D

Sunday, February 9, 2014

SENJAKALA

ASSALAMUALAIKUM...
 
LAGU : SENJAKALA
Nyanyian : Shidee
Lagu Asal : P Ramlee
 
SK suka sangat lagu ni.
Tak ada ceritapun di sebaliknya cuma jiwa Sk ni memang suka mendengar
melodi yang mendayu-dayu. Jiwangkannnn... huhuhu.
 
Semua gambar ini dirakamkan oleh adik Sk yang bekerja sebagai jurugambar. Biasa memang tugas dialah mengambil gambar bila kami berjalan kemudian kena whatsapp kat Sk.. hehehehe. Guna kamera dari phone jer kali ni. Okeylah tu... ada kenangan senja di Teluk Kumbar, Pulau Pinang.
 
Jom layannnnn...

Senjakala sudah tiba
Membawaku rasa duka
Dalam jiwa bergelora
Senjakala kau menjelma
Menghampiri waktu sunyi
Dalam hening tiada terperi
Ku teringat peristiwa
Kasih suci di sambar petir
Ingin aku merindui
Senjakala kau pergilah
Tinggalkan ku yang kecewa
Biar derita menanti ajal









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda Sukakan Ini?