MESTI KLIK

Pemilik Blog

My photo
cinta hati Panglima Hitam dari Gunung Jerai

SAYA SUKA MAKAN

AMARAN.. JANGAN BUKA BLOG INI JIKA ANDA SEDANG LAPAR.. HEHEHE.


Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui panggilan, sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidiladha aidilfitri ais krim apa cerita apam apom arab art street asam pedas asyura award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel berkelah bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI boat noodle Boboiyot bola Bono boycott buah bubur bulan burasak burger cake in jar cendawan cendol cerita bersiri chocolate lava churros Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut drama drama bersiri durian embun evaros fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah hotel ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing kangkung Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga Kemahkotaan kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku korea kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron madu makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman misi buang lemak mistik monopod muffin Munduk murtabak muzium myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti popiah premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sandwich sardin sate sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah teater Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel thailand tinggi tmj tomato tomyam tortilla tudung tulang Tunku Jalil twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan ulasan buku untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Thursday, May 29, 2014

BERAT MATA MEMANDANG...

ASSALAMUALAIKUM...


SEMOGA ada jalan yang terbentang luas di masa hadapan untuk
apabila selamat menjalani pembedahan nanti.
 Sk ingin mengajak anda semua untuk menyumbang sesuatu
buat anak kecil ini biarpun hanya sepotong doa.
Semoga Allah SWT meringankan penderitaannya,
Aamiiinnn Ya Rabbal Alaminnn.
 
Cerita tentang anak kecil ini DI SINI

PERGINYA SEORANG RAJA YANG BERKARISMA

ASSALAMUALAIKUM...

PADA 3 Februari 2014 yang lalu genaplah 30 tahun pemerintahan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izuddin Ghafarullahu-lah sebagai DYMM Paduka Seri Sultan Perak. Kini, setelah lebih tiga bulan berlalu, baginda yang pernah digelar Sebutir Permata Di Atas Takhta kini telah kembali menemui pencipta-Nya. 

Salam Penuh Takziah
kepada seluruh Kerabat DiRaja
sahabat
dan rakyat jelata Negeri Perak Darul Ridzuan.
Sk turut berdukacita di atas kemangkatan baginda.

Wednesday, May 28, 2014

RASBERRY ICE CREAM HOME MADE

ASSALAMUALAIKUM...

SERONOKLAH pulak bereksperimen dengan pelbagai perisa ais krim ni. Berasaskan satu resepi yang mudah, pelbagai jenis ais krim dapat dihasilkan. Sebenarnya sejak dulu lagi di rumah Sk ni memang sentiasa kena menyimpan stok ais krim. Dua beranak ni memang hantu ais krim. Sk? Bolehlahhh.. kadang suka, kadang tak pandang pun. Sebab tu Sk memang perasan begitu ketaranya kenaikan harga ais krim yang selalu kami beli. Ais krim biasa jer pun, dulu boleh dapat sekotak (1.5L) tu RM6 sekarang lagi seposen jer dah RM10. Tu belum lagi ais krim yang ada nama dan macam-macam perisa tu.

Rasberry Ice Cream ini selain menggunakan tiga bahan asas seperti yang SK kongsi sebelum ini iaitu susu sejat, susu pekat dan ovalette tentulah rasberry menjadi bahan pentingnya kalau tak, tak jadiklah namanya Rasberry Ice Cream.. hehehe. Ini pun kakak sepupu SK jugaklah yang bagi idea. Jangan harapkan idea SK, asyik kering kontang jer, hahaha. Sk juga tambahkan sedikit esen vanilla bagi menimbulkan rasa vanilla dan rasberry.. taklah rasa susu semata. Ingat ya, ais krim ini perlu dibiar doplohpat jam (seharian) dalam peti ais (beku) bukan semalaman. Kali ini SK tambah lagi masa beku untuk diputar semula, Sk dapati makin lama masa yang kita tambah, lebih lama ais krim kita bertahan di luar. Jom!!!

RASBERRY ICE CREAM

Bahan :

1 1/2 tin susu sejat F&N** (pink)
1/3 tin susu pekat F&N **

1 sudu makan ovalette**
1 sk esen vanilla**
1 peket Jelly Kristal Nona Perisa Rasberry
3 sb air panas mendidih

Cara :

1. Putar semua bahan bertanda ** sehingga gebu dan naik dua kali ganda.
2. Simpan beku dalam peti ais selama satu hingga dua jam. (Masuk jer dengan mangkuk tu dalam peti ais, tak perlu tukar mangkuk)
3. Keluarkan dari peti ais. Putar semula sehingga gebu.
4. Masukkan ke dalam bekas untuk dibekukan.
5. Bancuh jelly kristal dengan 3 sb air panas. Kacau rata-rata.
6. Tuang bancuhan jelly di tengah-tengah bekas aiskrim.
7. Kacau kasar secara membulat.
8. Bekukan seharian (24 jam)

p/s SK ada kesilapan teknik masa masukkan bancuhan jelly tu jadi tak berapa nak jadi corak rasberry tu.. takpe.. lain kali boleh buat lagi, hihihi.

p/s Bagi anda yang kurang suka manis, boleh letak susu pekat separuh dulu dan kacau, rasa dulu bancuhan ais krim anda..



 

Tuesday, May 27, 2014

UDANG GORENG DIRAJA

ASSALAMUALAIKUM...


HEHEHEHEHEHE.. Ini kira dah habis rajin dah ni.
Goreng udang sahaja untuk raja dalam rumah dan tuan puterinya... kih kih kih.
Berpeluh-peluh jugaklah cucuk udang dengan lidi nak bagi jangan mengerekot masa goreng tu.
 Lepas tu Iman pelik kenapa udang goreng bonda semua tegak jer badan dia.
Memanglah, udang tengah kawat tu...
Barrrrrrrrrrrrrrrrissssssss sedia!!!
 
Sk perap udang tu dengan garam, serbuk kunyit dan serbuk cili.
Goreng udang dalam minyak panas secara terendam.
Jangan lama nanti udang keras.
Bila dah agak garing taburkan daun kari.
Harummmmmmmmmmm satu taman tauuuuuu!!!
 
Syaratnya kalau goreng udang macam ni
kena ada lauk kari semalam.
Tak ada lauk kari semalam kalu
Makan dengan kicap...
Pun sodapppppp!!
 
 
 

ANAK MELAYU DI SEBALIK KEJAYAAN JEPUN MERANGKUL PIALA THOMAS 2014

ASSALAMUALAIKUM...

SK Kagum!!!


Image dari Blogger Killing Smash


Siapakah beliau? Klik DI SINI

SALAM ISRAK MI'RAJ 1435H

ASSALAMUALAIKUM...
 

gambar ini dirakamkan adinda Sk menggunakan kamera telefon genggam
ketika Sk memandu kereta melalui persimpangan bertingkat bersebelahan
Dataran Bandaraya Johor Bahru.
Subhanallah..
Maha Suci Allah..
Indahnya rakaman pemandangan di senjakala
bila bakat anugerah Allah SWT
bergabung dengan teknologi masa kini...

Salam Isra' Mikraj dari Sk sekeluarga untuk pembaca Alam Sari di Tanah Jauhar.
 



Monday, May 26, 2014

MEE UDANG PORT WELD... SALLEH STALL

ASSALAMUALAIKUM...

DESTINASI wajib kami setiap kali pulang ke utara dan hendak bertolak balik ke Tanah Jauhar pasti akan singgah di Kuala Sepetang untuk menikmati sepinggan Mee Udang. Mee Udang sememangnya sinonim dengan Kuala Sepetang yang terletak di Taiping, Perak ini. Semua orang pun dah tahukan.. dan dah banyak kali pun Sk ceritakan tentang Mee Udang dalam blog Alam Sari ini.


Kalau sebelum ini, Sk pernah bawa anda singgah ke Kedai Mee Udang milik Mak Teh dan Mak Jah, kali ini Sk bawa pula anda ke Salleh Stall Mee Udang Port Weld. Ini merupakan kali kedua Sk makan di Salleh Stall ini sebab apa? Sebab.. antara banyak-banyak mee udang yang pernah Sk makan di KS ni, di tekak Sk dan ER, Mee Udang di Salleh Stall yang paling sedap sekali. Khabarnya, Salleh Stall adalah antara gerai mee udang yang mula-mula didirikan di Kuala Sepetang iaitu sejak sebelum merdeka lagi tau. Sk kurang periksa pulak generasi manakah yang mengusahakan gerai Salleh Stall sekarang. Kebanyakan pelanggan di sini adalah mereka yang sudah biasa dengan pekan Kuala Sepetang dan penduduk berdekatan. Antara yang Sk suka tentang mee udang di sini selain kuahnya yang sedap, udangnya juga dibersihkan ya, bukan campak dalam kuali dengan janggut-janggutnya sekali :))))

Jangan anda bayangkan gerai Mee Udang yang sudah dikomersialkan ya. Salleh Stall ini masih lagi berbentuk gerai macam gerai dulu-dulu. Tapi, taklah macam Warung Pak Jabit dalam filem Kampung Pisang tu, hihihi. Pelbagai masakan berasaskan udang disediakan di Salleh Stall ini tak kiralah masakan bergoreng atau berkuah. Anda juga boleh memesan pelbagai jenis mee untuk dihidangkan bersama kuah berperisa udang seperti mee kuning, kuey teow, bihun dan maggi... nyummmmm!!


Salleh Stall Port Weld terletak di dalam pekan Kuala Sepetang. Maknanya kalau anda dah biasa makan mee udang di Kuala Sepetang tu, anda kena jalan lagi sampai masuk ke dalam pekan kecil Kuala Sepetang. Bagi yang tidak biasa ke masri, jangan risau.. anda cari sahaja papan tanda dan batu jalan yang bertulis Kuala Sepetang, sehinggalah anda masuk ke pekan Kuala Sepetang, pasti tak sesat punya.

Sunday, May 25, 2014

SNOW CHEESE CAKE... UNTUK HARI JADI

ASSALAMUALAIKUM...


HARI Jadi siapa lagilah ya?? Hehehe.. Sebenarnya ini merupakan tempahan kek hari jadi dari seorang rakan sekerja untuk ibu bapanya dan kakak ipar kepada bekas rakan sekerja Sk untuk hari lahir suaminya. Awal-awal lagi apabila kedua mereka ini bertanya, boleh tak nak tempah kek hari jadi, Sk dah 'surrender' dan menyatakan bahawa Sk tak pandai deko untuk kek hari jadi, huhu. Tapi sebab agaknyalah mereka berdua ni dah berkenan dengan Snow Cheese Cake yang mereka pernah beli dengan Sk dulu jadi mereka minta untuk buatkan Snow Cheese Cake sahaja dan hias dengan buah. Seorang minta letakkan buah strawberry di tepi kek yang seorang lagi minta letakkan buah (tak sebut buah apa) di tengah kek, baiklahhhhh :-))))))
 

Ada permintaan khas juga dari kakak ipar kawan Sk tu minta letakkan ganache di antara lapisan kek. Tapi, tak adalah ya gambar kek yang dipotong. Bagi Sk, Snow Cheese Cake merupakan kek yang menjadi kepakaran Sk, hehehe. Oven Sk pun cantik jer kalau bakar kek snow ni. Cuma satu sahaja, tepung Hong Kong yang merupakan bahan utama untuk kek snow ini amatlah mahal, lebih tiga kali ganda dari tepung gandum cap sauh tu. Dan 'topping'nya sahaja menggunakan dua jenis cheese.
 
 
Bagi sesiapa yang berminat untuk menempah kek snow dari Sk ni, Sk mintaklah jasa baik anda untuk mencontohi dua rakan Sk ni. Awal-awal lagi mereka telah membuat tempahan jadi sempatlah Sk nak beli bahan-bahan untuk menghasilkan kek snow ni. Ialah, Sk ni bukanlah pro atau buat kek hari-hari jadi Sk tidak membeli bahan dalam kuantiti yang banyak. Begitu juga dengan kotak dan papan untuk kek bukan Sk sentiasa simpan stok. Macam tepung Hong Kong tu pun tak dijual di kedai runcit biasa. Kalau nak letak buah-buah pun kena beritahu awal supaya senang Sk nak rancang masa sebab buah ni tak boleh beli awal sangat.
 
 
Kepada kedua rakan yang menempah dengan Sk, Sk ucapkan terima kasih kerana tak serik menempah kek dengan Sk. Minta halal jika ada sebarang kekurangan ya. Untuk yang menyambut hari lahir, Sk doakan semoga dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik dan berbahagia selalu, Aamiiinnn.
 
Untuk Tempahan :
Harga : Snow Cheese Cake
 8" X 8" RM55
4" X 8" RM30
Penghantaran : RM5 - RM8 (Johor Bahru sahaja)
Tambah Buah Sederhana : RM10
Tambah Buah Penuh : RM20
 

Wednesday, May 21, 2014

KALAU SAYANGKAN ISTERI

ASSALAMUALAIKUM...

MESTI pecah perut cikgu masa tanda kertas jawapan, hehehehehehehe

AIS KRIM DURIAN

ASSALAMUALAIKUM...

BILA telah mencuba sendiri Ais Krim Chipsmore dan merasai kesedapannya rasa macam syoklah pulak. Resepi mudah dan bahan pun murahkan, memang berbaloi-baloi dan Sk teringinlah pulak nak membuat ais krim berperisa durian. Kali ini Sk gunakan 1 tin susu cair sahaja dan teknik yang lain sikit bagi mendapatkan hasil yang lebih baik. Memang mantap dan meletops!


Ais Krim Durian

Bahan :

1 Tin Susu Cair (Sk guna F&N Pink)
1 1/2 sb susu pekat
1 sudu makan ovalette
1 sudu makan durian paste
sedikit pewarna kuning

Cara :

Putarkan semua bahan hingga kental dan naik dua kali ganda.
Simpan dalam peti ais selama setengah jam.
Keluarkan dan pukul semula sehingga betul-betul ringan dan gebu.
Bekukan dalam peti ais semalaman.
Siap untuk dinikmati.

Tuesday, May 20, 2014

MESTI SEDAP SK MASAK LOBSTER BUTTER TU... KANNNN???

ASSALAMUALAIKUM...


KETAM yang dibeli bersaing dengan lobster di Tanjung Sedili hari itu. Sk bercadang nak buat Ketam Lada Hitam atau nama komersialnya Black Pepper Crab tapi atas permintaan ER, dia mintak SK masakkan butter style macam Sk masak lobster tu... errrrr....


MESTI SEDAP SK MASAK LOBSTER BUTTER TU... KANNNN???

Monday, May 19, 2014

SOTONG MASAK HITAM

ASSALAMUALAIKUM...

LAUK yang selalu Sk curi makan dari dalam periuk bila balik sekolah, hehehehehe. Pantang betul kalau tahu ibu masak sotong macam ni. Kalau lepas makan pun tetap buka periuk dan curi-curi makan... hahaha. Tak tahulah sama ada ibu sedar atau tak yang lauknya kena curi, kekekeke. Sebab kepantangan ibu pulak kalau ada orang yang usik lauk yang ibu masak. Contohlahkan, ibu tengah potong-potong tempe untuk masukkan dalam lauk lemak (phewww.. sedapnya!). Janganlah nak berani-berani capai tempe yang ibu potong tu. Alamat, dia tinggal suh kita makan semua tempe tu, tak yah masuk dalam lauk, kui kui. Lokek tol! huhuhuhuhu


Resepi sotong masak hitam Sk ni sempoi aje. Ramai yang kata sotong masak hitam ni adalah 'trademark' orang Johor tapi rasanya tak jugak sebab bila dah bersahabat dengan ramai kawan di alam maya ni, banyak juga negeri yang turut memasak sotong masak hitam stail begini. Cuma ada sesetengahnya yang sengaja membiarkan kantung dakwat sotong bersama sotong. Cara Sk belajar dari ibu (dan ramai Johorean), kami akan pisahkan kantung dakwat sotong itu dan dimasukkan ke dalam kuali apabila bahan tumisan dah mula harum semerbak gitu.

Sotong Masak Hitam Mudah
Resepi : SKTJ

Bahan :
1kg Sotong (bersihkan dan asingkan kantung dakwatnya)
2 biji bawang bombay (ditumbuk halus)
5 tangkai cili padi (dihiris memanjang)
1 sb serbuk lada hitam
Minyak untuk menumis
Garam scukup rasa

Cara :
1. Tumis bawang yang ditumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan kantung dakwat sotong. Pecah-pecahkan.
3. Masukkan sotong. (boleh potong-potong atau masuk seekor-seekor)
4. Gaul rata sotong sehingga keseluruhannya bersalut dengan rencah dan dakwat. Masukkan garam, gaul rata.
5. Masukkan cili padi dan serbuk lada hitam. Kacau dan biar sekejap.. tutup api.

* Jangan masak sotong terlalu lama, nanti ia menjadi keras.
** Tidak perlu tambah air kerana sotong akan mengeluarkan airnya sendiri.

Sunday, May 18, 2014

AIS KRIM CHIPSMORE YANG OHSEMMM!

ASSALAMUALAIKUM...

DULUUUUUUU.. Sk pernah bagitahu kawan, dalam banyak-banyak makanan, makanan yang Sk tak akan cuba nak buat sendiri ada dua. Yang pertama, roti. Ya, roti tu akan datang kalaulah tetiba Sk ada mesin buat roti mungkin Sk akan buat sendiri kot. Sebab Sk suka sangat makan segala macam jenis roti yang berfesyen-fesyen dan bersosej-sosej tu, hihi. Tapi disebabkan Sk memang tiada kerajinan langsung nak menguli, jadi Sk memang pendam sahajalah hajat nak buat roti yang macam-macam jenis tu. Pulak tu, bahan-bahan untuk membuat roti bukanlah murah. Kalau nak makan seketul dua jer baiklah beli yang dah siap. Kalau buat sendiri, dapat lapan belas ketul.. tentulah lima belas ketul jer masuk perut Sk, huwa huwa huwa. Jadi, sebelum kita terlebih gemuks akibat terlebih yis, baiklah kita lupakan sahaja hasrat untuk membuat roti itu.

Yang kedua adalah.... yeahhhh! Betul tu... Ais krim. Sk tengok senarai bahan untuk membuat aiskrim, mahalnya baiklah kita beli sahaja aiskrim sekotak yang dah siap tu. Mana nak beli susu segar, coffee mate, nak putar keluar masuk peti ais.. lepas tu paling tak boleh terima letak telur. Sebab tu, Sk lebih sanggup beli aiskrim. Tapi aiskrim biasa ajelah.. takdelah beli aiskrim yang mahal-mahal gaban tu haaa.

Lepas tu, Sk post lah satu link dalam fb tentang aiskrim dari 8share dengan caption sensasi.. lebih kurang macam nilah kot Sk tulis, 'makanan yang Sk tak akan buat sendiri' yang telah menarik perhatian sepupu Sk yang Sk panggil Kak Ngah. Kak Ngah kata, beliau biasa buat aiskrim sendiri, memang dah tak adanya nak beli-beli aiskrim dah. Berkali-kali Kak Ngah kata, senang jer buat aiskrim. Sebab Sk bagi alasan malas nak cuci peralatan dan mangkuk-mangkuk, Kak Ngah kata lagi, guna susu jer lepas tu buang jerlah tin susu tu. Yang basuh, mangkuk pemukul tu jerlah. Baik, Kak Ngah... bak sini resepi, hihihihi.


Dan akhirnya... tadaaaaaaaaaaa!! Resepi aiskrim yang sangat mudah, hanya menggunakan susu cair dan susu pekat serta ovalette. Tiga bahan yang sentiasa ada dalam kabinet dapur tukang buat kek macam Sk ni. Untuk kali pertama menerai aiskrim yang ada kelas ni, Sk buatkan aiskrim chipsmore. Untuk resepi yang diberi Kak Ngah ni, Sk dapat dalam 3 liter aiskrim juga tau iaitu dua tipuware besar. Sampai penuh mangkuk pemukul Sk tu haaaa.. sikit lagi nak melimpah.


AISKRIM CHIPSMORE
Resepi : Norzimah Ismail (sepupu Sk)

Bahan :

1 1/2 tin susu cair carnation...
1/2 tin susu pekat F&N
1 sudu makan ovalette
1 bungkus biskut chipsmore (1/2 pecah, 1/2 hancur)

Cara :
 

1. Putarkan semua bahan kecuali biskut chipsmore sehingga kental dan naik dua kali ganda.
2. Masukkan biskut chipsmore, gaul rata.
3. Bekukan dalam freezer seharian



*untuk struktur yang lebih halus, sejukkan sebentar (jangan sampai keras) adunan dalam peti ais dan pukul semula dengan kelajuan tinggi. (Sk tinggalkan langkah ini, pemalas betul!)

**boleh gantikan chipsmore dengan oreo dan sebagainya.

Friday, May 16, 2014

FLOURLESS CHOC ALMONDTORTE... SELAMAT HARI GURU

ASSALAMUALAIKUM...


HARI ini 16 Mei telah dimaktubkan sebagai Hari Guru di seluruh Malaysia. Teringat dulu-dulu, seminggu dua sebelum ketibaan hari guru, kami yang masih bergelar pelajar sibuk berlatih menarilah, nasyidlah, dramalah, borialah, sajaklah, dikir baratlah bagi memeriahkan sambutan hari guru. Tetapi sejak beberapa tahun ini guru pulak yang giat berlatih untuk membuat persembahan kepada anak-anak murid, hehehe. Apapun cara meraikannya guru adalah insan istimewa selepas kedua ibu dan bapa kita. Tanpa guru tidak akan lahir pensyarah, jurutera, doktor atau seorang pendita yang lain.


Hari ini juga, Sk merasa begitu istimewa kerana mendapat beberapa mesej dari mereka yang pernah bergelar anak didik kepada Sk. MashaAllah.. sesungguhnya hanya Allah SWT yang selayaknya menerima pujian. Sk hanyalah penyampai amanah dari-Nya. Doa Sk buat semua mereka yang bergelar guru teristimewa buat guru yang mendidik Sk sejak di sekolah tadika hinggalah ke kolej semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati serta memberi kesejahteraan di dunia dan di akhirat jua. Al-Fatihah juga buat guru-guru yang telah pergi terlebih dahulu menyahut seruan Ilahi.

Al-Fatihah...


Flourless Choc Almondtorte... kek dalam kelasnya yang tersendiri resepi dari Chef Ezani Masterchef Malaysia yang pertama. Kaya dengan rasa coklat dan almond ditambah lelehan coklat ganache membuat kita menyuap tak berhenti, hihihi. Kek yang diadun dengan penuh kasih sayang di hari lahir Sk sendiri khas buat ibu tercinta yang mengandung, melahir dan membesarkan Sk tapi.... Sk pulak yang makan lebih. Camno nih??? Hahahaha. Resepi yang dikongsikan Kak dZana blogger Inspirasiku  ini sesuai bagi mereka yang malas hendak mengayak tepung atau mendeko kek... haaaaaaaaaaa... tu ciri-ciri yang ada pada Sk lettewwwwwwwwwwww.

(terima kasih ya kak dZana.. Sk kongsi sini pulak)

Susah betul nak cari Strawberry di saat kehangatan meraikan hari ibu ni tau. Akhirnya bila pergi ke Jusco Taman U, barulah jumpa itupun tembamnyaaaaaaaaaaaaaa alahaiii. Sk pada mulanya cadang nak letak sebiji-sebiji susun penuh atas kek tapi bila dah tembam-tembam dan bentuk pun ada yang tak berapa nak stabil terpaksalah Sk belah-belah strawberry ni dan susun atas kek. Tapi yelah.. orang tak berseni nak mendeco ni memang gitulah gayanya tapi yang penting rasanya kurlazzzz!!!

Flourless Choc Almondtorte
Resepi : Chef Ezani
Sumber : Inspirasiku

100g mentega
140g coklat hitam
 6 biji telur, diasingkan putih dan kuning
140g badam kisar/serbuk badam
85g gula castor

 Caranya :

1. Panaskan ketuhar ke suhu 170 darjah C. Sediakan tin pembakar kek "springform" berukuran 20cm. Alaskan dasarnya dengan kertas pembakar dan sapukan mentega di seluruh bahagian dalam tin. (Sk guna loyang kek bulat biasa saiz 8")

2. Pecah-pecahkan coklat hitam dan cairkan bersama mentega di dalam mangkuk tahan panas yang diletakkan di atas air mereneh (double boil). Kacau sehingga sebati. Biarkan sejuk seketika (5 minit).

3. Masukkan kuning telur dan serbuk badam ke dalam campuran coklat dan kacau sehingga sebati.

4. Dalam mangkuk yang berasingan, pukul putih telur sehingga kembang sedikit (soft peak). Masukkan gula kastor dan pukul sehingga kembang sepenuhnya (stiff peak).

5. Campurkan sepertiga putih telur yang telah dipukul tadi ke dalam adunan coklat dan badam. Lebihan putih telur dikaup balikkan ke dalam adunan kek dengan perlahan-lahan.

6. Tuangkan adunan kek ke dalam tin pembakar dan bakar di dalam ketuhar selama 35-45 minit sehingga kek naik dan permukaan atasnya kering. Bahagian dalam akan masih basah lagi jika dicucuk dengan lidi, tetapi tidak mengapa. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk. Jangan risau jika kek mendap dan merekah.

7. Keluarkan kek dari tin dan tanggalkan kertas pembakar. Letakkan kek di atas pinggan hidang.

Ganache Coklat

150g coklat hitam
150ml krim memasak/krim putar/whipping cream (BUKAN non-dairy whipped topping)

Caranya :

1. Panaskan krim di dalam periuk kecil sehingga mendidih.(Sk buat kaedah double boil)

2. Masukkan coklat hitam (Sk guna dark choc coin Beryls). Kacau sehingga ia benar sebati.

3. Tuangkan ganache ke atas kek. 

p/s Untuk menghias kek, lebihan ganache boleh disejukkan di dalam peti sejuk sehingga keras sedikit, kemudian pukul ganache dengan pemukul elektrik sehingga gebu dan bolehlah dipaipkan bentuk rosette di atas kek.

hehehehehe.. sila abaikan segala surat-menyurat yang anda nampak di situ...


terima kasih Siti Hasiah... foto ini membuatkan Sk benar-benar terharu

Thursday, May 15, 2014

LOBSTER YANG OHSEMMM MASAK BUTTER LAGI OHSEMMMM!!

ASSALAMUALAIKUM...


HASIL tangkapan di Jeti Tanjung Sedili. Hah, bukan memancing. Kami memang tak ada skill langsung menggunakan kail. Baik ER, Sk apatah lagi.. hahaha. Pernah dulu Sk dibawa memancing ke Sedili Besar oleh pelajar-pelajar Sk, ikan tak dapat umpannya habis. Orang lain dah dapat berekor-ekor ikan. Bila tarik tali pancing ke atas, umpan tak ada, ikan pun tak ada. hahaha. Pada Sk, orang yang memancing ni mesti kena ada deria keenam, barulah mereka boleh dapat hasil yang lumayan. Betul tak kaki-kaki pancing semua???


Jadi, ini projek redah namanya. Sebaik sahaja menurunkan Iman di rumah guru tuisyennya, kereta terus meluncur menghala ke Kota Tinggi. Sampai di persimpangan Tanjung Sedili, ER singgah membeli tong polisterin sebab memang tak bawa dari rumah. Ada jugak ER berbunyi masa di rumah yang dia nak ke Tanjung Sedili, tapi Sk macam biasa, mim alif lam sim... hehehehe. Tak apalah, memandangkan tong yang ada pun tu dah buruk rupanya dicakar dek Zonan, huhuhu.. kita sambarlah yang baru, tak sampai RM7 pun harganya untuk yang saiz sederhana.

Disebabkan kami sampai pun dah hampir petang masa tu, banyak hasil laut yang dah berendam dalam air batu yang dah cair. Tapi masih segar lagi ya kerana semua itu adalah hasil tangkapan pada hari itu juga. Dan tangkapan yang paling lumayan dan berbaloi-baloi adalah inche Lobster ini. Lima ekor RM70... berbaloi-baloi-baloi kannnn...


Malam itu juga Sk sediakan hidangan untuk kami anak beranak.. Lobster Masak Butter. Konon gaya nak buat macam lobster yang kami makan di kedai Pak Mat di Kota Kinabalu dulu. Dengan mengingat-ngingat resepi yang Pak Mat dan isterinya ajar tu, Sk pun main taram sajalah. Alhamdulillah, ER dan Iman kata sedap macam Pak Mat masak, keh keh keh. Cuma ER kata lain kali buat banyak sikit kuahnya. Baik bossss!!! (Sambil tabik spring toing2!!) Bagi Sk pulak, rasa dah sedap, cuma struktur sos butter tu ada lari sikit. Tapi memang sodap ini bahhhhhh!!


Kalau Pak Mat menggoreng dahulu lobster sebelum dimasak, kami pula mengukus lobster. Sk juga tambah telur dalam kuah lobster ni. Nanti lain kali nak ikut betul-betul macam stail Pak Mat masak pulak, hehehe.

Lobster Masak Butter
Resepi : Seri Kandi Tanah Jauhar
Inspirasi : Pak Mat KK

Bahan-bahan :

Lobster
1/2 buku butter (125 gm)
5 ulas bawang putih (cincang kasar)
11 tangkai cili padi (hiris kasar)
3/4 tin susu cair
2 biji telur dipukul sedikit (guna garfu)
2 tangkai daun kari (lurut daun sahaja)
serbuk lada sulah dan lada hitam secukupnya

Caranya :

1. Panaskan periuk kukusan. Bersihkan lobster, buang janggut dan tongkatnya. Kukus lobster 15 - 20 minit. Belah dua lobster. Cara mudah membelah, belah dari bahagian bawah (kaki) lobster.
2. Dalam kuali, panaskan butter sehingga separuh cair. Tumiskan bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili padi. Tumis lagi.
3. Masukkan susu cair. Kacau sekejap-sekejap. Api perlahan. Biar sehingga mendidih.
4. Masukkan telur yang dipukul tadi dengan mencurah tinggi sambil sebelah tangan kacau dalam kuali.
5. Kacau cepat-cepat kemudian masukkan lobster yang dikukus tadi.
6. Taburkan daun kari, serbuk lada sulah dan lada hitam. Balik-balikkan lobster dalam kuah sehingga kuah agak meresap.
7. Matikan api dan boleh dihidang bersama nasi putih atau nasi goreng cina.

Wednesday, May 14, 2014

MAKAN-MAKAN DI HARI JADI... DELIZIO PIZZA

ASSALAMUALAIKUM...


NAMPAKNYA hari jadi tahun ini tak ada hadiah untuk kitalah.
Alah, heran ke takde hadiah?
Nangis ke?
Merajuk ke?
Langsung tak...
sebab bila tak hari jadi pun selalu dapat macam-macamkan,
 jadi kita redho sajalah
(pujuk hati sendiri)
Ngeh ngeh ngeh :p
 

Tapi dia belanja kita makanlah macam biasa.
Tak hari jadi pun dia belanja apa lagi hari jadi, ye tak?
Oh, ya.. sepatutnya ada dua sesi makan kali ini,
satu western satu seafood.
Sebab Sk berkali-kali cakap Sk tak mahu seafood.. huhu.
Tapi sebab dia suka sangat seafood jadi dia kata malam tu kami akan ke seafood
tapi perut ni macam nak pecah entah mana nak sumbat seafood kan..
jadilah ia siaran tertunda..
ngeeeee.
 

Delizio Pizza ni terletak di Danga Bay berdekatan dengan Tune Hotel, Johor Bahru.
Kalau tengok nama, kita tahulah 'signature' hidangan di sini adalah masakan Itali
 tapi rupanya mereka juga menyediakan hidangan barat seperti steak dan sebagainya.
Disebabkan Sk ni konon-konon macam sedang menjaga diet,
 jadi Sk minta pizza untuk diri sendiri.
Sk makan dua keping sahaja, lagi dua tu Sk bagi ER dan Iman.
 
 
Hawaian Chicken Pizza.. dohnya lembut menawan.
Memang kenyang sampai ke malam dengan dua keping pizza dan
setengah mangkuk sup cendawan tu.
 ER pulak memilih untuk makan Lamb Shoulder.
Iman macam biasa, kesukaannya tentulah Chicken Chop.
Eh, sedap tau rupanya Lamb Chop dan Chicken Chop di sini.
Rasa sosnya tu tak terlalu masin.
Memang sedang-sedang sahaja rasanya tapi sedapppp!!
Serius tau!
Lain kali kalau datang lagi Sk nak makan Ribeye pulak
mesti meletops! 
 

Harga hidangan di sini amatlah berpatutan ya.
Yang penting ia milik bumiputera dan pastinya halal.
Sesiapa yang sukakan makanan western bolehlah datang.
Restoran ini adalah secara terbuka dan tidak berhawa dingin.
Sesuai untuk bersantai seisi keluarga atau bersama kawan-kawan.
Layanan juga cepat dan memuaskan.

 
Delizio Pizza
Lokasi : Danga Bay, Johor Bahru (sederet dengan 7 Spice)
Waktu Perniagaan : Sabtu hingga Khamis 11.00 am - 11.00 pm
Jumaat 3.00 pm - 12.00 am
 
 

NOSTALGIA DALAM KANDUNGAN IBU

ASSALAMUALAIKUM...


ALHAMDULILLAH... semalam Sk menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 39.
Entah semangat apa yang meresap semalam tiba-tiba Sk jadi rajin sangat.
Buat keklah, masaklah (sarapan jer), kemas rumah, lipat kain semua siap.. hahaha.
Semangat usia bertambah kot.
Semalam rasa seronok sangat sebab Sk dapat tiup lilin bersama ibu yang
mengandungkan Sk selama 9 bulan 10 hari (atau kurang)
sebab setahu Sk, Sk ni dilahirkan awal dari tarikh luput, hahahaha.


Terima kasih ibu kerana dengan jerih payah, dikau membawaku dalam rahimmu.
Kemudian dengan jerih payah jua kau melahirkan dan membesarkanku sehingga aku mampu berdikari dan berdiri sendiri hari ini.
Sesungguhnya maafkan anaknda sekiranya masih tidak mampu untuk membalas segala jasamu. T_____T


Kalau nak tahu, ibu Sk nikan pelik sikit. Boleh dikatakan setiap kali mengandung sepanjang masa tulah melepek. Ibu kata pantang bergerak memang berpusing rumah dibuatnya. Ialah, bukan rumah berpusing tapi kepala yang berpusing, adeh. Haaaaaaaa.. tu takpa. Sekarang ni orang lain mengandung, ibu yang termuntah belahak meloya. Terutama orang yang dekat-dekat atau rapat dengan ibu termasuklah jiran depan rumah. Kalau tiba-tiba ibu loya dan muntah-muntah macam orang mengandung tu, memang kitorang tertanya-tanyalah siapalah yang punya angkara. Selagi tak tahu siapa yang mengandung memang tak baiklah alahan ibu tu. Pelik tak pelik???
 
 
Jom tengok kad rawatan mengandung semasa Sk dalam kandungan ibu. Tak ingat pernah tak didedahkan sebelum ini dalam blog. Ni kira dah jadi bahan arkib tau, dah 39 tahun disimpan walaupun berapa kali pindah rumah dan rumah dah pernah banjir, ia masih elok dalam simpanan ibu sehinggalah diserahkan kepada Sk beberapa tahun lepas.... jom tengok!


Haaaa.. inilah rupanya kad rawatan mengandung di klinik kesihatan
kerajaan tahun 70-an (disebut sebagai Pusat Kesihatan).
Kertas putih tu digamkan di atas kad yang berwarna merah jambu tu. Sampai sekarang pun warna merah jambu tu dikekalkan sebagai buku rawatan untuk wanita mengandung. (memanglah wanita yang mengandung, ye tak???) Tapi rasanya memang kebanyakan kad-kad di hospital dan klinik berwarna merah jambu, betul tak?


Catatan sepanjang tempoh mengandung.. tak banyak pun.
Sk ingat Iman punya lagi panjang berjela-jela. Orang dulu-dulu memang macam ni ek??
Dah hujung-hujung baru nak ke klinik.
Hahaha.. tapi agaknya macam Sk cerita tadi ibu tak larat nak pergi klinik.. huhuhu.
 
 
Tengok... gedebak gedebuk.. berapa kali jer pergi klinik dah pun Sk terlentang dalam dulang.
Sk pernah cerita dalam blog kes terlentang dalam dulang tu kes lambat pergi hospital lah tu. Hahaha. Selongkar sendirilah ya. Sk diputerikan pada jam 10.45 pm, tanggal 13 Mei 1975 dengan berat 7 paun. Sama dengan berapa kilo?? Entah?? Malas nak kira ;p
 
 
Lepas bersalinkan bayi comel yang bernama seperti yang tertera itu, dapatlah kad baru.
Kad untuk imunisasi anak pulak. Maka susah payahlah ibu mengendong pulak anak kecil ni ke klinik tipa-tiap bulan. Bayangkan 9 bulan mengandung dan setahun juga mengendong anak yang konon-konon namanya Seri Kandi Tanah Jauhar ni. Oh, besarnya jasa ibu.
 
 
Tetapi tanpa abah tidak mungkin juga Sk dapat melihat dunia inikan.
Abahlah yang membawa ibu sepanjang mendapatkan rawatan di klinik.
Kata ibu, abah tak pernah membiarkan ibu keseorangan. Sepanjang ibu menanggung sakit pening arwah abahlah yang akan menguruskan rumahtangga. Sk ni pulak masa kecik dulu selalu jatuh. Pernah Sk jatuh dari rumah atas ke bawah tau. Bayangkan rumah atas atau rumah orang dulu-dulu berapa punya tinggi. Sk jatuh berguling lagi tapi ibu kata Sk langsung tak menangis, hahaha. Lepas tu Sk kalau jalan selalu melunsur jatuh. Kalau jalan tu mendaki, Sk akan melunsur ke belakang.. kah kah kah. Apakah teruk sangat?? Jadi, setiap kali ke sekolah (tadika) Sk akan berdukung dengan abah. Nasiblah dulu badan Sk tu halussss jer. 


Berkat didikan dari kedua orang tua Sk, inilah Sk pada hari ini.
Alhamdulillah, antara kami adik beradik, walaupun tidak menjawat jawatan tinggi tapi jasa kedua ibu dan bapa tidak akan kami lupakan. Terima kasih ibu.. terima kasih abah... Kasih dan sayangku tak akan luntur selagi hayat dikandung badan. Al-Fatihah tidak Sk lupakan setiap hari untuk kedua ibu dan abah. Terima kasih Allah kerana mengurniakan ku ibu bapa yang sebaikmu...
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda Sukakan Ini?