MESTI KLIK

Pemilik Blog

My photo
cinta hati Panglima Hitam dari Gunung Jerai

SAYA SUKA MAKAN

AMARAN.. JANGAN BUKA BLOG INI JIKA ANDA SEDANG LAPAR.. HEHEHE.


Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui panggilan, sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidiladha aidilfitri ais krim apa cerita apam apom arab art street asam pedas asyura award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel berkelah bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI boat noodle Boboiyot bola Bono boycott buah bubur bulan burasak burger cake in jar cendawan cendol cerita bersiri chocolate lava churros Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut drama drama bersiri durian embun evaros fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah hotel ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing kangkung Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga Kemahkotaan kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku korea kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron madu makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman misi buang lemak mistik monopod muffin Munduk murtabak muzium myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti popiah premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sandwich sardin sate sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah teater Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel thailand tinggi tmj tomato tomyam tortilla tudung tulang Tunku Jalil twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan ulasan buku untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Monday, March 31, 2014

KISAH MISTIK

ASSALAMUALAIKUM...

SK adalah antara staf yang paling awal sampai ke pejabat setiap pagi. Agaknya kalau Sk yang pegang kunci pintu pejabat, haruslah 'punch card' Sk hari-hari sebelum pukul 7. Disebabkan Sk sampai awal dan tiada kunci pejabat biasanya Sk akan naik ke bilik Sk dahulu di tingkat 4 untuk bersarapan perut dan minda (mengadap fesbuk dan blog lettewww) dahulu. Jadi catatan jam di kad ketik Sk biasanya adalah dalam 7.15 minit ke atas. Tapi.... ada yang lebih cepat sampai sebelum Sk. Siapa???? Ish, siapa lagi kalau bukan Kak Sab Cafe dan kakak-kakak kantin. Gelap-gelap dah terpacak demi mencari rezeki dan memberi rezeki kepada kami. Kalau tak kebuluranlah kami kelaparan di pagi hari, hihihihi.

Pagi ini lampu belakang tempat Kak Sab memasak tiba-tiba buat hal. Maka memasaklah Kak Sab dalam cahaya terang-terang tanah. Sudahnya macaroni goreng kegemaran Sk penuh dengan telur, hahaha.. sabar ajelah.. Sabariah.. Sabariah... Pagi ini lama Sk berborak dengan Kak Sab. Borak punya borak punya borak akhirnya terkeluar cerita mistik dari mulut Kak Sab. Alkisahnya pagi tadi ada yang 'menumpang' Kak Sab ke kolej. Kak Sab datang berdua dengan pembantunya yang duduk di hadapan dan sedang tidur. Tup-tup masa turun ke kawasan letak kereta kolej dan melalui sebuah selekoh Kak Sab terperasan ada seseorang duduk di kerusi belakang. Phewwwww.. naik bulu roma!!!

Teruslah Sk cakap... errrr.. 'hari tu kereta saya ada orang tumpang'. "Hah??! Awak pun kena ke???"

"Ya, yang saya tu budak yang tumpang?"

"Macammana ceritanya," Kak Sab ingin tahu. Eiiiii, meremang tau bulu roma Sk bila diingat-ingat... huhuhu.

Kisah ni sebenarnya berlaku dalam bulan lepas. Tengahari tu, ER meminta Sk mengambil Iman balik dari sekolah. Biasanya memang tugas ER mengambil Iman di sekolah menengah dan menghantarnya ke sekolah agama tapi hari tu ER ada hal kerja jadi Sk pulak dah tersampai agak awal. Sk tunggu Iman lebih kurang 20 langkah kot dari pagar sekolah. Dari cermin pandang belakang, Sk perasan budak-budak dah mula keluar pagar. Dalam lima minit macam tu barulah nampak Iman berjalan dengan tiga orang rakannya sambil tergelak ketawa. Entah apa yang kelakar tak tahulah. Iman terus membuka boot kereta untuk meletak beg sekolah. Lepas tutup boot, Iman masuk ke tempat duduk hadapan sambil melambai-lambai kawannya yang tiga orang tadi yang baru sahaja melepas kereta Sk dengan berjalan kaki. Kemudian Sk pun memandu pergi dari situ.....

Dan esoknya di sekolah, salah seorang dari kawan Iman tadi berbual dengan Iman.

"Eh, Iman.. awak tipu ya. Awak kata awak tak ada adik?"

"Adik??" Memanglah tak ada.. mana ada tipu."

"Habis, budak yang mak awak bawa semalam tu siapa? Bukan adik awak ke????"

"Bu.... dakkkk??? Awak biar betul. Mana ada mak saya bawa sesiapa semalam?"

"Adalah, kita nampak budak tu mula-mula duduk depan, lepas tu bila awak sampai dia pindah ke belakang mengadap awak masa awak masukkan beg dalam kereta, dia tengok jer muka awak sambil gelak-gelak. Lepas tu dia duduk belakang mak awak, peluk kerusi mak awak."

Iman : ????????

Bila Iman cerita tentang perkara ni pada Sk, terkejut jugaklah Sk. Phewwwwww.. nasib baiklah dia tak tunjuk diri dengan Sk kan. Tak tahulah dari mana Sk 'angkut dia'. Dan sebenarnya sampai sekarang kadang ada masanya trauma juga. Cuma sejak dulu setiap kali keluar rumah dan naik kenderaan Sk tak pernah lupa membaca Al-Fatihah dan Ayatul Qursi serta doa menaiki kenderaan. Sk percaya 'dia' juga makhluk Allah yang menumpang di muka bumi ini. 'Sk tak kacau awak, awak jangan kacau Sk tauuuuuuu!!'

sentiasa #doadan harapanuntukmh370

Thursday, March 27, 2014

RED VELVET CAKE WITH KIT KAT AND EDIBLE IMAGE UPIN IPIN

ASSALAMUALAIKUM...


AMBOIIII.. tajuk omputeh bukan main.. hehehehe. Okeylah, ini tempahan dari kawan sekerja SK, Ane namanya untuk ulangtahun kelahiran dua ankndanya. Ane menempah 'last minute' tapi Sk terima juga sebabnya Sk memang ada kekosongan satu slot oven pada malam tu. Ialah, Sk nikan memang tak suka membazir. Sayanglah pula kalau nak panaskan oven semata-mata nak membakar seloyang kek semata-matakan. Dan Sk masih ada masa lagi untuk ke kedai bakeri dalam perjalanan pergi dan balik kerja. Kalau yang menempah lagi sehari pun Sk terima asalkan ada kelapangan dan ada barang-barangnya terutama kotak, papan kek dan lilin hari jadi yang tak ada dijual di kedai runcit. Keju pulak Sk suka beli kotak besar-besar, rasa macam rugi sangat kalau beli bungkus kecil-kecil tu. Sk pulak bukanlah sentiasa ada stok sebab Sk jarang menerima tempahan kek deco-deco ni, tak pandaiiiii, huhuhu. Kalau setakat tepung, gula dan telur serta bahan kek seperti ovallete dan serbuk koko memang senang dapat di kedai dekat rumah Sk. Sebab tu Sk minta maaf banyak-banyak kepada mereka-mereka yang tempah saat akhir tu ya, memang tak dapatlah den nak menolong.


Untuk kek ini, Ane memang tak cerewet.
Ane bagitahu bajet dan Sk terus cadangkan kek ini yang memang sesuai untuk hari lahir budak-budak. Hari lahir bapak mak budak pun sangat sesuai. Hihihihi.. yang sebenarnya kek macam ni memang sesuai untuk orang yang tak pandai deco kek macam Sk ni, gitewwwwwwwwwwwlah cerita yang sebenarnya, cakap terus terangkan lagi baik Sk.. huhuhu. Untuk keknya Sk gunakan resepi kek Red Velvet di SINI dan Sk gunakan krim yang Sk belajar dari geng masak-masak (GMM) fesbuk Sk, Adry Kayrol.

Resepinya :
250 gm cream cheese,
250 gm mentega (biarkan keduanya berada pada suhu bilik),
3/4 cawan gula icing
dan 1 st esen vanila.
Putar semua bahan ini selama 15 minit nanti ia akan jadi kembang semangkuk.
Untuk memudahkan melepa di atas kek, seeloknya kek dibiar semalaman di dalam peti sejuk.

Terima kasih ya, Ak sebab kongsikan resepi krim ini.
Bagi sesiapa yang duduk di KL kalau rasa-rasa nak tempah kek red velvet yang sedap, cantik dan berpatutan harganya bolehlah hubungi Adry Kayrol di talian 016-2190047.
Ak menggunakan resepi kek yang sama dengan yang Sk guna ni dan khabarnya kek RV beliau menjadi pujaan ramai tau. Sk tak tahu Ak ni ada buat khidmat penghantaran atau tidak kenalah tanya dengan tuan punya badan sendiri.

Birthday boy.. Adam (baju merah) dan Aisy (baju biru)
Errrr.. yang hisap botol tu rasanya anak bongsu Ane, kan.. kan.. kannn Ane
Untuk kek ini tak silap Sk, Sk menggunakan sebanyak 20 bungkus kit kat bersaiz 'single'
(dua batang setiap pek) dan M&M sebagai hiasan. Edible Image Upin Ipin tu pula Sk beli siap di kedai bakeri. Mulanya Ane nak edible image yang berwajahkan wajah anakndanya tapi manalah sempatkan, lain kali bagitahu awal-awal ya Ane. Sk juga gunakan gumpaste untuk menulis nama anaknda Ane. Akhir kalam terima kasih sekali lagi kepada Ane kerana sudi menempah kek dengan Sk. Segala kekurangan haraplah dimaafkan dan dihalalkan. Untuk Adam dan Aisy, Selamat menyambut hari lahir, semoga panjang umur, diberikan kesihatan yang baik dan semoga berjaya di dalam pelajaran serta berjaya di dunia dan akhirat jua, Aamiiinnn.

Tuesday, March 25, 2014

CARA ELAK TERRRRRRSEBAR FITNAH DI ALAM MAYA

ASSALAMUALAIKUM...

DULUUUUUUUUUU... Sk ada tiga cita-cita... 1. Pendidik, 2. Wartawan, 3. Ahli Politik, hiks. Boleh baca SINI. Alhamdulillah, lepas tamat sekolah, Sk bekerja sambilan di sebuah kilang dan selepas tiga bulan, Sk dapatlah keputusan peperiksaan yang tidaklah berapa sangat dapat dibanggakan pun. Mula-mula Sk ingat dah terkuburlah cita-cita Sk tu tapi Alhamdulillah, berkat usaha dan tidak putus asa, Sk berjaya juga menjadi pendidik atau lebih tepat lagi tugas Sk adalah sebagai seorang instruktor sebenarnya di sebuah kolej milik kerajaan negeri di selatan tanah air. Dan dengan tidak disangka-sangka juga, Sk berpeluang menjadi wartawan sambilan selama hampir empat tahun bersama Berita Harian, Harian Metro dan Majalah Citra.

Tugas wartawan bukannya mudah. Sifat semulajadi Sk yang sebenarnya agak pemalu walaupun nampak macam peramah dan adalah beberapa perkara yang tidak begitu serasi akhirnya Sk ambil keputusan untuk berhenti selepas mendirikan rumahtangga. Pulak lagi masa tu Sk mengajar dari pagi hingga malam dan agak mustahil pula nak sambung lagi menulis di suratkhabar. Bos pula mengharapkan komitmen yang tinggi dari semua peringkat tak kiralah sama ada wartawan tetap atau sambilan. Dan mungkin rezeki Sk dalam bidang tu setakat itu sahaja, Sk redho tetapi Sk sangat bersyukur kerana berpeluang merasai pengalaman itu.

Ahli politik??? Oh, cukuplah Sk jadi ahli biasa sahaja. Dapat surat panggilan mesyuarat pukul 8 malam, 10 malam pun belum mula.. apakehelnya??? Bagi sesiapa yang mengenal Sk secara peribadi tentu tahu bahawa Sk adalah seorang yang 'punctual'. Jadi, lama-lama semangat nak menjadi ahli politik tupun turutlah terkubur lebih-lebih lagi apabila Sk berhijrah ke tempat lain.

Okey... nak cerita pasal jadi wartawan tu. Korang ingat kitorang ni sengaja ke nak terjah orang atk tentu pasal dan interview soalan yang bukan-bukan? Cubalah hormat tugas orang lain. Ini tidak, Sk tengok bukan main lagi muluttttttt (sebenarnya jari) mencerca wartawan yang menjalankan tugas. Wartawan tupun sebenarnya tak sampai hati nak tanya itu ini, begitu begini tapi apakan daya. Dalam mencari berita mesti ada 4 W dan 1 Y. Who? When? Where? Why? dan How? Setiap dari itu adalah nilai berita jadi jangan dipandang rendah dan remeh tugas wartawan kalau anda tak berada di tempat mereka.

Dan Sk tengok pun di laman maya, fb terutamanya bukan main ramai lagi yang menjadi wartawan tak bergaji. Yang menulis spekulasi panjang berjela. Ada yang betul.. banyak pulak yang bohong. Cukup-cukuplah kita berkongsi benda yang tidak benar. Kalau perkara baik tak apa, dapat jugak pahala. Kalau tak baik, alamatnya setiap kali diklik dan di'share' bertimbun-timbunlah pula balasan buruknya.. Na'uzubillah..

Mari kita tengok bagaimana perkongsian kita di alam maya supaya tidak menimbulkan fitnah. Ingat, fitnah tu ibarat kita memakan daging saudara kita sendiri.

taip status atau masukkan link

letak cursor di public maka akan keluarlah tetingkap ini

klik 'only me'

okey

klik 'Post'


Haaaaaaaa.. lepas tu bacalah sorang-sorang. Kita pun tak berdosa, orang lain pun tak kongsi dosa. Dan dosa pun tak berganda-ganda.

Alarrrrrrrrrrr... Sk tahu korang tahu nak setting benda ni kan.. sajalah tu nak kongsi nak bagi satu dunia tahu.. kan kan kannnn..

MH370... PATAHNYA SAYAP MALAM

ASSALAMUALAIKUM...

Innalillahiwainna ilaihirojiunnn.

TIADA daya dan upaya kita. Seluruh dunia bersedih, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Salam takziah kepada semua waris dan buat yang beragama Islam kuhadiahkan Al-Fatihah mengiringi perjalanan kalian.

Semoga damai kalian di sana.

Monday, March 24, 2014

SEKUNTUM CINTA... DALAM KENANGAN

ASSALAMUALAIKUM...

SAMBUNGAN dari Kisah ANTARA PAK PUTRA DAN JONKER WALK

Anda pendengar Sinar FM. Kalau ya, tentu irama lagu 'DALAM KENANGAN' INI biasa menjadi halwa telinga, betul tak? Lagu tentang Selat Tebrau dan Pantai Lido ni amatlah menyentuh hati Sk setiap kali mendengarnya. Bukan... bukan sahaja kerana Sk kenal dengan penyanyinya tetapi lirik lagu ini sering mengimbas kenangan di Pantai Lido berpuluh tahun yang lampau. Kenangan yang tak akan pernah luput selagi hayat dikandung badan.
 
 
Haaaa... inilah dia penyanyi lagu itu yang juga merupakan sepupu Sk yang kini menyanyi di Geographer, Jonker Walk, Melaka. Siapa lagi kalau bukan Abang Abid Wheels yang lagunya tu selalu berkumandang di corong radio Sinar FM. Jadi, bila dah terlanjur sampai ke Jonker Walk ni teruslah kami teringat untuk mencari Abang Abid. Masa kami sampai depan Geographer tu, kebetulan anaknda Abang Abid, Nadia Adha sedang membuat persembahan. Bekas pelajar Sekolah Seni Johor Bahru ini baru sahaja merakamkan album tau dan lagunya sekarang menjadi OST bagi drama bersiri lakonan Fahrin Ahmad dan Emma Maembong setiap petang Jumaat dan Sabtu di TV3. Nadia yang kini merupakan seorang guru muzik terus melambai sebaik ternampak kami tiga beranak berdiri tercegat depan Geographer tu, hihi. Bila dah jumpa, apa lagi sesi bergambar leeerrr.

 
Kalau nak tahu, masa Sk adik-beradik kecik-kecik dulu setiap kali hari raya memang tak sabar tunggu Encik Artis ni datang beraya. Biasanya Abang Abid akan datang beramai-ramai bersama adik-beradiknya. Walaupun merupakan seorang penyanyi dan lagunya agak meletops juga tapi Abang Abid tak sombong. Biasanya Abang Abid lebih suka datang bawa pinggan makan di dapur, hehe. Sk ingat lagi selamba jer Abang Abid duduk di tembok dapur sambil makan ketupat... adohaiiii, tetiba rasa macam tak sabar nak tunggu raya pulak, hahaha.
 
Satu lagi lagu Wheels yang popular adalah Sekuntum Cinta. Adohaiii, boleh meleleh airmatalah kalau dengan lagu ni. Liriknya menangkap betul, terbuai-buai kita dibuatnya. Macam ada apa-apa pulakkan, hahaha. Tak frust pun boleh rasa macam frusttttt jer setiap kali dengar lagu ni. Layannnnnnnnn...

 
Lirik Lagu Sekuntum Cinta
 
Pertama kali bersemi dijiwa
oh sungguh indah
mekar mewangi serikan taman hati
yang selamanya ini terbiar dalam sepi
Sekuntum cinta
tersunting dihati
oh sungguh murni
Setiap ketika bagaikan mimpi indah
bila saja berada bersama
Tersedar dari sebuah lamunan
rupanya berbicara sendiri
kehadiranmu dan keindahan
sesingkat sebabak mimpi
Sekuntum cinta
layu tiba-tiba
oh sungguh hampa
gugur bersama kelopak bunga cinta
ku kutip semuanya untuk kenangan
 
#doauntukMH370

p/s BETUL sangat kata Kak Zakie, memang sudah tertulis Iman dapat ke Jonker Walk sebab Restoran Pak Putra tutup. Dan betul jugak kata Che Mat Gebu, bangunan di Jonker Walk memang seksi... hihihi. Amboiiii, Che Mat, semua benda yang klasik-klasik ni memang seksi sahaja di matanya yer, gitewwww.

Thursday, March 20, 2014

SAYAP ... dan MAKAN-MAKAN DI C&G

ASSALAMUALAIKUM...


TERLOPONG mulut Kak Long Sk apabila staf Restoran Cookies & Ginger meletakkan hidangan Ribeye Steak (gambar atas) di atas meja. Memandangkan kami duduk berhadapan maka Sk pandang dia dan dia pandang Sk. Sebaik sahaja staf restoran berlalu, kami spontan tergelak. Baik punya 'landing' sayap ni.. :)))) Oh, ya.. Sk pun tak pasti apakah itu, kentang atau keropok sebab hidangannya kali ini agak berbeza dengan hidangan yang pernah kami nikmati sebelum ini.


Okey... sebenarnya Sk nak sambung cerita tentang sambutan hari lahir ibu yang kami raikan di Cookies & Ginger Restaurant yang pernah Sk ceritakan sebelum ini DI SINI. Kiranya kami ni macam buat kejutanlah untuk ibu aka emak aka umi aka nenek. Dan terima kasih banyak kepada Natasya dan seluruh team C&G kerana memberi kerjasama, terima kasih banyak tau.

my elther & younger sis

sejoli
Jom layan gambar lagi...

Buffalo Wings
 
C&G Garlic Cream Spaghetti... soooooooooooooooo sodap!!!
 
My Kak Long dan Ice Lemon Tea-nya
 
Lamb Shoulder
Chicken Chop

ada hal sikit pulak... nanti Sk update ya....

Wednesday, March 19, 2014

MH370... TRAGEDI ATAU MALAPETAKA

ASSALAMUALAIKUM...


CELIK sahaja biji mata ini sahajalah yang menerpa fikiran terlebih dahulu
(selain dari mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana masih hidup lagi pagi ini).
Sejak hampir dua minggu dikejutkan dengan berita ini,
Sk tertanya-tanya, apakah ini suatu tragedi atau sebenarnya malapetaka.
Astaghfirullah, kenapa masyarakat kita asyik nak bertekak di pentas maya.
Masing-masing ingin menegakkan pendapat masing-masing sampai bergaduh-gaduh.
Nasib baiklah cuma di pentas maya kalau di alam nyata mahu ada yang hilang bijik mata agaknya.

Tidak kurang juga yang memberi pendapat kurang cerdik dan ada pula yang terlebih cerdik.
Yang memberi huraian panjang berjela, yang serkap jarang pun ramai juga. Hati-hatilah dalam memberi pendapat bak kata orang lama,
 'Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar'.
Allahyarham Izi Yahya dalam filem 'Ali Setan' pulak kata,
 'Jangan main tuduh-tuduh!'
Sk bimbang dan terlalu sangat bimbang kita tertimpa bencana akibat dari peristiwa ini.
Kurangkanlah bercakap menggunakan keyboard ditakuti nanti mengundang fitnah.
Ingatlah anak cucu cicit kita yang akan mewarisi negara ini.
Biarkan pemimpin menjalankan tugasnya
semoga Allah SWT memudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat.

Aamiiinnn.. aamiiinnnn Ya Rabbal Aalamiiinnn.

Tuesday, March 18, 2014

KAPTEN ZAHARIE AHMAD SHAH... PULANGLAH!!!

ASSALAMUALAIKUM...
















WALAUPUN tidak kenal beliau secara peribadi namun hati ini terusik jua kerana beliau adalah antara sahabat abang ipar Sk yang datang melawat jenazah abang ipar Sk DI SINI.

Kapten Zaharie Ahmad Shah.. pulanglah!!! Pulanglah sebagai wira!!!

 
Sumber
 
#doadanharapanuntukMH370

Monday, March 17, 2014

SKY BLUE OMBRE CAKE UNTUK HARI JADI IBU

ASSALAMUALAIKUM...
 

TERPUKAU rasanya bila membuka kotak kek yang Sk tempah dari Kak Azlita Aziz.
Wow!! Kak Ita memang sesuatu. Sebenarnyakan, Sk kadang rasa bersalah dengan Kak Ita sebab Sk rasa apa yang Sk dapat lebih dari apa yang Sk bayar kepada Kak Ita. Ialah, Sk pun ada juga ambil tempahan kek yang bodo-bodo biasa-biasa tupun dah mak aihhhh, penatnya. Lepas tu, Sk pulak suka mintak yang bukan-bukan dengan Kak Ita.. nak dalamnya begitulah.. beginilah... huhuhu. Ya ampunnnnn.. tobat lepas ni kalau nak tempah kek dengan Kak Ita dah tak nak lagi menyusahkan Kak Ita. Kepada Kak Ita, terima kasih banyak kerana sudi buatkan kek yang sangat cantik meletops untuk hari lahir ibu Sk. InsyaAllah, Sk tak pernah serik tempah kek dengan Kak Ita kerana hasilnya sentiasa terbaik. Marilah Sk tunjukkan gambar kek asal yang Sk minta Kak Ita buatkan. Memandangkan Sk tidak mahu membataskan kreativiti Kak Ita sebab Kak Ita ni berjiwa halus dan ideanya pulak sentiasa mencurah-curah jadi Sk bagi kebebasan pada Kak Ita untuk melahirkan apa sahaja yang terlintas di fikirannya. Cuma Sk minta Kak Ita buatkan corak potongan kek yang sebegitu rupa. Suka sangat sebab ianya lain dari yang lain. Terima kasih sekali lagi dari Sk untuk Kak Ita dan tak lupa juga untuk Puan PA Kak Ita yang amat komited dalam menjalankan tugasnya, Kak Tenda Biru yang baik hati itewwww. Cayang kakak-kakak berdua, muahhhhhhh!!
 
pesan Sk dengan Kak Ita nak kek macam kek yang sebelah kiri tu...
 
nak dalamnya macam ni ye Kak Ita... huhuhuhu


potong!!
yey!!!
agak-agak siapa yang paling banyak bedal kek???
bukan tuari kata dah insaf makan kek ke Sk oiiii?????
kami!!!
Akhir kalam... Marilah kita rakyat Malaysia bersatu hati berdoa untuk kesejahteraan krew dan penumpang MH370.... pulanglah!
 
 

Sunday, March 16, 2014

BACALAH DOA SEBELUM MAKAN

ASSALAMUALAIKUM...

SEPANJANG minggu lepas, SK langsung tak berehat. Dari Ahad sampai ke Ahad penuh dengan agenda. Rasa nak tanggal tulang temulang ni... ni umur baru 39.. macam manalah nak sampaikan umur 50 nanti ya.. agaknya kena sambung skru antara sendi dan sapu minyak lebih sikit supaya bunyiknya tak berkeriuk-keriuk macam Datuk Aziz Sattar dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk.. hihihi. Pagi ini pun dah berpeluh-peluh SK dibuatnya. Lepas tu terbaca pulak kiriman status dalam 'group' yang dikongsikan rakan sekerja... hilang sekejap 'stress'nya.. hehehehehehe..

Malek (bukan nama sebenar) disuruh pergi mengaji Al-Quran oleh ibunya selepas Maghrib di sebuah surau kerana dia agak malas untuk belajar mengaji. Sewaktu di surau, Malek diajar berkali-kali doa sebelum makan & setelah diulang-ulang oleh gurunya, barulah dia dapat menghafalnya.

Surau itu agak jauh dari rumahnya & Malek pergi berjalan kaki sahaja. Ia mengambil masa dalam setengah jam. Malek akan balik sendirian kerana hanya dia seorang sahaja yang pergi mengaji di kampungnya.

Dalam perjalanan pulang, ketika melewati sebuah rumah kosong, langkah Malek terhenti kerana terlihat bayangan putih di hadapannya. Untuk dia berpatah balik ke surau sudah agak jauh juga. Jika nak diteruskan perjalanan, ada pula bayangan putih yang menghalangnya.
Akhirnya Malek memberanikan dirinya untuk berteriak sekuat hati, sambil membaca doa yang telah diajar di surau tadi :

"ALLAHUMA BARIKLANA FIMA RAZAKTANA WAKINA AZAA BANNARR"
 

...tanpa diduga, bayangan putih yang berada di hadapan Malek terus hilang. Terdengar suara dari bayangan putih itu yang sebenarnya adalah Syaitan yang ketakutan...

"TIDAK PERNAH SEUMUR HIDUP AKU JADI SYAITAN, ADA ORANG NAK MAKAN AKU...!"

;-))))))))

Friday, March 14, 2014

HAPPY BIRTHDAY, IBU!!!

ASSALAMUALAIKUM...

KAK LONG memanggilnya Umi, Kak Ngah memanggilnya Emak, Sk memanggilnya Ibu, dua adik yang bawah memanggilnya Emak. Apapun nama panggilannya, hari ini Umi, Emak dan Ibu menyambut ulangtahunnya yang ke 73. Alhamdulillah, ibu sihat walafiat menjelang hari ulangtahunnya kali ini.
Kepada ibu, anaknda doakan ibu panjang usia untuk melihat anak cucu membesar dan berjaya di hadapanmu. Semoga diberikan kesihatan yang baik, berbahagia selalu di samping anak-anak yang dikasihi dan anaknda sentiasa mendoakan akan kesejahteraanmu ibu.

mesti tahu dari mana Sk tempah kek yang mabeles nikannnnn...

Thursday, March 13, 2014

ANTARA PAK PUTRA dan JONKER WALK

ASSALAMUALAIKUM...

BERSAMBUNG dari entri INI

Sebenarnya Sk macam kurang mood nak menulis. Hati ini asyik teringat dengan pesawat MH370 yang hilang tidak berjejak itu. Sk tahu bukan Sk sahaja yang macam tu. Kalau baca di mukabuku, ramai sangat yang berperasaan begitu. Anda pun samakan??? Tiap hari menanti, dari celik biji mata sampai nak pejam mata kita sentiasa berharap yang baik-baik sahaja. Mudah-mudahan Allah swt makbulkan doa kita. Bagi Sk setiap apa yang berlaku selepas ini pasti ada hikmahnya dan kita wajib mempercayai Qada' dan Qadar-Nya.

Betullah macam komen KakZakie kita, Restoran Pak Putra tutup pada malam tu. Sk pun tak pasti, tutup terus ke atau tutup malam tu sahaja. Tapi macam mustahil pulak Pak Putra tutup di hari minggu. Apa yang menarik di Restoran Pak Putra, anda boleh baca DI SINI.

Dalam perjalanan ke Restoran Pak Putra, kami melalui Jonker Walk. Lantas Iman bersuara,"Ramainyaaaaaaaa orang... apa nama tempat ni??"

"Inilah Jonker Walk," alahai kesiannya anaknda Iman. Dah berapa kali sampai Melaka dan lalu di sini pun tak ingat-ingat lagi nama tempat ni.

"Jom kita pergi."

"Alaaaa.. susah cari parking," kata ER. ER memang tak suka bersesak-sesak dan nak mudah sahaja.

Iman.... (muncung sedepa)

"InsyaAllah, balik dari Pak Putra," saja nak sedapkan hati sebab Sk gerenti bila Iman dah kekenyangan makan di Pak Putra nanti tentulah dia mengajak balik tidur sahaja.. hihi.


google image
Jadi, bila Pak Putra tutup, rupanya dia menuntut untuk pergi ke Jonker Walk. Alasan, tak pernah pergi.

"Isk, dah pergilah dulu," kata Sk.

"Alahhh, dah lupa, jomlah... jomlahhhh!"

Memandangkan malam masih muda, kami pun turutkanlah kehendak anaknda dengan syarat jangan mintak apa-apa, hihi.

google image

Lepas tu, Sk teringatlah pulak nak cari seorang sepupu Sk bersama anaknya menyanyi di salah satu cafe di Jonker Walk atau Jonker Street ini. Haaaaaaaaa... kalau nak tahu, sepupu Sk ni merupakan penyanyi utama dari satu kumpulan yang lagunya sering berkumandang di corong radio Sinar FM. Dan bakat nyanyiannya diwarisi oleh anak perempuannya yang baru sahaja merakamkan album. Nak tahu siapa??? Tungguuuuuuuuuuuuuuu!!!

Semoga penantian kita semua akan segera berakhir. #doauntukMH370

Wednesday, March 12, 2014

CUKUPKAH DENGAN MENGUCAPKAN 'PRAY4MH370'

ASSALAMUALAIKUM...

SUDAH hari yang ke 5 kita menanti kepulangan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines. Jika anda tiada secebis pun rasa sedih, simpati atau duka mungkin anda tak punya rasa cinta kepada negara.
Sebetulnya, selain dari mengenang nasib MH370 dan penumpang serta krew yang terlibat, Sk terlalu amat bersimpati dengan seluruh krew penerbangan Malaysia Airlines terutama kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumupulan, Ahmad Jauhari Yahya dan juga Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman. Ya Allah, Sk tak dapat bayangkan bagaimana kekusutan dan tekanan yang mereka berdua hadapi. Setiap hari, setiap jam mengadakan sidang akhbar, mengadap berpuluh-puluh soalan dari wartawan sehinggakan dah tak tahu nak pandang siapa. Tapi, ada satu ketika Sk sangat kagum dengan Datuk Azharuddin apabila ditanya secara personal oleh seorang wartawan(bukan dalam sidang akhbar) beliau tetap tenang dan tersenyum.

Mungkin Allah SWT belum lagi memakbulkan doa kita. Mungkin kita tidak berdoa di waktu yang mustajab. Mungkin doa kita terlindung oleh hijab. Tapi kita jangan jemu berdoa kerana doa itu adalah senjata kita sebagai orang mukmin. Sk tahu, Sk bukan siapa-siapa pun. Membaca Al-Quran pun masih merangkak-rangkak apatah lagi nak jadi ustazah. Hendak bertazkirah jauh sekali cuma Sk ingin mengajak seberapa ramai yang boleh. Kita cari waktu mustajab untuk berdoa, bila???

11 Waktu Mustajab Berdoa adalah...

1. Hari Arafah
2. Bulan Ramadhan
3. Hari Jumaat
4. Waktu Sahur
5. Di antara Azan dan Iqamat
6. Selepas Solat
7. Waktu Hujan Turun
8. Ketika Kita Berada di Jalan Allah
9. Di saat Sujud
10. Ketika Berbuka Puasa
11. Sepertiga Malam yang Akhir

Mari kita mulakan malam ini di sepertiga malam yang akhir secara serentak. Kita seluruh rakyat Malaysia bersatu berdoa di mana-manapun kita di sepertiga malam terakhir bermula malam ini. Dan kalau anda masih ingat, ya, inilah waktunya lebih 106 jam yang lepas MH370 hilang dari radarnya.

Pada sepertiga malam yang akhir, dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda, 'Allah Taala turun ke langit dunia pada setiap malam, iaitu sepertiga malam terakhir seraya berfirman, "Siapa yang berdoa pada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan dan sesiapa yang meminta pada-Ku nescaya akan Aku berikan dan sesiapa yang meminta ampun pada-Ku nescaya akan Aku ampunkan" (HR Bukhari dan Muslim)

Ambillah wudhu, tunaikan solat sunat jika tidak uzur dan bacalah doa dengan mengadap kiblat. Jika anda uzur, tak apa.. kita boleh berdoa juga bersama-sama mereka yang tidak dalam keuzuran.

Mulakan doa kita dengan beristighfar. Mintalah ampun bersungguh-sungguh dari Allah SWT.

Baca Al-Fatihah.

Baca Ayatul Qursi.

dan bacalah doa ini.

Dengan Nama Allah Wahai Penunjuk Segala Kesesatan dan Pemberi Balik Barang yang hilang. Berikanlah balik Pesawat kami yang hilang dengan berkat kemuliaan-Mu kerana pesawat itu adalah dari pemberian-Mu dan limpah kurnia-Mu. Berilah semula kepada kami dalam apa jua bentuk sekalipun sesungguhnya kami redho Ya Allah agar lerailah segala kekusutan kami.

Aamiiinn... aamiiinnn.. Ya Rabbal Alaminnnn.

Monday, March 10, 2014

PULANGLAH WAHAI BURUNG BESI

ASSALAMUALAIKUM...

SK sudah lama tidak bermadah
dah lama tak bersajak
bakat yang ada sudah lama berkarat
kerana tidak digosok berkilat
hari ini SK sedih lagi
dengan sajak yang dikongsikan rakan fb
sudah banyak sajak yang membuat mata ini berkaca
ke manalah gerangannya
burung besi kesayangan kita...

terima kasih Pnut Syafinaz
nukilanmu amat menyentuh jiwa kami


MH370...

Kapten Zaharie
Saya mungkin tidak kenal tuan,
tetapi saya tahu, tuan sudah lakukan yang terbaik
saya mungkin tidak tahu pandu pesawat...
tetapi saya tetap tahu tuan akan lakukan terbaik
saya mungkin sedih dengan hilangnya MH370
tetapi saya tahu keluarga tuan lebih sedih dari saya
kami sedih kehilangan MH370
tetapi saya tahu tuan, jiwa tuan lebih cedera dari kami semua

MH370...
Selagi mereka belum temui rangka kamu
kami di seluruh dunia berharap kamu akan kembali dengan selamat.
kalau ada orang jahat larikan kamu
Kami merayu, kembalikan MH370 ke KLIA
atau terbangkan kamu ke Beijing
seluruh dunia menanti khabar kamu.
Saya harap kamu baik-baik sahaja

Kita mungkin tidak pernah bertemu wahai MH370
tetapi hari ini semua orang mencari-cari kamu
hari ini semua orang menanti kamu
hari ni dunia risaukan kamu
hari ini semua orang sebut kamu

Muncullah MH370
ada jiwa yang menanti anaknya
ada jiwa menanti suaminya
ada jiwa menanti kakaknya abangnya adiknya
ada jiwa menanti isterinya
ada jiwa menanti ibunya
ada jiwa menanti ayahnya
ada jiwa menantikan anaknya

Jiwa kami dan jiwa mereka tidak sama
Kami sedih tetapi tidak akan ada yang lebih sedih dari mereka
Mereka dan kami mungkin bukan sebangsa, seagama
tetapi darah kami sama
merah pekat warnanya

Kasih sayang kami sama
Tuhan, dengan cinta dan rahmatMu
temuikan MH370 segera.
Kami sudah sedia
Kami sudah redha
Kami tahu Kau ada
Kau menentukan segalanya...

Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu diam sahaja

Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya tadahkan tanganmu berdoa

Manusia aneh-aneh jiwanya
Kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu tutup mata dan telinga.

Manusia aneh-aneh jiwanya
Walau siapa pun mereka, apa bangsa mereka
Kita tetapi mengalirkan darah yang sama
baik kalian diam dan bacalah cuma.

MH370 muncullah kamu segera
kami semua akan bersedia



Sumber : Pnut Syafinaz

Wednesday, March 5, 2014

PERSAMAAN ANTARA CINTA DAN GADING

ASSALAMUALAIKUM...
 
HARI ini Sk penat sangat.
Nak buat entri pun tak ada idea.
Cadang tadi nak pergi ke Mini Mart Korea yang Sk baru nampak
(padahal kata kawan dah lama ada.. huhu)
lepas tu teringat ada kelas pulak...
nanti-nantilah pergi.
 
Pagi tadi layan satu folio jer dah dekat sejam..
lepas 'set up' peralatan yang baru masuk makmal
gedebak gedebuk dah tengahari.
Eh, laju sungguh masa berlalu hari ini.
Sk juga sempat siapkan satu 'power point' untuk presentation.
Walaupun penat tapi seronok.
Sk lebih suka penat ada kerja dari tak ada kerja tau.
Tu lagilah penat campur bosan.
Lepas tu buka facebook terpandanglah pulak
foto yang dikongsikan Makcik Monas kita
yang dah lama tenggelam tu.. hihi.
Jangan marah Ween,
akak suka sangat apa yang disebut oleh Mario Teguh tu
 lantas ingin dikongsikan bersama pengunjung
Alam Sari.
 
Katanya...
 
SESEMPURNA- SEMPURNA GADING PASTI ADA RETAKNYA...
DEMIKIAN JUGA DENGAN CINTAMU...



Errrrrr... betul jugakkan...

Tuesday, March 4, 2014

NASI AYAM IPOH VS NASI AYAM HAINAN... SUKA HATI SK JERRR

ASSALAMUALAIKUM...

MALAM tadi... kiranya ini kisah yang betul-betul segarlah, hehehe.. Sk malas sungguh nak memasak. Sk kata, "jom kita makan chicken chop kat Hutan Bandar, nak??"

"Bonda belanjaaaaaa..." kata ER.

Setelah berfikir tiga minit, "Okey, jom balik mandi pas tu kita keluar."

Tiba-tiba ada bantahan dari budak yang bernama Iman Fatiha, "Alaaaaaaaa... banyak kerja sekolahhhh."

Bonda dan ayahnda pandang memandang hampa, huhuhu. Dalam hati bonda, 'selamatttttt duit aku,' hihihihi.

Lepas tu, aiiiii.. kenapalah mulut ni gatal sangat bercakap, kannnn... "Apa kata kita masak nasi ayam??"

"Yeayyyyy!" Sorak ER. Eiiiii... rasa nak tampar mulut sendiri yang bagi cadangan. Masalahnya kita masak tu, kitaaaaa... bondalah yang kena masak, huwaaaaaaaaa.

Lepas tu ada drama lagi...

"Masak nasi ayam hainan tau," kata ER.

Sampai rumah masa sedang siap-siapkan... Iman yang keluar dari bilik air tanya, "Bonda masak nasi ayam apa?"

"Nasi ayam hainan.. laaaa... apa lagiiii"

"Uhhhhhh!" Terdengar Iman mengeluh. Bukan sekali dua dia bersuara minta dimasakkan Nasi Ayam Ipoh tapi Nasi Ayam Hainan jugak yang menang. Jadi malam tadi, Sk gabungkan kedua-dua resepi. Perghhhhh!! Bertambah-tambah dua beranak tu makan. Ayam sorang suku pulak tu. Setelah banyak kali terkena... makan nasi ayam di kedai dengan ayam yang lebih banyak tulang dari isi dan nasi yang ciput dengan beras hancur, malam tadi nampak ceria dan gembira sungguh dua beranak ni mengadap nasi ayam.

Untuk resepi kali ini Sk langsung tidak gunakan garam dan minyak kecuali minyak bijan. Untuk memasak nasi, Sk cuma gunakan air rebusan ayam dan tambah stok ayam maggi dan sos tiram. Siapa yang biasa masak Nasi Ayam Ipoh tentu tahu penggunaan sos tiram ketika menumis untuk bahan nasi. Resepi Nasi Ayam Ipoh boleh lihat di SINI. Sk tak gunakan bawang, halia dan sebagainya ketika memasak nasi kerana bahan-bahan itu dah ada semasa merebus ayam nanti membazir.

Pada Sk, walaupun memasak nasi ayam ni nampak mudah tetapi agak renyah jugaklah sebab ada banyak aksesori, hihihi. Dan aksesori-aksesori tersebut pulak contohnya seperti sup, kicap dan sos hanya boleh disiapkan apabila kita siap merebus ayam. Penat sebenarnya tau masak nasi ayam ni, siapa kata senang. Sebab Sk di rumah biasanya masak nasi dulu, sambil tunggu nasi masak dan boleh masak lauk. Ini nak tunggu rebus ayam baru boleh masak nasi. Lepas tu terkejar-kejar siapkan salad, timun, tomatonya. Hiiiiiiiiiiii, banyak sangat alasan.. memang tak lepas saringan kalau masuk Master Chef  Malaysia ni, hehehehe.

Resepi nasi ayam Sk yang lain bolehlah gali sendiri dalam blog Sk ni ya. Oh, ya! Untuk kuah kicap tu kali ini Sk cuma guna air rebusan ayam, minyak bijan dan kicap pekat serta sedikit gula. Untuk sosnya Sk dapat inspirasi dari resepi Auntie Nanie di SINI. Cuma Sk gantikan sos tomato dengan sos cili.

Jadi, untuk melengkapkan lagi kejadian dan menyempurnakan permintaan dua beranak tu, ayamnya terpaksalah Sk buat dalam dua versi iaitu Hainan dan Ipoh. Ayam yang Sk dah rebus selama dua puluh minit (pastikan air rebusan mendidih dahulu baru masukkan ayam) Sk rendam dalam air sejuk selama beberapa minit untuk mematikan proses ayam masak. Kemudian Sk toskan dan renjiskan dengan minyak bijan. Satu bahagian ayam lagi (untuk nasi ayam Ipoh) Sk perapkan juga dengan kicap manis dan minyak bijan juga lepas tu Sk goreng sekejap. Eh, tadi kata tak ada guna minyakkan... alamak!! Kantoiiiiiii....

Nasi Ayam Hainan untuk ER

Nasi Ayam Ipoh untuk Iman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda Sukakan Ini?